Anda di halaman 1dari 132

KEPENTINGAN PRINSIP-

PRINSIP KEHAKIMAN ISLAM


DALAM MEMARTABATKAN
SISTEM KEHAKIMAN DAN
KEPERGUAMAN SYARIE
DI MALAYSIA
Kumpulan 1 – 12 Jun 2021
- Mohd Zaharudeen Harun
- Yusrizal Bin Zainol Abidin
- Nur Juzaliana Jusoh
- Sayidah Asma Basir
- Illy-Nadiah Mohd Yusof
- Nor Farah Azira Binti Abdur Haman
- Nur Farihah Meor Mazli
- Nur Masrin Amalia Amiruddin
Perbincangan

1. Pengenalan Prinsip Kehakiman Islam


2. 4 Prinsip Umum Kehakiman Islam
3. Prinsip Berkait dengan Pemerintahan
4. Prinsip Berkait dengan Hakim
5. Prinsip Berkait dengan Pihak yang Bertikai
6. Kesimpulan
PENGENALAN
PENGENALAN
Syariah secara umumnya bertujuan untuk memberi
keadilan dan rahmat kepada umat manusia. Oleh yang
demikian, segala peraturan atau sistem perundangan yang
menyimpang dari tujuan umum tersebut adalah
bertentangan dengan syariat.
Keadilan sebagai salah satu objektif syariah (maqasid
syari’ah) pula adalah objektif utama didalam sistem
kehakiman Islam.
Maka untuk merealisasikan keadilan sebagai puncak
sistem kehakiman Islam, seseorang hakim hendaklah
menjalankan proses penghakiman melalui peraturan dan
kaedah pembuktian berlandaskan hukum syarak.
Bagi memastikan kesejahteraan ummah dapat dicapai, maqasid syariah
menggariskan lima prinsip utama iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan
dan harta.

Prinsip ini adalah asas kukuh dalam tadbir urus sesebuah negara termasuklah
dalam bidang kehakiman dan perundangan syariah. Kefahaman yang jelas
mengenai maqasid syariah penting untuk diaplikasi dalam pentadbiran institusi
kehakiman dan perundangan syariah, penghakiman dan penggubalan undang-
undang.
Prinsip-prinsip kehakiman Islam adalah ianya bersifat Rabbani
iaitu bersumberkan wahyu Allah S.W.T dan hadis rasulullah S.A.W dalam
menentukan sebarang keputusan dan hukuman yang akan dijatuhkan
kepada pesalah, menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman,
menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan
kejahatan dan memberi pengajaran kepada manusia dengan
terlaksananya kebaikan sekaligus kejahatan dapat dihindarkan, serta
mengamalkan akhlak yang mulia serta menjaga hubungan yang baik
sesame manusia dan mahkluk Allah SWT yang lain. Akhlak mulia dapat
diamalkan dengan terlaksananya peraturan dan hukuman yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT.
.
4 PRINSIP UMUM
KEHAKIMAN ISLAM
SUB-TOPIK
SUBTOPIK
 Menegakkan keadilan
 Amar makruf nahi mungkar
 Tidak menghalalkan yang haram
 Menghalang penzaliman
1. PRINSIP MENEGAKKAN KEADILAN

Istilah keadilan
Meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Dalam konteks sistem kehakiman, keadilan boleh ditakrifkan sebagai


satu sifat bagi perbuatan berdasarkan pertimbangan yang wajar atau
berpatutan, tidak berpihak pada mana-mana atau tidak membuat
sesuatu keputusan sewenang-wenangnya.
2. Firman Allah berkaitan prinsip menegakkan keadilan
Al-Maidah, 5:8;

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua


sentiasa menjadi orang orang yang menegakkan keadilan kerana
Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali
kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
untuk tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada
taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah
Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan.

Tujuan utama sistem kehakiman Islam ialah untuk


menegakkan keadilan.
2. Firman Allah berkaitan prinsip menegakkan
keadilan

Al-Maidah, 5:42;
….dan jika kamu menghukum sesama manusia, hukumlah
antara mereka dengan adil.

An-Nisa, 4:58;
Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan
hukum di antara manusia hendaklah kamu menghukum
dengan adil…
2. Firman Allah berkaitan prinsip menegakkan keadilan
 Ayat 58 Surah An-Nisa merupakan satu prinsip utama
hukum syarak dalam konteks tanggungjawab dan amanah.
 Ayat tersebut secara umumnya memberikan garis panduan
kepada pemerintah dan hakim bagi menunaikan
tanggungjawab dengan penuh amanah, tidak bersikap
zalim dan sentiasa bersikap adil dalam memutuskan sesuatu
perkara.
 Manakala dalam konteks individu ayat tersebut menyeru
manusia untuk sentiasa bersikap amanah dan bebas dari
sebarang keraguan serta syak wasangka (tohmah) semasa
menyampaikan kesaksian atau memberikan keterangan.
 Satu prinsip penting yang dijelaskan dari ayat-ayat tersebut
ialah menghukum atau memutuskan sesuatu dengan adil
merupakan salah satu prinsip utama hukum syarak
3. Keadilan dalam Sistem Kehakiman Islam

►Dalam konteks sistem kehakiman, ianya ditegakkan untuk memutuskan


sesuatu hukuman secara adil dan saksama tanpa mengira pangkat, darjat,
agama dan keturunan.
► Istilah kehakiman ataupun al-qada’ boleh ditakrifkan sebagai menghukum di
antara beberapa orang yang bertikai berdasarkan undang-undang Islam
dengan cara-cara tertentu.
►Oleh yang demikian, sistem kehakiman Islam bolehlah dirumuskan sebagai
satu sistem yang menggariskan peraturan-peraturan berkaitan prosiding di
mahkamah berlandaskan undang-undang Islam dalam menegakkan keadilan.
3. Keadilan dalam Sistem Kehakiman Islam

Setiap seorang wajib melaksanakan keadilan itu


bergantung pada kedudukan dan tanggungjawab yang
dipikulnya di dunia ini.

Sabda Nabi Saw; 7 golongan yang akan bernanung di bawah


bayang-bayang Allah pada hari tiada bayang-bayang kecuali
bayang-bayangNya.

“Pemerintah yang Adil”


Kadi atau hakim juga dianggap sebagai
Pemerintah, oleh itu dia perlulah adil dalam
memberi keputusannya.
3. Keadilan dalam Sistem Kehakiman Islam

(1) Hakim yang mengetahui


kebenaran lalu berhukum sejajarnya
- Syurga

Riwayat Abu Daud (2) Hakim yang mengetahui


3 jenis golongan Hakim; 1 masuk kebenaran tetapi tidak berhukum
Syurga, 2 masuk Neraka dengannya, dan bertindak zalim
dalam keputusannya - Neraka

(3) Hakim yang tidak mengetahui


kebenaran, lalu dia memutuskan
hukumannya atas manusia
berdasarkan kejahilan - Neraka
4. Kepentingan Prinsip Menegakkan Keadilan

• Dapat mewujudkan sistem perundangan yang berkesan.


- Sistem perundangan yang berteraskan keadilan dan kesaksamaan tanpa
mengira perbezaan darjat, status sosial, ekonomi bangsa dan sebagainya.
- Orang yang bersalah tetap bersalah dan dikenakan hukuman yang setimpal
sekalipun dia merupakan golongan bangsawan. Rasulullah SAW bersabda;
- Sesungguhnya telah binasalah umat sebelum kamu kerana apabila golongan
bangsawan melakukan kesalahan dia dibebaskan dan apabila golongan
bawahan melakukan kesalahan maka dia dikenakan hukuman. Demi Allah
kalau Fatimah sekalipun yang mencuri, tangannya akan dipotong. (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Menunjukkan ketegasan seorang pemimpin dalam menegakkan keadilan.
• Keharmonian dan kesejahteraan sesebuah negara dapat dicapai.
- Setiap individu akan berasa aman kerana tugas keadilan ialah
memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda,
agama dan keturunan manusia.
- Hal ini demikian kerana, setiap individu percaya bahawa pemerintah
yang mengamalkan keadilan akan berkecenderungan untuk sentiasa
memelihara keselamatan dan kesejahteraan hidup masyarakat di
bawah naungannya.
2. PRINSIP AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR

Istilah :
• Amar makruf nahi mungkar merupakan peristilahan daripada Bahasa
Arab yang bererti mengajak ke arah kebaikan dan mencegah
kemungkaran.
• Perkataan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar selalu digunakan
merujuk kepada mengajak manusia ke arah kebaikan dan
meninggalkan kemungkaran.
Firman Allah swt :
Ali-Imran, 3:104;
• “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan
menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji), dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”.
• Ayat seruan kepada kebaikan, menyuruh melakukan ma’ruf dan
mencegah mungkar ini hanya melibatkan sebahagian umat
Islam sahaja. Dengan itu, ia merupakan hukum fardhu kifayah
di mana apabila dilakukan oleh seseorang atau sebahagian
sahaja daripada anggota masyarakat maka gugurlah kewajipan
dan dosa anggota masyarakat tersebut.
Amar Makruf Nahi Munkar dalam
Sistem Kehakiman
Institusi hisbah merupakan satu bentuk institusi yang terkenal dan pernah diamalkan semasa
zaman permulaan Islam satu ketika dahulu. Institusi hisbah ini dikategorikan sebagai salah
satu daripada aspek dalam sistem kehakiman Islam.

Hisbah ialah satu badan pengawasan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengawasi
kegiatan individu di dalam perkara yang berkaitan dengan akhlak, agama dan ekonomi
(kehidupan sosial secara umumnya) dengan tujuan mengekalkan keadilan dan kemuliaan
sebagaimana yang dianjurkan oleh syariat Islam.

Hisbah ialah melaksanakan tugas keagamaan iaitu menyeru melakukan ma’aruf (kebaikan) dan
mencegah melakukan kemungkaran yang jelas jika ternyata dilakukan.
Kepentingan Prinsip Amar Makruf
Nahi Munkar
• Prinsip ini dapat dilihat dalam aspek undang-undang
jenayah dan penguatkuasaannya.
• Menjenayahkan sesuatu perbuatan merupakan satu
bentuk pencegahan.
• Falsafah ini penting kerana apa juga perkara yang akan
membawa atau boleh mendorong kepada jenayah perlu
disekat terlebih dahulu sebelum jenayah lebih serius atau
ancaman jenayah lebih serius berlaku.
• Prinsip mencegah lebih baik daripada mengubat diterima
pakai dalam falsafah undnag-undang jenayah Islam dan
juga dalam proses mengislahkan ummah.
3. Tidak menghalalkan yang haram

Hadis Rasulullah SAW:

Dari Ibnu Abbas ra, sesungguhnya Rasulullah SAW berkata: :Seandainya setiap
pengaduan manusia diterima, niscaya setiap orang akan mengadukan harta
suatu kaum dan darah mereka, karena itu (agar tidak terjadi hal tersebut)
maka bagi pendakwa agar mendatangkn bukti dan sumpah bagi yang
mengingkarinya”.

(Hadits hasan riwayat Baihaqi dan lainnya yang sebagiannya terdapat dalam
As Shahihain)
Pelajaran yang terdapat dalam hadis:

1. Seorang hakim harus meminta dari kedua orang yang bersengketa


sesuatu yang dapat menguatkan pengakuan mereka.
2. Seorang hakim tidak boleh memutuskan sebuah perkara dengan
menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
3. Pada dasarnya seseorang bebas dari tuduhan hingga terbukti perbuatan
jahatnya.
4. Seorang hakim harus berusaha keras untuk mengetahui permasalahan
sebenarnya dan menjelaskan hukumnya berdasarkan apa yang tampak
baginya.
5. Bersumpah hanya diperbolehkan atas nama Allah.
An-Nafahat Al-Makkiyah / Syaikh Muhammad bin Shalih asy-Syawi

Keputusan hukum dari kalian tidak membolehkan dan menghalalkan yang telah diharamkan,
karena ia hanya menetapkan keputusan atas dasar apa yang ia dengar. Kalau tidak demikian,
maka hakikat segala perkara tetaplah ada, karena keputusan hakim yang memenangkan
orang yang hendak mengambil harta dengan batil tersebut tidak mendatangkan ketenangan,
tidak ada pula keraguan keraguan (tentang keharaman) bahkan tidak pula rasa lega.
Dan barangsiapa yang mengemukakan di hadapan Hakim hujah-hujah yang batil lalu Hakim
memenangkan perkaranya, maka sesungguhnya hal itu tidaklah halal baginya, dan
barangsiapa yang telah memakan harta orang lain dengan batil dan dosa, sedang ia
mengetahui hal itu, maka hukumannya tentu akan lebih keras. Dengan demikian, seorang
wakil (kuasa hukum atau pengacara) apabila mengetahui bahwa orang yang mewakilkan nya
itu batil dalam gugatannya, maka tidaklah halal baginya untuk berseteru demi membela
seorang yang berkhianat, sebagaimana firman Allah :
"dan janganlah kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), karena (membela)
orang-orang yang khianat” (An Nisa : 105)
3. Menentang kezaliman
Ibnu Farhun menyatakan bahawa hikmah atau tujuan sistem kehakiman Islam adalah untuk
membanteras kekacauan, menolak bala bencana, mencegah kezaliman, membantu pihak
yang dizalimi, menyelesaikan pertikaian, menyuruh membuat kebaikan dan mencegah
kemungkaran.
Ibnu Qudama pula menegaskan bahawa perbicaraan oleh seorang hakim merupakan satu
cara untuk menegakkan perkara makruf dan menentang kemungkaran, membantu pihak
yang dizalimi, menakutkan pihak yang zalim dari terus melakukan kezaliman,
mengembalikan hak kepada yang berhak, mendamaikan pertikaian sesama manusia dan
menghukum dengan kebenaran kerana Allah sangat mengasihi mereka yang membicarakan
sesuatu kes secara adil.
Oleh yang demikian, seseorang hakim mestilah menghukum dengan adil melalui
kesungguhan, keazaman dan tekad untuk menjalankan hukuman dengan adil secara
berkesan dan hendaklah mendengar dakwaan- dakwaan dari mula ia dikemukakan
sehinggalah keputusan dikeluarkan berlandaskan kaedah-kaedah pendakwaan serta cara-
cara pembuktian yang selari dengan hukum syarak.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik- baiknya kepada kamu. Sesungguhnya
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”

An Nisa 4:58

Al-Shawkani menjelaskan ayat 58 Surah Al-Nisa’ tersebut sebagai ‘ibu’ kepada hukum-hukum
syarak atau dengan perkataan lain ia merupakan satu prinsip utama hukum syarak dalam
konteks tanggungjawab dan amanah. Ayat tersebut secara umumnya memberikan garis
panduan kepada pemerintah dan hakim bagi menunaikan tanggungjawab dengan penuh
amanah, tidak bersikap zalim dan sentiasa bersikap adil dalam memutuskan sesuatu perkara.
Manakala dalam konteks individu ayat tersebut menyeru manusia untuk sentiasa bersikap
amanah dan bebas dari sebarang keraguan serta syak wasangka (tohmah) semasa
menyampaikan kesaksian atau memberikan keterangan.
Al Maidah 5:42

“Dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Perkataan ‘al-qist’ dalam ayat di atas ditafsirkan oleh ulama sebagai kebenaran dan keadilan,
manakala kezaliman pula adalah lawan dari maksud ‘al-qist’ tersebut. Ayat tersebut juga
mengingatkan bahawa Allah sangat menyukai mereka yang menghukum sesama manusia
secara adil terutama para hakim yang menggunakan prisip keadilan seperti yang diajar oleh
Allah melalui kitabnya al-Quran dan juga hadith Rasulullah SAW.
PRINSIP BERKAIT DENGAN
PEMERINTAHAN
Pengertian Kehakiman
o Bahasa : memerintah, menghukumkan, menyempurnakan, menunaikan, menyelesaikan,
mewajibkan dan memutuskan.
o Istilah : menyelesaikan pertikaian dan tuntutan antara dua pihak atau lebih melalui proses
undang2 berdasarkan hukum syarak.

o Pengertian kehakiman dan matlamat utama sistem kehakiman adalah:-


1.1 Pengertian kehakiman
Bermaksud suatu keputusan daripada pemerintahan atau badan kehakiman
dalam suatu perbicaraan di mahkamah atau menyampaikan hukum syarak secara
bertepatan.
1.2 Matlamat utama sistem kehakiman
Menegakkan keadilan kepada semua rakyat, menentang kezaliman dengan
menjatuhkan hukuman ke aras penjenayah, dan membela orang yang dizalimi.
Firman Allah S.W.T bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa
menegakkan keadilan, menjadi saksi yang menerangkan kebenaran kerana Allah,
sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu dan
sekalipun orang yang didakwa itu kaya ataupun miskin, kerana Allah lebih
bertimbangrasa kepada keduanya. Oleh itu janganlah kamu turuti hawa nafsu supaya
kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan
atau enggan daripada menjadi saksi maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui
dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah An-Nisa’ (4):135
Allah SWT juga menegaskan bahawa setiap amanah yang telah dipertanggungjawabkan wajib
diserahkan kepada mereka yang berhak tanpa memilih kasih, rupa paras, kedudukan, pangkat,
dan sebagainya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya
yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah
menyuruh kamu menghukumnya dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu
memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa
mendengar lagi melihat.
Surah An-Nisa’ (4):58
Ayat ini menegaskan kepada semua kadi-kadi, para kalim dan pemimpin-pemimpin negara
berlaku adil dalam melaksanakan tugasan mereka dari semua sudut dan seterusnya mereka
juga diharamkan malakukan perkara-perkara sebaliknya (al-Ashqar 1996: 124).

