Anda di halaman 1dari 8

RENANG (Kuak Lentang Menyelamat)

Disediakan oleh: RATHNA KUMAR A/L VARAPIRASATU (NO. KAD PENG. : 810518-05-5095) ANG. GILIRAN : 2011152360392

PJM 3104

SEMESTER II PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JUN 2011

Untuk Perhatian: EN. TAN KAIT KEONG JABATAN PEN. JASMANI & KESIHATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

Tarikh Hantar :

ISI KANDUNGAN

Kandungan

Muka Surat

Pengenalan, Kepentingan Kuak Lentang Menyelamat Teknik dan Pergerakan Kuak Lentang Propulsi Pendorong, Rujukan Refleksi

1 2 3 4 5

1.0 Pengenalan Kuak Lentang Menyelamat Kuak lentang adalah satu-satunya teknik umtuk menyelamatkan mangsa di dalam air. Teknik renangan di mana kepala kita mengadap ke atas. Kelebihan

teknik ini adalah memudahkan kita untuk bernafas, kerana hidung kita tidak berada dalam air seterusnya dapat menyelamatkan mangsa. Kanak-kanak seharusnya didedahkan pada air sejak awal lagi supaya mereka merasa seronok dan mempunyai keyakinan berada didalam air sebelum mencapai usia persekolahan. Melaui teknik kuak lentang menyelamat seseorang dapat menolonng mangsa yang ada di dalam air.Teknik ini adalah penting bagi seseorang cekap berenang untuk membantu mangsa. Di sekolah, acara renang merupakan sebahagian daripada kurikulum Kebangsaaan yang penting bagi Pendidikan Jasmani, terutamanya bagi kanakkanak yang mencapai umur 11 tahun. Sebaik sahaja mereka meninggalkan sekolah rendah kanak-kanak itu seharusnya boleh berenang sekurangkurangnya 25 m dan mampu memperlihatkan kefahaman mengenai keselamatan dalam air. 2.0 Tenik Asas Kuak Lentang Menyelamat Penggunaan Tenik Kuak Lentang Menyelamat adalah asas daripada Teknik Kuak Lentang dalam renang. Contoh penggunaan teknik asa adalah, Mulakan dengan mengangkat kepala ke depan,tangan menekan ke bawah dan pada masa yang sama angkat lutut ke dada. Apabila badan berpusing ke kedudukan menegak atau berdiri,balikkan tapak tangan menghadap ke kaki dan kuak air ke depan dan ke atas bagi membantu pergerakan sebelum menolak kaki ke bawah untuk berdiri seperti ditujunkkan dalam rajah dibawah. Apabila perenang telah menguasai kebolehan berdiri daripada kedua-dua kedudukan terapung,iaitu apung tiarap dan apung lentang,justeru mereka sudah bersedia untuk maju ke peringkat menolak dan meluncur. Ini membolehkan perenang mengalami gerakan mengharungi air dalam keadaan merentang dan lurus,iaitu satu perkara yang penting bagi gaya ini. Contoh

2.0 Kepentingan Kuak Lentang Menyelamat. Kuak lentang menyelamat adalah cara yang efektif dalam proses menyelamat mangsa yang lemas apabila kedua-dua tangan diperlukan untuk kegunaan lain seperti memegang kepala mangsa selain daripada rintangan yang ada ketika menyelamatkan mangsa. Kelebihan kuak ini adalah seperti berikut; a) Pernafasan tidak terganggu semasa menyelamatkan mangsa. b) Berguna untuk melakukan jarak yang jauh tetapi tidak memerlukan tenaga yang banyak semasa menyelamatkan mangsa. c) Semasa kuak ini kepala akan terdongak ke atas dan ini membantu melancarkan pernafasan lalu kita boleh menarik mangsa dengan senang. d) Berguna untuk menunda mangsa terutamanya apabila kedua-dua tangan diperlukan untuk memegang mangsa. e) Boleh menggunakan pelbagai aksi kaki (breasrstroke, egg-beater). 3.0 TEKNIK-TEKNIK KUAK LENTANG MENYELAMAT

3.1 Teknik Pernafasan Kuak Lentang Menyelamat

Penyelamat akan menarik nafas melalui mulut dan menghembuskan melalui hidung. Nafas ditarik sebaik kaki dibengkokkan dan nafas dihembus sewaktu membuat tendangan. 3.2 Pergerakan Kaki Kuak Lentang Menyelamat Teknik untuk kuak lentang menyelamat ini adalah lebih kurang sama dengan kuak dada. Semasa lungsuran kaki mestilah banyak memainkan peranan berbanding dengan kaki dan kedudukan kaki dibawah paras air. Pergerakan kaki mestilah disokong dengan lentikkan lutut supaya pergerakan bergerak lancar. Tiada lentikan untuk peha atau pinggul kerana ini untuk mengelakkan paha atau pinggul terbenam kebawah dan ini meningkatkan lagi rintangan. Apabila lentikkan lutut mencapai 90%, pergerakan kaki mestilah menguak seperti pergerakan kuak dada. Posisi ini bertujuan untuk memastikan pergerakan kaki lancar dan teratur. Pergerakan kaki mestilah bermula dengan mengasak bahagian kaki dan belakang. Bahagian-bahagian ini memainkan peranan penting dalam pergerakan kauk ini. Pergerakan pergelangan kaki mestilah bersama-sama dengan pergerakan kaki. Tekanan akan dirasai pada buku lali dan salah satu kaki semasa pergerakan kaki. Kelajuan tendangan kaki adalah sangat penting semasa pergerakan kaki. Pergerakan pergelanggan kaki menambahkan lagi kelajuan pergerakan bagi tenik menyelamat ini.

3.3 Pergerakan Tangan

Dari bahu, tangan mestilah berada dibawah paras air. Siku mestilah berada pada paras 30% manakala tapak tangan menjulur ke luar air. Kedua-dua tangan mestilah menguak dengan kuat dan memerlukan sedikit tenaga dengan menolak dengan keadaan berkoordinasi yang betul dengan pangkal paha. Siku mestilah sedikit melengkung dengan berperingkat-peringkat semasa dalam kedaaan kuakan. Semasa keadaan siku melurus, tangan mestilah tertuju ke bawah paras air. Pergerakan tangan adalah sama dengan pergerakan tangan kuak lentang asas tetapi pergerakan tangan untuk kuak lentang menyelamat lebih teratur.

4.0 Propulsi Propulsi bermaksud rintangan dan ketahanan. Propulsi diperolehi daripada tangan dan kaki. Ini boleh dikelaskan sebagai tuas dan umpil. Kaki dan tangan bertindak sebagai pendayuh. Pergerakan tercipta dengan memendekkan suatu tuas dengan mengendurkan dan menegangakannya semula. Satu contoh yang mudah ialah ketika berjalan dimana pergerakan mengendur dan menegangkan yang membolehkan seseorang itu bergerak dengan lancar Oleh itu, dalam renang propulsi dapat dilihat ketika perenang berenang dengan menggunakan seluruh anggota badannya. Bagi renang gaya bebas, propulsi dapat dilihat dengan jelas ketika perenang melakukan kuakan dengan tangannya untuk maju ke depan. Rintangan oleh air yang dilalui ketika itu dinamakan propulsi.

5.0 Pendorong

Fasa pertama kayuhan iaitu dengan tangan dimasukkan dalam air untuk kayuhan adalah amat penting dimana jari kecil dimasukkan dahulu dan diikuti bahagian lengan yang lain. Tangan perlu dimasukkan dalam air pada keadaan jam 11 dimana bukaan itu dapat menghasilkan tujahan yang kuat dengan tenaga yang minima. Kaki memainkan peranan amat penting dalam kuak lentang kerana bahagian kaki menyokong badan dalam menghasilkan kuasa dan kelajuan. Kayuhan kaki ke atas dan bawah menghasilkan panduan yang baik dengan tekanan yang dihasilkan melalui otot-otot kaki seperti otot kuardiseps.

Rujukan Amateur Swimming Association. Anatomy and Physiology of Swimming, Annual. Counsilman, J. (1971). The Science of Swimming Dick Hannula. (1995). Coaching Swimming Successfully. Leisure Press : Campaign III. Eskay Shazryl and Hanks, J. (1994). Sport and Stress Therapy : Athletic Rehabilitation on Massage, Stretching and Strengthening. Eskay Ins., Oklahoma. Rex Hanzeldine. (1987). Fitness for Sports. The Crowood Press, Reprinted.

Rujukan Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Renang http://www.scribd.com/doc/24804692/kerja-kursus-renang http://www.scribd.com/doc/62525702/PJM-3104-Renang Refleksi

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan rasa kesyukuran kepada tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tugasan bagi subjek Renang ini telah diberikan oleh pensyarah saya iaitu En. Tan Kait Keong. Pada mulanya, saya tidak begitu memahami mengenai cara pelaksanaan kerja kursus ini kerana saya tidak pernah belajar subjek Renang. Setelah diberikan taklimat ringkas oleh pensyarah saya barulah saya mendapat sedikit sebanyak gambaran untuk melaksanakan tugasan ini. Di dalam tugasan ini, saya dikehendaki menjelaskan tentang Kuak Lentang Menyelamat. Pada awal perbincangan, saya menghadapi sedikit kesulitan dan masalah dalam memahami penerangan yang diberikan oleh pensyarah dalam

menjelaskan Kuak Lentang. Setelah di beri penerangan berulang-ulang kali oleh pensyarah, barulah saya dapat memahami dengan jelas. Melalui tugasan ini, saya juga memahami beberapa teknik asas dan cara menyelamat menggunakan teknik kuak lentang. Saya berharap ini akan membantu saya dalam P&P. Saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya En. Tan Kait Keong kerana banyak memberi dorongan dam bimbingan bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai