Anda di halaman 1dari 29

SUMBER MANUSIA

Oleh: Rina,Zeta,Johannes,Micheal
PENGURUSAN
SUMBER
MANUSIA
FUNGSI DAN PERANAN PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA

Takrifan Pengurusan Sumber Manusia

• Satu proses menganalisis dan mengurus keperluan sumber manusia oleh


sesebuah organisasi bagi mencapai matlamat strategiknya.
• Merupakan dasar atau polisi ,prosedur dan amalan berkaitan dengan
pengurusan pekerja yang diperlukan dalam proses mengurus sumber
manusia dalam organisasi.
KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
• Memastikan organisasi mempunyai bilangan tenaga kerja yang mencukupi.

• Memastikan pekerja yang berkebolehan dan berkelayakan wujud dalam organisasi.

• Memastiakan sumber dan kaedah pemilihan yang sesuai digunakan.

• Memastikan organisasi mencapai tahap kerjayang optimum.

• Membangunkan system ganhjaran dan pampasan yang adil.

• Memastikan sumber tenaga kerja sentiasa berkualiti.

• Merancang dan mengurus program latihan dan pembangunan yang dapat


meningkatkan kompetensi pekerja
• Membangunkan program penilaian prestasi yang dapat mengenal pasti tahap
kemahiran dan keupayaan pekerjabagi membantu pembuatan keputusan oleh pihak
pengurusan.
FUNGSI PENGURUS SUMBER
MANUSIA
Fungsi Pengurus Fungsi
Fungsi Lini Fungsi Staf Perancang
Sumber Manusia Penyelarasan

Bertindak
Auditor sebagai orang Penyelaras Fasilitator
tengah
Fungsi Penyelarasan
• Menyelaras aktiviti staf berdasarkan autoriti fungsian.

• Menyelaras dasar dan peraturan berkaitan sumber manusia yang diterima


pakai oleh organisasi.
• Akan memastikan pengurus lini melaksanakan polisi dan peraturan
berkaitan sumber manusia yang ditetapkan untuk organisasi.
Fungsi Lini
• Akan menggunakan autoriti lini untuk mengarah aktiviti staf dalam
jabatannya sendiri dan aktiviti yang berkaitan dengan bidang tugas
fungsiannya.
• Bertanggungjawab merancang keperluan sumber manusia jabatannya
bagi jangka masa panjang dan jangka masa pendek.
• Melaksanakan fungsi perancang bagi pergerakan pekerja yang dapat
menunjukkan tarikh tamat tempoh kontrak, tarikh pekerja perlu hadir
temu duga, masa untuk latihan, dan tarikh persaraan pekerja untuk
jabatannya.
Fungsi Staf
• Membantu dan menasihati pengurus lini melalui pandangan dan
pengetahuan dalam bidang kepakaran fungsian jabatan sumber manusia.
• Akan menggunakan autoriti tersirat dalam memberi nasihat dan
membantu pengurusan organisasi berdasarkan kepakarannya.
• Nasihat yang diberikan termasuklah berkaitan aktiviti-aktiviti perekrutan,
pemilihan, latihan, pembangunan kerjaya, penilaian staf pengurusan
ganjaran dan pemecatan staf.
Perancang
• Merancang dan mengurus program penstafan pada jangka masa pendek
dan panjang seperti aktiviti pengrekrutan dan pemilihan. Pengambilan
pekerja baharu perlu dikaji dari semasa ke semasa bagi memenuhi
permintaan terhadap guna tenaga kerja organisasi.
Fasilitator
• Memastikan kehendak organisasi sesuai dengan keperluan latihan
pekerja. Menyediakan program latihan untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran pekerja. Mengenal pasti keperluan latihan, pekerja yang
perlu diberi latihan, belanjawan untuk latihan dan mengenal pasti
individu atau organisasi yang berkelayakan dalam memberikan latihan.
Penyelaras
• Menyelaras dasar dan peraturan yang diterima pakai oleh organisasi sama
ada masih relevan dengan perubahan dan desakan semasa serta
memastikannya selari dengan tuntutan pekerja, perundangan negara dan
keperluan sejagat.
• Menyelaras hal-hal berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja.
Bertindak sebagai orang tengah
• Sebagai perantara antara pihak majikan dengan pihak kesatuan sekerja.
Bertindak sebagai orang tengah dalam isu-isu pertelingkahan yang
berlaku seperti masalah disiplin pekerja melalui perbincangan dengan
pihak kesatuan pekerja.
Auditor
• Menyediakan carta pergerakan pekerja dengan menunjukkan tarikh
penamatan tempoh kontrak, tarikh pekerja perlu menghadiri temu duga,
tarikh untuk menjalani latihan dan tarikh persaraan pekerja.
CABARAN PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
Teknologi

Keperluan Perubahan
pekerjaan ekonomi

Penstrukturan
Cabaran
semula
organisasi Pengurusan Globalisasi

Sumber
Manusia
Peningkatan
bilangan
Kepelbagaian
pekerja wanita
tenaga kerja
dalam sektor
pekerjaan
Sistem
perundangan
Kemasukan
(Undang –
buruh asing
undang dan
peraturan)
TEKNOLOGI
• Persaingan pasaran menuntut syarikat melakukan automasi atau syarika
menggunakan teknologi tinggi utuk kekal berdaya saing .
• Pekerja didedahkan kepada perkembangan teknologi terkini atau cara
kerja baru seperti pengetahuan teknologi maklumat untuk meningkattkan
kecekapan mereka dan meningkatkan daya saing organisasi .
• Program Latihan dan pembangunan harus seniasa disediakan kepada
pekerja.
Perubahan Ekonomi
• Mempengaruhi permintaan tenaga buruh di pasaran buruh.

• Kemelesetan ekonomi mengakibatkan :

i. pembuangan pekerja atau pemberhentian pekerja


ii. menyebabkan peningkatan pengangguran
• Pengurus sumber manusia memperkenalkan dan melaksanakn skim pemisahan
sukarela (VSS) kepada pekerja.
• Pengurus memberikan latihan kepada pekerja untuk mendapatkan kemahiran baru
dan menambah kemahiran.
• Semasa pertumbuhan ekonomi pesat, wujud permintaan untuk meningkatkan
bilangan tenaga buruh dalam organisasi.
Globalisasi
• Syarikat meningkatkan daya saing dengan mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti
agar dapat bersaing dengan syarikat antarabangsa lain serta meneroka pasaran luar
yang lebih luas.
• Pekerja diberi latihan untuk berurusan dengan rakan niaga atau kakitangan negara luar
dan dilatih untuk bertugas di seberang laut.
• Pengurus sumber manusia perlu menerapkan kemahiran ,seperti komunikasi dan
Bahasa kepada pekerja.
• Proses globalisasi ,

i. menyebabkan mobiliti buruh yang tinggi iaitu tenaga kerja mudah bergerak dari satu
organisasi ke satu organisasi yang lain
ii. mengakibatkan perniagaan terdedah kepada kehilangan tenaga kerja mahir
• Organisasi bagi ganjaran yang setimpal bagi mengekalkan tenaga kerja yang mahir
Peningkatan bilangan pekerja wanita dalam sektor
pekerjaan
• Peningkatan dalam pendidikan dan peluang pekerjaan meningkatkan
jumlah Wanita.
• Semakin ramai kaum Wanita pada masa kini yang menjawat jawatan
professional dalam pasaran buruh.
• Oleh itu, organisasi perlu prihatin terhadap keperluan dan masalah
pekerja Wanita.
• Misalnya dari aspek cuti bersalin,penyediaan pusat penjagaan kanak-
kanak dalam organisasi ,bilik menyusu, masalah dikriminasi daripada
pekerja lelaki, gangguan seksual di tempat kerja dan sebagainnya.
Sistem Perundangan (Undang-undang dan peraturan)
• Organisasi perlu memberi perhatian terhadap sebarang perubahan dalam akta undang-
undang yang berkaitan dengan sumber manusia agar tidak menghadapi masalah atau
tindakan undang-undang.
• Antara akta tersebut ialah:

i. Akta Pekerjaan
ii. Akta Kesatuan Sekerja
iii. Akta Kupumlan Wang Simpanan Sosial

iv. Akta Keselamatan Sosial

v. Pengurus sumber manusia perlu mematuhi undang-undang baru seperti membayar


pekerja kadar gaji minimum, cuti umum baru dan sebagainya.
• Pengurus perlu akur kepada peraturan permit pekerja asing.
Kemasukan Buruh Asing
• Mempunyai latar budaya dan latar yang berlainan dengan pekerja di Malaysia.

