Anda di halaman 1dari 40

1.Apakah maksud segmentasi pasaran?

Maksud segmentasi pasaran ialah


membahagikan pasaran yang besar kepada
segmen-segmen pasaran yang kecil berdasarkan
ciri-ciri tertentu.
2.Berikan 5 asas segmentasi pasaran pengguna.

Demografi
Geografi
Psikografi
Kelakuan pengguna
Manfaat
3.Apakah maksud penyasaran pasaran?

Maksud penyasaran pasaran ialah proses


menilai dan memilih segmen pasaran yang ingin
dimasuki.
4.Berikan empat strategi menyasarkan pasaran.
Pemasaran tidak dibeza
Pemasaran dibeza
Pemasaran tertumpu
Pemasaran mikro
5.Apakah proses peletakan pasaran?
Menentukan pasaran sasaran
Menyesuaikan produk dengan pasaran
Mengkomunikasikan ciri-ciri produk
6.Apakah strategi peletakan pasaran?

Atribut produk
Manfaat
Pengguna
Kekerapan penggunaan
Klasifikasi produk
7.Nyatakan empat kategori produk consumer.
Produk mudah beli
Produk beli belah
Produk istimewa
Produk tidak dicari
8.Berikan dua ciri produk yang ketara dan tidak
ketara.
Produk ketara:
Bahan
Warna

Produk tidak ketara:


Ketahanan produk
Khidmat lepas jualan
9.Terangkan dua kepentingan segmentasi pasaran.

Membentuk campuran pemasaran yang sesuai


mengikut golongan pengguna yang berbeza
seperti perletakan harga yang sesuai mengikut
kemampuan pengguna.
Menggunakan sumber pemasaran dengan cara
yang berkesan agar tidak berlaku pembaziran.
10.Apakah maksud peletakan pasaran?

Maksud peletakan pasaran ialah penempatan


sesuatu produk didalam fikiran pengguna secara
relatifnya dengan produk-produk pesaing.
11. Berikan elemen-elemen campuran
pemasaran.
• Strategi penetapan harga
• Strategi promosi
• Strategi pengedaran
• Strategi produk
[4P]
12. Apakah maksud produk?
• Produk ialah barang, perkhidmatan
atau idea yang ditawarkan oleh
peniaga dan dibeli oleh pelanggan.
13. Apakah perbezaan antara produk
fizikal dengan produk perkhidmatan?
Ciri-ciri Produk Produk
Fizikal Perkhidmatan
Ketaraan Ketara – boleh Tidak ketara – tidak
dilihat, dirasa, boleh dilihat, dirasa,
disentuh dan dihidu disentuh dan dihidu

Simpanan Boleh disimpan Tidak boleh


disimpan
Contoh Kasut Perbankan
14. Huraikan secara ringkas tiga komponen
sesuatu produk.
Produk teras
• Semua faedah yang ingin didapati daripada pembelian sesuatu
produk atau sebab utama membuat sesuatu pembelian.
• Sebagai contoh, membeli komputer untuk kepuasan membuat
kerja.
Produk ketara
• Semua ciri atau sistem yang terdapat pada sesuatu produk.
• Sebagai contoh, membeli komputer kerana kelajuan, memori dan
lain-lain.
Produk sampingan
• Faedah-faedah tambahan yang diinginkan pengguna.
• Sebagai contoh, membeli komputer kerana jenama dan khidmat
format komputer.
15. Senaraikan jenis produk pengguna
beserta contoh.
i. Produk mudah beli. Contoh : surat khabar, sabun
ii. Produk beli belah. Contoh : perabot, pakaian
iii. Produk istimewa. Contoh : barangan antik, kereta
Rolls-Royce
iv. Produk tidak dicari. Contoh : polisi insurans,
ensiklopedia
16. Terangkan klasifikasi produk istimewa.
• Barangan istimewa ialah barangan yang
mempunyai ciri-ciri yang unik dan disukai oleh
konsumer dari segi jenama, gaya atau jenisnya.
Konsumer sanggup menghabiskan masa untuk
mencari dan membeli jenis barang ini walaupun
harganya mahal.
17. Apakah tujuan khidmat sokongan bagi sesebuah
syarikat perniagaan?
• Khidmat sokongan bertujuan untuk menjamin
kepuasan pelanggan dan menggalakkan pelanggan
membuat belian berulang atau belian produk lain
untuk jangka masa panjang.
18. Berikan maksud atribut produk.
• Maksud atribut produk ialah ciri-ciri atau
sifat-sifat yang terdapat pada sesuatu produk
yang boleh membezakannya dengan produk
yang lain.
19. Apakah faedah penjenamaan kepada peruncit?
• Dapat menarik pengguna yang suka kepada
produk berjenama.
• Membaiki imej kedai.
• Meningkatkan keupayaan untuk bersaing.
20. Senaraikan contoh maklumat yang perlu ada pada
label sesuatu produk.
i. Nama pengedar
ii. Tempat pengeluaran
iii. Kandungan
iv. Cara menggunakannya
v. Tarikh produk dikilangkan
vi. Tarikh luput
21.Nyatakan empat peringkat kitaran hayat
produk.
Peringkat pergerakan(introduction)
Peringkat pertumbuhan(growth)
Peringkat kematangan(maturity)
Peringkat kemerosotan(decline)
22.Huraikan kitaran hayat produk semasa
peringkat pertumbuhan.
Produk mula dikenali ramai
Harga dan kos barang menurun
Keuntungan syarikat adalah positif dan semakin
menambah
Promosi terus dijalankan bagi menambahkan jualan
23.Apakah maksud kitaran hayat produk?

