Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : KAJIAN TEMPATAN Tahun : 4 Cemerlang Bilangan murid : 30 orang Tarikh : 12 Januari 2010 Masa : 10.20 pagi hingga 11.20 tengahari Tema 1 : 1. Rumah Sebagai Keperluan Asas Manusia Topik : 1.3 Jenis Rumah - Rumah di Malaysia Tajuk kecil : a. Rumah di Malaysia iii. Pembinaan Rumah

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

1. Menyenaraikan jenis ruang, struktur rumah dan bahan-bahan binaan yang digunakan dalam pembinaan rumah 2. Membanding dan membezakan rumah tradisional dan rumah moden berdasarkan pelan ruang, struktur dan bahan binaan rumah.

Pengetahuan Sedia Ada :

Murid pernah melihat bahan asas dalam pembinaan rumah tradisional dan rumah moden seperti papan, simen dan batu bata. Penerapan Nilai :

Berkerjasama, Berani

Unsur Patriotisme :

1. Berbangga dengan nilai estetika seni bina rumah di negara kita.

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

Bil 1. 2. 3. 4. 5.

Perkara Pamplet promosi penjualan rumah Slaid Power Point Kad Manila dan Pen Penanda Lembaran Kerja Slaid Power Point : Lagu

Kuantiti 6 set 8 slaid 6 keping kad dan 6 batang pen 30 helai 1 slaid

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari/Generik :

1. Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistic, Visual & Ruang dan Muzik 2. Kemahiran Belajar : Aplikasi, Mendengar & Mengingat, Mencari maklumat, menghubungkait dan membanding beza.

TMK :

Laptop, LCD, Power Point dan Audio-Visual

Prosedur perlaksanaan

Kemahiran Generik dan Bestari

Penerapan nilai murni, Unsur Patriotisma/Alam sekitar/SPP

Set Induksi : (5 minit) 1. Secara rawak, guru bertanyakan kepada murid, tentang keadaan ruang dalaman rumah masing-masing. 2. Murid melihat beberapa pamplet tentang penjualan. 3. Guru bertanyakan kepada murid apa yang difahami tentang isi kandungan pamplet tersebut. 4. Sekiranya kita mahu membina atau membeli rumah kita perlu melihat bukan sahaja bahagian luaran rumah sahaja, beri perhatian juga kepada pelan ruang, struktur dan bahan binaannya. 5. Guru mengaitkan isi kandungan pamplet tersebut dengan pelajaran hari ini iaitu tentang pelan ruang, struktur dan bahan binaan rumah. Kemahiran Belajar: Mencari maklumat Kecergasan Pelbagai : Verbal Linguastik ,visual SPP/ABM : Pamplet Promosi Penjualan Rumah

Langkah 1 : (15 minit ) 1. Guru menerangkan konsep pelan ruang rumah, struktur dan bahan binaan 2.Murid dan guru bersoaljawab mengenai tajuk yang diajar.

Kemahiran Belajar: Mendengar & Mengingat

SPP/ABM : Power Point

Strategi P&P : Direktif

Prosedur perlaksanaan

Kemahiran Generis dan Bestari

Penerapan nilai murni, Unsur Patriotisma/Alam sekitar/SPP

Langkah 2 : (20 minit)

Kemahiran Belajar: Mencari maklumat

SPP/ABM : Kad Manila, Pen Penanda Nilai Murni : Berani Unsur Patriotisme : Bersyukur kerana mempunyai rumah yang sempurna.

1. Guru Membentuk 3 kumpulan murid : Kumpulan 1 : Membuat kajian tentang pelan ruang rumah. Kumpulan 2 : Membuat kajian tentang Struktur rumah . Kumpulan 3 : Membuat kajian tentang bahan binaan rumah. 2. Setiap kumpulan perlu dibahagikan kepada dua pasukan iaitu pasukan A dan B. 3. Pasukan A akan melaksanakan kajian terhadap rumah tradisional. 4. Pasukan B akan melaksanakan kajian terhadap rumah moden. 5. Kedua-dua kumpulan membuat banding beza. 6. Kajian boleh dilaksanakan dengan merujuk kepada buku teks, buku rujukan atau bahan rujukan lain. 7. Hasil kajian perlu dinyatakan di dalam ruang kosong pada kad manila yang disediakan oleh guru. 8. Setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk membentangkan hasil kajian.

Kecergasan Pelbagai : Verbal Linguastik Interpersonal Strategi P&P : Koperatif dan Kolaboratif KBF: Banding beza

Prosedur perlaksanaan

Kemahiran Generis dan Bestari

Penerapan nilai murni, Unsur Patriotisma/Alam sekitar/SPP

Langkah 3 : ( 15 minit )

Kecergasan Pelbagai : Visual Ruang

SPP/ABM : Lembaran Kerja

1. Murid melukis pelan ruang idaman mereka, sama ada rumah

Kemahiran Belajar: Menghubungkait

tradisional atau moden dengan bimbingan Kemahiran Berfikir : guru. 2. Murid perlu melabelkan pelan ruang bagi rumah yang dilukis dan nyatakan bahan binaan yang akan digunakan. 3. Hasil kerja akan dipamirkan dan dinilai oleh guru Mencirikan. kreatif

Penutup : (5 minit) 1. Dengan berpandukan hasil kerja lukisan murid, guru membuat rumusan pelajaran hari ini. 2. Guru memperdengarkan lagu Rumah Kecilku dan meminta murid menyanyi bersama.

Kecergasan Pelbagai : Muzik

SPP/ABM : Power Point Unsur Patriotisme : Bersyukur mempunyai rumah yang sempurna.

NAMA KELAS TARIKH

: :........................................... :...........................................

LEMBARAN KERJA KAJIAN TEMPATAN : Pembinaan Rumah 1. Lukiskan pelan ruang rumah idaman anda pada bahagian kosong di bawah. Kemudian labelkan ruang rumah pada pelan tersebut.

2. Nyatakan 5 bahan binaan yang digunakan untuk membina rumah idaman anda.

a) _____________________________

b) _____________________________

c) _____________________________

d) _____________________________

e) _____________________________

Anda mungkin juga menyukai