Anda di halaman 1dari 16

BAB 3 : PEMASARAN

3.1 PENDEKATAN PEMASARAN

3.2 GELAGAT PENGGUNA



3.3 PENYELIDIKAN PEMASARAN

3.4 SEGMENTASI

3.5 ISU-CAMPURAN PEMASARAN


3.1 PENDEKATAN PEMASARAN

3.1.1 ORIENTASI PENGURUSAN PEMASARAN


3.1.2 PROSES PEMASARAN

3.1.3 PENDEKATAN STRATEGIK


3.1 PENDEKATAN PEMASARAN

3.1.1 ORIENTASI PENGURUSAN PEMASARAN

TAKRIF
PEMASARAN
Pengagihan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada
pengguna pada tempat, masa, harga dan menggunakan saluran

pengedaran yang sesuai.

Aktiviti perniagaan yang melibatkan proses penyelidikan dan


analisis terhadap gelagat pengguna, persekitaran pemasaran,
saluran promosi dan pengedaran produk serta penetapan harga
barang dan perkhidmatan yang dapat memuaskan keperluan
individu dan mencapai objektif organisasi

Pemasaran melibatkan empat aktiviti iaitu membangunkan


produk, menetapkan harga, menjalankan promosi dan
mengedarkan produk.
KONSEP TERAS PEMASARAN

KEPERLUAN DAN
1 5 PASARAN
KEHENDAK


PRODUK DAN
2 6 PERMINTAAN
PERKHIDMATAN

3 NILAI 7 URUS NIAGA

4 PERTUKARAN
KONSEP TERAS PEMASARAN

1 KEPERLUAN DAN KEHENDAK


• KEPERLUAN - sesuatu yang perlu dipenuhi oleh manusia untuk
meneruskan kehidupan yang terhasil secara semula jadi.
• Keperluan manusia meliputi fisiologi, keperluan keselamatan,
keperluan sosial, keperluan penghargaan dan keperluan
pencapaian hasrat diri.


• KEHENDAK - merupakan satu bentuk keperluan manusia yang
dibentuk oleh budaya dan personaliti bagi membolehkan manusia
menikmati kehidupan yang selesa dan mewah.
• Kehendak manusia adalah tidak terhad dan tidak boleh dipenuhi
sepenuhnya.

2 PRODUK DAN PERKHIDMATAN


• Sesuatu yang ditawarkan di pasaran untuk dijual bagi memuaskan
keperluan dan kehendak pengguna.
• Wujud dalam bentuk fizikal, perkhidmatan dan idea.
3 NILAI
• Perbezaan antara faedah memiliki dan menggunakan produk yang
dibeli dengan kos yang ditanggung untuk mendapatkan produk.
• Pengeluar akan menetapkan harga kepada nilai sesuatu produk
apabila memasarkan produk itu kepada pengguna.

4 PERTUKARAN


• Satu tindakan yang dibuat oleh pengguna untuk memperoleh
sesuatu produk yang diingini daripada pemasar dengan
menawarkan sesuatu sebagai balasan.

5 PASARAN
• Merupakan tempat di mana pembeli dan penjual berkumpul
untuk melakukan urus anjual beli sesuatu produk.
6 NILAI
• Merupakan kehendak kepada produk yang disokong oleh
kemampuan membayar.

7 
PERTUKARAN
Urusan jual belian antara dua pihak dengan kedua-dua pihak
mendapat sesuatu yang bernilai yang diperlukan oleh mereka.
KEPENTINGAN PEMASARAN

Membantu perniagaan meningkatkan jualan produk dan seterusnya


memperoleh untung yang lumayan.

Dapat mewujudkan permintaan bagi sesuatu produk.

Mewujudkan nilai bagi sesuatu produk yang dihasilkan.


Membuka peluang perniagaan dalam industri berkaitan.
.
Mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa.
.
Membantu perniagaan memperluas syer pasaran produk.

Mencapai kepimpinan pasaran terhadap produk yang ditawarkan.


.
Melakukan penjenamaan semula terhadap produk supaya dapat
memberikan satu imej baharu kepada pengguna di pasaran.
PENDEKATAN PEMASARAN

1 PENGELUARAN 3 PENJUALAN

PEMASARAN
2 PRODUK 4 MODEN /
PEMASARAN

PEMASARAN
5 KEMASYARAKATAN
PENDEKATAN PEMASARAN

1 PENGELUARAN
• Merujuk kepada orientasi pengurusan yang mengandaikan bahawa
pengguna akan membeli apa sahaja produk yang ditawarkandi
pasaran.
• Perniagaan akan memberi keutamaan kepada pengeluaran barang
secara besar-besaran bagi memenuhi permintaan pengguna.