• Dilatih dan diberikan pendedahan tentang budaya organisasi dalam negara


ini agar boleh disesuaikan dalam organisasi.
• Pengurus sumber manusia mengadakan program kesedaran budaya , Bahasa
tempatan dan gaya hidup masyarakat kepada pekerja asing.
• Pengurus sumber manusia terpaksa berdepan dengan masalah sosial pelbagai
budaya yang dibawa masuk oleh mereka.
• Bertujuan untuk menampung kekurangan tenaga kerja tempatan.

• Pengurus sumber manusia memberikan latihan kepada lakitangan


pengurusan tentang peraturan dan prosedur imigresen.
Kepelbagaian tenaga kerja
• Organisasi perniagaan dianggotai oleh golongan daripada pelbagai ;

i. Kaum
ii. Agama
iii. Orang kelainan upaya (OKU)

iv. Berbeza umur

v. Jantina
vi. Taraf perkahwinan

vii. Golongan minoriti


• Pengurus sumber manusia tidak boleh mengamalkan dikriminasi berdasarkan jantina dan
OKU .
• Setiap golongan diberikan peluang sama rata untu mendapatkan kemudahan dan faedah.
Penstrukturan semula organisasi
• Perubahan struktur organisasi kepada satu struktur baru, seperti struktur yang
lebih mendatar, penjabatanan semula atau perwujudan anak syarikat baharu .
• Pengurus sumber manusia dapat menyesesuaikan budaya kerja mengikut
struktur organisasi .
• Pengurus menyediakan Latihan supaya pekerja dapat menyesesuaikan diri di
jabatan baru atau anak syarikat baru bersesuaian dengan perubahan organisasi.
• Struktur organisasi akan berubah mengikut keperluan .

• Pengurus sumber manusia perlu memastikan kemahiran pekerja


dipertingkatan dan disesuaikan mengikut perubahan.
Keperluan pekerjaan
• Masalah kekurangan tenaga mahir berlaku kerana tidak sepadan antara
kemahiran pekerja dengan keperluan pekerjaan.
• Masalah ini timbul kerana kebanyakan pelajar yang tamat pengajian tidak
mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh industri.
• Organisasi perlu bersedia untuk membuat perlaburan yang tinggi untuk
melatih pekerja-pekerja.
• Pengurus sumber manusia perlu menyediakan Latihan berbentuk
kemahiran supaya kemahiran pekerja mencapai keperluan industri.
PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA STRATEGIK
1) Menarik sumber manusia
• Perancangan keperluan sumber manusia dilakukan berdasarkan
keperluan kuantiti dan kualiti.
• Pihak pengurusan akan membentuk perancangan pengrekutan,
pengambilan dan seterusnya memilih pekerja yang sesuai.
• Menggunakan kaedah yang berkesan untuk menarik sumber dalaman dan
sumber luaran organisasi.
2) Membangun sumber manusia
• Perubahan persekitaran menyebabkan setiap pekerja perlu menyerap,
mendapatkan dan mengasah kemahiran dan pengetahuan baharu.
• Penyediaan progran latihan dan pembangunan dapat memenuhi
keperluan pekerja sesuai dengan tuntutan semasa dalam bidang
pekerjaan berkaitan.
• Pengurus akan membuat penilaian dan latihan bagi meningkatkan
produktiviti.
3) Mengekal sumber manusia
• Pekerja yang menyumbangkan tenaga akan diberi ganjaran dalam bentuk
gaji, komisen dan elaun sebagai dorongan ke atas sumbangan dalam
organisasi.
• Organisasi perlu menyediakan ganjaran dan faedah yang baik dan
kompetitif untuk mengekalkan sumber manusia.
• Ganjaran dan pampasan yang diberikan kepada pekerja berdasarkan
prestasi, kekanaan dan sumbangannya kepada organisasi.
• Setiap ganjaran perlu adil dan sesuai.

Anda mungkin juga menyukai