Kitaran hayat produk yang merupakan suatu


konsep kitaran yang menunjukkan peringkat
kitaran produk dalam aspek jualan dan
keuntungan .
24.Apakah yang akan berlaku pada peringkat
kemerosotan.

Tahap jualan produk mula berkurangan kerana


terdapat sebilangan pengguna mula terpengaruh
dengan produk pesaing.
25.Nyatakan empat fungsi saluran agihan.
Mengumpul dan membekalkan maklumat.
Menanggung risiko
Mengadakan promosi
Menjalankan kerja memecal pukal
26.Apakah maksud saluran agihan produk?

Saluran agihan produk merujuk kepada


pemindahan produk dari tangan pengeluar ke
tangan pengguna akhir.
27.Nyatakan empat langkah dalam proses mereka
bentuk saluran agihan.
Menganalisi keperluan pengguna
Membentuk objektif dan halangan saluran
agihan
Mengenal pasti alternatif saluran agihan
Menilai alternatif saluran agihan
28.Nyatakan empat jenis saluran agihan menegak.

Saluran peringkat sifar


Saluran peringkat satu
Saluran peringkat dua
Saluran peringkat tiga
29.Nyatakan tiga jenis saluran agihan mendatar.

Agihan intensif
Agihan selektif
Agihan eksklusif
30.Jelaskan dua kaedah penentuan harga produk
baharu.
Kaedah penarahan pasaran
Meletakan harga yang tinggi berbanding dengan harga
pesaing.Sesuai untuk produk yang mempuyai permintaan yang
tinggi serta melibatkan belanja pelaburan yang besar.
Kaedah penembusan pasaran
Meletakkan harga jualan yang rendah supaya dapat
menembusi pasaran yang lebih luas dan memperoleh syer
pasaran yang besar.
31. Nyatakan campuran promosi
pemasaran.
• Pengiklanan
• Promosi jualan
• Publisiti
• Perhubungan awam
• Jualan bersemuka
32. Berikan contoh alat-alat utama
perhubungan awam.
• Berita
• Ucapan
• Bahan-bahan bertulis
• Peristiwa istimewa
33. Berikan tujuan komunikasi pemasaran
bersepadu.
• Membentuk jenama produk yang kuat
dan konsisten di dalam pasaran.
• Menyampaikan maklumat yang jelas
tentang produk kepada pengguna.
• Meningkatkan jualan produk.
34. Nyatakan kepentingan perhubungan
awam.
• Membentuk dan menempatkan maklumat penting,
berharga, dan menarik dalam media bagi menarik
perhatian pengguna pad produk baru.
• Menaikkan imej syarikat kerana mesra masyarakat.
• Menggerakkan hubungan antara organisasi dengan
pelanggan.
35. Senaraikan teknik promosi jualan.
• Kupon
• Point-of-purchase
• Pameran perdagangan
• Pertandingan
• Barang sample
• Pek berkembar
• Premium
• Potongan harga/Diskaun
• Rebat
36. Nyatakan bentuk publisiti dalam
campuran pemasaran.
• Liputan berita
• Rencana berita
• Penyuntingan rekod
dan filem
• Persidangan akhbar
37. Berikan faktor yang perlu
dipertimbangkan semasa komunikasi
pemasaran bersepadu (IMC).
• Sasaran pasaran
• Kitaran hayat produk
• Ciri-ciri produk
• Peringkat dalam membuat keputusan
pembelian
• Strategi pengedaran
38. Nyatakan kelemahan dalam jualan
bersemuka.
• Kos yang tinggi
• Sukar untuk mencari jurujual yang
mahir dan cekap
39. Apakah tujuan iklan mengingat.
• Iklan mengingat bertujuan mengingatkan
pengguna tentang wujudnya sesuatu barangan di
pasaran agar mereka terus memberi sokongan
terhadap barang itu.
40. Berikan contoh promosi pengedaran.
• Pemberian diskaun yang tinggi
• Hadiah wang tunai
• Insentif jualan tertinggi

Anda mungkin juga menyukai