Anda di halaman 1dari 2

KONSUMERISME / KEPENGGUNAAN - pergerakan untuk membela kepentingan dan kebajikan pengguna. 1.

Konsumer/ Pengguna - individu yang membeli dan menggunakan barang atau mendapatkan perkhidmatan. 2. 3 Matlamat Konsumerisme - menyatupadukan dan menggemblengkan usaha pengguna untuk mempertahankan kepentingan dan hak sendiri. - mewujudkan keadilan dan kesaksamaan dalam hubungan antara penjual dengan pengguna. - mewujudkan masyarakat pengguna yang bijak serta memahami hak dan tanggungjawabnya. 3. Sebab- sebab pengguna memerlukan perlindungan - amalan perniagaan curang contoh: barang rosak, busuk, tidak bermutu; menjual barang naik harga; sorok barang; timbangan dan sukatan yang tidak tepat - melakukan iklan yang mengelirukan - menghasilkan keluaran yang membahayakan - kejahilan pengguna tentang haknya - kelemahan pengguna sendiri ** tidak rasional, ingin menonjol status 4. Pertubuhan Kesatuan Pengguna Sedunia atau International Organisation of Consumer Union telah memperihalkan 8 hak asasi pengguna. - Hak mendapatkan keselamatan - Hak mendapatkan maklumat - Hak mendapatkan keperluan asas - Hak mendapatkan ganti rugi - Hak mendapatkan pendidikan kepenggunaan - Hak mendapatkan alam sekitar yang sihat - Hak membuat pilihan - Hak bersuara 5. Tanggungjawab pengguna - kesedaran mengkritik - penglibatan dan tindakan - tanggungjawab sosial - tanggungjawab terhadap alam semula jadi - bersatupadu 6. Membeli dengan bijak i. Merancang jenis barangan yang hendak dibeli ii. Menentukan sebab dan rasional untuk membeli iii. Memilih masa yang sesuai untuk membeli iv. Memilih tempat yang sesuai untuk membeli v. Mengetahui teknik membeli ** memeriksa harga, kualiti, kuantiti, isi kandungan, tarikh luput barang yang sebelum membeli. ** simpan invois, resit, atau kontrak jual beli sebagai bukti pembelian.

Disediakan oleh Tran Jack. 2013

PERANAN KERAJAAN DAN AGENSI LAIN DALAM MELINDUNGI PENGGUNA 1. UNDANG- UNDANG PERKARA Keselamatan pengguna UNDANG- UNDANG Akta Elektrik 1946 Peraturan Makanan 1985 Akta Racun Makhluk Perosak 1974 Akta Pembasmian Malaria 1974 Ordinan Pendaftaran Farmasi 1951 Ordinan Ubat- Ubatan, Iklan, dan Jualan 1956 Akta Sewa Beli 1967 Akta Kawalan Harga 1946 Akta Kawalan Bekalan 1961 Akta Perihal Dagangan 1972 Akta Timbang dan Sukat 1972 Akta Mutu Alam Sekitar 1974 Enakmen Air dan Enakmen Hutan Akta Kontrak 1974 Akta Insurans 1963 Akta Pemaju Perumahan 1983

Kesihatan pengguna

Kepentingan ekonomi pengguna

Alam sekitar pengguna Ganti Rugi pengguna

2. Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna Kebangsaan (MPPPK) - Menasihati kerajaan dalam hal- hal bersabit dengan perlindungan pengguna. - Mencegah penyelewengan dan ketidakadilan. - Menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat. 3. Persatuan pengguna (Contoh: FOMCA) - Menerima dan menyiasat aduan daripada pengguna. - Menjalankan penyelidikan terhadap barang di pasaran. - Memberi laporan tentang hasil penyelidikan dan disebarkan kepada pengguna. - Mengadakan kependidikan kepenggunaan. 4. Tribunal Tuntutan Pengguna - Memudahkan pengguna membuat tuntutan jika ditipu oleh peniaga atau pengeluar. - Jumlah ganti rugi yang dibayar tidak melebihi RM 10000. - Mengurangkan kos peguam dan tuntutan. - Tatacara membuat tuntutan a) Pengguna mengisi borang tuntutan dan dihantar kepada tribunal. b) Salinannya dihantar kepada peniaga yang berkaitan c) Kes tuntutuan akan dibicarakan tanpa bantuan penguam dan dihadiri oleh pengguna dan peniaga. d) Kes diadilli oleh Presiden Tribunal e) Ganti rugi akan dibayar jika terbukti berlakunya penyelewengan. 5. Persatuan pengeluar, peniaga dan profesional - Mengimbangkan kepentingan ahli sendiri dengan kepentingan orang awam. - Memastikan pengguna dijual barang yang bermutu dan perkhidmatan yang berkualiti. 6. Kementerian dan jabatan Kerajaan - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK) - Kementerian Kesihatan - Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Sirim Berhad

Disediakan oleh Tran Jack. 2013

Anda mungkin juga menyukai