Anda di halaman 1dari 11

BMCO 2107

Pragmatik dan Wacana

Hubungan Pragmatik dan Wacana

Arina Johari
MLCOM
Kulliyyah Of Languages and Management,
IIUM
Hubungan Pragmatik dan Wacana

• Wacana – istilah umum yang diguna dalam banyak disiplin


ilmu dengan pelbagai pengertian
• Menurut Sara Mills (1997; 8-6) :
Sosiologi – wacana merujuk hubungan antara
pemakai bahasa dengan konteks sosial
Psikologi sosial – wacana merujuk pembicaraan yang
mirip kepada bentuk wawancara dan pemakaian bahasa
secara praktik
Politik – wacana ialah penggunaan bahasa secara praktik
dari segi politik bahasa, iaitu dalam bahasa wujudnya ideologi
politik
Bahasa – unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Ia
berbeza dengan linguistik formal yang lebih menekankan unsur
kata, frasa, klausa dan ayat.
Hubungan Pragmatik dan Wacana
Dalam kajian linguistik, Eriyanto (2001:3) mengatakan:
Wacana ialah kesatuan bahasa yang lengkap, lebih besar daripada ayat sama ada
disampaikan secara lisan atau tulisan. Rangkaian yang setara, yang menghubungkan
satu proposisi dengan proposisi yang lain dan suatu ayat dengan suatu ayat yang
lain untuk membentuk kesatuan.

Pengertian/maksud sesuatu ayat diperoleh apabila setiap ayat dihubungkan dan


tidak ditafsir satu demi satu ayat sahaja.

Kesatuan bahasa itu boleh sama ada berbentuk panjang atau pendek.

Berdiri sebagai sebuah teks – ayat-ayat tidak dideretkan begitu sahaja tanpa
mempunyai ikatan sesamanya. Pembaca/pendengar akan merasai pertautan dalam
ayat demi ayat dan menyedari bahawa ia merupakan sebuah wacana atau teks. Ini
berbeza dengan kajian linguistik formal yang hanya menyelidiki kata atau ayat
secara satu demi satu.
Hubungan Pragmatik dan Wacana
Pendekatan protivisme – Wacana dianalisis berdasarkan pertimbangan kebenaran dan
ketidakbenaran menurut sintaksis dan semantik.(Eriyanto, 2001).
Perhatian utama diberikan kepada ayat yang dibina secara gramatikal dan dapat
menghasilkan wacana yang baik.
Istilah yang sering digunakan ialah tautan dan runtutan.
Tautan – keserasian hubungan unsur-unsur dalam wacana
Runtutan – kepaduan wacana yang mengungkapkan idea tertentu yang dapat difahami
oleh khalayak.
Contoh : “Alia ke Penang bersama temannya, beg tangan yang dia bawa mahal dan
cantik.”
Ayat ini beruntutan kerana kita faham idea yang ingin disampaikan dalam teks tersebut,
tetapi ia kurang bertaut sebagai wacana. Hal ini kerana rujukan kata dia tidak tentu
ditujukan kepada Alia atau temannya. Ia menjadi wacana yang baik jika diperelok menjadi:
“Alia ke Penang bersama temannya. Alia membawa beg tangannya yang mahal
dan cantik.”
Hubungan Pragmatik dan Wacana
Dua bentuk analisis dalam wacana – analisis wacana dan analisis teks.
Ia juga bermakna bidang kajian terhadap unit teks yang menyamai
maksud analisis wacana, analisis teks, linguistik teks atau linguistik
wacana.

Crystal (1987; 116) – fokus analisis wacana pada perbualan, temu duga,
ucapan dan perbincangan. Analisis wacana teks pula berfokus pada
struktur bahasa tulisan seperti esei, karangan, surat, notis dan bab.
Kedua-duanya mempunyai ruang lingkup yang amat luas yang meliputi
fungsi komunikatif sama ada secara lisan atau tulisan.

Huraian ini memperlihatkan perkaitan atau hubungan antara wacana


dengan pragmatik.
Hubungan Pragmatik dan Wacana
Analisis pragmatik dan wacana berkaitan dengan analisis ujaran yang
melibatkan penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca.

Seseorang yang bertutur atau menulis tidak bertutur atau menulis kepada
dirinya sendiri tetapi bertujuan berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang
lain.

Wacana juga dihasilkan dengan tujuan sama ada untuk mempengaruhi,


menyanggah, mendebat atau menyatakan hal-hal tertentu. Ia diekspresikan
secara sedar dan bukannya di luar kawalan.

Kajian pragmatik juga meneliti perlakuan pertuturan yang mempunyai tujuan


tertentu seperti melaporkan, berjanji, menasihati, melarang, memarahi dan
membuat permintaan yang diujarkan secara sedar dan terkawal.
Hubungan Pragmatik dan Wacana
Analisis pragmatik dan wacana mengambil kira peranan konteks, iaitu latar,
situasi dan peristiwa.

Konteks – melibatkan siapa berkomunikasi kepada siapa, tujuan, situasi,


tempat yang bagaimana dan hubungan ahli yang terlibat.

Pragmatik mempertimbangkan konteks dalam membuat interpretasi ujaran.


Konteks pragmatik yang dianalisis ialah penglibatan penutur dan pendengar,
status sosial mereka, umur dan jantina, latar tempat, waktu, suasana formal
atau tidak.

Maka, pragmatik dan wacana harus ditafsirkan dengan berdasarkan


konteks yang melatarinya.
Hubungan Pragmatik dan Wacana
• Tiga unsur penting yang berkait dengan pengertian wacana
ialah teks, konteks dan wacana (Cook, 1994)
teks – bukan hanya kata-kata yang tercetak di lembar
kertas, tetapi juga semua bentuk bahasa dan ekspresi
komunikasi.
Konteks – memasukkan semua situasi dan hal yang
berada di luar teks dan mempengaruhi penggunaan
bahasa seperti orang yang terlibat, situasi dan fungsi yang
dimaksudkan.
Wacana – gabungan teks dan konteks atau dengan kata
lain analisis wacana menyatukan gabungan teks dengan
konteks bersama-sama dalam satu proses komunikasi.
Hubungan Pragmatik dan Wacana
Pragmatik menganalisis kemampuan pengguna
bahasa menghubungkan dan menyesuaikan
ujaran dan konteks dengan tepat.
Ujaran – ekspresi teks secara lisan untuk
tujuan komunikasi dengan orang lain
Konteks – keseluruhan keadaan, iaitu latar
fizikal dan sosial yang dapat dihubungkan
dengan ujaran tersebut.
Perhatikan kedua-dua contoh di bawah. Adakah anda dapat
mengenal pasti maksud bagi kedua-duanya? Jika TIDAK,
mengapa?

“Penganjuran pertandingan ini Sebatan dikenakan


adalah bertujuan untuk hendaklah dengan
menguji kebijaksanaan dan kekuatan sederhana
kreativiti peserta dalam supaya tidak
penyelesaikan masalah yang mencederakan kulit
disediakan pihak penganjur pesalah. Sebatan boleh
sekaligus dapat menjadi dikenakan ke seluruh
pemenang dalam pertandingan anggota tubuh kecuali
ini”.
TEKS UCAPAN muka, kepala, perut, dada
PROF. DR. ZUL AZHAR ZAHID JAMAL dan bahagian sulit.
TIMBALAN NAIB CANSELOR
PENYELIDIKAN DAN INOVASI (Sinar Harian 5 September)
UniMAP
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai