Anda di halaman 1dari 3

ALKOHOL, ASID KARBOKSILIK, DAN POLIMER SEMULA JADI: - PENGOKSIDAAN ALKOHOL - TINDAK BALAS PENGESTERAN

Pengoksidaan alkohol 1. Alkohol primer(RCH2OH) seperti metanol, etanol dan lain-lain boleh dioksidakan kepada asid monokarboksilik (RCOOH) apabila dididih dengan larutan kalium dikromat (VI) berasid. Kalium dikromat (VI) berasid bertindak sebagai agen pengoksidaan. (Ingat: R mewakili kumpulan alkil, CnH2n+1 di mana n = 0, 1, 2, .)

2. Pengoksidaan etanol kepada asid etanoik dalam makmal : i. ii. iii. iv. v. 10 cm3 larutan kalium dikromat (VI) yang telah diasidkan dengan asid sulfurik cair diletakkan dalam sebuah tabung didih. Larutan kalium dikromat (VI) berasid itu dipanaskan sehingga ia hampir mendidih. Kemudian, 2 cm3 etanol ditambahkan titik demi titik ke dalam larutan kalium dikromat (VI) berasid yang panas itu. Pemerhatian : Didapati larutan jingga bertukar kepada larutan hijau dan satu larutan berbau cuka terhasil. Bahan yang berbau cuka itu adalah asid etanoik. Dalam tindak balas itu, etanol telah dioksidakan kepada asid etanoik dan ion dikromat (VI) (bewarna jingga) telah diturunkan kepada ion kromium (III) (bewarna hijau).

vi.

Asid etanoik dapat disuling keluar dari campuran selepas pengoksidaan telah selesai. 3. Asid etanoik yang terhasil dari pengoksidaan etanol merupakan sejenis asid organik yang lemah. Pembentukannya boleh ditunjukkan dengan ujian-ujian yang berikut :

i. ii.

Asid etanoik berair menukarkan kertas penunjuk universal menjadi merah (pH 34) atau kertas litmus biru ke merah. Bila dicampur dengan pita magnesium, pembuakan berlaku dengan gas hidrogen yang memberikan bunyi pop dengan kayu uji menyala dibebaskan.

iii.

Bila dicampur dengan natrium karbonat, pembuakan berlaku dan gas karbon dioksida yang mengeruhkan air kapur dibebaskan.

Pengesteran 1. Apabila suatu alkohol dipanaskan di bawah refluks dengan suatu asid monokarboksilik, dengan wujudnya asid sulfurik pekat sebagai mangkin, pengesteran berlaku. Satu sebatian yang berbau wangi seperti buah-buahan dinamakan ester terhasil. 2. Pengesteran itu merupakan satu proses berbalik.

Contoh: a. Apabila satu campuran etanol tulen dengan asid etanoik glasial dididihkan secara refluks dengan wujudnya asid sulfurik pekat sebagai mangkin, etil etanoat (sejenis ester) terhasil.

Etil etanoat adalah suatu cecair tak bewarna yang berbau wangi seperti buah-buahan.

b. Pengesteran antara metanol dengan asid etanoik akan menghasilkan metil metanoat:

Anda mungkin juga menyukai