Anda di halaman 1dari 10

Etika Profesional

MPU 2223

TAJUK: Kesedaran Etika Profesional

PENSYARAH: EN. SHAHRIZAL

NAMA: -AHMAD HILMI HISYAM BIN MOHAMED


KAMARUDDIN
-AHMAD MIRZA AFIQ BIN AHMAD ZAKIYON
-MUHAMMAD HARIS BIN SAMRI
-AHMED AFIFUDIN BIN MOHD NIZAM
ISI KANDUNGAN

BIL.
TAJUK
1. PENGENALAN

2. PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL

3. CIRI CIRI INDIVIDU

4. PEMBOLEHUBAH STRUKTUR

5. BUDAYA ORGANISASI

6. ISU KRITIKAL

7. KESIMPULAN

8. RUJUKAN
Peringkat Perkembangan Moral

Berdasarkan Lawrence Kholberg, peringkat perkembangan moral terbahagi kepada tiga iaitu
prakonvensional1, konvensional2 dan poskonvensional3.Walaupun demikian, tidak ada suatu
fungsi yang berada dalam peringkat tertinggi sepanjang masa. Juga tidak mungkin untuk
melompat ke suatu tahap kerana setiap tahap mempunyai perspektif yang baru dan diperlukan,
dan lebih komprehensif, berbeza-beza, dan berintegrasi berbanding tahap sebelumnya.4

Tahap kesedaran etika seseorang profesional dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu. Apa
saja tindakan daripada interaksi beberapa unsur yang kompleks di antara perkembangan
moralnya dengan pembolehubah lain seperti ciri ciri individu, bentuk struktur organisasi,
budaya organisasi dan tahap kritikal sesuatu isu etika itu.

Jelasnya, sebarang interaksi dalam beberapa faktor yang kompleks akan mempengaruhi
tindakan individu sama ada beretika atau tidak beretika. Tahap kesedaran etika profesional
dipengaruhi oleh faktor faktor berikut :

1. Peringkat perkembangan moral


2. Ciri ciri individu
3. Pembolehubah Struktur
4. Budaya organisasi
5. Isu kritikal

1
Kohlberg, Lawrence (1971). From Is to Ought: How to Commit the Naturalistic Fallacy and Get Away with It in the
Study of Moral Development. Academic Press.
2
Kohlberg, Lawrence; T. Lickona, ed. (1976). "Moral stages and moralization: The cognitive-developmental
approach". Moral Development and Behavior: Theory, Research and Social Issues. Rinehart and Winston.
3
Colby, Anne; Kohlberg, L. (1987). The Measurement of Moral Judgment Vol. 2: Standard Issue Scoring Manual.
Cambridge University Press. ISBN 0-521-24447-1.
4
Walker, Lawrence, J. (February 1989). "A longitudinal study of moral reasoning". Child Development 60 (1): 157
166.
Prakonvensional

Peringkat prakonvensional pada umumnya ada pada kanak-kanak walaupun orang dewasa
juga boleh menunjukkan ciri-cirinya dalam tahap ini. Seseorang yang berada dalam tahap
prakonvensional menilai moral dari suatu tindakan berdasarkan kesannya secara langsung.
Tahap prakonvensional terdiri daripada dua fasa awal dalam perkembangan moral.

Pada peringkat pertama, seseorang itu patuh terhadap peraturan untuk mengelakkan
dirinya daripada terkena hukuman fizikal5. Sebagai contoh Amin berhenti menghisap
rokok kerana takut dimarahi dan dirotan oleh bapanya.

Peringkat kedua ialah mengikut peraturan untuk memenuhi kepentingan tertentu dan
melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan. Contohnya Ali meuruti arahan ibu
untuk membeli barang-barang dapur dikedai kerana ibunya memberi upah kepadanya.

Konvensional

Peringkat konvensional umumnya ada pada seorang remaja atau orang dewasa. Orang di
peringkat ini menilai moral dari suatu tindakan dengan membandingkannya dengan
pandangan dan harapan masyarakat.

Pada peringkat ini, seseorang itu akan melakukan apa yang diharapkan oleh orang yang
terdekat dengannya. Contohnya, seseorang itu sentiasa pergi bekerja kerana mempunyai
tunangnya ditempat kerja. Selain itu, peringkat konvensional juga mengamalkan dan
mengekalkan peraturan konvensional dengan melakukan obligasi yang dipersetujui

5
Shaffer, David R. (2004). Social and Personality Development (5th Ed ed.). Wadsworth Publishing. ISBN 0-534-
60700-4
Poskonvensional

Peringkat poskonvensional merupakan peringkat paling atas dalam kesedaran etika


profesional. Poskonvensional juga umumnya kepada golongan remaja dan dewasa.

Peringkat poskonvensional ialah menghormati hak orang lain dan mengamalkan nilai dan
hak yang mutlak tanpa mengira pendapat majoriti. Disamping itu, poskonvensional juga
memilih dan mengamalkan prinsip etika sehingga sanggup melanggar undang-undang6.
Contohnya Ahmad sanggup melanggar lampu isyarat kerana takut akan lambat pergi kerja
kerana dia sentiasa datang awal ke kerja.

Proses itu menerangkan tentang semakin meningkat perkembangan moral seseorang itu,
semakin kurang bergantung kepada pengaruh luaran dalam membuat penilaian moralnya.

Seterusnya berdasarkan beberapa kajian ahli ahli psikologi telah mendapati bahawa :

1. Semua orang akan mengalami proses perkembangan ini secara mendaki dari satu
peringkat kepada peringkat seterusnya.
2. Proses perkembangan itu tidak semestinya berlaku berterusan peringkat demi
peringkat. Ianya boleh terhenti di mana mana peringkat.
3. Majoriti orang dewasa (termasuk profesional) berada di peringkat keempat.

6
Rawls, John (1971). A Theory of Justice. Cambridge, MA: Belkap Press of Harvard University Press. ISBN 0-
674-01772-2.
Ciri ciri individu

Dua faktor personaliti iaitu kekuatan ego dan lokus kawalan mempengaruhi
tingkah laku baik dan buruk individu.

Kekuatan ego merujuk kepada kekuatan keyakinan seseorang. Individu yang


mempunyai kekuatan ego yang tinggi akan sentiasa merasakan apa yang
dilakukannya adalah betul.

Lokus kawalan bermaksud ciri ciri personaliti yang mengukur darjah


kepercayaan seseorang tentang kebolehan dan keyakinan yang menentukan nasib
dirinya sendiri.

Individu yang mempuntai lokus kawalan dalaman mempercayai bahawa apa yang
berlaku apda dirinya disebabkan oleh dirinya sendiri. Mereka sendiri yang akan
mengawal dan menentukan untung nasib diri mereka. Sekiranya mereka berjaya
dalam kehidpan mereka itu semua berpunca daripada usaha dan kegigihan mereka
sendiri.

Individu yang mempunyai lokus kawalan luaran pula mempercayai faktor luaran
mempengaruhi apa yang berlaku pada diri mereka. Kejayaan atau kegagalan
kehidupan mereka berpunca faktor - faktor di luar diri mereka seperti ansib, takdir
dan sebagainya.

Dari perspektif etika, seseorang yang mempunyai lokus kawalan luaran akan
mengambil sikap kurang bertanggungjawab terhadap akibat akibat daripada
tindakannya dan lebih bergantung kepada tekanan luaran. Sebaliknya seseorang
yang mempunyai sifat lokus kawalan dalaman akan mengambil tanggungjawab
sepenuhnya atas semua akibat daripada tindakannya, dan bergantung sepenuhnya
kepada kepercayaan piawai tentang apa yang dikatakan benar atau salah.
Pembolehubah Struktur

Struktur organisasi dapat membantu membentuk perlakuan beretika di kalangan


profesional. Peraturan-peraturan tertentu misalnya mengurangkan keraguan dan
kekaburan tentang sesuatu tindakan. Peraturan, polisi, deskripsi kerja dan kod etika
dapat dijadikan panduan ke arah perlakuan yang konsisten dan tidak melanggar
etika dalam profesion mereka. Selain daripada itu pengaruh pegawai atasan juga
mempengaruhi perlakuan beretika atau sebaliknya bagi individu.

Budaya Organisasi

Secara umum, perusahaan atau organisasi terdiri dari sejumlah orang dengan
latar belakang, kepribadian, emosi, dan prinsip tersendiri .Hasil interaksi pelbagai
orang tersebut membentuk budaya organisasi. Secara sederhana, budaya organisasi
dapat didefinisikan sebagai kesatuan dari orang-orang yang memiliki tujuan,
keyakinan dan nilai-nilai yang sama. Dalam perjalanan waktu, budaya organisasi
kemudian mungkin mengalami perubahan-perubahan sesuai dengan ciri-ciri orang
di dalam organisasi.

