Anda di halaman 1dari 4

Siaran Tutor Utusan Malaysia DBP IPBMM Komsas Puisi Tradisional : Seloka Oleh : Mohd.

d. Fauzi bin Abdullah Soalan Model SPM Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Seloka Pak Kaduk Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai Ada nasi dicurahkan Awak pulang kebuluran Mudik menongkah surut Hilir menongkah pasang; Ada isteri dibunuh Nyaris mati oleh tak makan Masa belayar kematian angin Sauh dilabuh bayu berpuput Ada rumah bertandang duduk. Antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 9 i) Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan ada rumah bertandang duduk. (2 m) ii) Pada pendapat anda, benarkah Pak Kaduk bernasib malang. Beli alasan. ( 3m ) iii) Jelaskan perbandingan cirri bentuk antara gurindam dan seloka (4 m) Tip Soalan dan Jawapan i) Soalan menguji kefahaman bahasa. Ungkapan berkenaan bermaksud orang yang suka pergi (bertandang) ke rumah orang lain, walaupun mempunyai rumah sendiri yang selesa. ii) Soalan menguji keupayaan berfikir kritis (memberi pendapat). Pelajar harus memahami isi petikan dengan jelas. Pelajar juga harus faham bahawa seloka bermaksud jenaka @ menyindir. Oleh itu pemilihan katanya cenderung membawa makna terbalik dari maksud asal. Sekali imbas, watak Pak Kaduk kelihatan bernasib malang. Apa sahaja tindakannya tidak berhasil malah menyusahkan/ merugikan diri. Namun secara kritis, dapat difikirkan bahawa pernyataan ini adalah satu sindiran terhadap sikap orang Melayu @ Islam yang

suka menjadikan takdir @ nasib @ malang sebagai bala yang diturunkan Tuhan (menyalahkan Tuhan) tanpa meneliti kelemahan diri sendiri. Meneliti tindak-tanduk Pak Kaduk, secara kritis kita melihat bahawa apa yang berlaku bukanlah disebabkan nasib malang / ketentuan Tuhan. Sebaliknya, semua berpunca dari sikap Pak Kaduk sendiri yang jahil dan tidak berhati-hati dalam tindakannya. Misalnya : Tidak bijak mengatur strategi ; kalah berjudi ayam sehingga tergadai rumah dan kampung halaman, akibatnya mengalami kerugian. Jahil tentang hukum alam (ilmu Geografi) ; mudik ketika air surut (menongkah surut) / menghilir ketika air pasang (menongkah pasang)/ memulakan belayar ketika tiada angin (kematian angin) / melabuhkan sauh ketika ada angin (bayu berpuput) , akibatnya menyusahkan diri. Bertindak tanpa berfikir ; membuang nasi, membunuh isteri , akibatnya merugikan @ menyusahkan diri sendiri Tidak menghargai milik sendiri ; rumah sendiri diabaikan malah lebih suka mrerempat (bertandang duduk) di rumah orang lain, akibatnya ia sentiasa di pandang hina. iii) Menguji kefahaman aspek sastera komsas iaitu perbandingan ciri bentuk antara gurindam dan seloka. Pelajar harus menjawab dalam bentuk perbandingan langsung, dalam satu ayat pernyataan. Contoh dan huraian contoh yang sesuai boleh disertakan bagi mengukuhkan fakta dan penjelasan. Aspek banding-beza gurindam dan seloka adalah seperti di bawah : Aspek Struktur rangkap Gurindam Berangkap-rangkap. Bebas berdiri sebagai satu rangkap berasingan. Satu rangkap adalah satu idea (isi) Berkerat-kerat 2 3-5 patah perkataan @ 8-12 suku kata Rima hujung : aa Rima tengah : tak penting Induk kalimat/ syarat Anak kalimat/ jawab Serius. Pernyataan / perasaan/ panduan/ nasihat Seloka Keseluruhan satu rangkap.. Seluruh rangkap adalah kesatuan idea (isi) Bebas Tidak ditentukan. 11 baris 3-4 patah perkataan @ 8-12 suku kata Rima hujung ; bebas Tiada rima tengah Induk maksud Penerang maksud Sindiran-jenaka Guruan-nasihat dalam bentuk anakdot/ pemerian

Bentuk rangkap Baris rangkap Jumlah kata @ suku kata sebaris Skima rima Pembahagian unit Corak isi

Informasi Istilah seloka berasal dari perkataan Sanskrit shloka Erti seloka dalam bahasa Melayu ialah jenaka/ seloroh/ sindir-giat

Seloka dipercayai masuk ke dalam kesusasteraan Melayu melalui perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabharata dan Ramayana (kitab suci agama Hindu) merupakan buku terawal yang ditulis dalam bentuk shloka. Mahabharata ditulis dengan 100,000 rangkap shloka, Ramayana ditulis dengan 24,000 rangkap shloka. Seloka adalah puisi sisipan bagi menggambarkan perwatakan watak utama cerita jenaka Melayu, digambarkan secara jenaka-ejekan-sindiran. - Sekian, selamat belajar 27/2/2007

Anda mungkin juga menyukai