Anda di halaman 1dari 1

Arbitrari Dalam kehidupan sehari-hari, pertalian sesuatu bahasa dengan maknanya didapati hanya arbitrari.

Arbitrari itu bermaksud satu bentuk yang mempunyai pengertian lebih dari satu. Sebagai contoh yang mudah ialah 'rumah'. Ia boleh diberi lambang bertulis seperti 'itu rumah'. Selain itu ia juga dapat digambarkan melalui lukisan seperti melukis gambar rumah dan sebagainya. Sungguhpun begitu, maknanya tetap sama, iaitu rumah. Panggilan rusa jantan pada musim bunga memang bermaksud untuk mencari rusa betina. Cara mereka membuat panggilan itu tetap menjadi ikutan kepada keturunan mereka. Mereka tidak akan mengubahnya kerana ia memang sudah ditakdirkan, iaitu sejak binatang itu lahir. Bahasa adalah arbitari. Lambang-lambang pertuturan adalah bunyi yang terhasil oleh ayat-ayat artikulasi. Bahasa yang merupakan lambang-lambang pertuturan yang arbitari membawa erti bahawa bunyi bahasa yang diucapkan itu tidak semestinya ada hubungan hayati di antara bunyi yang dilafazkan dengan benda atau objek atau peristiwa yang dimaksudkan. 6 KESIMPULAN Bahasa merupakan alat yang amat penting di dalam kehidupan manusia untuk berkomunikasi. Walaupun bahasa tidaklah boleh dianggap sebagai sesuatu alat yang dipakai untuk berkomunikasi. Malahada banyak cara lain misalnya seperti gerak geri, simbol, kod telegraf, muzik gambaran dan sebagainya. Tetapi bahasalah yang semulajadi dan paling sempurna. Dengan ebrbahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan ide, pandangan, pendapat, pengalaman, pengetahuan dan sebagainya. Dalam berbahasa juga seseorang penutur itu mestilah tahu menggunakan laras bahasa mengikut situasi social yang tertentu supaya orang yang dengannya bercakap akan faham apa yang dicakapkan. Adapun bahasa itu bersifat dinamik, berkesinambungan dan boleh mengalami perubahan. Ini kerana, sebagai contoh Bahasa Melayu khasnya berkembang mengikut perkembagnan budaya melayu Setelah meneliti dan mengkaji tentang pengertian bahasa yang diberikan di atas tadi, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bahasa itu adalah merupakan suatu alat yang sangat penting dalam kehidupan manusia sehari-hari. Ia digunakan sebagai alat untuk berhubung dan berkomunikasi antara satu pihak dengan pihak yang lain. Selain itu, ia juga merupakan suatu sistem lambang yang terdiri daripada leretan bunyi yang diucapkan oleh alat pertuturan atau alat artikulasi seperti lidah, lelangit, bibir, gigi dan seumpamanya. Bahasa tidak hanya tertumpu pada pertuturan sahaja bahkan masih terdapat banyak cara untuk kita berkomunikasi iaitu dengan menggunakan bahasa isyarat, lambang, gambaran dan sebagainya. Jika bahasa itu hanya terikat pada pertuturan sahaja, sudah tentu ia amat sukar bagi manusia untuk berkomunikasi. Memang sudah menjadi lumrah dunia tidak semua manusia yang diciptakan oleh Allah Ta'ala itu berkeadaan sempurna. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Sebagai contoh, katakanlah seseorang itu memiliki rupa paras yang cantik akan tetapi di masa yang sama ia bisu. Ini adalah salah satu kelemahan yang dimilikinya. Adalah mustahil bagi seseorang yang normal menggunakan bahasa pertuturan itu dapat berkomunikasi dengan baik dengan orang bisu. Dalam hal ini, sudah setentunya bahasa isyarat adalah merupakan bahasa yang sangat sesuai untuk digunakan dalam berkomunikasi

Anda mungkin juga menyukai