Anda di halaman 1dari 20

PEMASARAN

MAKANAN

BAB 6
1.0 DEFINASI PEMASARAN

• Proses perancangan dan pelaksanaan ke atas harga, promosi dan


pengedaran terhadap barangan dan perkhidmatan supaya proses
pertukaran dapat dilakukan untuk memenuhi kepuasan individu dan
mencapai objektif organisasi.
• Proses pengurusan di mana individu memperolehi apa yang diperlukan
sama ada mencipta sendiri atau melalui pertukaran produk/nilai dengan
pihak lain.
2.0 KONSEP ASAS PEMASARAN
2.0 KONSEP ASAS PEMASARAN

1. KEPERLUAN – manusia / pengguna mempunyai keperluan yang


sangat kompleks termasuk keperluan asas. Mereka berusaha untuk
memenuhi keperluan berkenaan.
2. KEHENDAK- terbentuk dari persekitaran budaya dan personaliti
individu. Kehendak manusia tidak terhad tetapi dibatasi oleh sumber yang
terhad.
3. PERMINTAAN- kemampuan dan keupayaan membeli barangan pada
tingkat harga tertentu.
2.0 KONSEP ASAS PEMASARAN

4. PERTUKARAN- aktiviti di mana satu produk atau perkhidmatan yang


diperlukan oleh satu pihak akan ditawarkan untuk pertukaran oleh pihak
lain dengan menepati syarat tertentu
5. URUSNIAGA – pertukaran antara dua pihak berbeza
3.0 KEPENTINGAN PEMASARAN
(INDIVIDU)
A. KEPADA INDIVIDU
1. Pemenuhan Utiliti - aktiviti pemasaran dapat mengurangkan masalah
yang dihadapi oleh individu untuk menyediakan segala keperluan yang
tidak boleh diusahakan sendiri.
2. Kehidupan yang lebih baik – aktiviti pemasaran sentiasa mengkaji
keperluan, kehendak dan kemampuan semasa
3. Memperbanyakkan pilihan produk – pelbagai alternatif memberikan
persaingan yang sihat dari segi kualiti dan kuantiti
3.0 KEPENTINGAN PEMASARAN

4. Memperbanyakkan peluang pekerjaan – aktiviti pemasaran


menyediakan pelbagai peluang kerja kepada semua lapisan masyarakat.

B. KEPADA ORGANISASI
1. Mempercepatkan proses pertukaran – aktiviti pemasaran
mempercepatkan pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang atau
sebarang faedah. Ini akan meningkatkan pulangan dan keuntungan
perniagaan
3.0 KEPENTINGAN PEMASARAN
(ORGANISASI)

2. Memanjangkan usia perniagaan – sentiasa membuat pengubahsuaian


produk untuk memenuhi kepentingan pengguna
3. Peluang perniagaan dalam industri berkaitan – menambah peluang
perniagaan dan pekerjaan dalam industri yang berkaitan pemasaran
4. Meluaskan pasaran – membantu perniagaan melebarkan perniagaan dan
membangunkan pasaran produk di semua peringkat.
5. Memperkenalkan produk baharu dan penjenamaan semula – aktiviti
pemasaran dapat memperkenalkan produk dan imej baharu di pasaran.
5.0 PADUAN PEMASARAN
(MARKETING MIX)

1. PRODUK - Barangan, perkhidmatan atau idea yang dapat memenuhi


keperluan pengguna . Perubahan teknologi, budaya, keperluan pengguna
dan persekitaran ekonomi akan mempengaruhi sesuatu produk
2. HARGA – Penetapan harga mengambilkira semua kos pengeluaran
seperti belanja operasi, pentadbiran, penyelidikan, pembangunan produk,
iklan, dll.
3. PROMOSI – teknik menyampaikan maklumat kepada pengguna.
Objektif promosi adalah untuk menyampaikan maklumat, meningkatkan
dan menstabilkan jualan serta membina imej di pasaran.
5.0 PADUAN PEMASARAN
(MARKETING MIX)

• Alat-alat / kaedah promosi:


i. Iklan- satu bentuk komunikasi dari penaja kepada bakal pembeli
mengenai sesuatu produk
ii. Jualan terus/peribadi –jualan dari pintu ke pintu kepada bakal pembeli
mengenai produk. Memberikan perkhidmatan tambahan (penerangan)
iii.Promosi jualan – digunakan untuk produk yg kurang mahal sebagai
satu tarikan kepada pembeli. Hadiah percuma, diskaun atau kupon digunakan
untuk menarik minat pembeli.
iv. Publisiti / perhubungan awam – melibatkan semua bentuk komunikasi
untuk membina imej baik syarikat serta produk keluarannya.
5.0 PADUAN PEMASARAN
(MARKETING MIX)

4. SALURAN PEMASARAN/PENGEDARAN – bagaimana produk


diagihkan kepada pengguna. Terdapat pelbagai saluran :
i. Pengeluar pengguna
ii. Pengeluar peruncit pengguna
iii. Pengeluar pemborong peruncit pengguna
Melibatkan kos pengangkutan dan penyimpanan
6.0 PERSEKITARAN PEMASARAN

A. PERSEKITARAN DALAMAN (elemen kawalan dari dalam organisasi)


1. Pemilik Perniagaan – dasar, polisi dan halatuju syarikat ditentukan oleh
pemilik syarikat. Pelan pemasaran disediakan ikut kehendak syarikat.
2. Pelabur – pelabur mempunyai kepentingan terhadap prestasi dan
pencapaian syarikat. Dasar perjalanan syarikat banyak ditentukan oleh
pelabur dan perlulah diikuti.
3. Pekerja – merupakan aset yang terlibat secara terus dengan operasi
syarikat. Mereka diberi gaji dan faedah sampingan serta perlu dihargai,
6.0 PERSEKITARAN PEMASARAN

4. Pengguna –kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada sejauh mana


syarikat berjaya memenuhi kehendak pengguna
5. Pembekal – merupakan pihak yang menyediakan sumber bahan mentah
bagi membolehkan syarikat menghasilkan sesuatu produk. Sebarang
perubahan dari pembekal boleh mempengaruhi pengeluaran produk
syarikat.
6.0 PERSEKITARAN PEMASARAN

B. PERSEKITARAN LUARAN (elemen di luar kawalan organisasi)


1. Persekitaran Politik dan Undang-Undang – peraturan dan kawalan
penggunaan sesuatu barangan memberi kesan kepada halatuju
perniagaan / industri yang terlibat. Contoh larangan penggunaan beg
plastik.
2. Persekitaran sosial dan budaya – budaya meliputi cara berfikir,
percakapan, perbuatan yang diterjemah melalui tradisi, bahasa, gaya
hidup dll. Contoh trend wanita bekerja, penjagaan kecantikan dll
mempengaruhi penghasilan dan pemasaran produk bersesuaian dengan
trend.
Amerika Syarikat tarik balik sekatan import produk minyak
sawit konglomerat Malaysia
Ti a d a l a g i p e t u n j u k y a n g S i m e D a r b y m e n g g u n a k a n b u r u h p a k s a d a l a m r a n t a i a n
pengeluarannya, kata agensi Kastam AS.Amerika Syarikat pada Jumaat menarik balik sekatan
k e a t a s k o n g l o m e r a t p e n g e l u a r m i n y a k s a w i t M a l a y s i a , S i m e D a r b y, s e t e l a h m e n d a p a t i s y a r i k a t
berkenaan tidak lagi mengamalkan buruh paksa dalam proses pengeluarannya.3/2/2023
6.0 PERSEKITARAN PEMASARAN

3. Persekitaran Teknologi – perubahan teknologi semasa memberi kesan


kepada syarikat. Syarikat yang tidak mengikut perubahan teknologi akan
ketinggalan.
4. Persekitaran Ekonomi – keadaan ekonomi akan mempengaruhi trend
permintaan, perbelanjaan pengguna. Ia akan memberi kesan terhadap pelan
pemasaran. Faktor perubahan harga, kadar faedah, kadar inflasi, kadar cukai
akan mempengaruhi pelan pemasaran syarikat.
5. Persekitaran Persaingan – perlu meyakinkan pengguna untuk membeli
produk syarikat berbanding pesaing. Syarikat perlu ambil kira perkembangan
pesaing supaya boleh mengekalkan kualiti seiring dengan trend semasa.

Anda mungkin juga menyukai