Anda di halaman 1dari 15

Halangan dalam kaunseling silang budaya

Kaunseling Silang Budaya


Halangan dalam kaunseling silang budaya
• Ethnosentrism
• Stereotaip
• Prejudis
Halangan dalam kaunseling silang budaya

1. ETHNOSENTRISM
DEFINISI
• Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan
lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain
• Sesuatu kelompok dikatakan etnosentrik apabila mereka menilai kebudayaan lain
berdasarkan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain
mempunyai nilai yang lebih rendah
• Etnosentrisme membayangkan keengganan, ketidakmampuan sesuatu kelompok
untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang
lain
• Menurut Kottler, Sexton dan Whiston (1994), “…… ethnocentrism is an
antropological term for the belief that one’s own race, nation or culture is superior
to all others.”
Halangan dalam kaunseling silang budaya

1. ETHNOSENTRISM
DEFINISI
• dikatakan etnosentrik bila dia merasakan budayanya (khususnya etnik) sebagai paling hebat
(atau superior) dan kepercayaan itu seterusnya mempengaruhi segala pemikiran dan
tindakannya
• individu merasakan nilai dan pendapatnya paling berharga, dan merasakan kelompoknya
paling hebat. Ini adalah elok kerana ia memberi rasa bangga dengan etnik dan diri sendiri.
Ia membuat kita rasa lebih selesa dengan kelompok kita sendiri berbanding dengan
kelompok budaya orang lain
• TETAPI, yang menimbulkan masalah ialah apabila penilaian tentang apa yang betul atau
salah, baik atau sebaliknya, berguna atau merosakkan, semuanya dibuat berdasarkan
penilaian etnosentrik individu
• Individu bersifat etnosentrik akan memaksa orang lain menerima pendapat dan nilainya,
serta cara hidup yang menjadi amalannya, tanpa mengambil kira aspek budaya setempat
Halangan dalam kaunseling silang budaya

1. ETHNOSENTRISM
CONTOH SIKAP ETNOSENTRIK
• Jika kita mendapati bahawa kemudahan bekalan elektrik tidak
terdapat di kawasan-kawasan pedalaman, maka kita tidak
boleh membuat kesimpulan bahawa cara hidup mereka itu
tidak sejahtera berbanding dengan cara hidup kita
• Jika sekiranya masyarakat daripada sesuatu kaum buta huruf,
maka kita tidak boleh terus menyatakan bahawa mereka itu
tidak pintar
Halangan dalam kaunseling silang budaya

1. ETHNOSENTRISM
FAKTOR MEMPENGARUHI

DARJAT IDENTIFIKASI ETNIK


• Semakin tinggi darjat identifikasi etnik, umumnya
semakin tinggi darjat etnosentrisme yang dimiliki
• Hal ini membuktikan bahawa semakin terikat seseorang
terhadap etniknya, semakin tinggi etnosentrisme yang
dimiliki
Halangan dalam kaunseling silang budaya

1. ETHNOSENTRISM
KESAN DALAM KAUNSELING SILANG BUDAYA
• Merenggangkan hubungan & interaksi
• memperkuatkan lagi perasaan kekitaan
• menimbulkan prasangka, stereotaip & mengekalkan kejahilan dalam kalangan etnik
terhadap etnik yang lain
• Interaksi hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama.
• mengutamakan kaum sendiri dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan
dalam urusan seharian sehingga mewujudkan polarisasi antara etnik.
• Menghalang komunikasi yang positif kerana telah wujud pelbagai andaian negatif
terhadap kelompok suatu bangsa lain.
• Individu akan cenderung bersifat angkuh dan tidak ragu-ragu memperkecilkan suatu
kelompok masyarakat yang lain.
Halangan dalam kaunseling silang budaya

3. Stereotype
DEFINISI
4. STEREOTAIP bermaksud gambaran dalam otak kita yang tetap dan sempit serta sukar
diubah.
5. STEREOTAIP bermaksud kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu
kumpulan etnik
6. STEREOTAIP bermaksud gambaran yang berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan
buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yang lain.
7. Kepercayaan yang dilebih-lebihkan berkaitan dengan satu kategori.
8. Set kepercayaan dan ketidakpercayaan tentang sesuatu kumpulan manusia.
Halangan dalam kaunseling silang budaya

3. Stereotype
Contoh
• Laki-laki berpikiran logik
• Wanita bersikap emosional
• Orang berkaca mata genius
• Orang Melayu lemah lembut
• Orang Cina kaya
Halangan dalam kaunseling silang budaya

3. Stereotype
FAKTOR
• Ciri-ciri sesuatu kaum itu mungkin muncul daripada kehidupan sebenar. Contoh: orang
kulit putih selalu mengaitkan kemalasan dengan orang kulit hitam disebabkan ramai
orang kulit hitam yang hidup dalam keadaan miskin.
• Faktor daripada media massa seperti dalam filem.
• Contoh: Cerita yang ditunjukkan di televisyen menunjukkan pergaduhan antara kaum
Melayu dan India
Halangan dalam kaunseling silang budaya

KESAN DALAM KAUNSELING SILANG BUDAYA


• Menimbulkan perasaan negatif kaunselor terhadap klien.
• Kaunselor akan memandang rendah terhadap klien.
• Membataskan interaksi antara kaunselor dan klien
• Klien akan berasa rendah diri
• Mengganggu sesi kaunseling yang dijalankan
• Kaunselor tidak memahami masalah klien
• Kaunselor dan klien tidak dapat mencapai matlamat sesi kaunseling
Halangan dalam kaunseling silang budaya

2. PREJUDIS
Ponterotto dan Pedersen (1993)
• Tidak ada siapa pun antara kita dilahirkan dengan ciri prejudis.
• Tapi, manusia cenderung kepada sikap prejudis.
• Prejudis terjadi hasil daripada interaksi tiga faktor:
1. Kecederungan kita terhadap bersikap etnosentrik
2. Kurang interaksi yang bermakna antara kelompok
3. Kecederungan kita mengkategorikan maklumat
Halangan dalam kaunseling silang budaya

2. PREJUDIS
Axelson (1985).
-Sebab prejudis:
• tret personaliti authoritarian
• Konflik dalam personaliti
• Sebagai mekanisme bela diri individu / kelompok
Halangan dalam kaunseling silang budaya

2. PREJUDIS

Kognitif Afektif

komponen kognitif dari prasangka, perasaan pribadi terhadap


stereotip, keyakinan, pendapat, dan kelompok orang lain..
sikap terhadap orang lain. Cth: kemarahan, penghinaan,
kebencian, penghinaan, atau
bahkan kasih sayang, dan simpati
Halangan dalam kaunseling silang budaya

2. PREJUDIS
Prejudis boleh bersifat positif dan negatif. Namun, sama ada ia bersifat positif atau negatif,
ia mendatangkan beberapa kesan:
3. Prejudis membahagikan manusia kepada kelompok yang hebat (superior) dan kelompok
yang tidak hebat (inferior) berdasarkan kepada stereotaip. Pembahagian begini
menyebabkan berlaku layanan yang tidak sama antara dua kelompok manusia ini.
4. Cenderung menjadi self-fulfilling prophrecies. Individu kerap kali ditekan untuk berfikir
dan bertindak mengikut stereotaip tertentu. Usaha hendak melawan lazimnya
memerlukan banyak tenaga yang tidak ada pada kebanyakkan individu. Hasilnya
individu mula percaya bahawa dia tidak hebat.
Halangan dalam kaunseling silang budaya

2. PREJUDIS
Kepercayaan tidak benar boleh membawa kepada:
3. Masalah emosi
4. Turun harga diri
5. Rasa tidak berdaya dan tidak ada (hilang) kawalan/ kuasa
6. Hilang harapan untuk masa depan
7. Takutkan dan tidak percaya orang lain
8. Kurang menghormati orang yang berkuasa (authority)
9. Memiliki imej diri yang negatif terhadap diri sendiri dan juga orang lain
10. Boleh mengganggu hubungan individu dan masyarakat kerana ia membawa kepada
diskriminasi.

Anda mungkin juga menyukai