Anda di halaman 1dari 9

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun 6

Matapelajaran Tarikh Kelas Masa Bilangan murid Bidang Tajuk

: Pendidikan Islam : 27 Ogos 2012 : 6 Dedikasi : 8.40-9.40 pagi : 28 orang : Asuhan Tilawah Al-Quran (Ayat kefahaman) : Memahami surah Ad-Dhuha secara umum

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah mempelajari pelaksanaan solat ad-dhuha Hasil pembelajaran Aras 1 : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: : menyatakan maksud surah Ad-Dhuha secara lisan dan dengan betul Aras 2 Aras 3 : menyenaraikan pengajaran ayat secara bertulis : mengenalpasti nikmat-nikmat kurniaan Allah dan cara bersyukur atas setiap nikmat yang Allah berikan secara lisan dan bertulis Penerapan nilai Penyerapan ilmu Gabungjalin Kemahiran berfikir Bahan bantu belajar : patuh, bekerjasama, berani, bersyukur : Jawi, akhlak : Bahasa Arab : menjana idea, mengenalpasti nikmat-nikmat kurniaan Allah : slaid, kad gambar

Langkah/Masa Pendahuluan ( 2 minit )

Isi pelajaran Bacaan doa belajar :

Aktiviti P&P Guru menyuruh ketua kelas mengetuai bacaan doa

Catatan Nilai : patuh

Set induksi (3 minit)

Gambar pemandangan di waktu pagi (dhuha)

Guru menayangkan kad gambar dan bertanyakan soalan kepada muridmurid.

Nilai : kerjasama

BBB: kad gambar

Murid-murid Soalan guru : menjawab dan guru mengaitkan Nyatakan suasana waktu pada gambar ini? jawapan muridmurid dengan tajuk pembelajaran pada hari ini. Langkah 1 (20 minit) Maksud surah Ad-Dhuha: - Guru memaparkan slaid maksud surah Ad-Dhuha dan meminta seorang wakil kelas membacakan slaid manakala muridmurid yang lain mengikut bacaan wakil kelas tersebut. - Kemudian guru

KB: menjana idea

Nilai : Berani, patuh, kerjasama, berani

BBB: slaid

KB: mengenalpasti

menerangkan secara ringkas dan padat akan maksud surah Ad-Dhuha - Guru menutup slaid dan meminta beberapa orang murid menyatakan maksud ayat 1-4 secara lisan dengan betul. - Guru menyuruh beberapa orang murid tadi memilih kawan-kawan mereka yang lain untuk menyebut maksud ayat 5-8 dengan betul - Aktiviti diteruskan lagi dengan beberapa orang murid menyatakan maksud ayat 9-11 dengan betul

Langkah 2 (15 minit)

Intisari ayat :

- Guru menayangkan slaid intisari ayat dan membacakannya. - Guru memberi sedikit penerangan berdasarkan intisari

Nilai : patuh, bekerjasama, berani

BBB: slaid

Pengajaran Ayat :

ayat -Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. - Setiap kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli dikehendaki menyenaraikan empat pengajaran ayat berdasarkan intisari ayat - Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. - Murid-murid yang lain mencatat hasil pembentangan setiap wakil kumpulan. - Guru memaparkan slaid pengajaran ayat dan membuat banding beza dengan hasil pembentangan setiap kumpulan. - Guru menyuruh setiap murid mencatat pengajaran ayat

KB: menjana idea

yang belum dicatat semasa sesi pembentangan

Langkah 3 (15 minit)

Nikmat-nikmat yang Allah berikan : 1. nikmat sihat 2. nikmat hidup 3. nikmat makan 4. nikmat kelapangan waktu

- Guru menayangkan slaid nikmat-nikmat yang Allah berikan. - Kemudian guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli kumpulan. - Setiap kumpulan hendaklah menyenaraikan empat nikmat lain yang Allah berikan beserta dengan mengenalpasti cara bersyukur terhadap nikmat tersebut. - Hasil perbincangan dalam kumpulan dibentangkan dihadapan kelas oleh setiap ahli kumpulan.

Nilai : bersyukur BBB : slaid KB : mengenalpasti menjana idea

- Murid-murid yang lain mencatat hasil pembentangan setiap kumpulan.

Penutup (5 minit)

Kuiz berkaitan dengan berbuat baik dengan anak yatim piatu : 1. bercakap dengan perkataan yang baik (betul) 2. menengking anak yatim jika mereka membuat kesalahan (salah) 3. memberi mereka makanan dan pakaian (betul) 4. mengejek mereka kerana mereka kematian ibubapa (salah) 5. meminggirkan mereka kerana mereka miskin (salah)

- Guru bertanyakan soalan kuiz mengenai berbuat baik dengan anak yatim piatu. - Murid-murid menjawab soalan guru secara sukarela dan ada juga guru memilih murid untuk menjawab soalannya - Guru membuat rumusan bahawa berbuat baik kepada anak yatim piatu adalah satu kewajipan terhadap setiap Muslim selagi tidak melanggar syariat Islam.

Nilai : patuh, bekerjasama

Refleksi kendiri :

Ulasan guru pembimbing :

Ulasan pensyarah:

Penerangan : Pada langkah 1, guru menyuruh beberapa orang murid memilih rakannya untuk menyebut maksud ayat bagi menggalakkan mereka berinteraksi sesama mereka. Pada langkah 2, guru membentuk murid-murid kepada beberapa kumpulan untuk berbincang sesama mereka untuk menggalakkan percambahan idea serta memupuk semangat berpasukan. Selain itu, ia dapat merapatkan jurang antara murid yang bijak dengan murid yang lemah. Pada langkah 3, guru juga menggunakan pendekatan yang sama seperti langkah 2 untuk membuang perasaan malu dan pasif dalam diri murid terutamanya murid yang lemah.

Anda mungkin juga menyukai