Anda di halaman 1dari 5

Bahan yang digunakan dalam pembuatan arca:

baldi simen Digunakan untuk membancuh simen dan menempatkan simen yang telah siap sedia untuk digunakan.

air

cangkul Cangkul adalah satu jenis alat tradisional yang digunakan dalam pertanian. Cangkul digunakan untuk menggali ataupun untuk meratakan tanah. Cangkul masih digunakan sehingga masa ini untuk menjalankan kerja-kerja menggali yang ringan di kebun ataupun di sawah. Kerja-kerja yang lebih berat biasanya dilakukan menggunakan jentera berat. Bentuk mata cangkul seakan-akan bentuk mata beliung dengan pemegang (hulu) yang diperbuat daripada kayu. Tetapi mata cangkul lebih lebar berbanding dengan mata beliung. Biasanya hulu atau pemegang ini lurus, tetapi ada juga jenis pemegang yang bengkok sedikit. Mata cangkul biasanya dibuat daripada besi. Jenis-jenis cangkul termasuklah cangkul betul (cangkul lurus) dan cangkul burung.

sudip simen Digunakan untuk menyapu simen pada rangka arca.

Playar muncung tirus


Playar muncung tirus sesuai untuk membengkokkan dan memotong dawai halus. Ia juga digunakan untuk memotong kaki komponen dan memegang atau mencapai komponen elektronik di ruang yang sempit.

pasir Pasir ialah bahan berbutir terbentuk secara semula jadi yang terdiri daripada batu dan zarah galian kecil yang halus.

Pasir adalah komponen utama dalam mortar dan juga komponen kedua terpenting dalam pembuatan konkrit. Dalam pembuatan mortar mahupun konkrit, ia mestilah bersih dan tidak mengandungi bahan bendasing di dalamnya semasa kerja-kerja pembancuhan dilakukan. ini adalah untuk meningkatkan mutu pembinaan sesebuah bangunan itu sendiri. Pasir digunakan bersama simen untuk kerja-kerja pembinaan dinding, tiang, coping, aras lantai, rasuk tanah, tangga dan juga teres. Dalam projek pembinaan , biasanya dua gred pasir digunakan iaitu dari jenis 1:3 dan 1:6 iaitu bahagian simen dan pasir dicampurkan sekali.

simen Simen (dari Latin caementum) adalah komponen utama yang penting dalam industri pembinaan. Ia merupakan sejenis debu lembut, yang apabila dicampur dengan air akan menjadi keras. Ini disebabkan oleh berlaku tindak balas kimia yang menukarkan debu simen menjadi hablur-hablur yang saling bepaut, sehinggalah simen itu menjadi keras.

Penghasilan Simen
Simen adalah bahan buatan daripada hasil campuran tanah liat dan batu baur (batu kerikil). Campuran itu dipanaskan ke suhu setinggi 1400 C membentuk clinker atau batu hangus, dan kemudian ditumbuk halus menjadi tepung. Dalam kebanyakan projek pembinaan, jenis simen yang digunakan adalah dari jenis Portland yang bergred 20.

batu bata Batu bata dibuat daripada sejenis tanah liat yang dibentuk dalam bentuk empat segi dan dibakar dalam relau, khas berbentuk iglu. Setelah dua tiga hari dibakar, warnanya berubah menjadi kemerah-merahan dan lebih bermutu tinggi untuk membina bangunan dan perumahan.

batu kerikil Batu kerikil, kerikil atau Batu kelikir merujuk kepada anak batu, biasanya batu granit yang dipecahkan. Saiz batu kelikir yang selalu digunakan ialah batu di antara 2 mm dan 75 mm. Batu kelikir sering digunakan dalam pembinaan asas jalan, dan sebagai batu baur bagi penghasilan konkrit.

dawai mata punai / kerangka besi


Kerangka besi ialah rangka daripada besi yang meliputi satu teras yang berbentuk silinder lompong (dibuat daripada pelaminaan besi silikon).

Anda mungkin juga menyukai