Anda di halaman 1dari 3

6 keadaan yang dibolehkan mengumpat,namun bukan lesen mhina sesuka hati~

by Al-Mizan Al-Qist Sumaiya on Thursday, November 11, 2010 at 11:56am Mengumpat yg diharuskan

Imam Nawawi telah menetapkan enam keadaan di mana mengumpat adalah diharuskan. (Al Azkar Imam Nawawi hal. 303)

1- Ketika Dizalimi. Orang yang dizalimi boleh bersuara untuk mengadu tentang perbuatan orang-orang yang telah menzaliminya. Imam an-Nawawi telah berkata:Adalah harus bagi yang dizalimi mengadu kepada sultan, qadhi atau mereka yang lain yang mempunyai kekuasaan atau kemampuan untuk menghilangkan kezaliman daripada dirinya.(Al Azkar; Ibid)

Nabi telah bersabda:Sesungguhnya yang mempunyai hak itu mempunyai perkataan (yakni berhak untuk bersuara). (Bukhari Muslim)

Jika yang melakukan kezaliman itu ialah orang-orang atasan, kita hendaklah menceritakan tentang perkara ini kepada mereka yang lebih berkuasa daripada mereka, agar tindakan dapat dilakukan secara berkesan. Imam al-Ghazali telah berkata:Jika yang melakukan kezaliman itu ialah seorang Hakim, seseorang itu berhak mengadu tentang kezaliman itu kepada pihak pemerintah. (Ihya Ulumuddin bab Mengumpat)

Jika pihak pemerintah telah melakukan kezaliman, rakyat perlu diberitahu tentang kezaliman pemimpin mereka apatah lagi di dalam keadaan mereka berkuasa untuk memilih pemimpin pada musim pilihanraya.

2- Meminta Pertolongan Untuk Mencegah Kemungkaran. Menceritakan tentang kemungkaran yang dilakukan seseorang untuk mendapatkan bantuan untuk mencegahnya, adalah diizinkan.

Ketika sampai berita kepada Omar bahawa Abu Jundul telah membuat arak di Syria, beliau terus menulis surat untuk menegurnya. Abu Jundul terus bertaubat dan Omar tidak berpendapat bahawa berita yang sampai kepadanya itu adalah satu umpatan.(Ihya Ulumuddin; Ibid)

Jika kuasa yang ada di tangan rakyat dapat membantu ke arah menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang telah melakukan kezaliman, kita boleh mendedahkan tentang kezaliman mereka kepada rakyat agar kesedaran rakyat akan mampu mengubah suasana ke arah yang makruf.

3- Ketika Meminta Fatwa. Di haruskan menceritakan tentang keaiban orang lain kepada yang berilmu untuk mendapatkan fatwa darinya. Tanpa maklumat itu, berkemungkinan hukum dan fatwa tidak akan dapat diberikan secara tepat. Dalam konteks ini, seorang isteri yang tidak mendapat hak dari suaminya harus menceritakan tentang ketidakadilan suaminya untuk mendapatkan fatwa dan nasihat dari orang-orang yang layak. Kes yang seperti ini telah berlaku di zaman Rasulullah:Hindun binti Utbah telah bertanya hukum kepada Rasulullah tentang suaminya (Abu Sufyan) yang bakhil: Dia t idak memberikan harta yang mencukupi bagiku. Bolehkah aku mengambil hartanya tanpa pengetahuannya? Jawab Rasulullah: Ambillah secara yang mencukupi untuk diri dan anakmu secara yang makruf. (Bukhari Muslim)

4- Mengingatkan Orang Islam Dan Menakutkan Mereka Tentang Sesuatu Kejahatan Dan Bidah.

Masyarakat perlu disedarkan tentang kumpulan-kumpulan dan tokoh-tokoh sesat di dalam masyarakat agar mereka dapat berwaspada dari golongangolongan ini. Mendedahkan tentang mereka tidak dianggap sebagai suatu umpatan malah kadangkala ianya merupakan suatu tuntutan.Rasulullah telah bersabda:Aku tidak yakin bahawa si pulan dan si pulan mengetahui tentang agama sedikitpun.(Bukhari)

Di dalam hadis ini Nabi telah menceritakan tentang keaiban dua orang munafik agar sahabat-sahabat berwaspada dengan mereka.

Imam Al Ghazali telah berkata:Apabila kamu melihat seorang alim sering mendatangi seorang pembuat bidah atau kefasikan, dan kamu takut bidah itu menular kepadanya, maka kamu berhak menceritakan tentang keaiban orang itu kepada si alim tadi. Yang menggerakkan kamu melakukannya ialah ketakutan menjalarnya bidah dan kefasikan dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain.(Ihya Ulumuddin; Ibid)

Penghinaan ke atas syariat dan undang-undang Allah merupakan kemungkaran yang amat besar yang sedang berlaku di dunia Islam pada hari ini.

Imam Nawawi telah berkata:(Diantara perkara yang harus diumpatkan) ialah tentang mereka yang mempunyai kekuasaan tetapi tidak menggunakannya di atas jalan yang hak ataupun mereka ini merupakan orang-orang yang fasik, lalai dan yang seumpamanya. Wajib diberitahu kepada pemimpin tertinggi agar dilucutkan jawatannya dan digantikannya dengan seorang yang lebih layak.(Al Azkar; Ibid)

Bila yang fasik, lalai dan zalim adalah dari kalangan pemimpin yang tertinggi, kuasa rakyat perlu digunakan untuk menggantikan mereka dengan pemimpin-pemimpin yang lebih baik.

5- Umpatan ke Atas Mereka Yang Menzahirkan Maksiat. Mereka yang sanggup mengiklan dan mendedahkan kemaksiatan dan tidak berasa malu dengannya, tidak layak untuk dihormati.

Omar Al Khattab pernah berkata:Tidak ada kehormatan ke atas orang-orang yang fajir.Imam Al-Ghazali telah menafsirkan kalimat fajir sebagai yang melakukan kefasikan secara terang-terangan tanpa selindung.(Ihya Ulumuddin; Ibid)Menceritakan tentang golongan yang sanggup menzahirkan maksiat tanpa perasaan segan-silu adalah diharuskan.

Imam Al-Ghazali telah menegaskan:Orang -orang lelaki yang menampakkan dirinya sebagai wanita, mereka yang mempunyai tempat minuman keras yang mana arak diminum secara terang-terangan dan mereka yang meminta harta menusia secara paksaan, kesemua mereka adalah termasuk di dalam golongan yang menzahirkan perbuatan keji, dimana mereka tidak memelihara diri mereka dari disebut-sebut. Apabila kamu menceritakan tentang mereka dan maksiat yang mereka zahirkan, maka kamu tidak berdosa.(Ihya Ulumuddin ; Ibid)

Pemimpin yang memperkecilkan syariat Allah secara terang-terangan adalah termasuk di dalam golongan yang tidak layak untuk dihormati.

Imam Hasan Al-Basri telah berkata:Tiga golongan manusia boleh diumpat: yang mengikut hawa nafsu, yang melakuk an kefasikan secara terangterangan dan imam (pemimpin) yang zalim.(Ihya Ulumuddin; Ibid)

6- Memberi Gelaran Kepada Seseorang Untuk Pengenalan Pada Ketika Yang Diperlukan . Jika di dalam sesebuah kampung ramai daripada penduduknya bernama Muhammad, harus diberikan gelaran bagi setiap seorang daripada mereka untuk memudahkan pengenalan. Sebagai contoh, seorang digelar dengan Muhammad Surau, seorang dengan Muhammad Tomyam, Muhammad Bisu dan seumpamanya.

terima kasih ustaz saidi atas pemberitahuan..

Anda mungkin juga menyukai