Anda di halaman 1dari 1

Ayat Topik Apakah kebaikan hidup berjiran ?

Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa hidup berjiran


mendatangkan seribu satu kebaikan, maka masyarakat
digalakkan untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong di
taman secara berkala supaya semangat kejiranan disemai.

Ayat Huraian Mengapakah anda berkata sedemikian ?


Hal ini dikatakan demikian kerana jiran-jiran berpeluang
untuk berinteraksi dan bekerjasama menyiapkan tugasan
bagai aur dengan tebing ketika aktiviti gotong-royong
dijalankan.
Ayat Contoh Bagaimanakah anda membuktikannya ?
Sebagai misalan, aktiviti gotong-royong Perdana haruslah
dianjurkan untuk membersihkan surau, taman permainan,
kawasan tempat tinggal dan tepi jalan.
Ayat Kesan Apakah kebaikan yang diterima ?
Implikasinya, bukan sahaja hubungan silaturahim antara
jiran tetangga dapat dirapatkan, bahkan juga menjamin
kebersihan tempat kediaman dan kesihatan penduduk
kerana tempat pembiakan serangga seperti nyamuk Aedes
dihapuskan.Pendek kata, penganjuran aktiviti gotong-royong
Perdana merupakan langkah efektif untuk memupuk
semangat kejiranan.

Anda mungkin juga menyukai