Anda di halaman 1dari 5

Gadis Kecil - Usman Awang Tubuh itu mengingatkan daku sebatang pinang di desa sepi kurus dan tinggi

ketika ribut besar pohon sekitarnya rebah terkapar dan pohon pinang tegak menanti sinar mentari pagi Demikianlah gadi kecil itu kurus seperti sebatang pinang bertahun berulang-alik melalui penjara kawat duri menemui ayahnya yang bertahun pula sendiri menentang tiap penderitaan tabah dan beriman. Gadis kecil itu mengagumkan daku tenang dan senyuman yang agung dengan sopan menolak pemberianku 'saya tak perlu wang, pak cik, cukuplah kertas dan buku.' Usianya terlalu muda Jiwanya didewasakan oleh pengalaman tidak semua orang mencapai kekuatan demikian ketabahan yang unik, mempesonakan. Bila aku menyatakan simpati dan dukaku rasa pilu terhadapnya sekali lagi dia tersenyum dan berkata: 'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.' Aku jadi terpaku dia, si gadis kecil itu menenteramkan mengawal ombak emosiku jangan sedih melihat derita pahitnya. Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa yang mahu membela manusia derita terpenjara menerima nasihat supaya tabah dan berani, dari anak penghuni penjara sendiri? Sepuluh anak seperti dia akan menghapuskan erti seribu penjara.

SIAPA
Siapa diantara kita, yang memulakan cinta, siapa diantara kita, yang berjanji kan setia, siapa pula antara kita yang mencipta derita, siapa pula yang mencuba, untuk bahagia, siapa antara kita, memulakan sengketa, siapa antara kita, yang ada dia, siapa antara kita, yang terguris luka, siapa pula yang cuba untuk setia, siapa siapa siapa siapa yang menyiram bunga cinta, pula yang memetik kuntumannya, yang membaja pepohonannya, pula yang menghidu harum baunya,

siapakah diantara kita yang telah berdoa, kerana mendustakan cinta, siapa....

Dikirim Oleh : Mzakiey Hs E-mail Pengirim : zakiepitihmasyuk[at]yahoo.com Dikirim Pada: Diterbitkan Pada: 25 November 2010

CINTA TIADA LAGI


Seandainya cinta ini mati, usahlah engkau tangisi nanti, kerana semasa hidupnya pun kau tak pernah menghargai, sekiranya cinta ini bersemadi janganlah sekali-kali kau taburkan bunga kemboja, kerana ketika cinta ini mewangi kau tak pernah terpesona dengan keharumannya , jika ditakdirkan aku mati, tak perlulah kau kenangi lagi kerana aku hidup keranamu namun bagimu aku bagaikan mati disisimu, biarpun kau hidup atau mati, bagiku kau adalah cintaku selamanya, dan aku tetap mendoakan kebahagianmu buat selamanya biarpun tiada lagi cinta diantara kita.... Dikirim Oleh : Mzakiey Hs E-mail Pengirim : zakiepitihmasyu[at]yahoo.com Dikirim Pada: Diterbitkan Pada: 25 November 2010

TERIMA KASIH
Terima kasih teman kerana memberi aku peluang, Terima kasih kawan kerana menikam aku dari belakang, Terima kasih sahabat kerana memberi aku semangat, Terima kasih kenalan kerana menyuarakan pandangan, Terima kasih guru kerana mengajarkan aku ilmu, Terima kasih ayah dan ibu kerana tanpamu tiadalah aku, Terima kasih kekasih kerana melukakan aku, Terima kasih TUHANku kerana Engkaulah segalanya bagiku... Sender's name : Alam Maya Sender's Email : zakiepitihmasyu@yahoo.com Referrer : http://www.familiazam.com/hubungi_saya.htm Dikirim Oleh : Alam Maya E-mail Pengirim : zakiepitihmasyu[at]yahoo.com Dikirim Pada: Diterbitkan Pada: 25 November 2010

KU INGIN TERBANG
Aku aturkan langkah lari darimu, namun kemana sahaja engkau mengekori, aku tak pasti apa yang kau mahu, ingin saja ku terus menyinta, pasti aku akan terus merana , andai aku melupakanmu aku pula tak bisa.. apa lagi lagi yang harusku buat, segalanya masih lagi aku ingat , tentang siapa dia diantara kita, bukannya sekadar teman biasa, mesranya nampak ketara.. jangan lagi permainkanku bila mana kau tidak lagi menyinta, jangan pula luahkan sayang, bila dihatimu tiada lagi ruang.. bebaskanlah aku, aku ingin terbang jauh darimu...

Dikirim Oleh : Mzakiey Hs E-mail Pengirim : zakiepitihmasyuk[at]yahoo.com Dikirim Pada: Isnin, 1 November 2010 Diterbitkan Pada: Jumaat, 05 November 2010

http://www.familiazam.com/sajak.htm

Anda mungkin juga menyukai