Anda di halaman 1dari 9

MTA 2033

JENIS JENIS BUNGA TAYAR


1) DIRECTIONAL
• Dibuat hanya untuk satu arah sahaja di mana anda boleh lihat anak
panah di sebelah sisi tayar menunjukkan arah mana sepatutnya ia di
pasang kerana ia hanya boleh di rotate depan dan belakang sahaja.
Contohnya, tayar depan sebelah kiri hanya boleh di rotate dengan
tayar belakang sebelah kiri sahaja.
• Selalunya didatangkan dengan V-shape design dan bagus untuk jalan
yang berair kerana boleh membelah air. Ia juga sesuai digunakan di
kawasan bersalji. Jadi, ia amat baik apabila anda memandu laju di atas
jalan yang basah. Tambahan pula, ianya kelihatan sedikit sporty
2. SYMMETRICAL
• Lazimnya, corak bunga ini ringkas dan biasa dijumpai pada
kebanyakan tayar kereta. Ia dipanggil corak tayar simetri kerana
mempunyai corak yang sama pada bahagian luar dan dalam (tengah)
tayar.
• Tayar ini dari segi harga adalah lebih murah dan mudah diganti serta
diletakkan di mana-mana bahagian kereta. Ketika panas, ia
memberikan cengkaman yang baik pada jalan kering kerana corak
bunga yang ringkas.
• Ia boleh di rotate depan belakang, kiri dan kanan. Ini bermakna bebas
untuk rotate tayar kereta, dan sebab inilah ianya boleh tahan lama.
• Walau bagaimanapun, prestasinya semasa di jalan basah tidak sebaik
tayar jenis directional. Jadi, berhati-hati jika anda memandu dengan
laju dalam keadaan jalan yang basah.
3. ASSYMETRICAL
• Jenis tayar ini lazimnya digunakan oleh kereta sport di mana ia
mempunyai kombinasi jenis tread dan design tread di sebelah dalam
dan luar yang berbeza.
• Cengkaman tayar jenis ini kuat dan amat baik di atas jalan yang basah
dan kering. Jadi, ia lebih stabil dalam pemanduan kereta khususnya di
selekoh.
• Di sebelah sisi tayar anda akan nampak perkataan “outside” sebagai
panduan untuk anda memasang kedudukan tayar anda. Dari segi
harga, ia lebih mahal daripada symmetrical.
JENIS JENIS TAYAR (PEMBENTANGAN)
1. MUSIM PANAS
2. MUSIM SEJUK
3. SEMUA MUSIM
4. PERFORMANCE
5. CUACA BASAH
6. RUN FLAT TYRE

Anda mungkin juga menyukai