Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Tahun Bilangan Murid Tema Tajuk Tarikh Masa : Bahasa Melayu : 3 Orked : 32 orang : Cintailah Bumi Kita : Pencemaran Alam Sekitar : 14 Ogos 2010 : 60 minit

Objektif

: Pada akhir pelajaran murid dapat; i. Membaca teks berita dengan intonasi dan sebutan

yang betul ii. Menyatakan 5 kesan pembuangan sisa bahan kimia. iii. Fokus Utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 3 (i) Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betulserta gaya yang sesuai. Fokus Sampingan : 11.2 Mengulas karya bukan sasteradari aspek penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran. Aras 1 (i) Mengecam maklumat yang terdapat dalam teks. Menulis di dalam buku tulis

Sistem Bahasa Tatabahasa: i. kata bilangan ii. kata majmuk

Sebutan dan intonasi: i. berita

Kosa Kata: i. pencemaran ii. menjejaskan iii. membanteras Pengisian Kurikulum Ilmu : i. Pendidikan Alam Sekitar

Nilai murni: i. Bekerjasama ii. Mencintai Alam Sekitar iii. Tolong-menolong

Pengetahuan Sedia Ada: i. Murid-murid pernah melihat sungai yang bersih ii. Murid-murid pernah makan ikan yang enak rasanya iii. Murid-murid pernah melihat sungai yang dicemari oleh benda-benda yang kotor.

Kemahiran Bernilai Tambah; i) Kemahiran berfikir ii) Kemahiran membuat keputusan iii Menjana idea

Bahan bantu mengajar i. LCD ii. Petikan teks berita ii. Lembaran kerja iv. CD pencemaran ikan v. Projector slaid

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Guru

menayangkan

klip

vedio BBM: - LCD

ikan kekek . Murid-murid melihat klip

vedio - CD

tersebut dan menyanyi bersama. - Guru mengaitkan vedio tersebut KBT: dengan pelajaran pada hari ini iaitu - Menjana idea berkaitan sungai. dengan pencemaran

Langkah 1 (20 minit)

- Murid murid diedarkan petikan BBM: berita bertajuk Kesan Pembuangan Bahan Murid-murid diminta Petikan berita Kesan Kimia. bertajuk Kimia.

membaca Pembuangan Bahan

petikan tersebut secara senyap. - Beberapa orang murid diminta ke hadapan dan membaca

petikan KBT: Kemahiran

dengan sebutan dan intonasi yang betul. Guru membimbing murid-murid Nilai: membaca

membaca dengan betul.

Mencintai

Alam

Sekitar

Langkah 2 (20 minit)

- Murid-murid dibahagikan kepada 6 BBM: kumpulan. Guru berbincang secara lisan - Peta minda

apakah punca pencemaran sungai KBT; yang terdapat di dalam petikan iaitu - Kemahiran berfikir pembuangan sisa bahan kimia - Menjana idea

beracun dari sebuah kilang di sungai itu. Nilai

- Murid-murid diedarkan peta minda - Kerjasama yang bertajuk Kesan Pembuangan Bahan Kimia. - Murid-murid diminta berbincang di dalam kumpulan untuk mencari sisa Mencintai Alam

Sekitar.

kesan-kesan bahan kimia.

pembuangan

- Murid-murid diminta menulis di dalam peta minda tersebut. - Guru membimbing murid murid.

Langkah 3 (10 minit)

- Guru menulis beberapa perkataan yang susah. - Murid-murid diminta mencari makna perkataan tersebut di dalam kamus yang disediakan oleh guru secara berkumpulan. a) Membanteras b) Pencemaran c) menjejaskan

Penutup (5 minit)

- guru menayangkan kembali klip BBM vedio lagu ikan kekek Klip vedio lagu - murid-murid menyanyi bersama- ikan kekek sama. Guru merumuskan menyatakan pelajaran KBT: nilai-nilai - Kemahiran berfikir

dengan

kemanusiaan yang terdapat di dalam klip vedio tersebut iaitu: Nilai

i)

Janganlah

kita

mencemarkan -

Cintailah

sungai

keindahan sungai kita. ii) Peliharalah ikan-ikan supaya ia tidak pupus - Guru juga menyatakan tindakan yang boleh diambil jika kita

kita

mendapati sungai tercemar: i) Laporkan kepada Ketua Kampung ii) Laporkan kepada Jabatan Alam Sekitar.

TEKS PENDIDIKAN ALAM SEKITAR KESAN PEMBUANGAN BAHAN KIMIA


SIMUJAN, 4 Julai Beratus ratus ekor ikan mati di Sungai Ladong sejak dua hari yang lalu yang dipercayai akibat pembuangn sisa bahan kimia beracun dari sebuah kilang di sungai itu. Ekoran daripada kejadian itu, nelayan nelayan di sekitar kawasan berkenaan kehilangan mata pencarian. Selama ini, sungai tersebut merupakan tempat mereka menangkap ikan. Menurut seorang penduduk di situ, dia selalu menangkap ikan di sungai itu untuk mencari pendapatan sampingan selain berkebun. Sekiranya kegiatan ini berlarutan tanpa sebarang tindakan, sudah tentu akan menjejaskan rezeki penduduk di situ. Menurut ketua kampung Sungai Ladong, Encik Arshad Ahmad, perbuatan membuang sisa bahan kimia beracun ini dipercayai dilakukan oleh pekerja pekerja kilang. Mereka melakukan kegiatan itu pada waktu malam supaya tidak dikesan oleh pihak berkuasa. Kegiatan pembuangan sisa bahan kimia beracun itu mula disedari oleh penduduk kampung sejak dua hari yang lalu apabila ikan mati dan terapung apung di permukaan sungai. Selain itu, air Sungai Ladong turut bertukar warna dan berbau busuk. Keadaan ini menyebabkan penduduk yang tinggal di sekitar sungai tersebut berasa kurang selesa. Di samping itu, kesihatan penduduk akan terjejas sekiranya mereka makan ikan yang ditangkap dari sungai tersebut. Sehubungan dengan itu, ketua kampung meminta pihak Jabatan Alam Sekitar menyiasat dan mengenakan tindakan terhadap pengusaha kilang berkenaan. Tindakan ini perlu untuk mengelakkan lebih banyak ikan mati sekaligus dapat membanteras kegiatan mencemarkan sungai.

KESAN KESAN PEMBUANGAN SISA BAHAN KIMIA

Anda mungkin juga menyukai