Anda di halaman 1dari 15

1.

PENGENALAN
Penyelenggaraan dan pembaikan aset pergigian memainkan peranan yang penting dalam kualiti rawatan yang diberikan. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, penyelenggaraan membawa maksud suatu perbuatan bagi menyelenggara, melaksanakan atau mengelola sesuatu benda atau perkara manakala pembaikan pula bermaksud satu perihal perbuatan atau usaha untuk memperbaiki dan memperbetulkan sesuatu perkara untuk menjadi lebih baik lagi.

Menurut Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan Bil 5 tahun 2007 (TPA, 2007) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, aset bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan kerajaan yang dibeli atau yang disewa beli dengan wang kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan. Aset alih pula membawa maksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan.

Aset alih boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Harta Modal dan Inventori. Di dalam kumpulan Harta Modal, aset alih merupakan aset yang harga perolehan asalnya tidak kurang dari RM1,000 dan ke atas setiap satu atau aset alih yang memerlukan penyelenggaraan secara berjadual tanpa mengira harga perolehan asal. Penyelenggaraan secara berjadual merujuk kepada aset yang memerlukan penyelenggaraan seperti yang
1

telah disyaratkan di dalam manual atau buku panduan pengguna. Kumpulan inventori pula melibatkan aset alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM1,000 setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual (TPA, 2007).

Oleh itu, kajian ini akan lebih menjurus kepada kategori Harta Modal iaitu aset alih yang memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan untuk mencapai objektif-objektif kajian seperti jenis aset yang digunakan, jenis kerosakan yang sering berlaku pada aset, penyebab kerosakan yang kerap berlaku pada aset, jadual penyelenggaraan yang dilakukan dan cara pembaikan aset pergigian.

Disebabkan konteks aset pergigian yang melibatkan skop konteks yang luas, maka kajian ini akan lebih ditumpukan kepada tiga jenis aset pergigian yang utama dalam bidang pergigian iaitu Kerusi Pergigian, Hanpis dan Autoklaf. Ini adalah bertujuan untuk memfokuskan kajian secara lebih terperinci dan mendapatkan maklumat yang lebih tepat disebabkan aset pergigian yang akan dibincangkan merupakan antara aset yang terpenting di dalam bidang perubatan pergigian

2. LITERATURE REVIEW
Di dalam bidang pergigian, aset pergigian boleh dibahagikan kepada jenis aset yang terlibat dalam proses rawatan dan aset yang terlibat dalam prosedur kawalan jangkitan silang. Antara aset yang terlibat di dalam proses rawatan ialah kerusi pergigian, hanpis, scaler unit dan suction unit. Manakala bagi aset yang terlibat di dalam prosedur kawalan jangkitan silang ialah autoklaf.

2.1

Jenis Aset Yang Digunakan Di Klinik Pergigian 2.1.1 Kerusi Pergigian


Menurut K.V Williams dan F.T Williams (1982), walaupun kerusi pergigian boleh didapati dalam berbagai jenis di dalam bilik rawatan pergigian, namun penyelenggaraan dan pembersihan yang menyeluruh untuk setiap bahagian kerusi adalah lebih penting. Ini juga ditunjukkan di dalam buku panduan untuk kerusi pergigian jenis A-dec yang menjelaskan mengenai cara penyelenggaraan dan pembaikan kerusi pergigian tersebut yang harus dilakukan secara berasingan dan teliti supaya tidak berlaku kesalahan semasa membuat penyelenggaraan berkala mahupun semasa mengenalpasti kerosakan. Ini adalah penting supaya kerusi pergigian akan sentiasa berada di dalam keadaan terbaik semasa rawatan dijalankan.

2.1.2 Hanpis
Menurut Ehrlich dan Torres (1994), hanpis boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu hanpis berfrekuensi tinggi dan hanpis berfrekuensi rendah. Hanpis jenis ini boleh didapati pada kerusi pergigian mahupun peralatan pergigian lain seperti unit mudah alih. Ia digunakan di dalam bilik rawatan untuk tujuan rawatan kepada pesakit oleh Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian. Selain itu, pembersihan, pensterilan dan pendisinfeksian hanpis haruslah dilakukan mengikut tatacara yang bersesuaian untuk mengurangkan bilangan mikrob yang boleh menyebabkan jangkitan (Chris H. Miller, 1993).

2.1.3 Autoklaf
Menurut Abdullah (2009) autoklaf merupakan sejenis alat yang menggunakan wap tekanan udara panas untuk membasmi kuman dan spora bakteria daripada permukaan peralatan melalui proses pensterilan. Autoklaf boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu autoklaf jenis Portable dan autoklaf jenis Table Top. di samping itu setiap kitaran autoklaf haruslah dipantau untuk menentukan tahap keberkesanannya dalam proses pensterilan (Chris H. Miller, 1993).

2.2 Kekerapan Penyelenggaraan Yang Dilakukan


Menurut Williams (1982), setiap peralatan pergigian haruslah mempunyai senarai jadual penyelenggaraan berkala bagi memastikan ia mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan dapat berfungsi dengan lancar dari semasa ke semasa. Kekerapan penyelenggaraan boleh dibahagikan kepada harian, mingguan, bulanan, enam bulan sekali dan tahunan. Penyelenggaraan harian pula, boleh terbahagi kepada dua iaitu sebelum pesakit pertama dan di akhir prosedur rawatan.

2.2.1 Penyelenggaraan Mingguan


Penyelenggaran mingguan dilakukan bertujuan untuk memastikan aset pergigian sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sesuai untuk melakukan rawatan. Kebanyakan aset pergigian yang terlibat dalam rawatan adalah perlu dilakukan penyelenggaraan secara mingguan seperti kerusi pergigian, unit pergigian, hanpis dan autoklaf.

2.2.2 Penyelenggaraan Bulanan


Penyelenggaraan jenis ini dilakukan bertujuan untuk memastikan

penyelenggaraan yang dilakukan secara mingguan adalah berkesan dan mampu menjaga prestasi aset pergigian ketika proses rawatan dijalankan. Antara aset pergigian yang menjalankan penyelenggaraan jenis ini ialah kerusi pergigian,
5

Portable Cutting Unit, Portable Scalling Unit, Light Cure Unit, Amalgamator, Autoklaf dan Pacobath unit.

2.2.3 Penyelenggaraan Tahunan


Penyelenggaraan tahunan dilakukan untuk mengekalkan keadaan aset dalam keadaan baik. Ia juga bagi memastikan kelangsungan penggunaan aset tersebut untuk masa atau tahun yang akan datang. Antara aset yang memerlukan penyelenggaraan jenis ini ialah XRay Machine, Autoklaf dan Air Compressor.

2.3 Cara Penyelenggaran Dan Pembaikan Yang Dilakukan


Setiap aset pergigian mempunyai cara penyelenggaraan dan pembaikan yang tersendiri dan perlu dilakukan mengikut prosedur yang betul. Oleh itu, kebanyakan pengeluar aset pergigian akan mengeluarkan satu buku panduan pengguna untuk menunjukkan cara dan prosedur penyelenggaraan dan pembaikan yang betul untuk setiap produk yang dikeluarkan.

2.3.1 Penyelenggaraan Kerusi Pergigian


Kerusi Pergigian merupakan antara aset yang terpenting di dalam rawatan. Oleh itu peyelenggaraan yang dilakukan adalah kerap dan perlulah mengikut jadual
6

yang ditetapkan. Penyelenggaraan kerusi pergigian selalunya dilakukan secara harian, mingguan dan bulanan.(www.a-dec.com)

2.3.1.1 penyelenggaraan Harian


Penyelenggaraan harian untuk kerusi pergigian boleh dibahagikan kepada dua, iaitu penyelenggaraan selepas rawatan dan penyelenggaraan pada penghujung hari. Untuk penyelenggaraan selepas rawatan selalunya akan melibatkan perkara seperti pembersihan dan pensterilan hanpis,

pembersihan tubing hanpis, pembersihan vacuum lines bagi prosedur pembedahan mulut dan pendisinfeksian kawasan sentuh dan kawasan pindahan. Penyelenggaraan kerusi pergigian pada penghujung hari pula adalah seperti membersihkan mangkuk kuspidor, membersihkan vacuum lines, memflush cuspidor selama satu minit dan mengoffkan suis utama serta meninggikan kerusi.

2.3.1.2 Penyelenggaraan Mingguan


Dilakukan untuk membuang sisa-sisa bahan dan puing-puing selepas rawatan untuk mengelakkan saluran dari tersumbat atau mengganggu proses rawatan yang seterusnya akan memendekkan jangka hayat sebuah kerusi pergigian. Antara perkara yang akan dilakukan adalah seperti
7

membuka dan membersihkan vacuum filter, membuka dan membersihkan Saliva Ejector Filter, membuka dan membersihkan Vacuum Separator Tank dengan air bersih, mengilatkan unit dan kerusi pergigian dan membersihkan kawasan disinfeksi dengan sabun dan air bersih untuk membuang sisa-sisa kimia.

