Anda di halaman 1dari 2

Soalan 3 Tulis sebuah syarahan yang bertajuk Vandalisme dan Penyelesaiannya.

a. Yang saya muliakan Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel hakim yang bijaksana , dan hadirin yang saya hormati . Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan .Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan ialah Vandalisme dan Penyelesaiannya . Para hadirin yang saya muliakan , Tahukah anda , apakah yang dimaksudkan dengan vandalisme ? Menurut Kamus Dewan , vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian . Vandalisme merupakan suatu perbuatan yang tidak bermoral dan kurang sihat . Lazimnya , perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang bermasalah . Antara contoh-contoh vandalisme ialah merosakkan pondok telefon , paip bomba serta menconteng dinding bangunan , tandas , lif , dan juga perhentian bas . Para hadirin sekalian , Banyak punca yang mengaitkan fenomena ini dengan tingkah laku remaja . Hal ini demikian kerana golongan remaja merupakan golongan yang kuat memberontak . Sebagai jalan keluar , mereka bertindak merosakkan harta benda awam bagi melahirkan perasaan tidak puas hati mereka . Golongan remaja ini biasanya terlibat dengan pelbagai gejala sosial yang kurang sihat seperti menagih dadah , merokok , mencuri , melepak , dan ponteng sekolah . Perbuatan vandalisme banyak menyusahkan pihak berkuasa dan juga masyarakat . Semua kemudahan awam yang dirosakkan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dibaiki atau diganti dengan yang baru . Orang ramai juga turut mengalami kesukaran untuk menggunakannya terutama ketika kecemasan . Bagi mengatasi masalah ini , kerjasama semua pihak amatlah diperlukan . Masyarakat tidak boleh meletakkan beban ke bahu pihak berwajib semata-mata .

Ibu bapa perlulah mengawasi gelagat anak-anak di samping menerapkan nilai moral dan agama kepada mereka . Para remaja harus belajar mendidik diri mereka agar benci akan perbuatan yang tidak berfaedah ini . Mereka perlu sedar tentang kepentingan menjaga harta benda awam . Hadirin yang dihormati , Pihak sekolah pula perlu mengadakan kempen antivandalisme dan menyediakan pelbagai program untuk disertai oleh para pelajar di sekolah . Dengan kerjasama semua pihak , sudah pasti gejala vandalisme akan dapat dibendung . Hadirin sekalian , Demikianlah syarahan saya untuk kali ini . Semoga perkara yang telah saya katakana dapat dijadikan pedoman . Sekian , terima kasih

Anda mungkin juga menyukai