Anda di halaman 1dari 3

BAB 5 SUMBER MANUSIA

TAJUK 5.4 PENILAIAN PRESTASI


PEKERJA
MASALAH DALAM PENILAIAN YANG
BERKESAN
• 1. Penilaian secara subjektif menimbulkan banyak masalah.
• 2. Penilaian menilai pekerja berasaskan satu faktor positif dan kemudian mengandaikan faktor yang lain adalah sama dengan faktor asas
tersebut (kesan halo)
• 3. Penilai menilai pekerja berasaskan satu faktor negatif dan kemudian mengandaikan faktor yang lain adalah sama dengan faktor asas
tersebut (kesan horn)
• 4.Penilai terlalu bermurah hati dalam memberi markah kepada pekerja yang dinilai.
• 5. Penilai terlalu tegas dalam memberikan markah penilaian .
• 6. Penilaian lebih kepada bersifat kecenderungan memusat . Berlaku apabila penilai mempunyai kecenderungan memberi pekerja
markah yang sederhana sahaja tanpa mengambil kira sama ada calon yang berkenaan baik atau lemah.
• 7. Bias peribadi dalam memberikan markah penilain seperti mempunyai hubungan persaudaraan, tempat asal, bangsa dan lain-lain
yang menyebabkan penilaian tidak adil.
• 8. Sikap penilai yang sambil lewa dalam melaksanakan penilaian. Hal ini disebabkan oleh tidak mendapat komitmen daripada
pengurusan atasan.
• 9. Penilai menilai berdasarkan tingkah laku pekerja yang terkini 9recency error)
• 10. Penilaian hanya berdasarkan maklum balas daripada satu sumber sahaja, contohnya penilaian oleh penyelia tanpa mengambil kira
maklum balas pelanggan menyebabkan ada elemen yang tercicir.
KESAN NEGATIF AKIBAT MASALAH
PENILAIAN PRESTASI

• 1. Meningkatkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pekerja menyebabkan pekerja memberontak,
merosakkan harta organisasi dan berhenti kerja.
• 2. Mungkin ada pekerja yang cemerlang tidak dinilai dengan tepat dan dipinggirkan.
• 3. Organisasi gagal mengenal pasti tahap sebenar pencapaian pekerja.
• 4. Organisasi memberikan ganjaran kepada pekerja yang tidak layak menerima ganjaran.

Anda mungkin juga menyukai