• Pengeluaran barang dengan kuantiti yang banyak membolehkan
pengeluar mencapai ekonomi bidangan. Di mana kos pengeluaran
menurun dan pengeluar dapat mengaut keuntungan yang tinggi.
• Produk akan dapat dijual pada harga yang rendah dengan kos
minimum bagi memperoleh keuntungan maksimum.
• Pengguna mempunyai kecenderungan untuk membeli produk yang
murah.
• Perniagaan perlu memberi penekanan kepada kecekapan
pengeluaran produk yang berkualiti dan pengagihan produk secara
efisien.
• Contohnya : pengeluar hanya akan mengeluarkan produk keperluan
harian yang mendapat permintaan tinggi.
2 PRODUK

• Pengguna lebih menggemari produk yang berkualiti tinggi,


berprestasi tinggi dan mempunyai ciri-ciri inovatif.
• Pengeluar akan memberikan tumpuan kepada penghasilan produk
yang berkualiti tinggi dan penekanan kepada pembangunan produk
secara berterusan dengan melakukan inovasi ke atas produk.


• Produk akan dapat dijual dengan mudah sekiranya berkualiti dan
wujud keperbagaian fungsi pada produk.
• Contohnya : Jenama OPPO telah melakukan banyak perubahan ke
atas telefon bimbitnya dengan mempelbagaikan fungsi kerana
pengguna lebih gemar menggunakan telefon yang mempunyai
pelbagai fungsi.
4 PENJUALAN
• Orientasi pengurusan pemasaran yang mengandaikan bahawa
pengguna akan membeli produk daripada sebuah syarikat sekiranya
syarikat tersebut menjalankan promosi yang agresif.
• Usaha yang aktif serta kreatif dalam memasarkan produk.
• Penekanan diberi kepada kaedah, teknik dan cara menjual serta


melariskan sesuatu produk bagi meningkatkan jualan.
• Pengguna perlu dipujuk dan digalakkan untuk membuat sebarang
keputusan pembelian.
• Pengguna tidakakan membeli produk yang dianggap tidak penting
kepada mereka.
• Perniagaan perlu membentuk iklan yang kreatif dan membuat
jualan peribadi bagi menjalankan promosi.
• Ini dapat meyakinkan pengguna sesuatu produk.
• Contonya : Dalam penjualan produk insurans ejen insurans diambil
dan dilatih untuk mencari pelanggan yang disasarkan.
2 PEMASARAN MODEN/ PEMASARAN

• Memerlukan komitmen seluruh organisasi ke arah memuaskan


kehendak pelanggan bagi mencapai keuntungan yang maksimum.
• Perniagaan akan menekankan kepada usaha untuk memenuhi
keperluan, kehendak dan kepentingan pelanggan dengan cara yang


lebih cekap dan berkesan berbanding pesaing.
• Strategi campuran pemasaran seperti produk, pengedaran, penetapan
harga dan promosi akan digunakan untuk memasarkan produk.
• Perniagaan sentiasa peka terhadap perubahan cita rasa pelanggan /
pengguna.
• Contohnya : Pemasaran kereta Honda memastikan kepentingan
pelanggan dipenuhi dengan cekap berbanding pesaingnya Toyota.
PEMASARAN
5
KEMASYARAKATAN
• Perniagaan mengambil berat tentang isu dan kebajikan pelanggan
dan masyarakat.
• Perniagaan perlu memahami dan memuaskan kehendak pengguna
dan masyarakat dalam jangka masa panjang.
• Perniagaan akan cuba mengimbangkan antara kehendak jangka masa


pendek dengan kebajikan pengguna dalam jangsa masa panjang.
• Perniagaan juga perlu mempertimbangkan aspek persekitaran,
sumber yang terhad dan kesejahteraan pengguna.
• Contohnya : Pengeluar kereta memperkenalkan kereta hibrid yang
mampu mengurangkan pengunaan minyak petrol dan diesel
berbanding kereta biasa dan dapat mengurangkan kos bahan api dan
pencemaran udara.
3.1 PENDEKATAN PEMASARAN

3.1.1 ORIENTASI PENGURUSAN PEMASARAN


3.1.2 PROSES PEMASARAN

3.1.3 PENDEKATAN STRATEGIK


3.1 PENDEKATAN PEMASARAN

3.1.2 PROSES PEMASARAN


TAKRIF
PEMASARAN

Anda mungkin juga menyukai