Dalam ayat yang lain Allah S.W.T menyebut tentang konsep keadilan yang harus ada pada
setiap pemimpin bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang
yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali
kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kerana sikap itu hampir kepada takwa. Dan
bertakwalah kepada Allah yang maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan.
Surah Al-Maidah (6):8
o Sistem kehakiman islam seperti dinyatakan adalah
bertujuan untuk menegakkan keadilan di mana
suatu sistem kehakiman itu ditegakkan untuk
memutuskan sesuatu hukuman secara adil dan
saksama.
o Maka, ianya dapat membela orang yang dizalimi
kerana orang yang lemah dan dizalimi perlu dibela
oleh pemerintahan dan orang yang berkuasa.
o Ianya juga bertujuan untuk menentang kezaliman.
Agama Islam menentang sebarang bentuk
kezaliman, kerana perbuatan zalim boleh
merosakkan diri, keluarga, masyarakat, bangsa,
agama dan Negara.
PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DI TANAH
MELAYU

o Di Tanah Melayu, undang-undang Syariah telah dilaksanakan


secara tersusun seawal abad ke-15 apabila bertapaknya Islam di
empayar Kesultanan Melayu Melaka.

o Undang-undang Syariah di zaman tersebut telah dikodifikasikan


melalui dua teks undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Negeri Melaka.

o Menurut Prof Ahmad Ibrahim 1997 . Kedudukan Undang-undang


Islam di Malaysia. Jurnal Hukum Jld XI Bhg I: 119. , sebelum
kedatangan penjajah, undang-undang Islam diaplikasikan telah
dijadikan platform bagi rakyat mendapatkan keadilan dengan
kuasa rayuan diberikan kepada Sultan.
• Walau bagaimanapun, setelah lenyapnya
Kesultanan Melayu Melaka bermula dengan
penjajahan Portugis di Melaka pada tahun 1511,
undang-undang Syariah tidak lagi digunapakai
dan digantikan dengan undang-undang penjajah.

• Begitulah seterusnya yang berlaku pada era


pemerintahan Belanda dan seterusnya apabila
British berjaya mengambilalih bukan sahaja negeri
Melaka tetapi ke seluruh Tanah Melayu.

• Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957


dan pembentukan Malaysia pada 1963, British
telah meninggalkan legasi perundangan yang
berasaskan ‘Common Law and Equity’.
• Selepas kedatangan British, mahkamah-
mahkamah lain telah ditubuhkan di atas nasihat
pihak berkuasa British dan Mahkamah Syariah
telah diletakkan di taraf yang amat rendah dan
bidang kuasanya telah dibatasi.

• Sebelum 1948, Mahkamah Syariah telah


diletakkan di dalam struktur dan hierarki
mahkamah negara bersama mahkamah yang lain.

• Namun dengan lulusnya Courts Ordinance 1948,


mahkamah Syariah telah dipisahkan dari
Mahkamah Persekutuan.
• Namun selepas kemerdekaan Malaysia, status
Mahkamah Syariah telah diubah menjadi
mahkamah negeri-negeri.ri
• .
• Mahkamah Syariah telah sama sekali diabaikan
sehingga definisi ’undang-undang’ yang
disebutkan di dalam akta seperti Akta Mahkamah
Kehakiman dan Akta Mahkamah Rendah tidak
memasukkan Mahkamah Syariah.

• Mahkamah Syariah cuma disebut di dalam Senarai


2, Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan .
• Dalam kes Ramah v Laton [1927] 6 FMSLR 128,
majoriti Mahkamah Agong memutuskan bahawa
Undang-undang Islam bukan merupakan undang-
undang asing di negeri-negeri Melayu akan tetapi
ia adalah undang-undang tempatan dan undang-
undang tempatan adalah perkara yang sepatutnya
diberikan pengiktirafan kehakiman oleh
Mahkamah.
PRINSIP BERKAIT
DENGAN HAKIM
PRINSIP-PRINSIP KEHAKIMAN ISLAM
I. Apakah itu Prinsip Kehakiman
II. Prinsip-prinsip Asas Institusi Kehakiman
III. Matlamat Institusi Kehakiman
IV. Kelayakan Asas Dan Peranan Utama Hakim
V. Perlantikan Hakim-hakim (syarat-syarat & proses)
VI. Tugas-tugas/etika para Hakim
VII. Penamatan Hakim
VIII. Sistem kehakiman di Malaysia
a) Perlembagaan Persekutuan
b) JKSM
I. Prinsip
Perkembangan kehakiman Islam dari perjalanan sejarah Islam dan lahirnyanya
pemerintahan-pemerintahan yang bersendikan pada ajaran agama Islam itu sendiri.

Perubahan sistem pemerintahan yang silih berganti dalam sejarah Islam, berpengaruh
besar terhadap sistem kehakiman yang berlaku di negara-negara itu, misalnya:

• Kehakiman di zaman Rasulullah Saw dan para Khulafaurrasyidin (th. 622 M hingga akhir
pemerintahan Ali bin Abi Thalib (th. 661M) ;
• Kehakiman di zaman Khilafah Muawiyah (th. 661-749 M) hingga di zamannya Khalifah
Abbasiyah (th. 749-1242 M) ;
• Kehakiman di dalam masa sesudah Khalifah Abbasiyah hingga pemerintahan Usmaniyah
(Turkey) dalam bentuk khilafah (th. 1516-1924 M).
Kehakiman atau al-qada’ (‫ )َقَض ى‬dari segi bahasanya bermaksud menghukum,
menyelesaikan, menetapkan, memutuskan dan mencegah.

Dari sudut syarak pula bermaksud menyelesaikan perbalahan dan


pertelingkahan yang berlaku antara manusia berasaskan syariah Islam.

Institusi kehakiman merupakan satu institusi penting dalam sesebuah


pemerintahan Islam.

Institusi ini turut berperanan besar untuk membuktikan bahawa undang-undang


Islam adalah sangat adil, unggul dan sesuai untuk dilaksanakan di semua
tempat, setiap masa dan meliputi setiap lapisan masyarakat.
Rasulullah s.a.w. pernah bertindak sebagai seorang hakim bagi membicarakan
pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan anggota masyarakat. Selain itu,
Baginda juga pernah mengirim para sahabatnya seperti Ali ibn Abi Talib dan
Mu’az ibn Jabal ke Yaman sebagai hakim yang mentadbir urusan perundangan
yang timbul di negeri tersebut. Demikian juga selepas kewafatan Rasulullah
s.a.w., urusan kehakiman diambil alih oleh para Khulafa’ al-Rasyidin.

Penegasan yang diberikan Allah s.w.t. supaya manusia berlaku adil dalam
menghakimi sesuatu pertikaian turut merangkumi tuntutan supaya
mengetepikan perasaan benci, marah, dendam dan sebagainya. Ini jelas dalam
ayat :
“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang selalu
menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah
sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku
tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa.” (Surah al-
Ma’idah 5:8)

Dalam satu ayat yang lain pula, Allah menegaskan lagi :

“Wahai orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan
lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah biarpun terhadap diri
kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika orang (yang didakwa) itu kaya
ataupun miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang
memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa) kerana Allah lebih
bertimbang rasa kepada kedua-duanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa
nafsu supaya kamu tidak menyeleweng daripada keadilan. Dan jika kamu memutar
belitkan keterangan atau enggan (daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah
sentiasa mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Nisa’
4:135)
II. Prinsip-prinsip Asas Institusi Kehakiman
Dalam menjalankan tugasnya bagi menjamin keadilan dan
menghapuskan kezaliman, institusi kehakiman Islam mestilah
berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. Antaranya ialah:

1. Bersifat Rabbani iaitu ketuhanan. Institusi kehakiman Islam


berteraskan prinsip rabbani kerana sumber asas kehakiman
dalam Islam adalah daripada wahyu Allah s.w.t. iaitu al- Qur’an
dan al-Sunnah. Sebarang keputusan dan tindakan hakim mesti
berasaskan panduan al-Quran dan al-Sunnah.
2. Menegakkan keadilan dan menyeru kebaikan serta mencegah
kemungkaran. Ia dapat dilakukan dengan pelaksanaan hukuman yang
bersifat pencegahan, pemulihan dan pengajaraan demi menjamin
kesejahteraan dan keharmonian hidup.

