Anda di halaman 1dari 7

Yang Berusaha, En.

Zaini Bin Suhaimi Penghulu Mukim Kawasan 1 Ayer Baloi

Haji Madon Bin Mad Som Ketua Kampung Parit Puteri Menangis

Yang Dihormati, Haji Azizi Bin Lin Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan

Prof Madya Dr. Wan Aizan Binti Wan Abdul Rahman Ketua Bio Polimer, Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia

Dr Mohd Yusri Bin Yusof Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia

(Nama: ............................................................................ ........................) (Jawatan: ........................................................................ ................................................................) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Penduduk Kampung Parit Puteri Menangis, Pengusaha-Pengusaha Nanas, Para Pensyarah, Para Pelajar, serta hadirin sekalian.

Assalamualaikum WBR dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, Segala puji bagi ALLAH SWT di atas segala nikmat dan rahmatNya, memberi kekuatan dan kesihatan kepada saya, untuk menghadirkan diri dalam program yang seumpamanya ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada pihak penganjur di atas jemputan dalam Majlis Perasmian Technology Transfer Programme Politeknik Sultan Ibrahim, pada pagi ini.

Hadirin yang dikasihi sekalian, Technology Transfer Programme adalah merupakan satu program yang telah dianjurkan oleh Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan di sekitar Johor iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (UTHM), Lembaga Perindustrian Nanas, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Johor, dengan kolaborasi bersama komuniti dari Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Pontian. Program ini dijayakan bagi menimbulkan kesedaran kepada komuniti tentang konsep memanfaatkan atau "kitar semula" bahan terbuang kepada produk yang mampu menjana

pendapatan tambahan. Melalui program ini juga, fasa pemindahan teknologi telah dilaksanakan dengan menghasilkan produk dari serat nanas. Justeru itu, pemilihan Kampung Parit Puteri Menangis ini adalah bertepatan dengan objektif program kerana terletak di kawasan jaluran penanaman nanas negeri Johor, serta merupakan sumber pendapatan utama bagi kebanyakan penduduk di kampung ini. Syabas dan tahniah diucapkan!

Hadirin yang dikasihi sekalian, Pada tahun 2005, satu strategi perniagaan telah diperkenalkan di seluruh dunia, dikenali sebagai Blue Ocean Strategy atau BOS. Strategi perniagaan ini menerapkan konsep "berfikir di luar kotak", iaitu mengaplikasikan segala elemen kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk, dengan modal yang rendah. Blue Ocean Strategy ini turut disenaraikan di bawah National Key Results Area (NKRA) oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, yang dipetik sebagai berkata, "Bagi memastikan kelangsungan dan survival kita dalam dunia bisnes hari ini, Malaysian harus mampu memperkasakan kebolehan kita dalam berdaya saing. Dan untuk tujuan itu, kita mesti memikirkan semula strategi untuk mencipta peluang sendiri, berbanding hanya menunggu bekalan atau peluang itu datang sendiri kepada kita. Dalam erti kata lain,

usahawan Malaysia perlu mencipta peluang bisnes yang baru dengan mengeksploitasi kemahiran dan kebolehan sendiri".

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Pada 26 Mac 2010, satu pusat pemulihan yang dikenali sebagai Correctional Rehabilitation Centre telah dilancarkan di Kluang, Johor. Pusat ini ditubuhkan dalam kem tentera yang dilengkapi dengan fasiliti tentera, dengan kawalan keselamatan yang minimum, melibatkan kerjasama atau kolaborasi di antara pihak polis dan tentera. Program ini merupakan contoh yang terbaik dalam menerangkan tentang konsep Blue Ocean Strategy itu sendiri kerana, pusat pemulihan yang hanya bermodalkan RM4.5 juta ini telah menjimatkan kos pembinaan sebuah bangunan penjara baru sebanyak RM60 juta. Sehubungan itu, diharapkan agar Technology Transfer Programme yang melibatkan kolaborasi di antara Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan di sekitar Johor, bersama masyarakat dari Kampung Parit Puteri Menangis ini, mampu menyahut konsep Blue Ocean Strategy yang diwar-warkan oleh kerajaan. Besar harapan saya agar projek ini dapat memberi impak kepada peningkatan ekonomi masyarakat di kampung ini, di samping mampu menambah pengetahuan serta kefahaman para peserta tentang pentingnya mengekalkan dan mengawal pencemaran alam sekitar. Selain itu, semoga program ini mampu meneruskan kesinambungan pembudayaan inovasi khususnya dalam kalangan para pelajar Politeknik Ibrahim Sultan.

Maka dengan lafaz Bismillah, saya dengan bangganya merasmikan Technology Transfer Programme Politeknik Sultan Ibrahim. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai