Anda di halaman 1dari 30

1.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


1.1 DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD HASBI SIDDIQUI BIN ABDUL MANAF RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Tarikh Hari Masa Kelas Bilangan murid Mata Pelajaran Bidang Tajuk

: 1 September 2012 : Selasa : 9.159.45 pagi : 1 Harapan : 25 orang : Pendidikan Islam : Asas Ulum Syariah (Sirah) : Hijrah ke Madinah

PENGETAHUAN SEDIA ADA: 1 Murid telah pun belajar tentang maksud hijrah dan tarikh peristiwa ini berlaku. 2 Sesetengah murid pernah mendengar cerita tentang sirah ini.

HASIL PEMBELAJARAN: Aras 1 : Menyatakan proses hijrah ke Madinah. Aras 2 : Menyatakan kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh Rasulullah dan umat Islam semasa berhijrah. Aras 3 : Menyatakan kesan daripada peristiwa hijrah. KEMAHIRAN BERFIKIR: 1 Menyatakan proses hijrah ke Madinah 2 Menyenaraikan iktibar dan pengajaran daripada sirah hijrah. PENYERAPAN: Muzik nasyid dan lagu

PENERAPAN NILAI: 1 Sentiasa bersabar menghadapi kesukaran. 2 Membina tali persaudaraan yang kukuh.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM): 1 Komputer Riba 2 LCD 3 Kad

STRATEGI PENGAJARAN DAN PMBELAJARAN:

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1 Guru meminta murid yang bertugas untuk membaca doa. 2 Murid-murid lain bersama guru mengikuti bacaan

Catatan/ Alat

Pendahuluan Bacaan doa: (1 minit)

doa yang dibimbing oleh murid tersebut, sambil mengaminkannya.

Set Induksi (4 minit)

Lagu nasyid: LAGU TEMA HIJRAH Mangaitkan set induksi dengan pembelajaran.

Guru memperdengarkan alunan lagu nasyid beserta lirik yang tertera melalui LCD.

Komputer Riba, LCD

3 Guru meminta murid memperhatikan lirik nasyid.

Langkah 1 (6 minit)

Menyatakan proses hijrah ke Madinah.

1 Guru mempamerkan jalan cerita hijrah melalui LCD. 2 Guru berceritakan peritiwa hijrah. 3 Murid mendengar cerita sirah hijrah oleh guru sambil melihat paparan di skrin. 4 Guru bersoal jawab dengan murid mengenai proses hijrah Nabi.

Komputer riba, LCD

Langkah 2 (7 minit)

Menyatakan kesukarankesukaran yang dihadapi oleh Rasulullah dan umat Islam semasa berhijrah :

1 Guru mempamerkan isiisi penting berkenaan kesukaran yang

Komputer riba, LCD, Kad.

dihadapi Rasulullah Dihalang kaum Musyrikin. Meninggalkan kampung halaman dan harta benda. dan umat Islam semasa hijrah dan membacanya. 2 Guru meminta murid membaca secara beramai-ramai. 3 Latih tubi menyebut perkara-perkara penting dalam ayat. 4 Guru meminta murid secara berkumpulan

Meredah padang pasir yang panas.

menyatakan isi pelajaran tentang kesukaran yang dihadapi Rasulullah dan umat Islam murid. 5 Wakil murid keluar dan mengambil keratan kad jawapan dan menampal pada papan hitam sambil berlari anak.

Langkah 3 (7 minit)

Menyatakan kesan daripada peristiwa hijrah: Umat Islam terselamat daripada penindasan kaum Musyrikin. Terbentuk negara Islam pertama. Bermula perkiraan tahun hijrah.

1 Guru bersoal jawab dengan murid secara beramairamai, tentang apakah kesan daripada peristiwa hijrah. 2 Guru mempamerkan kesan daripada peristiwa hijrah satu persatu melalui keratan kad. 3 Guru membaca kesan daripada peristiwa hijrah melalui kad satu persatu. 4 Murid mendengar

Kad

dan mengulangi bacaan guru setelah diarahkan. 5 Latih tubi menyebut pengajaran ayat secara kumpulan dan kelas. 6 Wakil murid diminta menampalkan keratan kad di papan hitam.

Penutup (5 minit)

1. proses hijrah ke Madinah. 2. Kesukaran kesukaran yang dihadapi oleh Rasulullah dan umat Islam semasa berhijrah. 3. Kesan daripada peristiwa hijrah.

1 Guru bersoal jawab dengan murid terhadap isi pelajaran yang telah dipelajari tadi secara kelas, kumpulan dan individu. 2 Guru membuat kesimpulan dan pengajaran serta memberi nasihat kepada murid.

1.2 DISEDIAKAN OLEH : MOHD RIDZUAN BIN ABDUL WAHAB

1.3 DISEDIAKAN OLEH : AHMAD FITRI BIN CHE ASIM 1.4 DISEDIAKAN OLEH : AZRUL IZZAT BIN AZMI

2.0 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak.

Lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

Proses ini menyentuh perasaan estetik dan kreativiti individu melalui penajaman daya imaginasi dan konsepsi murid.

UNSUR SENI Ia terdiri daripada enam elemen asas dalam sesuatu karya seni visual.

Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan corak.

Melalui garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk.

GARISAN Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar.

Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti: teknik koyakan, tampalan, kolaj, gosokan, cetakan dan capan.

Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim).

RUPA Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan.

Rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kon, kubus, selinder, empat segi bujur dan piramid.

BENTUK

Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi.

Bentuk terdiri dari dua jenis

Bentuk ilusi (maya) Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, illustrasi dan lukisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia hanya permukaan datar dalam bentuk dua dimensi.

Bentuk konkrit Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola dan durian.

JALINAN

Maksud

Merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita.

Jalinan tampak

Jalinan dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Terdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo.

Jalinan sentuh

Dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain.

RUANG

Merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.

Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan.

Ruang berada di luar, di tepi di atas atau sebagainya. Dalam aktiviti menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna.

Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

WARNA

Pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan.

Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier.

Warna asas terdiri daripada warna biru, merah kuning, dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier

Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas.

Warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

3.0 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

IRAMA

EXPRESI

MUSIK

HARMONI

MELODI

CORAK IRAMA

DETIK

RENTAK

IRAMA

TEMPOH

METER

DINAMIKS

EKSPRESI
TANDA ISYARAT

ISTILAH

KEMAHIRAN MUZIKAL NYANYIAN

KOMPONEN PENDIDIKAN MUZIK

KEMAHIRAN MUZIKAL MUZIK DENGAN GERAKAN KEMAHIRAN MUZIKAL PERMAINAN ALAT MUZIK

MEMBINA TEKNIK MENYANYI

MEMBINA KEMAHIRAN MENYANYI

KEMAHIRAN MUZIKAL NYANYIAN

BERGEMBIRA BERGERAK MENGIKUT MUZIK

FAHAM KONSEP MUZIK DENGAN GERAKAN

KEMAHIRAN MUZIKAL MUZIK DENGAN PERGERAKAN

MELIBATKAN DIRI SECARA AKTIF

MELAHIRKAN EKSPRESI DIRI DALAM GERAKAN

MENDENGAR DENGAN TELITI

BERGEMBIRA BERMAIN MUZIK MEMUPUK YAKIN DIRI, DISIPLIN DAN ESTETIKA PENGLIBATAN SECARA AKTIF

KEMAHIRAN MUZIKAL PERMAINAN ALAT MUZIK


MENGENALI ALAT TRADISIONAL BERMAIN ALAT MUZIK SECARA MUZIKAL DAN TERKAWAL MENDENGAR DENGAN TELITI

3.0 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

1) Sebagai alat pendidikan yang mendorong pelajar ke arah aktiviti penerokaan kreativiti dan proses penyelesaian masalah. 2) Berupaya menyediakan satu persekitaran yang dapat memberikan pengalaman sebenar kepada pelajar. 3) Meningkatkan pelbagai kemahiran halus dan kasar yang dimiliki pelajar.

