Anda di halaman 1dari 23

ISI KANDUNGAN

TUGASAN INDIVIDU

1.0 Pendahuluan 2.0 Cadangan Bilik PSV kondusif 2.1 Plan lantai 2.2 Huraian Cadangan Bilik PSV 2.2.1 Aspek Fizikal 2.2.2 Aspek Sosial 2.2.3 Aspek Emosi 3.0 Kesimpulan 4.0 Bibliografi

. .

1 2-18

. .

19 21

1.0 Pendahuluan Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing. Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya.

Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanakkanak sebaliknya.

Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lainlain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.

Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut.Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang asing.
1

Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam kebudayaannya.

Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa, karya seni itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. Ini adalah kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kraf pada pandangan beliau merupakan aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari.

Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan Barat, estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek kegunaannya.

Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Menurutnya, keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya. Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni, semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan sebagainya.

2.0 Cadangan Sebuah Bilik Pendidikan Seni Visual Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat
2

pembelajara. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik pendidikan seni visual serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap

pembelajarannya.

Menurut Richard (1990 dalam Haliza Hamzah, 2009) pengurusan bilik darjah merupakan organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Burden (2003 dalam Abdullah Sani Yahya, 2007) disiplin dalam bilik darjah mencakupi iklim akademik di bilik darjah dan amalan pengajaran yang berkesan kerana disiplin yang baik mampu menyekat pelajar daripada melakukan kelakuan yang tidak wajar. Ini bermakna bahawa, kawalan oleh guru terhadap murid dari segi disiplin dan sikap mereka semasa pembelajaran berlangsung adalah penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid berlangsung dengan baik. Guru mempunyai peranan untuk menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam bilik darjah sebagai seorang pengurus.

2.1 Plan

lantai Cadangan Bilik Pendidikan Seni Visual

BILIK PERSEDIAAN GURU

STOR ALATAN

RAK PAMERAN

CARTA ORGANISASI DAN INFO

R A K H A S I L K E R J A

SUDUT PAMERAN HASIK KERJA MURID

KAWASAN KERJA BEBAS

S I N K I

Petunjuk WHITE BOARD DAN LCD MEJA MRID 4 KERUSI MEJA PERSEMBAHAN GURU TINGKAP

2.2 Huraian Cadangan Bilik Pendidikan Seni Visua Kondusif

Setiap insan yang bergelar guru perlu mempunyai kemahiran dalam pengurusan bilik terutama bilik Pendidikan Seni Visual ( PSV ) dan tingkah laku murid. Pengurusan bilik PSV yang baik adalah penting bagi memastikan bilik PSV menjadi terurus dan guru serta murid dapat berada dalam bilik PSV dengan suasana yang selesa dan kondusif untuk seisi pengajaran dan pembelajaran. Bilik PSV dapat merangsang pencapaian akademik yang tinggi juga bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang berkesan. Pengurusan bilik PSV merupakan faktor yang penting yang dapat mempengaruhi tingkah laku, sikap, motivasi, dan pembelajaran murid dalam bilik . Menurut laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981 dalam Akhiar Pardi, 2012 sebanyak 36 % guru di Amerika Syarikat mengatakan bahawa mereka tidak akan ingin menjadi guru jika mereka mengetahui akan masalah yang akan mereka hadapi dalam pengurusan bilik darjah. Ini adalah kerana pengurusan bilik darjah bukanlah suatu perkara yang mudah yang perlu dihadapi oleh para guru.
2.2.1 Aspek Fizikal

Guru perlu menyusun atur dan merancang persekitaran bilik PSV dan rutin harian yang kondusif. Guru boleh bekerjasama dengan murid-murid bagi mengambil bahagian dalam menyusun aturkan fasiliti bilik dan persekitaran yang baik. Semua perabut perlulah

mencukupi dan dalam keadaaan yang baik serta boleh digunakan. Papan kenyataan perlulah diletakkan di tempat yang bersesuaian dan hasil kerja murid dipamerkan dan makluman penting kepada murid-murid. Selain itu, guru juga hendaklah menerangkan dan menjelaskan akan penggunaan alat pengukuran dan penilaian pembelajaran seperti latihan, ujian, laporan projek, folio dan sebagainya bagi membentuk persekitaran dan rutin bilik PSV yang baik.

