Anda di halaman 1dari 5

BAB 1 : PENGENALAN

1.1

Latar Belakang Kajian Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair.

Makanan mempunyai ciri-ciri seperti bentuk, rupa, warna, bau, rasa dan tekstur yang berbeza. Peranan makanan adalah untuk memenuhi keperluan fisiologi, psikologi dan sosial. Nutrien dan bahan makanan memenuhi fungsi fisiologi seperti pembinaan sel tubuh, tumbesaran dan pemulihan, membekalkan tenaga dan haba, memelihara dan mengawal proses tubuh.

Makanan yang kita makan selalu diubah untuk menghasilkan tenaga dan digunakan oleh seluruh sistem tisu badan untuk memenuhi beberapa fungsi. Kegunaan tenaga ini, bukanlah sahaja untuk menjalankan aktiviti fizikal,seperti berjalan atau berlari tetapi sama juga kepentingannya iaitu untuk meneruskan proses pertumbuhan, perkembangan dan juga pembaikan semula segala tisu yang mengalami kerosakan biasa. Di sepanjang kehidupan kita, tisu badan sentiasa terurai dan digantikan dengan sel-sel baru untuk mengekalkan kesihatan dan meneruskan proses kehidupan. Kita patut menerima secukupnya bekalan makanan untuk memenuhi keperluan tenga tubuh kita. Sebaliknya kalau kita makan terlalu banyak makanan, bahan yang berlebihan ini akan disimpan di dalam beberapa bahagian badan kita seperti punggung, muka, kulit di hadapan perut, lengan dan kaki. Hal ini akan menambahkan berat badan kita.

Terdapat banyak jenis makanan dan salah satgu makanan yang menjadi pilihan ramai masyarakat pada masa kini ialah makanan segera. Makanan segera adalah istilah yang diberikan kepada makanan yang boleh disediakan dan disajikan dengan cepat. Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, dalam bungkusan, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya. Biasanya istilah makanan segera ini merujuk kepada makanan yang dijual di restoran atau di kedai di mana bahan makanan tersebut dipanaskan atau dimasak semula untuk dihidangkan kepada pelanggan. Istilah makanan segera ini telah dijumpai di dalam kamus oleh Merriam-Webster pada tahun 1991. Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan 1

makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja. Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah.

1.2

Pernyataan Masalah Pemakanan merupakan 1 faktor yang penting dalam kehidupan seharian setiap

manusia. Keperluan pemakanan di kalangan remaja adalah penting untuk tumbesaran mereka. Corak diet dan keperluan pemakanan setiap individu akan mempengaruhi fungsi badan dan tubuh seseorang. Remaja sekarang gemar mengambil makanan segera secara kerap. Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji tentang tahap kesedaran remaja Melayu terhadap pengambilan makanan segera di kawasan Kepala Batas,Pulau Pinang.

1.3

Objektif 1) Mengetahui kekerapan remaja yang mengambil makanan segera sepanjang tempoh kajian. 2) Mengetahui faktor-faktor pengambilan makanan segera di kalangan remaja pada masa kini. 3) Mengetahui tahap pengetahuan dan kesedaran tentang pengambilan makanan segera.

1.4

Hipotesis

Hipotesis ini adalah andaian atau jangkaan sementara berkaitan dengan kesedaran pengambilan makanan segera di kalangan remaja di kawasan Kepala Batas,Pulau Pinang. Setiap hipotesis yang dinyatakan bertujuan untuk mengkaji sejauh mana tahap kesedaran pengambilan makanan segera di kalangan remaja tersebut. 1) Kefahaman remaja mengenai makanan segera mempengaruhi tahap kesedaran mereka ke atas pengambilannya. 2) Tabiat pengambilan makanan segera di kalangan remaja meningkat disebabkan oleh kurangnya kesedaran terhadap bahayanya makanan segera.

1.5

Persoalan Kajian 1) Berapakah kekerapan remaja yang mengambil makanan segera di sepanjang tempoh kajian? 2) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja gemar mengambil makanan segera? 3) Adakah remaja mempunyai kesedaran tentang pengambilan makanan segera?

1.6

Rasional Kajian

Kajian ini dapat memberi faedah kepada semua pihak terutamanya golongan remaja 1) Meningkatkan kesedaran di kalangan remaja tentang keburukan pengambilan makanan segera. 2) Memberi pengetahuan kepada golongan remaja yang kurang peka terhadap bahayanya pengambilan makanan segera secara berterusan.

1.7

Skop Kajian

Golongan Lokasi Kawasan pekan Kepala Batas, Pulau Pinang. Remaja-remaja di dalam lingkungan umur 13 25 tahun.

Jangkamasa Kajian dilakukan selama (4) bulan iaitu bermula dari bulan Julai 2011 sehingga bulan Oktober 2011.

1.8

Definisi Operasional

Makanan Sebarang benda pejal atau cecair yang dioksidakan dan memberikan tenaga haba kepada tubuh untuk bergerak, membuat kerja-kerja, juga untuk aktivitiaktiviti yang lain seperti tumbesaran, membaiki tisu-tisu bdan dan mengatur proses-proses yang terlibat dalam tumbesaran dan pembaikan. Makanan juga menolong membina ketahanan tubuh terhadap penyakit dan jangkitan. Pemakanan Kajian tentang semua proses tumbesaran, pemeliharaan dan membaiki kehidupan bahan yang bergantung kepada pengambilan makanan. Amalan Pemakanan Kebiasaan yang selalu dilakukan oleh seseorang individu terhadap pemilihan dan penggunaan suatu jenis bahan makanan menurut kebudayaan

masyarakatnya.

Pengetahuan Pemakanan Pengetahuan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pemakanan dari segi zat makanan, fungsi dan kepentingannya. Sumber zat makanan dan keperluan zat-zat makanan oleh individu, konsep makanan seimbang dan penyakit akibat kekurangan zat makanan tertentu.

Anda mungkin juga menyukai