Anda di halaman 1dari 4

Penentuan kestabilan stesen kawalan

Apabila suatu kerja ukur deformasi telah dihitung pelarasannya dengan kaedah kekangan minima maka langkah selanjutnya yang harus diambil ialah menyelesaikan analisis kestabilan stesen kawalan. Pada kebiasaannya stesen kawalan dalam jaringan ukur deformasi dibina dengan monumen yang dibuat dari konkrit dan dipanggil sebagai pillar. Oleh yang demikian analisis kestabilan stesen kawalan dirujuk juga sebagai analisis kestabilan pillar.

Contoh pillar yang terdapat di stesen kawalan jaringan deformasi

Pendahuluan
Deformasi dapat ditakrif sebagai berlakunya perubahan bentuk pada sesuatu objek. Deformasi tersebut boleh dikesan melalui pengukuran menggunakan kaedah geodetik yang dikenali juga sebagai ukur deformasi. Objek yang terlibat dalam ukur deformasi dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu deformasi benda atau struktur dan deformasi fizikal atau permukaan bumi. Antara contoh-contoh objek dan struktur yang terlibat dengan pemakaian ukur deformasi adalah struktur binaan seperti empangan, jambatan, terowong dsb. Bagi deformasi dalam kategori fizikal pula contohnya adalah fenomena mendapan tanah, pergerakan tektonik, perubahan fizikal setempat akibat gempa bumi, tsunami dan sebagainya.

Ukur deformasi struktur jambatan menggunakan GPS (Tsing-Ma Bridge, Hong Kong)

Ukur deformasi di Empangan Elektrik Hidro Kenyir

Jaringan absolut ukur deformasi empangan

Anda mungkin juga menyukai