Susun atur meja murid

Ruang Kerja Bebas Murid

Stor Simpanan Bahan dan Alatan PSV

Rak Simpanan Bahan dan Alatan PSV

Kabinae Menyimpanan Bahan dan Alatan Selepas Dignakan

Meja Tunjuk Cara Guru

2.2.2 Aspek Sosial

Menurut Kamus Dewan, Sosial boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia dalam masyarakat melalui pengalaman dan aktiviti.(DBP: ms 1186).Sosiologi pula didefinisikan sebagai ilmu kemasyarakatan iaitu ilmu mengenai sifat dan pertumbuhan masyarakat. Ia merujuk kepada suatu bidang ilmu pengetahuan moden.Secara mudah kita boleh menghubungkan sosiologi dengan masyarakat. Vander Zanden (1996) dengan ringkas menyatakan sosiologi sebagai kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi. Bagi Jary & Jary (1995), sosiologi merupakan suatu bidang kajian saintifik mengkaji masyarakat

daripada pelbagai sudut seperti melihat fungsi masyarakat, bentuk organisasi sosial, perkembangan kebudayaan dan jenis-jenisnya.

Menurut Giddens (1993) pula, sosiologi adalah kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-kumpulan dan masyarakat.Sosiologi akan memberikan manusia pemahaman bagaimana pengaruh-pengaruh sosial telah mencorakkan kehidupan mereka. Waters (1994) pula menegaskan bahawa perkara yang diperhatikan bidang sosiologi sangat jelas iaitu fenomena sosial yang berfokuskan hubungan dan interaksi antara manusia. Broom (1981:84) mengemukakan pendapat, sosialisasi adalah proses menyelaraskan individu-individu tentang tradisi-tradisi budaya masyarakatnya dan berfungsi sebagai makhluk sosial dan anggota masyarakat yang sesuai dengan kebudayaan masyarakatnya.

Zanden (dalam Suharso,1992) mengemukakan bahawa sosialisasi sebenarnya adalah proses interaksi yang memberi peluang kepada anggota masyarakat mengenai cara berfikir,berperanan dan berkelakuan positif. Jelas kepada kita manusia memerlukan hubungan sosial dengan manusia lain dalam lingkungan kelompok masyarakatnya. Broom (1981) menyatakan, Manusia memerlukan hubungan sosial denganmanusia lain.

Kesimpulannya di sini, kebudayaan digunakan sebagai pedoman hidup oleh warga masyarakat dan bersifat tidak mudah berubah. Ia merupakan kebiasaan atau tradisi yang lazim bagi penganut sesuatu masyarakat. Tetapi tradisi atau kebiasaan adalah buatan manusia dan pasti boleh berubah.

Menurut Bennett(1976). Apabila kebudayaan tidak lagi sesuaidigunapakai mengikut arus perubahan, maka kebudayaan akan diubah, dan disesuaikan agar dapat menepati keinginan baru.

PENDEKATAN SOSIAL DALAM KONTEKS SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT:

Yang dimaksudkan dengan pendekatan sosial adalah suatu cara memandang sosial itu sebagai suatu sistem. Ia diertikan sebagaikonsep yang digunakan untuk menganalisisseterusnya
9

sebagai objek kajian. Dalam konteks ini sosial dipandang sebagai satu kajian yang terdiri dari unsur-unsur yang berfungsi, beroperasi atau bergerak dalam satu sistem. Konsep sosial juga difahami sebagai satu sistem yang sistematik; merujuk kepada aspek-aspekseperti individu, sosial dan budaya dari kehidupan manusia sebagai sistem sosial budaya dan masyarakat persekitarannya. (Parson:1966; Spindler 1977;Spradley 1972;Suparlan 1985)

Mead (1972) pula menegaskan bahawa pendidikan menunjukkan dua fungsi utama iaitu melestarikan dan mengembangkan kebudayaan sesuai dengan keperluan individu, sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang terjelma melalui cara berfikir, penghayatan, luahan rasa serta respon merekaterhadap sesuatu perkara.

