Anda di halaman 1dari 5

Bab 5 NILAI DAN STRUKTUR DALAM ETIKA PROFESIONAL Nilai merujuk kepada sesuatu yang diingini mengenai apa

yang dianggap sebagai baik atau buruk dan menuju kepada sesuatu matlamat Ia juga persepsi tentang kebaikan dan keburukan dan antara yang patut dan tidak patut. Nilai dipengaruhi oleh sistem kepercayaan. A value is an enduring belief that a specific mode of conduct or end state of existence is personally or socially preferable to an opposite or converse mode of conduct or end state of existence (M Rokeach, 1973:5) nilai adalah satu pegangan kekal bahawa sesuatu bentuk kelakuan atau perkara yang hendak dicapai itu merupakan pilihan diri sendiri ataupun pilihan masyarakat daripada bentuk kelakuan atau pencapaian jenis yang lain juga, ... a type of belief, centrally located within ones total belief system about how one ought or ought not to behave, or about some end-state of existence worth or not worth attaning (M Rokeach,1968:124) ...sejenis kepercayaan yang terdapat di pusat sistem kepercayaan seseorang mengenai cara bagaimana seseorang patut atau tidak patut bertindak/berkelakuan, atau mengenai sesuatu jenis matlamat yang perlu atau tidak perlu dicapai

Fungsi Nilai Sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah baik, betul dan boleh diterima . ...piawai atau kriteria yang digunakan bagi menentukan sesuatu pilihan apabila seseorang itu berhadapan dengan keadaan di mana ia mempunyai pelbagai pilihan (Abdul Latiff Mohd Ibrahim,2004:51) Sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral.

Nilai dan Etika Profesional Etika profesional ialah satu sistem nilai (norma) khusus bagi golongan profesional. Nilai dikaitkan dengan tingkahlaku yang sepatutnya di amalkan

oleh golongan profesional dan kriteriakriteria yang sepatutnya digunakan untuk menilai tingkahlaku tersebut . Etika profesional agak berbeza daripada nilai-nilai biasa. Ia tidak memberikan tumpuan kepada semua nilai yang diamalkan oleh seseorang profesional sebagai manusia biasa, ia hanya menekankan nilai yang berkaitan dengan tingkahlakunya sebagai seorang profesional.

Jenis-Jenis Nilai Profesional Nilai profesional merujuk kepada obligasi (tanggungjawab). Obligasi digunakan sebagai satu cara untuk menentukan satu-satu nilai iaitu apa yang betul atau apa yang salah untuk dilakukan. Nilai yang menggambarkan obligasi dibahagikan kepada 3 jenis:a) Standard b) Prinsip c) Peraturan

a) Standard Digunakan untuk menilai sama ada seseorang itu baik atau buruk dan lebih baik atau lebih buruk. Standard sahaja tidak menpunyai sebarang nilai, ia perlu ditentukan. Antara nilai-nilai yang dilaksanakan ialah kecekapan, kesetiaan, kejujuran, ketekunan dan kebijaksanaan. b) Prinsip Nilai prinsip menerangkan tentang tanggungjawab tanggungjawab bukan sahaja menentukan tingkahlaku dan tindakan, tetapi juga memberikan ruang kepada profesional untuk menggunakan budi bicara dan penilaiannya sendiri. Pegangan prinsip seseorang jurutera ialah bertanggungjawab atas keselamatan apa yang direkabentuknya dan terpulanglah penilaiannya mengenalpasti dan memilih kaedah yang sesuai mengikut penilaiannya. Disinilah kebijaksanaan dan penilaiannya membezakan daripada orang lain

c) Peraturan Peraturan menentukan tugas dan tingkahlaku atau tindakan tertentu yang perlu dilakukan oleh seseorang profesional. Peraturan mengawal seseorang

profesional itu bertindak atau menggunakan budi bicaranya sendiri dengan sesuka hati Contoh:Seseorang doktor yang hendak melakukan pembedahan besar perlu terlebih dahulu mendapatkan persetujuan pesakit @ keluarga pesakit berkenaan Kesedaran Etika Seseorang Profesional (Perhatian: Bahagian ini sudah terdapat dalam Bab 3 Kesedaran Etika Profesional, oleh itu tak perlu diulang disini kecuali rajah di bawah) Tahap kesedaran etika seseorang Profesional dipengaruhi oleh beberapa faktor. Sesuatu tingkahlaku sama ada beretika atau tidak beretika itu adalah hasil dari interaksi beberapa unsur kompleks iaitu antara perkembangan moral dengan beberapa pemboleh ubah lain seperti ciri-ciri individu, struktur organisasi, budaya kerja dan tahap kritikal sesuatu isu itu.

Ciri ciri Individu

Peringkat Perkembangan Moral

Struktur organisasi Hasil Perlakuan Budaya Organisasi (kerja)

Perlakuan Beretika

Perlakuan Tidak Beretika

Isu Kritikal Rajah : Faktor yang mempengaruhi tingkahlaku beretika dan tidak beretika 1) Peringkat Perkembangan Moral Semakin meningkat perkembangan moral, maka semakin kurang pergantungan seseorang itu kepada pengaruh luaran dalam membuat penilaian moral.

Kajian ahli psikologi mendapati: 1) Semua individu akan mengalami perkembangan ini secara sendiri dari satu peringkat ke peringkat seterusnya 2) Proses perkembangan tidak semestinya berterusan dari peringkat ke peringkat dimana perkembangan mungkin terhenti di mana-mana satu peringkat. 3) Majoriti golongan dewasa termasuk profesional berada di peringkat yang keempat.

6. Memilih dalam menggunakan prinsip etika sehingga sanggup melanggar undang-undang. Pasca Konvensional 5. Menghormati hak orang lain dan mengamalkan nilai dan hak yang mutlak tanpa mengira pendapat orang.

4. Mengamalkan dan mengekalkan peraturan konuensional dengan melakuakan obligasi yang telah dipengaruhi. Konvensional 3. Melakukan apa yang diharapkan oleh orang yang terdekat ( ragam) orangnya 2. Pra Konvensional 1. Sematamata patuh kepada peraturan untuk mengelak hukuman bentuk fizikal Mengikut tertentu. peraturan untuk memenuhi kepentingan

Sumber : Berdasarkan L. Kholberg Moral Stages And Moralization:The Cognative Development Approach dalam T.Lickora (ed) (1976) Moral Development And Behaviour New York:Holz, Rinehold & Winston 2). Ciri-ciri Individu Setiap individu yang menceburi satu-satu bidang profesion telah mempunyai pegangan nilai-nilai tertentu yang terbentuk hasil dari pendidikan formal dan tidak formal yang telah dilaluinya .Ini bermakna setiap individu profesional itu mempunyai nilai-nilai peribadi yang berbeza.

Kekuatan ego dan lokus kawalan adalah dua pemboleh ubah personaliti yang sangat mempengaruhi kepercayaan dan penilaian terhadap buruk atau baik seseorang . Kekuatan ego ialah personaliti yang mengukur kekuatan keyakinan yang mungkin individu itu membuat keputusan yang difikirkan betul Lokus kawalan adalah ciri-ciri personaliti yang mengukur darjah kepercayaan seseorang tentang kebolehan dan keyakinan dirinya yang menentukan nasib diri sendiri.

Lokus kawalan ada dua bentuk:1) Lokus kawalan dalaman Iaitu maksud sendiri yang mengawal dalam menentukan nasibnya.Cenderung mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas akibat tindakannya. Seseorang profesional yang memilih sifat ini mewujudkan tindakan yang lebih tersusun antara penilaian moral dan tindakan moral yang dilakukannya . 2) Lokus kawalan luaran Percaya apa yang berlaku kepada kehidupan dan dirinya disebabkan nasib /takdir yang ditentukan, Cenderung mengambil sikap kurang tanggungjawab dengan tindakannya Pembolehubah Struktur Organisasi struktur organisasi dapat membantu membentuk perlakuan beretika di kalangan profesional, melalui peraturan yang sedia ada ia dapat mengurangkan keraguan dan kekaburan terhadap sebarang tindakan. Deskripsi kerja dan kod etika boleh dijadikan panduan ke arah perlakuan yang konsisten dimana pengaruh pegawai atasan amat besar mempengaruhi perlakuan individu di bawahnya.

Budaya organisasi Budaya organisasi yang kondusif mendorong profesional menjadi agresif dan inovatif. Mereka menyedari bahawa semua tingkalaku yang tidak beretika mudah dikesan dan mereka juga bebas mencabar sebarang tuntutan atau jangkaan yang dirasakan tidak realistik atau tidak beretika. - Budaya organisasi yang mempunyai standard etika tinggi yang boleh menjadi penggerak dan pengaruh yang positif kepada amalan tingkah laku yang beretika di kalangan profesional.

Anda mungkin juga menyukai