Budaya organisasi merujuk kepada nilai, norma dan peraturan yang diterima
dan dikongsi bersama oleh ahli organisasi. Kesemua ini mencorakkan tingkah laku
ahli organisasi. Budaya organisasi yang kondusif biasanya menggalahkan
penggurus (profesional) menjadi agresif dan inovatif. Kandungan dan kekuatan
budaya organisasi mempengaruhi tingkah laku yang beretika di kalangan ahli
organisasi. Pada masa yang sama menyedari bahawa semua amalan tingkah laku
tidak beretika mudah diketahui dan bebas mencabar sebarang tuntutan atau
jangkaan yang dirasakan tidak realistik atau tidak beretika. Budaya organisasi yang
berasaskan kepada piawai etika yang tinggi boleh menjadi penggerak dan
pengaruh yang positif kepada amalan tingkah laku yang beretika di kalangan
profesional7.

7
Nota kuliah etika professional semester 2
Isu kritikal

Darjah sesuatu isu kritikal mengikut Robin dan Coulter (1999), dapat ditentukan
berdasarkan ciri ciri berikut :

Sebesar manakah kemudaratan (atau faedah) terhadap mengsa (atau


penerima faedah) akibat daripada tindakan etika itu ?

Sebanyak manakah persetujuan yang diberikan untuk mengatakan bahawa


tindakan itu salah (atau betul) ?

Adakah kemungkinan untuk menjangkakan yang satu satu tindakan itu


mungkin berlaku dan benar benar dapat mendatangkan keburukan (atau
kebaikan)

Berapakah jangka masa antara satu satu tindakan dengan akibat yang
dijangkakan.

Seteruk manakan kesan tindakan etika itu terhadap mereka yang terlibat ?

Serapat manakah perasaan dan hubungan kita (dari segi sosial, psikologi
dan fizikal) dengan mangsa (atau penerima faedah) akibat daripada
tindakan yang salah (atau betul) ?

Mengikut panduan di atas, semakin ramai yang menerima kemudaratan, semakin banyak
persetujuan yang mengatakan sesuatu tindakan itu adalah salah. Semakin besar
kemungkinan tindakan itu beralku dan sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan,
semakin cepatlah akibatnya terjadi dan semakin rapat hubungan dengan si mangsa
semakin kritikal isu tersebut. Kesedaran ini mendorong profesional untuk sentiasa
melakukan tindakan beretika.
Kesimpulan

Syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya kami berjaya menyiapkan folio
ini pada masa yang ditetapkan. Kami telah mendapat banyak manfaat dan sesuatu yang
baru untuk diperalajari sepanjang proses menyiapkan tugasan bagi MPU 2223 Etika
Profesinal ini.

Pada peringkat permulaan ketika kami menyiapkan tugasan projek ini, kami telah
berbincang sesama ahli kumpulan dan rakan rakan daripada kuliah yang berlainan
mengenai tugasan yang perlu kami laksanakan. Hasilnya kami mudah untuk mendapatkan
maklumat kerana kami bekerjasama dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah
masalah yang timbul.

Selain itu, folio ini telah membantu kami untuk meningkatkan kemahiran bekerja kami.
Hal ini adalah kerana saya berupaya untuk mencaru bahan serta sumber dan saya juga
dapat menyiapkan kerja ini pada waktu yang ditetapkan. Seterusnya projek ini juga telah
mengajar kami tentang nilai nilai murni seperti nilai kerjasama dan kesungguhan. Dua
nilai ini sangat penting sebagai persediaan untuk diri kami sebagai bakal profesional di
profesion masing masing.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam penghasilan folio ini. Kami berharap agar hasil folio ini dapat memberi
manfaat kepada semua.
Rujukan

Kohlberg, Lawrence (1971). From Is to Ought: How to Commit the Naturalistic Fallacy
and Get Away with It in the Study of Moral Development. Academic Press.

Kohlberg, Lawrence; T. Lickona, ed. (1976). "Moral stages and moralization: The
cognitive-developmental approach". Moral Development and Behavior: Theory, Research
and Social Issues. Rinehart and Winston.

Colby, Anne; Kohlberg, L. (1987). The Measurement of Moral Judgment Vol. 2: Standard
Issue Scoring Manual. Cambridge University Press. ISBN 0-521-24447-1.

Walker, Lawrence, J. (February 1989). "A longitudinal study of moral reasoning". Child
Development 60 (1): 157166.

Shaffer, David R. (2004). Social and Personality Development (5th Ed ed.). Wadsworth
Publishing. ISBN 0-534-60700-4

Rawls, John (1971). A Theory of Justice. Cambridge, MA: Belkap Press of Harvard
University Press. ISBN 0-674-01772-2.

Nota kuliah etika professional semester 2

Anda mungkin juga menyukai