3. Mengamalkan adab dan akhlak Islam yang mulia seperti amanah,


adil, jujur, tegas, berani dan tidak zalim semasa menjalankan hukuman.
Sistem kehakiman Islam menjunjung dan memelihara nilai-nilai mulia dalam
masyarakat supaya tidak dicemari oleh golongan yang bertuhankan nafsu
sehingga melakukan kezaliman ke atas orang lain.
III. Matlamat Institusi Kehakiman
Secara umumnya, matlamat institusi kehakiman ialah untuk
menegakkan keadilan tanpa mengira darjat, pangkat, keturunan dan
agama. Malah, keadilan yang dianjurkan dalam Islam adalah keadilan
sejagat. Jadi, sesiapa yang terbukti bersalah harus dihukum
sepertimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

… dan jika kamu menghukum sesama manusia, hukumlah antara


mereka dengan adil.

(Surah al-Maidah: 42)


Institusi kehakiman juga bertujuan untuk menentang kezaliman. Islam
menentang sebarang bentuk kezaliman seperti yang ditegaskan oleh Allah s.w.t.
yang bermaksud:
… janganlah kamu cenderung kepada orang zalim (kalau kamu berbuat
demikian) api neraka akan membakar kamu.
(Surah Hud: 113)

Selain menghapuskan kezaliman, sistem kehakiman juga perlu membela orang


yang dizalimi. Islam menjaga hak setiap individu yang menjadi mangsa
kezaliman. Orang yang dizalimi mendapat hak pembelaan dalam sistem
kehakiman. Sebenarnya, hukum hudud dan qisas adalah satu keadilan untuk
membela orang yang dizalimi. Maka sistem kehakiman amat mengambil berat
terhadap orang yang ditindas, dianiaya dan dizalimi demi menegakkan keadilan
agar maruah, harta benda dan nyawa orang dizalimi dikembalikan haknya.
IV. Kelayakan Asas Dan Peranan Utama Hakim
Dalam sesebuah institusi kehakiman, jawatan terpenting ialah jawatan hakim.
Hakimlah yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah institusi
kehakiman dalam menjalankan fungsinya. Oleh itu, syariah Islam sangat
menitik beratkan perkara yang berkaitan dengan kelayakan dan pelantikan
hakim. Untuk melayakkan seseorang menjadi hakim, beliau perlu memiliki
beberapa kriteria seperti berikut:

1. Mempunyai akal yang sempurna.


2. Beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t.
3. Ilmu pengetahuan yang cukup tentang al-Qur’an dan al-Sunah.
4. Bijaksana dan waras fikiran dalam melaksanakan hukuman.
5. Berwibawa dan dihormati kerana ketegasannya dan keadilannya.
6. Adil dan sabar melaksanakan keputusan berdasarkan hujah dan bukti
sahih.

Peranan hakim
Bagi mencapai matlamat menegakkan keadilan dan menghapuskan
kezaliman, hakim memainkan banyak peranan yang sangat penting.
Antaranya, seperti berikut:
1. Menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama setimpal dengan
kesalahan.
2. Menyelesaikan persengketaan dan permusuhan sesama manusia tanpa
pilih kasih.
3. Tidak menjatuhkan hukuman ketika marah dan jika ada keraguan.
4. Membebaskan tertuduh jika didapati ada keraguan dari segi bukti dan
hujah.
V. Pelantikan Hakim-hakim (syarat-syarat &
proses)

Pelantikan Ketua Hakim Syarie :-


• tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 56 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Selangor) (Pindaan) Tahun 2015 yang telah digazetkan pada 13 Mei 2015.
• Seorang Ketua Hakim Syarie akan dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat
Majlis. Syarat kelayakan Ketua Hakim Syarie adalah seperti di bawah subseksyen 56 (2)
dan (3) iaitu –
i. seorang warganegara;
ii. dan telah berkhidmat selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau Kadhi atau
Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau Pegawai Syariah dalam Skim
Perkhidmatan Awam Persekutuan atau Negeri atau
iii. kombinasi mana-mana jawatan tersebut; atau telah menjadi Peguam Syarie sesuatu
Negeri selama tidak kurang daripada lima belas tahun
Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
• tertakluk di bawah Seksyen 57 Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003 dan pelantikannya dibuat oleh Duli Yang Maha
Mulia Sultan, atas nasihat Majlis dan Ketua Hakim Syarie. Hakim Mahkamah
Rayuan Syariah tersebut akan memegang jawatannya selama tempoh tiga
(3) tahun dan boleh dilantik semula sekiranya telah tamat tempoh tiga (3)
tahun tersebut.

Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah


• tertakluk kepada peruntukan subseksyen 58(1) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Selangor) dan pelantikannya dibuat oleh Duli Yang Maha
Mulia Sultan, atas nasihat Majlis dan Ketua Hakim Syarie. Syarat kelayakan
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah adalah seperti di bawah subseksyen
58(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 iaitu –
• seorang warganegara Malaysia; dan

• telah memegang selama sepuluh tahun jawatan sebagai Hakim Mahkamah


Rendah Syariah atau Kadi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu
Negeri atau kombinasi mana-mana jawatan tersebut, atau Pegawai Syariah
dalam Skim Perkhidmatan Am Awam Persekutuan dan Negeri; atau

• telah menjadi Peguam Syarie sesuatu negeri selama tidak kurang daripada
sepuluh tahun

Pelantikan Hakim Mahkamah Rendah


• juga akan dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Ketua
Hakim Syarie. Pelantikan tersebut hendaklah dibuat di kalangan anggota
perkhidmatan awam am Negeri atau perkhidmatan bersama seperti yang
diperuntukan di bawah Seksyen 59 Enakmen yang sama. Proses pelantikan
Hakim Syarie juga perlu diwartakan dalam Warta Rasmi Kerajaan.
Seksyen 56 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Selangor) (Pindaan) Tahun 2015
Click icon to add picture
VI. Tugas-tugas/Etika Para Hakim

• Bagi mencapai matlamat menegakkan keadilan dan menghapuskan


kezaliman, hakim memainkan banyak peranan yang sangat penting.
Antaranya, seperti berikut:

1) Menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama setimpal dengan


kesalahan.
2) Menyelesaikan persengketaan dan permusuhan sesama manusia
tanpa pilih kasih.
3) Tidak menjatuhkan hukuman ketika marah dan jika ada keraguan.
4) Membebaskan tertuduh jika didapati ada keraguan dari segi bukti dan
hujah.
Etika para Hakim:-
a) Luar Mahkamah
i. Niat ikhlas kerana Allah S.W.T
Seorang hakim juga mesti berniat untuk menegakkan hukum Allah serta mampu
mendamaikan masyarakat

ii. Tidak meminta jawatan (hakim)


o tidak boleh meminta untuk dilantik sebagai hakim walaupun cukup syarat-syarat
o Hadith riwayat Abu Dawud (3571) dan Al-Tirmidzi (1325).

‫) وابن ماجه‬1325( ‫) والترمذي واللفظ له‬3571( ‫من ولي القضاء أو جعل قاضيا بين الناس فقد ذبح بغير سكين [رواه أبوداود‬
]‫ حسن صحيح‬:‫ قال األلباني‬,)2308(

“Barangsiapa dijadikan sebagai qadhi (penentu keputusan) diantara manusia, maka


sungguh ia telah disembelih dengan tanpa menggunakan pisau (benda tajam)” (HR. Abu
Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah. Al Albani mengatakan: ‘Hasan Shahih’).
iii. Tidak menerima rasuah dan hadiah
iv. Tidak menerima jemputan khas
v. Tidak melibatkan diri dalam bidang perniagaan
vi. Tidak sibuk dengan pelbagai keperluan

b) Dalam Mahkamah
i. Tidak merasa segan dengan salah seorang yang
bersengketa, tetapi harus tetap bersikap adil
ii. Tidak memberi keputusan sebelum mendengar
keterangan daripada kedua-dua pihak
iii. Tidak membuat keputusan berdasarkan emosi
iv. Bersikap tegas
v. Menundukkan pandangan
vi. Berakhlak mulia
VII. Penamatan Hakim
Melalui tiga (3) cara iaitu:-
a) Telah sampai had umur persaraan;
i. Tetapi jika masih lagi layak dan mampu meneruskan tugas-tugas hakim,
boleh dilanjutkan,

b) Jika jawatan tersebut dilepaskan;


i. Mempunyai keuzuran (sakit); atau
ii. Tidak boleh menjalankan tugas kerana campurtangan pemerintah

c) Jika jawatan tersebut dilucutkan (pemecatan);


i. Pandangan fuqaha Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafie – khalifah boleh pecat
hakim;
ii. Pandangan marjuh dari fuqaha Hanbali dan Syafie – ketua negara tidak
boleh pecat hakim
VIII. Sistem kehakiman di Malaysia

Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan kesan terhadap bidang
kuasa Mahkamah Malaysia
• Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tentang kuasa
kehakiman persekutuan (Mahkamah Tinggi) mengikut bidang kuasa yang
diberikan oleh undang-undang persekutuan

