Anda di halaman 1dari 52

PENGURUSAN JENAZAH

OLEH HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI ABDUL GHANI


SURAU AL MUHAJIRIN BLOK F, PPR BATU MUDA, BATU 4 , JALAN IPOH, KUALA LUMPUR.

PENDAHULUAN
1.Sekapur sirih seulas pinang 2.Dalil kematian 3.Hukum, Adab & Tanda 4.Memandikan Jenazah 5.Mengafankan Jenazah 6.Mengkebumikan Jenazah

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


Hidup dan mati ditentukan Allah sebagai ujian, bukan

kebetulan atau lumrah alam.

Tugas utama manusia melaksanakan apa yang diwahyukan oleh Allah.


Kematian merupakan istirehat.

Kematian seharusnya menjadi iktibar.


Kewujudan alam akhirat, syurga dan neraka merupakan perkara yang benar. Yakin dan percaya terhadap kematian mewujudkan masyarakat Islam yang bertaqwa dalam semua bidang.

Setiap pertemuan adalah perpisahan. Setiap yang mula pasti akan berakhir dan setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Begitulah lumrah kehidupan manusia, yang juga sebahagian daripada makhluk Allah di atas muka bumi ini walau setinggi mana sekalipun pangkat dan kedudukan yang dimilikinya tidak akan terlepas daripada hakikat kematian. Inilah ketentuan yang diperingatkan oleh Allah.

URUSAN DENGAN ORANG SAKIT


HUKUM ZIARAH ORANG SAKIT
ADAB ZIARAH PESAKIT TENAT ADAB ZIARAH PESAKIT (RINGAN)

(NAZAK)

HUKUM ZIARAH
SUNAT BESAR PAHALANYA JIKA DAPAT

MENGHIBURKAN HATI PESAKIT DAN KELUARGA HARUS JIKA PESAKIT BUKAN ISLAM SUNAT MUAAKAD JIKA PESAKIT TERDIRI DARI KAUM KELUARGA, JIRAN TETENGGA DAN SAHABAT

ADAB ZIARAH PESAKIT (RINGAN)


Bawa buah tangan Duduk di sisi pesakit Menyentuh anggota

pesakit Ziarah tidak terlalu lama Ziarah tidak perlu setiap hari Sunat ziarah selang hari.

Suaikan waktu ziarah Tidak berbual kosong Beri kata perangsang Tidak bergurau berlebihan Doakan supaya cepat sembuh Zahir rasa simpati kepada pesakit serta keluarga

ADAB ZIARAH PESAKIT (NAZAK)


Ajarkan kalimah Lailaha Illallah

Membaca surah Yasin

Membaca surah al-Radu Menglap peluh pesakit

Menitiskan air ke mulut pesakit Menghunjurkan kaki pesakit ke arah Qiblat

TANGGUNGJAWAB ORANG SAKIT


Berwasiat/berpesan Tidak terlalu kecewa dengan sakit yang dihidapinya

dan bersangka baik Menjelaskan hutang dengan kadar segera Buang perasaan ingin menambahkan harta Minta maaf jika melakukan kesalahan dan kesilapan Beristighfar, berzikir serta bertaubat Jangan tinggalkan solat

HAKIKAT KEMATIAN
Setiap yang hidup pasti mati
Dalil : Surah Ali Imran ayat 185

Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya


pada hari kiamat sahajalah disempurnakan balasan kamu

Dalil : Surah Az-zumar ayat 30

Sesungguhnya kamu akan mati, dan sesungguhnya merekapun akan mati

HAKIKAT KEMATIAN
Sabda Rasulullahu alaihi wasallam

At Tarmizi Dalam satu riwayat, bahawa Nabi Shallalahu alaihi wasallam bersabda: Orang yang

Perbanyakkanlah daripada mengingat si pencabut seluruh kesenangan (kematian) diriwayatkan oleh

sentiasa mengingat kematian, maka hartanya yang sedikit akan dianggap sudah banyak. Sebaliknya orang yang lupa akan kematian, jika hartanya banyak, maka dia berasa masih sedikit

TANDA SEBELUM MATI


Kedapatan layu kedua telinga dan hidung

(sebelum nazak) Keluar peluh berlebihan bersaiz agak besar dan warna hampir kekuningan Terdapat tanda kekejangan pada seluruh tubuh badan (semasa nazak) ketika ini juga dikatakan roh sedang keluar meninggalkan jasad

TANDA SETELAH MATI


Berkeadaan bengkok serta biru hujung

tangan dan kaki Rapat tulang pinggang kelantai Keluar peluh di dahi, nampak bergenangan air mata keluar hingus tanda ini mendapat rahmat dari Allah Taala Selain dari tanda-tanda tersebut perlu medapat pengesahan dari doktor perubatan

AMALAN SUNAT DILAKUKAN KE ATAS ORANG YANG BARU MATI


Pejamkan mata jika matanya celik/terbuka Bersihkan segala kekotoran yang terdapat

pada jenazah Tanggalkan pakaian jika ia berpakaian Tanggalkan barang-barang palsu Lembutkan sendi-sendi jenazah Ikat bawah dagu dan simpulkan diatas kepala supaya mulut tidak ternganga

SAMBUNGAN..
Kiamkan dan ikat kedua tangan serta ikat kedua ibu

jari kaki Letakkan jenazah di tempat yang sederhana tinggi Hunjurkan kaki jenazah menghala ke arah qiblat Letakkan objek yang sederhana berat di atas perut Bakar wangi-wangian Tutup jenazah dengan kain yang bersih

KEWAJIBAN MENGURUSKAN JENAZAH


MEMANDIKAN JENAZAH MENGAFANKAN JENAZAH

MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH
MENGKEBUMIKAN JENAZAH

PERSEDIAAN PENGURUSAN JENAZAH


Membeli dan menyediakan peralatan mandi

dan kafan jenazah Menentukan tanah perkuburan atau menghubungi pihak tanah perkuburan Mendapatkan kereta jenazah Mendapatkan pemandi jenazah jika ahli keluarga tidak berkemampuan untuk memandikannya

LAPORKAN KEMATIAN
Meninggal dirumah dalam kawasan KL

- Bahagian kesihatan DBKL

Meninggal di rumah luar kawasan KL

- Balai Polis yang berhampiran

Meninggal

di Hospital Tidak perlu membuat laporan ke mana-mana

TUJUAN LAPORAN KEMATIAN


Untuk mendapatkan permit (Kebenaran)

pengkebumian

Untuk mengetahui punca kematian Permit hendaklah diserah kepada pihak

tanah perkuburan

MENYELENGGARAKAN JENAZAH
Jenazah hendaklah diuruskan seberapa segera

Sabda Rasulullah s.a.w

Segerakanlah oleh kamu menguruskan jenazah, jika jenazah itu baik maka kamu mendekatkan dia pada kebajikan dan jika jenazah itu tidak baik, maka bererti kamu melepaskan kejahatan dari membelenggu tengkuk kamu

SAMBUNGAN..
Jika meninggal di waktu pagi hendaklah

dikebumikan sebelum terbenam matahari Jika meninggal di waktu petang hendaklah dikebumikan pada ke esokan hari Makruh jenazah dikebumi pada waktu malam hari

PERMASALAHAN
Anak lahir yang dikandungan oleh ibunya kurang dari enam bulan disebut anak gugur :-

i)

Anak yang lahir tidak bernyawa, jika dikandung ibunya kurang dari enam bulan tidak wajib disembahyangkan,mayatnya wajib dimandi,dikafan dan ditanam jika nyata kejadian manusia pada dirinya, jika belum nyata tidak wajib satu juapun tetapi sunat dibungkus dan ditanam.

PERMASALAHAN
ii) Anak yang lahir tidak bernyawa, jika dikandung ibunya enam bulan wajib dimandi, dikafan, disolat dan ditanam
iii) Jika anak itu lahir hidup atau nampak padanya tandatanda hidup seperti menanggis atau bergerak maka wajib dilakukan keempat-empat perkara walaupun kandungannya kurang dari enam bulan

CIRI-CIRI PEMANDI JENAZAH


Bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini hendaklah mempunyai beberapa ciri seperti berikut:i) Mempunyai minat serta kesungguhan untuk membuat kebajikan ii) Mempunyai ilmu pengurusan jenazah iii) Buang perasaan jijik terhadap jenazah iv) Mempunyai sifat amanah

MUTIARA HADIS
Baginda Rasulullah bersabda :-

Sesiapa menggali kubur, Allah akan menyediakan istana baginya di dalam syurga. Dan sesiapa memandikan mayat maka ia terampun dari dosa (bersih) sebagaimana ketika dilahirkan oleh ibunya. Dan sesiapa mengkafan mayat, Allah akan memberi pakaian syurga kepadanya. Dan sesiapa menghibur hati orang yang sedang kesusahan nescaya Allah akan memberi pakian taqwa kepadanya dan memberi rahmat kepada rohnya dialam arwah. Dan sesiapa menghibur orang yang ditimpa musibah nescaya Allah memberi dua pakaian dari syurga kepadanya yang tiada bandingannya di dunia. Dan sesiapa yang turut menghantar jenazah keperkuburan nescaya Allah menulis untuknya tiga qirat dan setiap satu qirat lebih besar dari gunung Uhud. Dan sesiapa yang membela anak yatim atau janda nescaya Allah akan menaunginya dibawah naungannya dan memasukkanya ke dalam syurga - Riwayat At Tabrani

MUTIARA KATA
Demi Allah seandainya seseorang itu hidup selama

seribu tahun, bergelimbangan dengan kenikmatan dan tinggal di istana mewah, dia tidak sedikitpun mengalami kesedihan (kesusahan) sepanjang hidupnya Tetapi, semua itu pasti tidak dapat menebus kesengsaraan di dalam kuburnya

MUTIARA KATA
Ibumu melahirkanmu wahai manusia!,

dalam keadaan menanggis, sedangkan orang-orang disekeliling kamu ketawa bahagia. Berusahalah agar ketika kamu mati nanti mereka menanggis, sedangkan kamu dalam keadaan ketawa bahagia

MUTIARA KATA
Ibnu Umar Radhiyallahu anhuma sering

berkata :-

Apa yang patut kamu lakukan di waktu pagi janganlah kamu tunggu pada waktu petang. Dan apa yang patut kamu lakukan pada petang janganlah kamu tunggu pada waktu pagi. Gunakanlah kesihatanmu dengan baik sebelum kamu sakit dan pergunakanlah dengan baik kehidupanmu sebelum datang kematian

PENYEDIAAN / ALAT MANDI JENAZAH


1.

2. - TEMPAT MANDI :

- AIR MUTLAK / SUCI BERSIH

i) Pangkin/Takungan (tempat Khas) ii) Batang pisang iii) Pangku (anak-anak/waris simati)

BEKAS AIR
Tong

Tempayan
Besin

Baldi

Saloran getah Gayong

PENYEDIAAN / ALAT MANDI JENAZAH


Kain basahan
Kain Peruam/kain gosok Sabun /air daun bidara Kutip kapas/kain sugi Sarung tangan (getah/kain)

Batang mancis/lidi

Tuala/kain lap (kain sal)

PENYEDIAAN/ALAT MANDI JENAZAH


Minyak kelapa (minyak yang sesuai) Air cendana Air kapur barus Jika perlu - Air sintok, air limau nipis, tiner, tanah berdebu. - Air Klorok, apron, march dan kasut getah sekiranya jenazah HIV

PENGERTIAN MANDI JENAZAH MENURUT ULAMA MUKTABAR


1. IMAM MALIK Mandi jenazah ialah dengan menggunakan air mutlak. 2. IMAM AS SYAFIE Mandi jenazah ialah dengan bilangan yang ganjil 3. IMAM ISHAK & IMAM AHMAD Mandi jenazah ialah dengan bercampur air kapur barus

PENGERTIAN MANDI JENAZAH MENURUT ULAMA MUKTABAR


4. IMAM MALEK BIN ANAS Mandi jenazah ialah dengan tiada kaedah yang tertentu 5. IMAM IBRAHIM AL NAKHAIE Mandi jenazah ialah sama seperti mandi hadas besar

KESIMPULAN PENGERTIAN MANDI JENAZAH


MANDI JENAZAH IALAH :
SEKURANG-KURANGNYA MERATAKAN AIR KESELURUH TUBUH BADAN MAYAT SERTA MENGHILANGKAN NAJIS

PERALATAN KAFAN JENAZAH


Kain putih

Gunting
Bantal

Kapur barus

Cendana
Kapas

Baju/telekong/kain/s

erban/cawat Tikar Tali pengikat kafan

Minyak wangi Air mawar Plastik jika mayat

reput/HIV

PENGERTIAN KAFAN JENAZAH


KAFAN JENAZAH IALAH SEKURANGKURANGNYA MENUTUPI SELURUH TUBUH BADAN MAYAT DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI

MENGUSUNG JENAZAH KE TANAH PERKUBURAN


Sabda Rasulullah S.a.w. Maksudnya: Dari Abu Hurairah, katanya, Rasulullah s.a.w Bersabda: Hak seseorang Islam terhadap Islam yang lain lima perkara antaranya ialah melawat orang sakit dan turut menghantar jenazah.

CARA-CARA MENGHANTAR JENAZAH


1. Mengusung jenazah adalah tugas orang lelaki dan besar pahalanya. 2. Mengusung dengan cara hormat dengan menggunakan usungan biasa. 3. Orang yang mengusung jenazah sunat berjalan cepat sedikit jika tidak mendatangkan mudarat kepada simati. 4. Usungan jenazah perempuan sunat bertutup di atasnya seperti kurungan ( dalam keranda )

SAMBUNGAN
5. Haram menutup jenazah dengan kain sutera sekalipun jenazah perempuan 6. Sunat berjalan kaki dan makruh orang yang tidak uzur menaiki kenderaan 7. Sunat berjalan di hadapan jenazah atau berdekatan dengannya, sekiranya berpaling kebelakang dapat melihat jenazah itu. 8. Kaum lelaki sahaja menghantar jenazah beramairamai, malah amalan yang demikian adalan sunat muakad.

SAMBUNGAN
9. Kaum perempuan makruh menghantar jenazah dan

kadang-kadang menjadi haram jika bercampur-gaul dengan lelaki atau menaggis dengan meraung-raung. 10. Makruh membawa api (tempat bara) bersama jenazah jika malam membawa api lampu adalah perlu supaya sempurna pengkebumiannya. 11. Makruh mengangkat surau dengan riuh rendah walaupun berzikir ataupun membaca Al - Quran. Yang dituntut ialah mendiamkan diri dengan perasaan sugul dan terharu memikirkan soal mati.

MENGKEBUMIKAN JENAZAH
Menurut huraian ulama, sekurang-kurangnya kubur yang wajib ialah dapat menahan daripada keluar bau dan daripada dibongkar oleh binatang buas. Tetapi yang sunat malah yang lebih sempurna ialah kubur yang luas, panjang serta dalam lebih kurang 6 kaki.

Maksud hadis: Galilah lubang, dalamkanlah, baikilah dan luaskanlah (Riwayat : Ahmad, Abu Daud,Nasaei dan Baihaqi)

SAMBUNGAN
Jika tanah keras (tanah liat) maka kubur yang lebih afdal ialah yang berliang lahad, tetepi jika peroi atau mudah runtuh maka memadai kubur yang digali seperti parit Maksud Sabda Rasulullah: Kubur yang berliang lahad (lebih afdal) bagi kita (umat Islam) dan kubur yang digali seperti parit (adalah pilihan) bagi umat-umat yang lain

CARA MENURUNKAN JENAZAH KE DALAM KUBUR


1. Sunat meletakan kepala usungan jenazah ditepi kaki kubur. 2. Sunat mengeluarkan jenazah dari kepalanya dan dimasukkan ke dalam kubur dari arah kaki kubur dengan melalui kepalanya (berdasarkan hadis riwayat oleh 3
Abu Daud)

Orang yang turun ke dalam kubur untuk menatang mayat dan meletakkan ke tempatnya disunatkan 3 orang lelaki sahaja samada mayat lelaki atau perempuan.

SAMBUNGAN
4. Mereka yang masuk ke dalam kubur dikehendaki dari waris simati terdekat yang diutamakan oleh syarak. Jika simati perempuan yang bersuami maka suaminya yang lebih utama. 5. Semasa memasukkan mayat ke dalam kubur disunatkan membaca doa seperti berikut;

Bismillah wa ala millati rasullillah

(Dengan nama Allah (kami meletakkan kamu di sini) dan berdasarkan hukum-hukum agama Islam yang disampaikan oleh rasulullah (kami serahkan kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatnya)

6. Sunat menaungi dengan kain lebar semasa menanam mayat samada mayat lelaki atau perempuan dan sunat muakad jika mayat khunsa atau perempuan (berdasarkan 7. Sunat meletakkan mayat dalam keadaan mengiring atas lambung kanan serta wajib menghadapkan muka ke arah qiblat. 8. Sunat mengenakan muka dan kedua kakinya ke dinding liang lahad serta membengkokkan sedikit badannya supaya tidak tertiarap.
hadis riwayat Baihaqi)

SAMBUNGAN

9. Hendaklah meletakkan ketul-ketulan tanah

SAMBUNGAN

keras dibelakang mayat supaya terlentang dan dialaskan kepalanya dengan bantal (tanah) 10. Wajib ditutup liang lahad dengan papan dan sebagainya supaya mayat tidak tertindih tanah 11. Setelah ditimbus, kubur ditinggikan lebih kurang sejengkal kemudian diratakan tanahnya

Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan Fardhu Kifayah yang

difardukan keatas kita

Anda mungkin juga menyukai