Anda di halaman 1dari 4

PKU 3102

PENDAPAT TOKOH TEORI BAHASA TEORI BEHAVIORISME 1. JOHN BROADUS WATSON (1878-1958) 2. IVAN PETROVICH PAVLOV (1849-1936) 3. EDWARD LEE THORNDIKE (1874-1949) 4. BURRHUS FREDIC SKINNER (1904-1990) 5. IVAN PAVLOV (1849-1936)

RUMUSAN Melalui teori ini dapat dirumuskan perkaitannya yang dapat diakitkan dengan tingkah laku, cuba jaya, tabiat, emosi atau pengukuhan. Pembelajaran sebagai salah satu perubahan dalam bentuk atau tahap tingkah laku. Manakala pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) iaitu rangsangan persekitaran supaya pelajar dapat memberi respon dan diberi pengukuhan. Selain itu, bagi mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan timbulkan pelbagai rangsangan, memberi ganjaran atau respon yang betul. Antara perbezaan antara manusia melalui teori ini ialah berdasarkan pengalaman yang boleh diubah dan secara tidak langsung berlakunya pembelajaran. Apabila diberi rangsangan sekaligus wujudnya

pembelajaran dan pengalaman. Sebelum mendapat pembelajaran yang tepat pelbagai cara akan dilakukan dan proses pembelajaran dan pengalaman juga banyak diaplikasikan. Selain itu, ianya juga menekankan hubungan persekitaran dengan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Tingkah laku merujuk

kepadaperistiwa yang konkrit pada organisme yang nyata. Oleh itu, proses pembelajaran yang berlaku secara berulang mewujudkan penekanan latih tubi dan juga pembelajaran berlaku apabila ada rangsangan dan gerak balas.

1|PENDIDIKAN KHAS 1

PKU 3102

PENDAPAT TOKOH TEORI BAHASA TEORI PSIKOLINGUISTIK 1. VON HUMBOLT (1767-1835) 2. FERDINAND DE SAUSSURE (1858-1913) 3. EDWARD SAPIR (1884-1939) 4. LEONARD BLOOMFIELD (1887-1949) 5. JOHN DEWEY (1859-1952) 6. WUNDT (1932-1920) 7. WATSON (1878-1958)

RUMUSAN Psikolinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh pakar-pakar dalam bidang psikologi, sains kognitif dan linguistik. Terdapat beberapa subbidang dalam psikolinguistik yang mendasari komponen-komponen bahasa manusia. Bagi fonetik dan fonologi adalah kajian bunyi pertuturan. Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada cara-cara otak memproses dan memahami bunyi. Selain itu, morfologi pula adalah kajian tentang struktur perkataan, khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait contohnya jalan dan berjalan, dan pembentukan perkataan dengan berdasarkan peraturan-peraturan contohnya pembentukan kata berimbuhan. Sintaksis adalah kajian pola-pola yang menetapkan tatacara perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat. Semantik adalah kajian yang berkenaan dengan makna perkataan dan ayat. Jika sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal ayat, semantik pula mengolahkan maksud ayat yang sebenar. Pragmantik pula kajian tentang peranan konteks dalam pentafsiran makna.Tahap bahasa yang digunakan harus difahami pada peringkat umur dan fahaman maksud perkataan yang dapat dikuasai oleh pemikiran dan kesesuaian pendengar dan penutur. Contohnya penggolongan kata-kata untuk kanak-kanak berdasarkan pada makna yang difahami kanak-kanak. Bahasa dapat merupakan stimulus terhadap suatu respon.
2|PENDIDIKAN KHAS 1

PKU 3102

PENDAPAT TOKOH TEORI BAHASA TEORI PRAGMANTIK INTERAKSIONIS 1. BATES (1976) 2. HALLIDAY (1975) 3. SEARLE (1965) 4. DORE (1974) 5. BRUNER (1975)

RUMUSAN Peranan yang sama penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak ialah persekitaran luaran dan faktor bawaan.Interaksionis banyak melihat faktor seperti persekitaran sosial, permatangan, biologi dan kognisi yang memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa. Interaksi bahasa atau perbualan amat penting untuk membantu kanak-kanak menguasai sistem bahasa. Proses kognitif pula penting dalam perkembangan bahasa khususnya dalam usaha kanak-kanak mentafsirkan makna yang terdapat dalam situasi sosial mereka dan kemudian menggambarkan makna tersebut dalam bentuk bahasa. Pembelajaran juga akan berlaku sekiranya sesuatu yang disampaikan itu mempunyai makna dan hubungan dengan pengalaman yang sedia ada. Struktur bahasa dapat dikuasai dengan cara yang lebih berkesan jika pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap tugastugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna.

3|PENDIDIKAN KHAS 1

PKU 3102

PENDAPAT TOKOH TEORI BAHASA TEORI SEMANTIK KOGNITIF 1. BLOOM (1970) 2. FILLMORE (1968)

RUMUSAN Semantik mendahului sintaksis dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Mengikut teori ini kanak-kanak kecil memberi tumpuan terhadap makna. Mereka menggunakan bahasa sebab mereka ingin bercakap tentang sesuatu yang telsh dialami. Bahasa akan mengikuti pengalaman dan sintaksis berkembang akibat keperluan bercakap mengenai lebih perkara dan pengalaman. Kanak-kanak akan bercakap jika mereka ada sesuatu yang ingin disampaikan. Apabila pengalaman mereka bertambah, mereka akan memerlukan bahasa yang lebih rumit untuk meluahkan idea-idea. Justeru perkembangan bahasa akan terus berlaku. Terdapat juga bukti-bukti yang menunjukkan bahawa beberapa peringkat dalam perkembangan kognitif memang diperlukan sebelum kanak-kanak mula berbahasa. Elemen-elemen yang penting dalam pemerolehan bahasa adalah sifat fizikal yang lengkap, psikososial dan tahap kognitif yang baik. Ini kerana, kesemua elemen tersebut saling melengkapi untuk membolehkan kanak-kanak memperolehi bahasa dengan baik secara semula jadi dan boleh menggunakan bahasa dalam kehidupan seharian. Oleh sebab itu, struktur mencerminkan kategori mental yang telah sedia ada pada manusia berdasarkan pengalaman dan pergaulan dunia sekitarnya. Semantik kognitif berkembang ekoran dari tindak balas terhadap pandangan tentang pengkategorian secara tradisional atau klasik, semantik struktural generatif dan juga teori fitur.

4|PENDIDIKAN KHAS 1

Anda mungkin juga menyukai