Anda di halaman 1dari 6

QSS 4013 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM

LAPORAN PENUH AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PERSATUAN EKONOMI RUMAH TANGGA)

DISEDIAKAN OLEH : ERNA IRDAWATY BTE KASRAN HAIRULADZWANIE BTE HARUN MAZNI BTE MADEK RAFIDAH BTE A. BISTAMAM ZULZILLAH BTE SAADON L20112008736 L20112008738 L20112008739 L20112008746 L20112008731

1.0 PENDAHULUAN Persatuan Ekonomi Rumahtangga adalah salah satu medium bagi kami untuk mempraktikkan cara pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kokurikulum. Aktiviti ini juga sebagai persediaan untuk menyelaras atau menguruskan aktiviti dan program kokurikulum apabila berada di sekolah nanti. Kami memilih untuk menganjurkan Bengkel Pemakanan Sihat adalah bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan gaya pemakanan yang betul dan seimbang. Pada masa kini, arus pemodenan memaksa masyarakat untuk memilih makanan yang segera yang lebih cepat untuk disediakan tetapi mengabaikan faktor kesihatan. Setiap masyarakat seharusnya diberikan pendedahan berkenaan betapa pentingnya amalan pemakanan yang sihat dalam kehidupan.

2.0 NAMA AKTIVITI Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Persatuan Ekonomi Rumahtangga (Bengkel Pemakanan Sihat)

3.0 ANJURAN Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 2012 (Kumpulan T1)

4.0 RASIONAL Rasional mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk Persatuan Ekonomi Rumahtangga ini adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu dalam menguruskan aktiviti P&P kepada rakan-rakan lain selain untuk melatih kami dalam menghadapi situasi sebenar dalam menguruskan aktiviti kokurikulum di sekolah. Pemilihan aktiviti ini sebagai subjek P&P kami adalah untuk menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mengurangkan penyakit dalam kalangan masyarakat malaysia. Semoga bengkel ini dapat memberikan info yang berguna kepada peserta untuk panduan memilih menu makanan yang sihat dan seimbang.

5.0 OBJEKTIF UTAMA Untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah khususnya dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Antara objektif lain ialah : 5.1 Mendapat pendedahan tentang gaya pemakanan yang betul dan seimbang. 5.2 Meningkatkan kemahiran dalam memilih menu yang mengandungi sumber yang seimbang. 5.3 Meningkatkan keyakinan peserta dalam menyediakan menu masakan yang seimbang.

6.0 SASARAN Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 2012 (Kumpulan T1) (Sila rujuk Lampiran 1)

7.0 TARIKH PERLAKSANAAN 2 Mei 2012

8.0 MASA PERLAKSANAAN 4.00 6.00 petang (2 jam)

9.0 TEMPAT AKTIVITI P&P DIJALANKAN: BLOK 2, ARAS 1 TINGKAT 1, KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS: ( Sila rujuk Lampiran 2)

11.0 TENTATIF PROGRAM ( Sila rujuk Lampiran 3)

12.0 PERBELANJAAN KEWANGAN ( Sila rujuk Lampiran 4)

13.0 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI P&P TARIKH 29 Februari 2012 AKTIVITI Mesyuarat untuk memilih tajuk yang bersesuaian dengan aktiviti P&P 14 Mac 2012 Mengumpul maklumat untuk aktiviti P&P 21 Mac 2012 Merancang perjalanan P&P dan bahan yang diperlukan untuk P&P tersebut. Membahagikan tugas kepada semua ahli kumpulan. 18 April 2012 Mengumpul dan menyatukan semua maklumat daripada semua ahli kumpulan. 25 April 2012 Mencari dan menempah kelas untuk menjalankan aktiviti P&P 2 Mei 2012 5 Mei 2012 Aktiviti P&P dijalankan Mesyuarat penyediaan laporan penuh aktiviti P&P 9 Mei 2012 17 Mei 2012 Maklumat laporan dikumpul Laporan penuh aktiviti P&P disediakan

14.0 PERLAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: ( Sila rujuk Lampiran 5 & 6 )

15.0 REFLEKSI DARI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DIADAKAN: Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, sedikit sebanyak membosankan pelajar. Pelajar mula tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar selepas 20 minit P&P dijalankan. Puncanya mungkin kerana aktiviti P&P dijalankan pada waktu petang dan keadaan kelas yang agak kecil untuk menampung jumlah pelajar yang agak ramai.

Walau bagaimanapun terdapat segelintir pelajar yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tajuk yang diajar apabila berlaku soal jawab antara pelajar dan guru. mereka juga kembali bersemangat apabila guru menayangkan video dan gambar-gambar.

Perhatian pelajar dapat ditarik semula apabila guru menjalankan aktiviti demonstrasi makanan. Suasana P&P menjadi bertambah menarik dengan gelagat pelajar yang diberi peluang untuk melakukan sendiri demonstrasi makanan secara berkumpulan. Pelajar diminta untuk menghasilkan sandwich mengikut kreativiti masing-masing dan markah penilaian diberi berdasarkan hidangan sandwich yang paling kreatif.

16.0 CADANGAN ATASI KELEMAHAN: Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentisa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Guru perlu lebih bersikap santai dalam menyampaikan isi pengajaran dan perlu menyelitkan unsure-unsur jenaka untuk menarik perhatian pelajar. Antara lain, keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat menguasai objektif pengajaran yang ditetapkan. Hal ini dapat dipastikan melaui sesi soal jawab dengan para pelajar mengenai topik yang diajar.

Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna. kaitkan

topik baru yang hendak diajar dengan topic yang telah dipelajari. Di samping itu, ketepatan masa dan semangat bekerjasama sangat penting dalam memastikan kelancaran perjalanan majlis.

17.0 KESIMPULAN Pengurusan bidang kokurikulum ini dapat membantu pelajar-pelajar Diploma Pendidikan lepasan Ijazah mengumpul pengetahuan dan pengalaman, sekaligus dapat mengembangkan idea dan potensi mereka dalam menguruskan sesuatu aktiviti kokurikulum serta menerapkan nilai-nilai murni, jati diri, integrasi, semangat bekerjasama, disiplin dan tanggungjawab.

Anda mungkin juga menyukai