Tidak dapat dinafikan sepanjang sejarah, manusia sebagai makhluk sosial dan budaya, menyelenggarakan pendidikan sebagai fungsi utama untuk mempertahankan peradapan nilainilai sosial dalam lingkungan masyarakatnya. Melalui proses pendidikan ini setiap individu dalam masyarakat mengenal, mewarisi dan menghayati segala unsur unsur kebudayaan iaitu nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan serta teknologi sangat diperlukan dalam sistem sosial budaya kerana dari situ mereka mempelajari intipati sosial, mempelajari simbol-simbol budayanya serta menerap nilai murni yang terkandung dalam kehidupan sosialnya untuk dijadikan panduan serta pedoman dalam kehidupan seharian sekaligus dalam masyarakat lingkungannya.

Seni dan sosial mempunyai satu hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai satu kurikulum integrasi. Pendekatan sosial memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia.Seni memberi peluang untuk memahami pengalaman manusia dengan baik.

Untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik dan ekonomi sesuatu masyarakat.Sebagai contoh bahan-bahan dan teknik penghasilan seni yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu seni boleh memberi kefahaman tentang faktor geografi, alam sekitar dan struktur sosial sesuatu masyarakat. Malahan di zaman moden para pengiklan, penghibur dan ahli politik menggunakan unsur seni untuk menyampaikan mesejdan memupuk sistem kumpulan masyarakat.

10

Artist mempunyai kuasa dalam bentuk simbol untuk menyampaikan sesuatu idea atau perasaan yang begitu kuat yang boleh menyentuh perasaan orang lain. Imej juga boleh menimbulkan semangat patriotik dan bersuara terhadap ketidakadilan.Seni juga boleh menyampaikan mesej tanpa komunikasi lisan kepada sesuatu masyarakat.

Untuk membolehkan pelajar faham kaitan seni dengan pendidikan sosial, pelajar perlu mengalami sendiri pengalaman menggunakan bahan-bahan seni dan mengalami sendiri proses yang dialami oleh seseorang artist yang mencipta seni.

Melalui kerja-kerja seni, masyarakat akan lebih memahami tentang sesuatu latarbelakang sosial. Kita akan mempelajari tentang pengaruh sosial, ekonomi, politik dan kepercayaan sesuatu masyarakat. Melalui sejarah sesuatu seni seperti masa, zaman, budaya dan asal usul dapat diketahui bahkan bahan-bahan yang digunakan, teknik penghasilan seni, bentuk dan perhiasan dapat meyumbang kepada dapatan maklumat tentang latar belakang sesuatu masyarakat seperti falsafah dan kepercayaan agama.

Seni moden seperti seni kontemporari, iklan,hiburan, visual, dan grafik dapat memberikan kita pengetahuan tentang bagaiman unsur seni digunakan untuk mempengaruhi masyarakat, memberi mesej dan penguasaan seni terhadap emosi manusia. Sebagai contoh; bagaiman imej digunakan untuk menyebarkan semangat patriotik dan kempen anti ketidakadilan. Semua perkara ini ada kaitan dengan pendekatan sosial di mana ia mengkaji emosi manusia dan membolehkan kita memahami sesuatu masyarakat itu. Kesemua elemen seni ini boleh membantu para ahli sosial memahami pemikiran masyarakat.

Pemahaman terhadap seni bagi seseorang pelajar akan bertambah apabila pelajar mengalami pengalaman bekerja dengan peralatan dan melalui proses dalam penghasilan sesuatu bahan seni. Proses penghasilan seni akan memberi peluang peluang kepada pelajar untuk memahami persoalan seperti kenapa sesuatu bahan digunakan, kenapa seni itu dihasilkan, dan fungsi seni itu kepada masyarakat. Semua aktiviti seni ada kaitan dengan budaya, persekitaran sesuatu masyarakat, pengaruh sejarah dan geografi. Begitu juga dengan persoalan-persoalan yang tidak dapat dipisahkan dengan aspek sosial seperti; siapa mencipta seni, siapa menggunakan seni, apakan bentuk sesuatu seni dan bagaimana ilmu seni itu boleh diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya?Pengaruh alam sekitar, agama, politik,

11

ekonomi, budaya, persoalan estetik, kesemua elemen tersebut ada hubungkait dengan pendekatan sosial.