• manakala Perkara 121 (1A) berkaitan dengan bidang kuasa eksklusif Mahkamah
Syariah. Penambahan perkara kecil (1A) dibuat untuk mengeluarkan bidang
kuasa Mahkamah Tinggi terhadap perkara yang berada di bawah bidang kuasa
Mahkamah Syariah. Secara literal membawa makna bahawa Mahkamah Tinggi
tidak boleh lagi campur tangan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Mahkamah Sivil Tiada Lagi Bidang Kuasa Ke Atas Mahkamah Syariah

• Pada 10 Jun 1988, pindaan terhadap Perkara 121 (1A) Perlembagaan


Persekutuan telah dibuat melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1988 (Akta 704)
yang memperuntukkan Mahkamah Sivil tidak lagi mempunyai bidang kuasa
berkenaan apa-apa perkara yang Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa.
• Perlembagaan telah meningkatkan taraf dengan memberikan kuasa eksklusif
kepada Mahkamah Syariah tanpa perlu campur tangan daripada Mahkamah
Sivil.
• implikasi pindaan kepada Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Melalui
pindaan ini, percanggahan antara Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Syariah
boleh dielakkan kerana mana-mana perkara-perkara yang boleh dibawa ke
Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi tidak lagi mempunyai bidang kuasa di
dalam perkara-perkara tersebut.
Konflik Undang-undang Sivil Dan Syariah Yang Masih Berterusan
Bidang kuasa eksklusif yang diberikan kepada Mahkamah Syariah masih tidak
sepenuhnya dilaksanakan kerana terdapat beberapa keputusan yang dibuat oleh
Mahkamah Syariah telah dicabar kesahan penghakimannya oleh Mahkamah Sivil:-
• Teoh Eng Huat lwn Kadhi, Pasir Mas & Anor [1990] 2 MLJ 300. Mahkamah
Persekutuan telah memutuskan bahawa agama bagi mereka yang berada
dibawah umur 18 tahun akan ditentukan oleh ibu bapa atau penjaga
walaupun Mahkamah Syariah telah mengesahkan keislamannya.

• In Re Susie Teoh [1986] 2 MLJ 228, Mahkamah Tinggi Sivil telah bersikap
tegas dengan menyatakan pemelukan Islam bagi gadis yang berumur 17
tahun 8 bulan adalah tidak sah sah kerana Perkara 12 (3) dan (4) menetapkan
seseorang yang berumur bawah 18 tahun agamanya akan ditentukan oleh
ibu bapa atau penjaganya.
• Indira Gandhi a/p Mutho lwn Patmanathan a/l Krishan, [2015] 7 MLJ 153,
Mahkamah Tinggi Ipoh telah mengambil pendekatan bahawa Mahkamah Sivil
boleh membuat keputusan yang berkaitan dengan hak jagaan anak bagi kes
pemelukan Islam oleh si suami dengan memberikan hak jagaan anak kepada si
isteri yang masih beragama Hindu. Walaupun keputusan telah dibuat oleh
Mahkamah Syariah, namun diputuskan bahawa Mahkamah Sivil masih
mengakas bahawa ia mempunyai hak untuk mengubah keputusan Mahkamah
Syariah.

• Walaubagaimanapun kes ini telah diperbetulkan oleh Mahkamah Rayuan


dengan mengakaskan bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.
Latar Belakang Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia (JKSM)
• JKSM ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim
Syarie Malaysia juga Ketua Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.
• Wujudkan empat (4) jawatan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi menimbang
semula kes rayuan Mahkamah Rayuan Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah.
• Mengekalkan struktur Mahkamah Syariah Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah
termasuk pentauliahan Ketua Hakim Syarie serta Pegawai-pegawai Syariah.
• Mewujudkan satu Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.
• Kerajaan Persekutuan akan membiayai kos Pegawai Syariah.
Moto, Visi, Misi, Objektif & Fungsi
• Moto : 'Syariah Asas Keadilan'

• Visi : Memartabatkan Institusi Kehakiman Syariah dalam Sistem


Kehakiman dan Perundangan Negara.

• Misi : Meningkatkan Kecekapan dan Keseragaman dalam Sistem


Pentadbiran Kehakiman Syariah di Seluruh Malaysia.
Objektif:
a) Mengendalikan kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia;
b) Menggubal dasar dan strategi untuk mempertingkatkan prestasi Mahkamah
Syariah negeri-negeri;
c) Menyelaraskan prosedur kehakiman untuk diterima pakai di negeri-negeri;
d) Mengawal dan menilai program dan aktiviti-aktiviti Mahkamah Syariah
negeri-negeri yang menerima pakai skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai
Syariah Persekutuan;
e) Membina dan menyelaraskan kaedah-kaedah dan Arahan Amalan serta
peraturan kepada semua pegawai syariah di JKSM, negeri-negeri dan lain-lain
agensi berkaitan;
f) Membangun, menyelaras dan mentadbir penggunaan sIstem maklumat
elektronik di JKSM, negeri-negeri dan agensi berkaitan;
g) Menguruskan pembangunan dan keperluan modal insan di JKSM, negeri-
negeri dan agensi berkaitan;
h) Membangunkan Pusat Sumber Maklumat dan penerbitan berkaitan sistem
perundangan dan kehakiman syariah bagi menyediakan bahan–bahan
rujukan ilmiah kepada pegawai syariah di seluruh Malaysia dan orang awam;
i) Melaksanakan penyelidikan berkaitan sistem perundangan dan kehakiman
syariah sesuai dengan perkembangan semasa;
j) Mengawal selia perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah
melalui tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah;
k) Menyalurkan pendahuluan nafkah kepada pelanggan yang layak sementara
tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah diselesaikan di
Mahkamah Syariah;
l) Menyediakan perkhidmatan BSK Transit kepada pelanggan Mahkamah
Syariah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Piagam Pelanggan
a) Memastikan 80 peratus kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah diselesaikan
dalam tempoh 6 bulan selepas didaftarkan di Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia;
b) Memastikan pembinaan Arahan Amalan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari
tarikh persetujuan Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan;
c) Memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus Pegawai Syariah menghadiri 3
kursus teras dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pelantikan;
d) Memastikan peperiksaan perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan
Pegawai Syariah untuk tujuan pengesahan jawatan dilaksanakan sekurang-
kurangnya 2 kali setahun;
e) Memastikan bil/tuntutan yang lengkap, dibayar dalam tempoh 14 hari dari
tarikh penerimaan oleh Unit Kewangan;
f) Memastikan wang pendahuluan dana Sokongan Keluarga dibayar dalam
tempoh 7 hari dari tarikh kelulusan Jawatankuasa Amanah Sokongan
Keluarga;
g) Memastikan maklum balas terhadap aduan berkaitan aplikasi sistem dan
peralatan ICT diberikan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh aduan;
h) Memastikan kajian/penyelidikan jangka pendek diselesaikan dalam tempoh 6
bulan dari tarikh arahan dikeluarkan;
i) Memastikan maklum balas awal terhadap pertanyaan dan aduan pelanggan
disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja; dan
j) Memastikan Jurnal Hukum diterbitkan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
Muat turun E-Borang bagi kes MAL/Jenayah
Prosedur Mahkamah
Laman web rasmi:
http://www.esyariah.gov.my/portal/page/portal/Portal%20E-Syariah%20BM/Portal%20E-Sya
riah%20Utama
PRINSIP BERKAIT
DENGAN PIHAK
BERTIKAI
Sub-topik

1. Prinsip tuntutan
2. Prinsip persemukaan antara pihak
3. Kesamarataan
4. Hak menolak tuduhan dan membela diri
Prinsip Tuntutan
1. Pendakwa merupakan pihak yang berhak membuat dakwaan

Fuqaha’ Hanafi :
“Tuntutan kehakiman daripada hakim adalah di antara hak-hak hamba (manusia) kerana
kehakiman adalah cara untuk mendapatkan haknya, maka tuntutan menjadi haknya dan hak
seseorang insan itu tidak boleh disempurnakan melainkan dengan tuntutannya”.

Maksud :
i. Pihak pendakwa hendaklah mengangkat dakwaannya kepada badan kehakiman
ii. Hakim tidak berdaya mengadili kes jika pendakwa tidak menjalankan pendakwaan
iii. Hakim terikat dengan tuntutan-tuntutan yang dibentangkan oleh pihak pendakwa dan
tidak berkuasa membuat sesuatu perkara yang melebihi daripada tuntutan pendakwa
2. Mahkamah tidak boleh memaksa pendakwa untuk mendakwa,
terpulang kepada keinginannya.

‘Hashiyah ‘Ibn ‘Abidin’ ada disebut :

“Adalah menjadi hak pendakwa jika dia meninggalkan


dakwaannya dan dia melepaskan tuntutannya maka dia tidak
boleh dipaksa (untuk mendakwa) dan hendaklah ditegah hakim
dari membicarakan kesnya”.
Pendakwa Syarie
S.78 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 - mempunyai
kuasa menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau
memberhentikan apa-apa prosiding kesalahan

Undang-undang utama :
i. Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah
ii. Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah
iii. Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah
iv. Arahan Ketua Pendakwa Syarie 2011
Pendakwaan bagi kesalahan jenayah syariah di mahkamah syariah.