2.3.1.3 Penyelenggaraan Bulanan


Dilakukan utuk memantau kualiti sebuah kerusi pergigian. Ini untuk memastikan sesebuah kerusi pergigian itu mampu menjalankan rawatan. Antara perkara-perkara yang akan diberi perhatian ialah kualiti air dipantau dan waterlines dikekalkan seperti yang diperlukan, Water Filter dibuka dan dibersihkan, Chair Lubricate diperiksa dan pastikan tidak kurang, pelindung lampu tumpu ditanggalkan dan dibersihkan dengan air sabun dan air bersih. (gunakan gaus 2x2 atau kain lembut untuk mengelakkan calar pada pelindung)

2.3.2 Penyelenggaraan Hanpis


Penyelenggaraan hanpis dilakukan adalah bertujuan untuk melicinkan proses rawatan. Ini kerana hanpis yang diselenggara dengan baik akan memudahkan Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian melakukan rawatan terhadap pesakit
8

tanpa menghadapi sebarang masalah. Penyelenggaraan hanpis selalunya dilakukan secara harian dan mingguan.

2.3.2.1 Penyelenggaraan Harian


Penyelenggaraan harian hanpis dilakukan dengan membersihkan bahagian luar hanpis dan melubricate hanpis. Pembersihan luar hanpis luar hanpis dilakukan dengan mengelap kawasan luar hanpis dengan alkohol atau air suling, membuang sisa-sisa rawatan (darah atau nanah) dengan berus wayar halus. Antara perkara yang harus dielakkan semasa membersihkan bahagian luar hanpis ialah jangan sesekali menggunakan air paip atau pembersih berdasarkan fosfat dan jangan merendamkan hanpis ke dalam larutan pencuci. Proses melubricate hanpis pula dilakukan dengan menitikkan dua higga tiga titik minyak ke dalam intake tube yang terletak di bahagian bawah hanpis, kemudian bur di masukkan ke dalam chuck hanpis dan dibiarkan berputar selama sepuluh saat untuk membersih dan membuang sisa-sisa minyak di dalam hanpis.

2.3.2.2 Penyelenggaraan Mingguan


Penyelenggaraan hanpis secara mingguan dilakukan dengan

menyemburkan pembersih hanpis ke dalam bahagian hadapan chuck untuk


9

mengelakkan penumbuhan debris. Selain itu setitis minyak dititikkan ke bahagian hadapan chuck untuk tujuan pelinciran..

2.3.3 Penyelenggaaraan Autoklaf


Penyelenggaraan autoklaf selalunya adalah dilakukan secara harian, mingguan dan bulanan iaitu setiap enam bulan. ini dilakukan mengikut kaedah penyelenggaraan yang telah dikeluarkan oleh Safety Office, Royal Free dengan kerjasama Works Department and the Safety Advisory Unit (2000) yang betujuan untuk memastikan autoklaf yang digunakan adalah memenuhi standard atau piawai yang diperlukan dalam memenuhi bidang pergigian.

2.3.3.1 Penyelenggaraan Harian


Penyelenggaraan harian autoklaf dilakukan dengan memeriksa tekanan wap pada autoklaf di periksa dan dipastikan betul untuk memastikan kebocoran air dan wap pada autoklaf dapat dielakkan. Kain lembut digunakan untuk membersihkan dandang setiap kali selepas 25 kali pusingan. Di samping itu, tray autoklaf hendaklah dibersihkan dengan menggunakan detergen dan air. Untuk membersihkan skrin pada autoklaf pula haruslah dibuka dan dibersihkan dengan berus dan detergen dengan dilalukan di bawah air yang mengalir.

10

2.3.3.2 Penyelenggaaraan Mingguan


Untuk pemeriksaan secara mingguan, pemeriksaan dilakukan pada lampu indikator autoklaf dan dipastikan berfungsi. Tekanan dan suhu di dalam dandang diperiksa ketika pusingan autoklaf dijalankan. Gasket pintu autoklaf diperiksa dan dibersihkan dengan pembersih atau detergen lembut yang dicampurkan dengan air suling (gasket digantikan jika terdapat kebocoran). Suis pada pitu juga diperiksa untuk memastikan pusingan autoklaf dapat dilakukan dengan sempurna. Suis pintu perlulah dilaraskan sekiranya alarm tidak dipamerkan pada display.

2.3.3.3 Penyelenggaran Bulanan


Bagi penyelenggaraan untuk setiap bulan pula, autoklaf perlulah diselenggara dengan memeriksa gegelang injap keselamatan dan pastikan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, komponen dalaman autoklaf haruslah diperiksa untuk menentukan sama ada penggantian komponen perlu dilakukan atau tidak. Pemeriksaan pada sistem saluran autoklaf dan keadaan di dalam dandang juga diperiksa bagi memastikan tidak terdapat masalah yang boleh menjejaskan proses pensterilan. Kebersihan air dan penuras wap haruslah diperiksa dan pastikan sistem paip dan longkang tidak tersumbat dan boleh berfungsi.

11

2.4 Jenis Jenis Kerosakan


Kebanyakan aset pergigian yang memerlukan penyelenggaraan secara berkala akan mengalami kerosakan juga apabila jangka hayat sesuatu aset itu bertambah dari tahun ke setahun dan penyelenggaraan yang dilakukan tidak dapat menambahbaikan prestasi aset tersebut.

2.4.1 Jenis Kerosakan Pada Kerusi Pergigian.


Mengikut buku panduan yang dikeluarkan oleh pengeluar kerusi pergigian A-dec (www.a-dec.com), antara kerosakan yang sering berlaku pada kerusi pergigian adalah melibatkan sistem saliran yang bertindak menyalurkan air kepada kerusi dan hanpis, papan litar yang melibatkan penyaluran elektrik kepada kerusi, dan kawasan utiliti yang melibatkan kotak persimpangan atau floor box.

2.4.2 Jenis Kerosakan Pada Hanpis


Kerosakan yang melibatkan hanpis di dalam bilik rawatan selalunya dikaitkan dengan kerosakan lampu fiber optik pada hanpis yang berlaku akibat proses pensterilan dengan menggunakan autoklaf yang melibatkan proses pemanasan. Antara kerosakan yang sering berlaku juga melibatkan proses pencucian hanpis yang kurang standard hingga melibatkan petumbuhan mikroorganisma dan

12

bakteria yang membawa kepada kerosakan hanpis akibat kegagalan untuk berfungsi.

2.4.3 Jenis Kerosakan Pada Autoklaf


Kerosakan pada autoklaf adalah sering melibatkan komponen-komponen dalaman seperti dandang atau chamber, termostat, injap, transformer, dan sebagainya. Ini boleh dilihat akibat proses pensterilan yang melibatkan pemasan secara tekanan dan wap. Ini melibatkan seperti proses pensterilan tidak berjaya, dandang tidak panas, air tidak memenuhi dandang, wap tekanan tidak mencukupi dan sebagainya.

2.5 Cara Pembaikan


Kebanyakan aset pergigian yang dikeluarkan mempunyai buku panduan pengguna yang akan turut menunjukkan cara mengatasi hampir setiap jenis kerosakan yang mungkin timbul dengan barangan keluaran masing- masing. Selain itu, kebanyakan juruteknologi yang mempunyai pengalaman dalam membaiki peralatan atau aset pergigian juga mempunyai cara pembaikan yang tersendiri.

13

RUJUKAN :
1. Ann Ehrlich, CDA, MA.; Hazel o. Torres, CDA, RDA, RDAEF, MA. Dental Assisting. United States of America. W. B Saunders Company. 1992: 185. 2. Chris H. Miller, PH.D Cleaning, Sterilization And Disinfection. Journal of the American Dental Association (JADA) 1993 : vol. 124 : 48-56. 3. http://www.treasury.gov.my/pekeliling/pp/pp052007.pdf 4. http://www.scribd.com/doc/19591314/Tatacara-Aset-Alih-Kerajaan 5. K. V. Williams* , BDS and F.T Williams. The maintenance of dental equipment. Part 1--factors in selection and installation. British dental journal 1982 : vol. 153 : 37-38: 6th july 1982. 6. K. V. Williams* , BDS and F.T Williams. The maintenance of dental equipment. Part 2--Chairs and lights. British dental journal 1982 : vol. 153 : 71-73 : 20th july 1982. 7. K. V. Williams* , BDS and F.T Williams. The maintenance of dental equipment. Part 4-Handpieces in general practice. British Dental Journal 1982 : vol. 153 : 239-240 : 21st September 1982. 8. Robert A. Kolstad, PH.D. How Well The Chemiclave Sterilize Handpieces? The Journal Of The American Dental Association (JADA) 1998 : vol. 129 : 985-990.

14

Diluluskan .

15

Anda mungkin juga menyukai