Dalam mengintergrasi seni dengan pendekatan sosial harus perlu ada keseimbangan.Satu cara intergrasi yang efektif ialah melalui penggunaan tema-tema yang berkaitan. Teknik ini adalah sesuai sebagai perkongsian untuk subjek yang mempunyai matlamat dan disiplin yang sama. Melalui teknik ini, setiap topik dijadikan sebagai bahan perbincangan dan diberi pandangan mengikut disiplin seni dan sosial secara bergilir-gilir. Dengan cara ini keseimbangan dari intergrasi pendekatan sosial dan Pendidikan Seni akan tercapai.

Satu komponen pendekatan sosial yang boleh diintergrasikan dengan Pendidikan Seni dengan baik sekali adalah dari segi sejarah. Tidak boleh dinafikan seni adalah satu produk dari asal usul sejarah dan budaya. Sebagai contoh semasa seni itu dilahirkan, ia ada kaitan dengan isu semasa ketika itu. Menurut Arnheim (1989) keupayaan menguasai dan melihat kombinasi kedua-dua struktur seni dan sosial adalah satu pencapaian kognitif.

Tidak dinafikan manusia adalah makhluk budaya. Manusia dalam kehidupannya menggunakan simbol sebagai sarana untuk berkomunikasisesama mereka. Pendidikan merupakan satu proses budaya.

Seni dalam pendidikan memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,inovatif,inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual,seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang holistik.Terdapat beberapa tokoh yang member pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang.

Teori konstruktivisme - kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.Howard Gardener (1983) pendekatan yang
12

berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Hermann (1991) didalam Quadrant Concept yang menkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidkan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai penidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal dan intelektual. Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidangbidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan. Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Selain itu ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Kemudian ia juga membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh. Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia. Justeru untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi sesuatu masyarakat. Murid diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan kepekaan serta mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif seterusnya menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi kerana seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Oleh itu , suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksidi anatara murid dengan murid, khasnya dalam bilik PSV.Murid dapat berinteraksi dalam pembelajaran akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiomentri dalam penguasaan Suasana pembelajaran yang harmoni dapat membentuksosial murid yang positif sepertimana gambar di bawah.
13

Suasana pembelajaran harmoni

14

Interaksi antara murid perlu dibentuk dalam bilik PSV

2.2.3 Aspek Emosi Mengikut Mayer & Salovey (1997), Kecerdasan emosi adalah merupakan kebolehan untuk mengerti, melihat dan merasa dengan tepat, menilai dan mengganggar, dan menyatakan serta meluah emosi; Kebolehan mendekati dan memasuki atau melahirkan dan menghasilkan perasaan apabila mereka menenangkan fikiran; Kebolehan untuk memahami emosi dan pengetahuan perasaan; kebolehan untuk mengatur emosi sebagai penggalak perasaan dan pertumbuhan intelek . Konsep ini diperkenalkan oleh Mayer & Salovey sejak tahun 1990 kemudian dipopularkan dan diperkembangkan lagi oleh Goleman (1995).

Menurut Bersson ( 1982 ), dengan memberi galakan kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam mendapatkan pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan pentafsiran. (Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan, 2000 ) . Mayer dan Gehr (1996) mendapati bahawa karektor tanggapan dan pengertian emosi di dalam pelbagai situasi berhubung kait dengan empati dan keterbukaan perasaan. Penuh pemusatan perbezaan dalam mengesahkan apa yang dibina. Keseluruhannya emosi bukan sahaja hanya perasaan dalaman tetapi mempunyai kecerdasannya yang tersendiri. Oleh itu, wajarlah emosi diperkawal sebelum emosi yang mengawal diri pelajar.

Projek Zero yang diasaskan oleh Howard Gardner berharap dapat menyelesaikan masalah dengan cadangan antaranya ialah ; Menyiasat tingkah laku pemikiran, sikap, nilai, tabiat keghairahan minda yang memainkan peranan dalam berfikir seperti kecenderungan dan kepekaan pelajar dalam memilih sebab yang sesuai untuk berfikir secara kritis ; Mereka dan menolong mencerminkan masyarakat sekeliling seseorang dan menimbulkan, mengeluarkan, menggerakkan dan menggalakkan perbuatan individu di dalam kumpulan dan masyarakat.

Di dalam bukunya Creative and Mental Growth, Victor Lowenfeld menggariskan tahap perkembangan seni kanak-kanak ; Pada peringkat kedua ( Preschematic) empat hingga enam tahun, kanak-kanak menggunakan warna tetapi lebih kepada emosi dari logikal ; Pada tahap ke lima pula (The Pseudorealistic Stage) Kanak-kanak yang mempunyai daya tampak yang
15

tinggi mempunyai konsep visual yang sedar akan perubahan warna yang berlaku pada keadaan yang berlainan, manakala yang kurang daya tampak melihat warna sebagai alat mencerminkan reaksi emosi pada subjek yang dihasilkan.

Prof. Madya Hj. Iberahim Hassan ( 2000 ) berpendapat, walaupun manusia sering berbeza pendapat tentang kepercayaan dan idealogi, tetapi mereka tetap mempunyai cita rasa yang sama terhadap kedamaian, ketenangan, kecintaan dan keindahan seperti ketika berada di tasik yang tenang di waktu senja yang sepi.. Judith Peck (2003) Kajian mengenai produksi seni sebagai suatu bantuan dalam memahami pengalaman manusia. Pembelajaran ini menaksir penyelidikan tentang keupayaan perluahan seni visual dalam personaliti dan tabiat, dan nilai seni visual di dalam menambahkan kualiti kehidupan .

Seni mempunyai kuasa tersendiri dalam menarik minat seseorang, lantaran itu seorang pendidik dapat menjadikan ia satu instrumen menerapkan nilai terapeutik bagi menarik minat pelajar, menjadikan pelajar lebih rapat dan rasa selamat, kreatif berfikir, inovatif, aktif, berkeyakinan, emosi yang stabil, penuh kasih sayang dan sahsiah yang mantap. Kesimpulan dari cadangan ini akan mencapai era yang ditunggu-tunggu dan meneroka dimensi baru seiring dengan perlaksanaan kurikulum Bestari Pendidikan Seni Visual.

Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid tarhadap guru mereka.Ini akan menimbulkan tingkah laku murid. Selain itu,menurut Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti itu sebagai; Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan.Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6) Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita
16

merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat, manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya. Oleh itu, bilik PSV dapat membentuk sahsiah murid yang merupakan ciri penting individu dalam memperkuatkan dan memperteguhkan keupayaan diri bagi melahirkan insan yang berkeupayaan, cerdas, bijaksana, mahir , berteknologi dan berpendidikan. Bertujuan untuk melahirkan kesedaran pada pelajar bahawa seni sebagai satu landasan meluahkan emosi atau kenyataan kendiri. Manakala guru pula dapat menilai, merawat dan mengkaji masalah pelajar dan menjadikan nilai terapeutik pemangkin emosi dan sahsiah pelajar. Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ) Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 ) Art products produced by a student during treatment can be used in much the same manner as transitional objects. The child learns to trust another person who is not the primary caregiver , can use the art process as a means of self-soothing , and can form an attachment in the context of the therapeutic relationship. ( Robins, 1987 ). ( Eve C .Jarboe, 2002 )
17

Melahirkan emosi yang stabil dalam persembahan hasil seni

Hubungan Murni dapat dijalin dalam pengajaran Seni di bilik PSV yang penuh emosi

18

3.0 Kesimpulan Pendidikan Seni Visual merupakan saluran perantara yang sesuai untuk melaksanakan nilai terapuetik sebagai pemangkin terhadap pemantapan sahsiah pelajar. Ibarat Kain putih, kitalah yang dapat mengawal warna warni pada generasi akan datang. Para pendidik pula sentiasa berusaha untuk melahirkan insan insan kamil yang berketerampilan sebagai menyahut tuntutan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selama ini pelajar hanya menjalani pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik lebih mementingkan hasil keduaduanya teori dan praktikal. Seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat. Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan, tetapi ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas kerana fitrah manusia sememangnya pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang mengganggu dan menakutkannya. Bilik pendidikan seni yang dapat memenuhi ketiga-tiga aspek penting iaitu aspek fizikal,aspek sosial dan aspek emosi akan dapat membentuk nilai dalam diri murid-murid yang seterusnya melahirkan mrid-murid sebagai bangsa Malaysia yang dapat dilahirkan sebagaimana dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, keperluan seni semakin tinggi. Pelajar pelajar boleh mendapat rawatan klinik walau hanya berada di dalam kelas. Penambahan Pembelajaran Seni di dalam sistem sekolah lebih menguntungkan dari mengeluarkan belanja dari menyediakan pusat-pusat pemulihan khas. Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedari atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan tentangseni telah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi di mana mereka mula mengetahui tentang alat-alat permainan yang beraneka rupa bentuk dan warna. Begitu juga dalam konteks mewarna di atas kertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan warna yang disukainya. Contengan warna ini sebenarnya melahirkan ideanya. Ini menjurus kepada kreativiti kanak-kanak tersebut. Bakat ini perlu dibimbing dan dipupuk dengan sebaiknya supayadia menjadi seorang yang berdikari dan yakin pada dirinya sendiri. Ini kerana kanak-kanak membuat simbolsimbol yang mudah dan ringkas mengikut tahap penguasaan dan faktor
19

sekelilingnya. Jika dikaji bentuk-bentuk lukisan sebegini mempunyai makna yang cukup mendalam tanpa kita sedari. Kajian ini dibuat oleh Herbert Read (1958) dalam bukunya Education Through Art. Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni perlu dijadikan teras kepada pembentukanmasyarakat.Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan.Ini bertujuan supaya masyarakat tidak mengabaikan nilai-nilai estetika dan moral yang menjadi aset penting dalam pembangunan negara. Tanpa kesan estetika kesenian mungkin boleh membawa penyakit yang menjurus kepada wabak sosial yang memudaratkan. Gejala sosial yang berlaku pada masa kini sedikit sebanyak berkait rapat dengan aspek penghayatan estetika. Keruntuhan moral, pencemaran akhlak, terpesong kefahaman agama dan segala aspek yang bertentang dengan fitrah manusia mungkin boleh diubati.Memahami makna estetika dalam seni itu sendiri cukup mendalam, keindahan yang mutlak dan hakiki. Penghayatan terhadap seni yang mendalam dan diamalkan dalam penghidupan seharian. Penghayatan estetika terhadap kebesaran Tuhan juga menuntut kita merenung jauh tentang setiapkejadian itu. Estetika wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni sama ada dari aspek pembangunan insan, pembangunan rohaniah dan jasmaniah, perkembangan dan bimbingan kehidupan seharian. Seni bukan semata-mata hiburan kosong. Seni dan estetika adalah untuk mentarbiahkan manusia mendidik manusia agar memahami kebenaran ciptaan Allah SWT. Apa sahaja bentuk seni yang dicipta adalah menjurus ke arah membimbing dan mendidik masyarakat. Menurut Winckelmann berkaitan dengan estetika/keindahan, ia perlu melalui satu proses yang dikenali sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal dan menjadi asas kegiatan seni yang utama. Selama ini pengajaran dan pembelajaran hanya memberatkan proses, produk output tanpa melihat kepentingan seni merupakansatu bentuk terapi . Hakikatnya untuk mendidik dan memperkembangkan diri pelajar, Terapi Seni dapat mencari ruang merawat sebarang permasalahan khususnya dalam emosi. Seni akan menjadi satu cabang disiplin yang bernilai kepada negara dalam melahirkan insan insan yang bersahsiah tinggi.

20

4.0 Bibliografi

Ainon dan Abd Hassan,( 2002 ). Mendorong Diri Sendiri , PTS Pub & Distributors, KL Deborah D.West, Edicational Horizon , Summer, 2000 . Eve C. Jarboe, Art Therapy: A Proposal For Inclusion in School Settings New Horizons for Learning, 2002. Hj. Abd. Fatah Hasan, Pengenalan Falsafah Pendidikan , PTS Pub & Distributors, 2001 Howard Gardner, Interview with Howard Gardner, NEA Today Online, March 1999. Judith Peck, Art As Therapy , Http://orion.ramapo.edu Prof. Madya Hj Iberahim Hassan, Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingan , Robert J.Sternberg, Human abilities Annual Review of Psychology. Annual, 1998. Viktor Lowenfeld , Creative and Mental Growth , Macmillan Co New York ,1947. Kump Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik, PenerbitanFakulti Sains Sosial dan Kesenian, UPSI, 2000.

21

22

Anda mungkin juga menyukai