Contoh kesalahan matrimoni (EUUKIS) berpoligami tanpa kebenaran


mahkamah.

Pendakwa Syarie lwn Tajuddin Bin Md Salleh.


Didakwa dan dipenjara selama 4 hari berkuatkuasa mulai tarikh
12hb Mac 2019

Enakmen Jenayah Syariah Selangor memperuntukkan kes jenayah syariah yang


boleh didakwa :

i. Bahagian II – kesalahan berhubung aqidah (pemujaan salah)


ii. Bahagian III – kesalahan berhubung kesucian agama Islam dan kesuciannya
(tidak sembahyang jumaat)
iii. Kesalahan pelbagai (memujuk lari perempuan bersuami)
Isu Berkenaan Pendakwa Syarie
Zaini Nasohah, Cabaran Penguatkuasaan Dan Perlaksanaan Perintah
Nafkah Di Mahkamah Syariah Negeri Selangor Dari Perspektif Peguam
Syar'ie, Jurnal Undang-undang 2009, ada menyebut antara cabaran
penguatkuasaan perintah nafkah.
Pendakwa Syari’e tidak bekerjasama memulakan dakwaan menghina
mahkamah (s.15 Enakmen Jenayah Syariah)
Usaha Memartabatkan Sistem
Kehakiman Islam Melalui Peguam Syarie
1) 2013 - Di peringkat Persekutuan, bagi memperkasakan tadbir urus
pendakwaan syariah di negeri-negeri agar bertepatan dengan doktrin
pengasingan kuasa serta justifikasi lain yang kukuh, Persidangan Ketua-Ketua
Jabatan Agama Islam/ Majlis Agama Islam Negeri (PKJ) kali ke-92 telah
bersetuju terhadap cadangan pengasingan Bahagian Pendakwaan daripada
Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan dinaik taraf ke Jabatan Pendakwaan.
2) 1 April 2018 - Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor
(JAPESS)
3) Kursus Peningkatan Kemahiran Pendakwa Syarie
4) Bengkel Kajian Semula Perundangan Jenayah Syariah Negeri Selangor
Cadangan untuk memartabatkan
Perlu ada data / laman sesawang yang memaparkan
statistik kes-kes yang didakwa, kertas-kertas siasatan yang
dibuka, kadar pendakwaan ‘rate of conviction’ supaya boleh
dilihat umum.

Ada sesetengah Jabatan Pendakwaan Syariah yang


menyediakan statistik tetapi terlalu umum dan ada juga
yang diklasifikan sebagai ‘restricted view’.
Pendakwaan Kes Jenayah Sivil
Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan
Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut
budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau
memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan, selain prosiding
di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau
Mahkamah Tentera.

Video bertajuk “Are Malaysian Crime Victims Getting Justice?” Video


ini dalah hasil interview bersama Arif Zakri (bekas TPR), Muhammad
Rafique (Bar Council Councilor) & Sangeet Kaur (Criminal Defense
Lawyer)
225,000 kes jenayah dilaporkan, hanya 45,000 (20%) kes sahaja didakwa
Kadar pendakwaan ialah rendah disebabkan berbagai faktor (polisi
pendakwaan, tidak cukup bukti, saksi, tidak cukup pendakwa dsb)
Perbandingan Pendakwaan Kes Rogol
Malaysia (3%), India (46%), US dan UK (70 – 80%)
Prinsip Persemukaan Antara 2 Pihak

Dalam perbicaraan sama ada semasa prosiding mendengar keterangan,


membuat pengakuan atau penafian, kesaksian atau apa-apa perkara
hendaklah dijalankan dengan kehadiran kedua-dua pihak atau wakil-
wakil mereka
1. Hakim tidak harus membuat keputusan, tanpa mendengar
keterangan kedua-dua pihak yang bertikai kerana tanpanya dia tidak
dapat mengetahui fakta sebenar kes

Rujuk Hadis m/s 83


Kehadiran Pihak-pihak semasa perbicaraan
S.121 (1)(a) dan s.121 (4) ETCMMS :
i. Tidak ada 1 pihak pun hadir, Hakim boleh
membuang tindakan itu / menangguhkan kes
ii. Hanya salah seorang hadir, (Plaintif hadir,
Defendan tidak hadir), Hakim boleh memutuskan
kes plaintif tanpa kehadiran defenden setelah
mahkamah berpuashati bahawa bukti
penyampaian kepada Defendan telah
disempurnakan dan ketidakhadirannya adalah
tanpa sebab munasabah / Hakim boleh
menangguhkan kes
Kes ketidakhadiran Pihak-pihak semasa perbicaraan

Mohd Hassan lwn Siti Sharidza [2004] JH XVIII/II, 269

Kes tuntutan nafkah anak. Perayu hadir sekali sahaja dan tidak hadir
pada sidang berikutnya. MRS mensabitkan tuntutan berjumlah
RM1,100. Perayu tidak berpuashati dan merayu ke MTS dan Mahkamah
Rayuan Syariah.

Hakim MTS menolak rayuan kerana mendapati perayu tidak berminat


dgn kes tersebut
Hakim Mahkamah Rayuan berpendapat tindakan MRS dan MTS
mendengar kes tersebut tanpa kehadiran perayu adalah betul dan sah.
Memartabatkan Kehakiman Melalui Sistem Ini
 Banyak kes di mana pihak-pihak tidak hadir / sengaja tidak hadir

 Melambatkan prosiding / melambatkan keadilan dilaksanakan

SEPINA
 Suatu perintah kepada seseorang supaya hadir ke
Mahkamah Syariah
 Keengkaran untuk hadir ke mahkamah boleh dikenakan
denda/penjara
2. Kedua-dua pihak dibenarkan melihat segala surat-surat
keterangan / dokumen yang dikemukakan oleh pihak satu lagi
serta memiliki salinannya untuk memudahkan menerima atau
menolak tuduhan/hak
 Fuqaha Maliki :

• “Tertuduh yang dibuat kesaksian ke atasnya boleh meminta supaya


diberi 1 Salinan surat-surat mengenai kesaksian tersebut supaya dia
dapat menggunakannya dalam menyoal balas serta mengingatkan
semula pihak yang mendakwa”.
 S.85(1) ETCMMS – Penzahiran Dokumen
 3 jenis keterangan (lisan, dokumentar &
nyata)
 Mahkamah boleh mengarahkan pihak-pihak
yang mengemukakan dokumen tersebut
menzahirkannya di hadapan mahkamah
(mengemukakan apa-apa dokumen yang
berada dalam miliknya atau kuasanya)
S.124 ETCMMS – Nota Keterangan. Kegagalan Mahkamah
merekodkan keterangan akan menjadikan sesuatu kes cacat

Mustafa Batcha lwn A. Habeeba Abd Rahman [2004] CLJ (Sya) 136

Kes pengesahan cerai talak tiga yang dilafazkan oleh perayu

Semasa keterangan telah ditimbulkan isu gangguan sihir. Tetapi


Mahkamah Bicara tidak mencatatkan hal ini dan tidak memanggil saksi
wajar seperti dukun untuk memberi keterangan.

Kes diarahkan dibicara semula di MRS yang lain


Memartabatkan Sistem Kehakiman Melalui Prinsip Ini

Keingkaran melakukan penzahiran

Jika mana-mana pihak gagal menzahirkan, mengeluarkan /


membenarkan dokumen diperiksa, setakat ini TIADA peruntukan
khusus mengenai hukuman / akibat

Walaubagaimanapun, tindakan penghinaan mahkamah boleh


diambil
Kesamarataan Antara Pihak-pihak
Bertikai
Arahan Rasulullah SAW kepada 'Ali Ibn Abi Talib dengan
sabdanya:

Maksudnya:
"Wahai Ali, jika dua pihak bertikai ingin diadili, maka
janganlah kamu menghukum di antara mereka berdua
sehinggalah kamu dengar (keterangan) dari pihak yang satu
lagi sepertimana kamu telah mendengar dari yang pertama.”
a) Kedudukan Pihak-pihak Ketika
Perbicaraan Berlangsung
• Mengikut panduan Rasulullah SAW : Hendaklah kedudukan pihak-pihak
yang bertikai itu duduk secara sama rata di hakim.
• Al-Shawkani dalam Nayl al-Awtar Sharh Muntaqa al-Akhbar, juzu' X1, hlm.
181 menyimpulkan:
• Pensyariatan kesamarataan kedudukan antara pihak-pihak bertikai di
hadapan Hakim semasa perbicaraan adalah satu kemestian bagi
mewujudkan kesamataraan.
• Namun, pensyariatan itu tidaklah semestinya dalam posisi yang
sedemikian rupa kerana boleh juga pihak-pihak yang bertikai duduk di
kiri kanan Hakim atau bersemuka di antara satu sama lain.
• Fuqaha’ Mazhab Hanbali, Ibn Qudamah dalam kitab al-Mughni,juzu XI,
hlm. 444 menghuraikan berkenaan perkara ini dengan katanya:
• kerana yang demikian itu membolehkan hakim berlaku adil di
antara kedua-dua mereka, bersemuka dan melihat kedua-dua
pihak yang bertikai itu
CONTOH KEDUDUKAN
PIHAK-PIHAK SEMASA
PERBICARAAN
CONTOH KEDUDUKAN
PIHAK-PIHAK SEMASA
PERBICARAAN
b) Layanan, Riak Muka dan Pengadilan
Ibn Al-Qayyim dalam I`lam Al-Muwaqqi`in `an Rabb al-`Alamin, juzu’ 1, hlm.
72 menghuraikan tentang:

• Risalah Saidina Umar R.A kepada Abu Musa al-Ash’ari yang menggariskan
tentang cara perlaksanaan prinsip kesamarataan:-

• “Samaratakan orang-orang (yang bertikai) di dalam majlismu


(kehakiman) pada riak mukamu dan pada pengadilanmu, sehingga
orang yang mulia (berkedudukan) tidak berasa tamak dan orang yang
hina tidak merasa kecewa dari keadilanmu.”
Ibn Al-Qayyim menyatakan:
• Apabila hakim berlaku adil terhadap kedua-dua pihak
bertikai, ini menjadi petanda kepada keadilan dalam
hukumannya. Apabila dia memberi keistimewaan
kepada salah seorang dari pihak-pihak yang bertikai
untuk berjumpa dengannya, menghormatinya, berdiri
di hadapan majlis, menyambutnya, menunjukkan
muka yang manis terhadapnya atau memberi
perhatian kepadanya, ini merupakan petanda
penganiayaan dan kezaliman.
Ibn Al-Qayyim menyatakan:

• Memberi keistimewaan kepada salah seorang dari pihak-pihak yang bertikai


dalam sesuatu (kehakiman), menyambutnya atau menghormatinya akan
majlis membawa kepada dua keburukan.
 Perasaan tamak agar hukuman memihak kepadanya serta
mengeraskan hati dan dendamnya.
 Pihak yang satu lagi akan merasa kecewa dengan keadilannya,
melemahkan semangat dan memusnahkan hujahnya
c) Tertib Giliran

Ibn Farhun dalam Tabsirat Al- Hukkam, juzu’1,


hlm. 33 menyatakan:
• Siapa yang hadir dahulu dalam sesuatu kes,
hendaklah kesnya didengar dahulu.
• Hakim tidak boleh mendahulukan mana-mana kes
disebabkan kelebihan pihak-pihak bertikai dari segi
status, bangsa, warna kulit dan sebagainya,
melainkan dalam beberapa keadaan.
• Keadaan yang membolehkan pendengaran kes
didahulukan:-
• Salah seorang pihak yang bertikai adalah seorang
musafir, supaya dia tidak merasa gelisah;
• Jika terdapat orang yang menanggung kemudaratan
• Atau ada kepentingan yang amat sangat supaya kes
tersebut segera dibicarakan.
Memartabatkan Sistem Kehakiman
Melalui Prinsip Ini
• Artikel 8(1) Perlembagaan Malaysia:
• Semua orang adalah samarata di sisi Undang-undang dan
berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi
Undang-undang.

• Artikel 8(1) Perlembagaan Malaysia:


• Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyatanya oleh
Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap
warganegara, semata-mata oleh sebab agama, kaum,
keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana Undang-
undang.
• NORHAYATI BT ONN V MOHD SUFIAN BIN ABDUL AZIZ [2008]
4 SHLR 122
• FAKTA KES:
• Kes ini adalah permohonan untuk mendapatkan
perceraian secara fasakh di bawah s 53 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 dimana
dalam kes ini, pihak pemohon, seorang senator yang
bapanya berjawatan besar dalam negeri tersebut telah
memfailkan notis permohonan berasingan supaya kesnya
dijalankan secara mahkamah tertutup (in-chambers).
Permohonan pemohon telah ditolak oleh Mahkamah.
ALASAN PENGHAKIMAN (1):

• Mahkamah merujuk kepada salah satu inti pati daripada


surat dikirimkan oleh Khalifah Umar Ibn al-Khatab kepada
Abu Musa Al-Ash'ariy sebagaimana yang disebut di dalam
kitab Nizam al-Qadha Fi Syariat al-Islami, Jil 2, ms 38
karangan Dr Abdul Karim Zaidan yang memetik matan dari
kitab Adab al-Qadhi oleh al-Mawardi, Jil 2, ms 241 yang
bermaksud:
“Sesungguhnya kehakiman suatu kewajipan yang mutlak
dan mengikut sunnah. Maka fahamilah apabila suatu
perkara itu dihadapkan kepada kamu. Sesungguhnya
diperkatakan tentang kebenaran sedangkan tidak
dilaksanakannya. Maka samakanlah pihak yang
berbalah di dalam majlis kamu, di hadapan kamu dan
di dalam perbicaraan kamu sehinggalah orang
bangsawan (orang kenamaan) tidak tamak kepada
kejahatan mu dan orang yang lemah tidak hilang
kepercayaan kepada keadilan mu”
ALASAN PENGHAKIMAN (2):

• Mahkamah tidak boleh memberikan layanan yang istimewa


ataupun berbeza dengan orang kebanyakan atau masyarakat
awam bagi memastikan kepercayaan masyarakat terhadap
mahkamah ini sebagai satu-satunya tempat untuk
mendapatkan keadilan akan terpelihara.
• Mahkamah tidak dapat mempertimbangkan permohonan
pemohon berdasarkan alasan pemohon ialah seorang senator
dan mempunyai ayah yang berjawatan besar sebaliknya
kehendak dan keperluan undang-undang hendaklah dipenuhi
terlebih dahulu.
• Tohmahan kepada mahkamah adalah besar kesannya sekiranya
permohonan pemohon dibenarkan kerana kepercayaan
masyarakat awam kepada kesamarataan dan keadilan
mahkamah ini akan terhakis dan sukar untuk dikembalikan
semula.
4. Hak Menolak Tuduhan
& Membela Diri
Syariat Islam memberi hak kepada tertuduh untuk menolak dan
menafikan tuduhan dengan cara:
• Membuktikan kepalsuan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak
pendakwa
• Mengemukakan bukti-bukti lain yang menafikannya
• Rasional prinsip ini:
• Sifat tuduhan itu sendiri yang mengandungi unsur syak di
dalamnya, oleh itu, ia terpaksa berhadapan dengan penolakan
atau bantahan.
• Hasil pertuduhan dan penolakanlah, maka akan terserlahlah
hakikat sebenar sesuatu kes.
Penolakan terhadap tuduhan bukan hak peribadi tertuduh
semata-mata tetapi juga kewajipan dan hak masyarakat juga.
Didasarkan kepada Sabda Rasulullah SAW kepada
Saidina ‘Ali yang bermaksud:-
• Apabila duduk di antaramu dua orang yang bertikai,
jangan kamu buat keputusan sehingga kamu mendengar
(keterangan) dari pihak yang lain, sepertimana kamu
mendengar dari pihak yang pertama.
• Al Shawkani dalam kitabnya Nayl al-Awtar Sharh Muntaqa
al-Akhbar, juzu’ XI, hlm. 182 menyatakan:-
• Jika hakim membuat keputusan sebelum mendengar
keterangan dari salah seorang dari dua pihak yang
bertikai, keputusannya itu terbatal dengan sendirinya
dan tidak harus diterima. Sebaliknya, bolehlah
disanggah dan diulang semula perbicaraan dengan cara
yang betul atau dibicarakan semula kes tersebut di
hadapan hakim yang lain.
Ibn Al-Qayyim dalam I`lam Al-Muwaqqi`in `an Rabb al-`Alamin, juzu’ 1, hlm. 72
merujukkan prinsip ini kepada arahan yang dibuat oleh Saidina Umar ‘Ibn al-
Khattab kepada Abu Musa al-Ash’ari yang meminta beliau memberikan masa
yang secukupnya kepada pendakwa untuk mengemukakan keterangan, jika tidak
hendaklah disegerakan perbicaraan dan dibuat penghakiman.
Pemberian tempoh bertujuan untuk menegakkan keadilan, jadi jika sekiranya
keadilan tidak dapat ditegakkan bahkan berlaku pula kezaliman maka tidak
perlulah diberikan penangguhan.
Al Sarkhasi dalam Al Mabsut, juzu’ XVI, hlm. 63,
menyatakan:
• Hakim hendaklah memberi tempoh kepada dua
pihak yang bertikai untuk menegakkan
hujahnya. Jika pendakwa menyatakan
sebenarnya keterangan itu ada, cuma tidak
dapat dikemukakan sekarang, maka hendaklah
diberi tempoh untuk dia mengemukakannya
kerana kemungkinan dia tidak dapat
mengemukakannya dalam sesi pertama
perbicaraan.
• TEMPOH PENANGGUHAN SESUATU KES
• Ibn Farhun dalam Tabsirat Al- Hukkam, juzu’1, hlm. 137
menyatakan:-
• Kebanyakan para fuqaha tidak menentukan tempoh tersebut
sebaliknya, menyerahkan kepada Ijtihad Hakim dengan syarat
tiada mudarat kepada mana mana pihak.
• Ada pula fuqaha yang memberi peluang antara dua bulan
hingga ke tiga bulan dalam kes-kes yang memerlukan masa
yang agak panjang untuk sampai kepada penyelesaian.
• Namun terdapat kes yang mana tempoh masa telah ditetapkan.
• Dalam kes yang melibatkan suami yang gila, maka suami itu
terpisah dari suaminya setelah tamat tempoh satu tahun.
• Dalam kes suami yang hilang, seorang isteri boleh difasakhkan
setelah berlalu empat tahun dan si isteri tidak mendapat sebarang
berita setelah usaha mencarinya tidak berhasil.
TEMPOH PENANGGUHAN SESUATU KES
• Dalam kitab Qalyubi wa ‘Umayrah, juzu’ IV, hlm.
337
• Hanya sebahagian kecil fuqaha sahaja yang
menghadkan kadar masa kepada tiga hari.