Pergerakan Asas Secara ringkasnya, pendidikan pergerakan dapat ditakrifkan sebagai satu proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan melalui teknik- teknik menyelesaikan masalah dengan menekankan kebebasan ekspresi dan improvisasi yang menekankan kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti manakala pendidikan pergerakan juga dapat ditakrifkan sebagai bergerak untuk belajar dan juga belajar untuk bergerak. Dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pula, Pendidikan Pergerakan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; Pergerakan Kreatif Gimnastik

Pendidikan Pergerakan boleh dikatakan memberikan penekanan di dalam setiap aspek-aspek yang berikut;

Ritma Asas

Ritma Kreatif

Lagu Pergerakan

Permainan

Kemahiran Gimnastik

Kemahiran Asas Dalam Pendidikan Pergerakan Pergerakan-kemahiran asas yang selalu dikaitkan dengan aktiviti pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, meregang dan menguncup. Gabungan pergerakan seperti inilah yang merupakan bentuk asas pergerakan kreatif seperti tarian dan joget. Pergerakan asas ini juga dipanggil sebagai pergerakan lokomotor.

Pergerakan Lokomotor

Pergerakan Lokomotor Asas

Berjalan

Pergerakan merentasi ruang dengan memindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain

Berlari

Kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat dari mencecah bumi

Melompat

Badan akan berada di udara seketika kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua- dua kaki Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan

Melompat Ketingting

Melompat menggunakan sebelah kaki dan menggunakan kaki yang sama untuk mendarat Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu sebelum tumit mencecah tanah

KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR

Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat gerakan berkordinasi Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca. Kemahiran persepsi membolehkan kanak-kanak mahir mengenal dan mentafsir huruf isyarat. Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah sifar, keseimbangan akan tercapai.

Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang. Koklea yang terdapat dalam organ merupakan bahagian dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan tubuh badan. Dalam permainan dan sukan, imbangan penting untuk memantapkan keperilakuan dan membentuk gerakan. Imbangan statik ialah kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti dirian. Imbangan dinamik mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi, atau berlari. Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR

Kesedaran Badan
Berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau berjalan di atas palang pengimbang Persepsi terhadap diri sendiri Contohnya.... "berapa carakah anda boleh menggerakkan kepala anda?" Sedar tentang keadaan zahir badan mereka Guru menyuruh murid melujurkan kaki dan tangan ke semua arah

Mengimbang

Kesedaran Ruang

Kesedaran Arah
Koordinasi bahagian kanan dan kiri tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan Menyedari bahagian kiri, kanan, atas, dan bawah persekitaran Interaksi yang licin di antara otot-otot imbangan Turutan jangkaan koordinasi yang betul Koordinasi TanganMata atau Kaki-Mata

Kesedaran Hala Datar

Kemahiran Manipulatif

Penggunaan anggota badan untuk mengawal, menangani, atau mengawasi sesuatu objek seperti;

Membaling

Memukul

Menendang

Menyepak

Menggelecek

Gimnastik Pendidikan

Pengalaman Lantai Pengalaman Peralatan

Pergerakan tanpa menumpukan alatan

Tumpu aksi satu bentuk seperti mengguling

Guna peralatanperalatan gimnastik

Seperti palang imbangan, palang selari, dan peti pelana

Gimnastik Irama

Kemahiran dilakukan secara beransur-ansur kemudiannya diiringi dengan muzik. Jenis-jenis peralatannya adalah; Bola, Belantan, Gelung, Reben, Tali

Gimnastik Artistik Pelajar seharusnya telah menguasai segala asas gimnastik. Contoh aktiviti;

4.0
4.1

REFLEKSI KENDIRI
REFLEKSI 1

Disediakan oleh : MUHAMMAD HASBI SIDDIQUI BIN ABDUL MANAF Sem 4 PISMP PA/AQ/BA/BI (A)

Alhamdulillah segala pujian dan syukur buat al-Khaliq yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang atas segala rahmat dan nikmat. Selawat dan salam kasih untuk junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat seterusnya mata rantai agama Allah yang mengikut sunnah Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sehingga hari Qiamat.Alhamdulillah bulan lepas saya telah menerima satu tugasan projek iaitu Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi kursus Seni Dalam Pendidikan (WAJ 3107). Seterusnya ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, En. Wan Ahmad Zaini Bin Wan Ismail kerana setia membimbing dan memberi tunjuk ajar. Penyediaan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) dilakukan selama 1 bulan sahaja. Seperti biasa proses ini dimulakan saya dengan mencari bahanbahan dan sumber rujukan. Alhamdulillah saya mengalami sedikit kemudahan dalam mencari bahan tentang tajuk ini sewaktu mencarinya dan pinjaman buku daripada rakan. Tambahan pula buku yang dibeli sendiri oleh saya berkenaan mata pelajaran ini banyak membantu dan info diberikan. Tambahan pula bimbingan pensyarah juga banyak yang membantu saya dalam proses pencarian rujukan selain daripada rujukan internet. Pelaksanaan tugasan KKBI ini mempunyai kelebihannya. Kenyataan ini saya yakin disokong oleh kebanyakkan pelajar. Hal ini kerana bukan sahaja menyiapkan tugasan soalan semata-mata tetapi ia juga sebagai mendalami ilmu bagi tajuk yang terdapat dalam KKBI ini. Tidak semua pembelajaran sewaktu didalam kelas dapat diperolehi atau dikuasai saya. Melalui tugasan KKBI inilah diambil kesempatan oleh saya untuk mendalami tajuk-tajuk yang berkaitan

tugasan. Selain itu ianya juga secara tidak langsung sebagai ulangkaji terhadap apa yang telah dipelajari. Pada tugasan kali ini, saya dikehendaki melaksanakan tugasan berkaitan dengan Seni dalam Pendidikan. Saya dikehendaki mengumpulkan dan

memproseskan maklumat yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan peringkat sekolah rendah dalam bentuk pengurusan grafik. Tugasan soalan ini dilaksanakan secara

berkumpulan. Kemudia saya dikehendaki menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) unutk 60 minit bagi salah satu topik dalam manamana mata pelajaran sekolah rendah dengan mengintegrasikan elemen seni visual, muzik dan pergerakan. Tugasan ini pula adalah berbentuk individu. Sepanjang melaksanakan KKBI ini, terdapat beberapa nilai dan sikap yang dapat saya pelajari. Pertamanya ialah saya perlu bersungguh-sungguh dan fokus sepenuh perhatian untuk membuat tugasan ini. Sikap saya sebelum ini ialah tidak bersungguh dan tidak fokus, hasilnya tugasan saya yang dihantar kepada pensyarah tidak berkualiti dan lewat hantar tugasan dalam masa yang dikehendaki. Jadi, pada semester ini saya telah mengambil langkah pembaikan pada diri saya dan Alhamdulillah saya berjaya melakukan tugasan KKBI ini

dengan lebih baik berbanding tugasan sebelum ini. Selain itu, saya telah pelajari satu sikap yang sangat penting bagi saya iaitu tidak melakukan tugasan dengan sambil lewa. Saya berjaya mengubah diri saya daripada melakukan tugasan dengan sambil lewa kepada melakukannya dengan berilmiah. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menghindari daripada meniru tugasan rakan seratus peratus. Sebalikknya saya akan lakukan dengan diri saya sendiri. Hasil daripada tajuk-tajuk dan soalan tugasan yang saya dikehendaki lakukan saya telah berjaya mengumpulkan dan memproseskan maklumat yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam seni visual, muzik dan pergerakan dalam bentuk pengurusan grafik yang menarik. Saya juga berjaya menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) unutk 60 minit bagi tajuk sirah iaitu Hijrah ke Madinah dengan mengintegrasikan elemen seni visual, muzik dan pergerakan.

Perkara yang menarik melalui KKBI ini adalah ia bukan sekadar hanya untuk mengumpul atau mencari bahan-bahan dan maklumat sahaja mengenai tajuk kerja kursus. Bahkan saya perlu menggunakan kemahiran berfikir bagi menjawab soalan yang berbentuk KBKK (Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif). Di sini menunjukkan bahawa soalan KKBI ini mencapai status soalan yang bertaraf tinggi dan kualiti yang mantap. Walaupun tugasan ini hanya berbentuk KKBI sahaja, ianya juga telah memberi beberapa pengajaran yang dapat saya kongsikan disini berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Salah satu daripadanya ialah lakukan tugasan bukan hanya semata-mata tugasan tetapi lakukan juga sebagai mengulangkaji pelajaran. Selain itu saya mesti lakukan tugasan ini dengan sebaiknya. Dalam erti kata yang lain, saya mestilah melakukan kolaboratif awal dengan pensyarah serta mencari maklumat itu dengan awal. Hal ini penting, sekiranya terlewat untuk mencari bahan maka akan timbul tidak sempat untuk mencari bahan yang sepatutnya dikehendaki. Sebaliknya akan dapat bahan juga tetapi saya mesti kreatif untuk mencari isinya. Hal yang menjadi sedikit salah faham terhadap saya ialah saya telah terlupa pada tarikh yang sepatutnya menghantar tugasan KKBI ini. Saya jangkakan bahawa KKBI perlu dihantar seminggu lagi tetapi jangkaan saya meleset kerana pada masa itu hanya tinggal 1 hari sahaja untuk menghantar tugasan ini. Oleh itu, saya mengambil langkah sepatutnya dan memberi sepenuh tumpuan untuk menyiapkan tugasan ini. Akhirnya saya berjaya menyiapkannya juga. Pengajaran disini yang saya dapat ialah saya perlu cakna terhadap tarikh-tarikh tugasan yang perlu dihantar agar kelak saya tidak tergesa seperti sekarang. Kesempatan ini saya memohon maaf kepada pensyarah yang mengajar saya kerana banyak kerenah yang saya tunjukkan dan sikap yang tidak menyenangkan. Pengalaman menyiapkan tugasan KKBI ini memang mempunyai 1001 perasaan. Lebih-lebih lagi setelah tugasan KKBI ini siap diselesaikan dalam jangka masa yang lewat sehari. Saya tidak terlepas daripadanya. Setelah tugasan ini selesai perasaan yang pertama membunga di hati ialah berasa sangat gembira dan lega. Ibarat satu bebanan yang berat ditangung dikepala sudah hilang. Walaupun begitu ianya hanya ibarat sahaja. Bukanlah bebanan menjadi fokus disini. Tetapi apa yang diperolehi saya itu patut difokuskan seperti

mana yang telah saya jelaskan diatas. Saya juga sedikit kesal kerana lewat menghantarnya. Jika saya diberi peluang oleh pensyarah pembimbing untuk

melaksanakan tugasan ini sekali lagi, saya akan

melakukan beberapa

menambah baik iaitu dengan mengubah ubah cara pelaksanaan kerja supaya proses menyiapkan tugasan menjadi lebih efisien dan cepat, pencarian maklumat yang lebih pantas dan berisi, serta meningkatkan kekerapan kolaboratif dengan pensyarah. Di samping itu, saya akan memantapkan isi jawapan dengan menambah fakta-fakta yang lebih tepat dan bernas selaras kepada menuju kearah minda guru pelatih kelas pertama. Perkara yang boleh dikongsi dalam proses menyiapkan tugasan ini ialah perancangan awal dalam menyiapkan satu-satu tugasan itu amat penting. Secara konklusinya disini, saya berasa amat gembira atas keberhasilan saya dalam menyiapkan tugasan KKBI ini sepenuhnya bersama sahabat saya, Mohd Ridzuan, Azrul Izzat dan Ahmad Fitri yang merupakan rakan kumpulan tugasan ini. Selain itu, saya juga bersyukur kerana melalui pelaksanaan tugasan ini saya bukan sahaja telah menyiapkan tugasan sahaja bahkan telah dapat menimba pelbagai ilmu dan pengalaman baru yang amat berguna. Saya juga mengizinkan kepada mereka yang ingin membuat rujukan terhadap hasil kerja kursus saya ini. Segala perkara positif yang saya perolehi daripada tugasan ini akan saya manfaatkan dan segala yang negatif akan saya jadikan sempadan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai