Anda di halaman 1dari 5

Batu bata Batu bata dibuat daripada sejenis tanah liat yang dibentuk dalam bentuk empat segi

dan dibakar dalam relau, khas berbentuk iglu. Setelah dua tiga hari dibakar, warnanya berubah menjadi kemerah-merahan dan lebih bermutu tinggi. Batu bata dicantumkan dengan menggunakan mortar iaitu campuran pasir untuk membina bangunan dan perumahan. Pemprosesan Batu bata Pemilihan tanah yang sesuai Hampir semua jenis tanah dapat digunakan sebagai bahan pembuatan batu bata kecuali tanah yang mengandung pasir atau kapur. Tanah yang mengandung pasir atau kapur akan membuat batu bata mudah pecah. Sedangkan untuk mengetahui tanah itu sesuai untuk pembuatan batu bata, maka ada cara untuk mengetahuinya. Pertama, ambil tanah tersebut, campur dengan air, kemudian diaduk hingga rata. Setelah itu diinjak-injak hingga lumat dan buang kerikil mahupun kotoran yang ada. Setelah lumat, tanah direndam selama sehari semalam dan pastikan tidak terkena panas matahari. Jika tanah tersebut tidak merekah, bererti tanah tersebut baik untuk bahan batu bata. Kedua, tanah tersebut dikeringkan dan dibakar, jika berwarna merah menyala saat dibakar, maka bahan tersebut sangat baik untuk pembuatan batu bata. Tanah yang paling sesuai untuk membuat batu bata adalah tanah kuning, tanah kasar dan tanah halus. Tanah halus yang berlebihan boleh menyebabkan bata hancur. Fungsi tanah halus ialah menjadikan permukaan bata cantik. Fungsi tanah kasar pula ialah menjadikan bata menjadi kasar.

Pengolahan tanah Sebelum tanah diolah sebagai bahan pembuatan batu bata, tanah tersebut akan dicampur dan digiling (grinding) dalam jaw crusher iaitu mesin pengiling batu bata. Mesin penggiling akan menghancurkan batu kecil dan kerikil supaya mengelakkan bata menjadi rapuh. Selepas melalui proses penggilingan , tanah akan halus. Seterusnya, tanah yang digiling akan melalui proses pengekstrakan. Tanah tersebut akan dicampurkan dengan air dan akan melalui de airing chamber iaitu ruang tanpa udara. Ruang ini adalah untuk menghilangkan udara daripada tanah bagi mencegah keretakan. Selepas itu, tanah yang berbentuk tanah liat dihasilkan.

Pencetakan batu bata Semasa proses pencetakan, tanah liat yang lembut dan basah dibentuk dalam cetakan, biasanya sebuah kotak kayu. Bagian dalam kotak ini sering dilapisi dengan pasir, yang memberikan tekstur yang diinginkan dan mengeluarkan bata dibentuk dari cetakan. Air juga dapat digunakan untuk membantu melicinkan bata. Selepas itu, bata-bata tersebut akan dimasukkan mesin pemotong. Mesin tersebut boleh memotong sebanyak 20 000 unit bata per jam.

Proses pengeringan Unit bata basah dikeringkan dalam ruang atau bilik pengeringan dengan suhu terkawal. Unit bata ini perlu cukup kering.

Proses Pembakaran Pembakaran batu bata dapat dilakukan dengan menyusun batu bata secara bertingkat dalam terowong pembakaran. Selepas itu, terowong itu disimenkan supaya proses pengeringan berlaku dengan lancar. Proses pengeringan ini mengambil masa selama 12 jam bergantung pada jumlah bata yang dibakar. Setelah melalui proses ini, batu bata menjadi lebih keras.

Pemasaran Bata sedia untuk dieksport.

Pemprosesan batu bata

Pemilihan tanah yang sesuai Tanah yang paling sesuai untuk pembuatan bata adalah tanah kuning, kasar dan halus.

Pengolahan tanah Tanah dicampur, diggiling dan diekstrak. Pembentukan tanah liat.

Pencetakan batu bata Tanah liat dimasukkan ke dalam mesin pencetak . Bata dipotong dengan menggunakan mesin pencetak

Proses pengeringan Unit bata yang basah dikeringkan dalam ruang dengan suhu yang terkawal

Proses pembakaran Pembakaran batu bata dapat dilakukan dengan menyusun batu bata secara bertingkat dalam terowong pembakaran selama 12 jam

Pemasaran Batu bata sedia untuk dieksport

Rujukan 1. http://www.ilmupengetahuan.net/pembuatan-batu-bata-merah.html 2. http://en.wikipedia.org/wiki/Brick 3. http://usahamart.wordpress.com/2012/02/21/cara-membuat-batu-bata/

Anda mungkin juga menyukai