Anda di halaman 1dari 3

TAJUK TOPIK OBJEKTIF TEMPOH MASA HASIL PEMBELAJARAN

:UKURAN : UKURAN PANJANG :MENGUKUR PANJANG MENGGUNAKAN UNIT MATRIKS : 1 JAM :i)Membaca ukuran panjang menggunakan unit millimeter(mm) dan sentimeter(cm). ii)Mengukur dan merekodkan ukuran panjang menggunakan unit milimeter(mm) dan sentimeter(cm). : Pembaris ,pita pengukur,tali,kad perkataan,daun. :MEMBANDING BEZA,MENYUSUN MENGIKUT TURUTAN. : KONTEKSTUAL :Kumpulan,komunikasi dua hala,hands-on,minds-on

BAHAN BBM KEMAHIRAN BERFIKIR PENDEKATAN KAEDAH

SET INDUKSI
1. Minta murid mengeluarkan pembaris masing-masing.Minta beberapa orang murid menyatakan kepada kelas mengapa mereka perlu ada pembaris. 2. Murid dipamerkan pelbagai jenis pembaris dan pita pengukur.Murid diberi penerangan tentang cara penggunaannya dan diminta menerokai apa yang ada pada pembaris dan pita pengukur tersebut.

Langkah 1
1. Dalam kumpulan kecil,murid diminta mencari 3 objek di dalam bekas pensel dengan panjang yang berbeza. 2. Dengan menggunakan objek tersebut, murid dibimbing tentang cara menggunakan pembaris untuk mengukur dalam unit cm. Dapatan murid direkodkan dalam sebuah jadual.

OBJEK A B C

DALAM (cm)

Langkah 2
1. Beberapa orang dari beberapa kumpulan diminta tampil di hadapan kelas untuk menunjukkan dapatan mereka dengan mengukur semula objek di hadapan murid lain lalu merekodkan jawapan di papan tulis. 2. Buat perbandingan jawapan di antara kumpulan-kumpulan lain.

Langkah 3
1. Secara berpasangan, murid diminta mengukur beberapa utas tali yang berlainan panjang. 2. Dapatan direkodkan dalam jadual yang telah disediakan. 3. Berbincang dengan murid dapatan mereka.

A Panjang tali A =.............................. Panjang tali B =............................. Panjang tali C =..............................

Langkah 4
1. Murid diagihkan dengan lembaran kertas berkaitan dengan ukuran panjang. 2. Setelah selesai,murid membuat perbandingan jawapan dengan rakan lain secara perbentangan jawapan di hadapan kelas. 3. Guru memberi maklum balas dengan jawapan murid.

Penutup
1. Soal beberapa orang murid mengenai dapatan mereka pada hari ini. - Apakah alat yang digunakan untuk mengukur objek? - Apakah unit sistem metrik yang digunakan untuk mengukur objek? - Bagaimanakah teknik yang betul untuk mengukur objek menggunakan pembaris. 2. Membuat rumusan dan memberi kerja rumah.

Anda mungkin juga menyukai