• Ibn Shuhnah dalam Lisan al-Hukkam fi Ma’rifat


al- Ahkam, hlm 227
• Kebebasan untuk menolak tuduhan ini tidak
saja diberikan kepada yang kena dakwa.
• Pendakwa juga boleh membuat sanggahan
terhadap penolakan tuduhan tersebut.
• Perkara ini diharuskan beberapa kali
sehinggalah kes yang dibicarakan itu dapat
diputuskan secara muktamad oleh hakim.
Memartabatkan Sistem Kehakiman Melalui Prinsip Ini
• SEKSYEN 16 (1) ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(NEGERI SELANGOR) 2003
• Walau apa pun apa-apa jua dalam Enakmen ini, Mahkamah boleh,
mengikut budi bicaranya, membenarkan apa-apa tuntutan atau
pembelaan dibuat secara lisan:
• Dengan syarat bahawa dalam hal sedemikian Mahkamah hendaklah
merekodkan butir-butir tuntutan atau pembelaan itu dengan
mengambil kira kehendak Enakmen ini yang berhubungan dengan
saman atau permohonan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
• SEKSYEN 64 (1) & (2) ENAKMEN TATACARA MAL
MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

• Defendan yang mempertikaikan tanggungannya bagi keseluruhan atau


sebahagian mana-mana tuntutan dalam tindakan itu boleh—
(a) pada bila-bila masa sebelum hari kehadiran, menyampaikan
kepada plaintif suatu pembelaan; atau
(b) hadir pada hari kehadiran dan mempertikaikan tuntutan plaintif.
Jika defendan hadir di Mahkamah dan mempertikaikan tuntutan
plaintif, Mahkamah boleh memerintahkannya supaya menyampaikan
suatu pembelaan dalam apa-apa tempoh masa yang diarahkannya.
• SEKSYEN 139 (3) & (4) ENAKMEN TATACARA MAL
MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2003

• Seseorang perayu boleh merayu terhadap keseluruhan


atau mana-mana bahagian daripada sesuatu
keputusan
• Notis rayuan hendaklah difailkan dalam masa
empat belas hari dari hari keputusan itu
diumumkan, dan hendaklah menyatakan sama ada
keseluruhan atau sebahagian sahaja, dan bahagian
yang mana, keputusan itu yang dirayukan.
NORHAYATI BT ONN V MOHD SUFIAN BIN ABDUL
AZIZ [2008] 4 SHLR 122
• Permohonan telah difailkan pada 14 Jun 2007;
• Notis permohonan dan afidavit telah diserahkan
kepada responden pada 25 Jun 2007;
• Responden diberi masa selama 24 jam untuk
meneliti afidavit yang difailkan oleh pemohon bagi
menentukan sama ada responden akan
memasukkan afidavit jawapan atau sebaliknya.
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad
Imran [2009] 1 SHLR 108
• FAKTA KES:
• Plaintif dalam kes ini telah memohon supaya
perkahwinannya dengan defendan
dibubarkan melalui fasakh berasaskan alasan,
antara lain, bahawa defendan telah telah cuai
atau gagal memberi nafkah zahir
melebihi tempoh tiga bulan. Defendan tidak
diwakili oleh mana-mana peguam syarie dan
telah membela dirinya sendiri namun,
memandangkan defendan telah dengan
sengaja tidak hadir ke mahkamah, maka
mahkamah membenarkan kes ini diteruskan
perbicaraan walaupun tanpa kehadiran
defendan.
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran [2009] 1
SHLR 108
• ALASAN PENGHAKIMAN (1):
• Dalam kes ini pada setiap kali perbicaraan defendan tidak hadir dan
mohon kes ini ditangguhkan dengan alasan cuti sakit. Defendan selalu
mohon kes ditangguhkan dengan menelefon kepada mahkamah dan
faks surat cuti sakit atau MC setiap kali perbicaraan diadakan tanpa
mengemukakan surat cuti sakit sebenar pada perbicaraan selanjutnya.
• Pada pendapat mahkamah perbuatan defendan seolah-olah hendak
melambatkan masa mahkamah. Setelah mahkamah berpuashati
peluang telah diberikan kepada defendan untuk hadir terlebih
dahulu, maka, mahkamah tidak ada pilihan lain kecuali meneruskan
perbicaraan sebagaimana s 121(1)(b) ETMMSS.
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran [2009] 1
SHLR 108
• ALASAN PENGHAKIMAN (2):
• Kes ini telah dibenarkan untuk diteruskan perbicaraan
walaupun tanpa kehadiran defendan kerana defendan
telah sengaja tidak hadir ke mahkamah setelah
mahkamah memberi notis kepada defendan.
• Sedangkan perbicaraan telah dijalankan beberapa kali
semasa keterangan plaintif dan juga saksi-saksi plaintif
seramai empat orang. Perbicaraan termasuk sebutan kes
telah pun dijalankan selama lebih dua tahun sejak kes
didaftarkan 1 Februari 2005 sehingga hujah difailkan pada
25 April 2007.
Nurul Huda bt Ismail v Nurrizal bin Ahmad Imran [2009]
1 SHLR 108
• Dalam kes ini, mahkamah telah menetapkan tarikh
untuk perbicaraan kes pihak-pihak dan pihak tertuduh
telah diberi peluang untuk membela dirinya.
• Setiap kali tarikh perbicaraan, Defendan telah
bertindak tidak hadir dengan alasan cuti sakit.
Mahkamah berpendapat tindakan Defendan
memohon penangguhan adalah tanpa alasan yang
kukuh sebaliknya hanya sekadar untuk melambat-
lambatkan masa mahkamah. Maka, Mahkamah bagi
mengelakkan kezaliman kepada pihak menuntut dan
tempoh perbicaraan kes yang terlalu lama tergantung
telah bertindak menolak permohonan penangguhan
Defendan dan meneruskan perbicaraan kes tanpa
kehadiran Defendan.
KESIMPULAN
• Prinsip Kehakiman Islam adalah untuk melindungi kemaslahatan
nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta benda;

• Ianya berbeza dengan prinsip kehakiman Common Law yang


lebih longgar khususnya dari sudut standard pembuktian.

• Pertimbangan yang diberikan bukan hanya kepada penghujahan


oleh satu pihak semata-mata sebaliknya perlu memenuhi minda
maqasid yang digariskan oleh syarak.
• Sungguhpun terdapat beberapa kekurangan
tertentu, usaha-usaha yang telah dibuat telah
menempatkan Mahkamah Syariah di landasan
yang betul.

• Ia sekaligus memberi nafas baru kepada


perjuangan memartabatkan semula institusi
kehakiman Syariah di negara kita.

• Hasilnya, pada asasnya pengiktirafan dan pindaan


yang dibuat jelas memberi bayangan kepada suatu
perkembangan yang amat positif kepada
Mahkamah Syariah bagi memperkukuhkan
kedudukannya.

• Ia secara tidak langsung walaupun bukan
seratus-peratus, telah membuktikan bahawa
kesedaran tentang kepentingan
mengaplikasikan perundangan Islam
semakin meluas walaupun dalam ruang
yang agak terhad.

• Walau bagaimanapun, usaha yang


berterusan amat perlu dilakukan bagi
mencapai hasrat memartabatkan undang-
undang Islam dalam pelbagai aspek
kehidupan orang Islam.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai