Anda di halaman 1dari 27

KESELAMATAN

DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
SEE 20052
Pengurusan OSHA

3.1 Menerangkan pengenalan kepada penafsiran risiko


3.2 Mengenalpasti jenis-jenis bahaya
3.2.1 Membincangkan bahaya Elektrik
3.2.2 Membincangkan bahaya Mekanikal
3.2.3 Membincangkan bahaya Fizikal dan Kimia
3.2.4 Membincangkan bahaya Biologi
3.3 Membincangkan penilaian risiko
Apa itu risiko

● Risiko adalah kebarangkalian bagi sesuatu hazard


untuk menyebabkan kemudaratan.
JENIS-JENIS BAHAYA

BAHAYA BAHAYA

01 ELEKTRIK 03 FIZIKAL DAN KIMIA


BAHAYA
02 MEKANIKAL 04 BAHAYA BIOLOGI
BAHAYA
ELEKTRIK
Punca dari renjatan elektrik.
Punca dari kebakaran elektrik.
Lain-lain punca
Renjatan Elektrik
1. Kerosakan perkakasan/ peralatan elektrik contohnya kecacatan kabel.
2. Kerosakan alat/peranti keselamatan seperti ELCB, pemutus litar automatic, fius dan sebagainya.
3. Kesilapan dalam pengubahsuaian/penyambungan yang dilakukan oleh mereka yang tidak mahir.
kebakaran Elektrik
1. Penggunaan kabel yang tidak sesuai dengan arus yang dibawanya.
2. Penggunaan fius yang salah kadarnya.
3. Kilat
4. Kegagalan peranti pelindung untuk berfungsi seperti penggunaan kadar fius yang terlebih had, beban
yang berlebihan dsb.
5. Berlakunya litar pintas disebabkan oleh kerosakan kabel penebatan.
Lain-lain punca
1. Wayar Overhead – keadaan di mana wayar mengalami beban lampau.
2. Kabel bawat tanah – disebabkan oleh kerja penggalian dalam pembinaan.
3. Kimpalan arka – penggunaan penebat yang tidak sesuai.
4. Bilik bateri & generator bergerak.
Kesan Kemalangan
BAHAYA
MEKANIKAL
Kecuaian pekerja
Keadaan peralatan/ perkakasan.
Keadaan benda kerja dan Kawasan kerja.
Kemalangan yang berlaku daripada proses kerja mekanikal.
Kecuaian Pekerja
1. Tidak menggunakan peralatan perlindungan dengan cara yang betul.
2. Tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.
3. Menggunakan peralatan/mesin dengan cara yang salah atau menyalahgunakannya untuk tujuan lain
seperti berguarau senda.
4. Tergesa-gesa melakukan kerja tanpa membaca arahan kerja dan notis amaran.
5. Keadaan rupa diri yang tidak kemas seperti berambut panjang, pakaian yang longgar, memakai barang
perhiasan dsb.
KEADAAN
PERALATAN/PERKAKAS
1. AN terhadap peralatan yang hendak
Tidak membuat pemeriksaan
digunakan.
2. Tidak melaporkan sebarang kerosakan kepada penyelia jika ada.
3. Sebelum menggunakan mesin pengendali, pengguna mestilah seseorang
yang tahu dan faham cara mengguna dan memberhenti mesin 9dengan
cara yang betul.
Keadaan benda kerja
& Kawasan kerja.
1. Tidak memastikan kemudahan keselamatan yang terdapat di sekeliling.
2. Tidak mematuhi tanda-tanda amaran seperti tanda larangan merokok di tempat
yang mudah terbakar.
3. Tidak menghindarkan diri daripada menggunakan perkakasan elektrik di tempat
yang terdapat bahan mudah terbakar.
Kemalangan yang berlaku
daripada proses kerja
mekanikal.
1. Mengangkat bahan.
2. Mengguna peralatan tangan.
3. Penggunaan mesin dan jentera.
BAHAYA FIZIKAL
Bunyi bising Gegaran (cth: gempa bumi)
Kepanasan Tekanan ( Cth: water jetting)
Permukaan yang panas.
BAHAYA KIMIA
BAHAYA BIOLOGI
• Hazard biologikal – Virus, bakteria, kulat,
parasit, serangga pembawa penyakit, haiwan
berbisa, dan lain-lain.
Kenalpasti hazard yang boleh berlaku
berdasarkan ruang kerja di bawah.
Apa itu risiko &
Pengurusan Risiko

Pengurusan ertinya menguruskan sesuatu.


● Risiko adalah kebarangkalian bagi sesuatu hazard untuk menyebabkan kemudaratan.
● Hazard ialah Apa-apa yang berpotensi memudaratkan pekerja samada dari segi keselamatan atau kesihatan .
● Dalam erti kata yang lain, pengurusan risiko membawa maksud prosedur keseluruhan yang berkaitan dengan
mengenal pasti, menaksir, menetapkan langkah kawalan dan melakukan penilaian sesuatu aktiviti yang
mendatangkan risiko.
KONSEP
PENCEGAHAN
KEMALANGAN
Pengurusan OSHA
3.4 Membincangkan kawalan risiko
3.4.1 Menerangkan hieraki kawalan
a. Penghapusan
b. Penggantian
c. Pengasingan
d. Kawalan kejuruteraan
e. Kawalan administratif
f. Peralatan perlindungan peribadi
3.5 Membincangkan pendekatan pengurusan risiko
3.6 Membincangkan fungsi sistem pengurusan risiko kesihatan
3.7 Mengkategorikan risiko pekerja keselamatan
3.8 Mengenalpasti tahap kesihatan mengikut kategori risiko
Penilaian Risiko
1. Risiko adalah gabungan kemungkinan dan keterukan bagi kejadian berhazard tertentu yang
berlaku.
2. Dari segi matematik, risiko boleh dihitung dengan persamaan –
3. Risiko = Kemungkinan x Keterukan di mana,
4. Kemungkinan ialah kejadian yang mungkin berlaku dalam tempoh khusus atau dalam keadaan
tertentu; dan
5. Keterukan ialah hasil daripada kejadian yang berlaku seperti teruknya kecederaan atau kesihatan
manusia, atau kerosakan harta, atau gangguan kepada alam sekitar, atau apa-apa gabungan hasil
yang disebabkan oleh kejadian tersebut
Kawalan Risiko
1. Kawalan ialah penghapusan atau penyingkiran hazard/bahaya yang mana ianya tidak
mendatangkan risiko kepada pekerja yang perlu memasuki kawasan atau bekerja menggunakan
kelengkapan dalam tempoh kerja yang dijadualkan.
2. Hazard hendaklah dikawal di puncanya (tempat masalah tercetus). Sebaik-baiknya, kawalan
disediakan hampir dengan punca hazard. Kaedah ini sering dirujuk sebagai kawalan kejuruteraan.
Jika ini tidak berhasil, hazard selalunya boleh dikawal sepanjang laluannya ke pekerja, di antara
punca dengan pekerja.
3. Kaedah ini boleh dirujuk sebagai kaedah pentadbiran. Jika ini tidak dapat dilaksanakan, hazard
mestilah dikawal pada tahap pekerja dengan menggunakan kelengkapan pelindung diri (PPE),
namun ini adalah kaedah kawalan yang terakhir.
Pendekatan pengurusan risiko
1. Mengenalpasti risiko,ancaman dan impak yang dihadapi oleh setiap bahagian
2. Membangun,mengemaskini dan memantau pengurusan risiko bahagian supaya sentiasa lengkap
dan terkini.
3. Menilai,menganalisis,mengklasifikasikan dan mengenalpasti impak risiko di setiap bahagian.
4. Mewakili dan mengetuai bahagian masing-masing dalam menangani dan mengawal risiko di
peringkat bahagian.
5. Mencadangkan kepada pengurusan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan
risiko agensi.
Fungsi sistem pengurusan risiko kesihatan
Objektif pengurusan risiko adalah seperti berikut:

• Memastikan risiko kritikal yang memberi kesan ke atas pencapaian perkhidmatan teras,
menjejaskan pengurusan kewangan dan ketidakberkesanan pengurusan sumber dikawal secara
sistematik.
• Merekodkan hasil analisis ke atas setiap insiden risiko yang telah dikenalpasti secara komprehensif
sebagai rujukan pengurusan tinggi dalam memastikan tindakan bersesuaian dapat diambil dengan
berkesan.
• Menjadi mekanisme dalam mengkoordinasikan tindakan pencegahan dan mitigasi ke atas insiden
risiko yang telah dikenalpasti.
• Menjadi panduan utama dalam pelaksanaan tindakan ke atas pengurusan bencana, komunikasi
semasa krisis dan tindak balas semasa kecemasan.
Pengkategorian risiko pekerja keselamatan
Pengenalpastian Hazard Tujuan pengenalpastian hazard adalah untuk menentukan operasi kritikal di
dalam tugasan, iaitu tugasan yang mendatangkan risiko yang ketara kepada keselamatan dan
kesihatan pekerja serta menekankan hazard yang berkaitan dengan kelengkapan tertentu disebabkan
oleh sumber tenaga, keadaan kerja atau aktiviti yang dilaksanakan.

Hazard boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu


hazard kesihatan,
hazard keselamatan,
hazard alam sekitar.
Penaksiran kesihatan mengikut kategori risiko
1. Melindungi pekerja dari sebarang kesan sampingan akibat pendedahan kepada bahan kimia
merupakan salah satu tanggungjawab majikan seperti yang termaktub dibawah Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
2. Bagi menjalankan tanggungjawab ini, penaksiran risiko terhadap bahan kimia yang digunakan
ditempat kerja perlu dijalankan untuk mengenalpasti, menilai dan mengawal sebarang risiko
yang berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan kimia.
3. Di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard
Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 ada dinyatakan bahawa wajib
dijalankan
4. Penaksiran risiko bahan kimia kepada kesihatan di tempat kerja dan majikan tidak dibenarkan
menggunakan sebarang bahan kimia berbahaya kepada kesihatan melainkan penilaian risiko
terhadapnya telah dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai