Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran Tajuk Tarikh Objektif

: : : :

GERKO Permainan Hoki Kemahiran Menjaga Gol 21 September 2012 Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1. Menyatakan alat-alat keselamatan yang diperlukan oleh penjaga gol. 2. Menguasai kemahiran-kemahiran asas bagi menjaga gol.

Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Pelajar memanaskan badan dengan Pembukaan (5 minit) mengikut gerkan yang ditunjukkan.

1. Pelajar akan diminta untuk membuat satu separa bulatan bagi aktiviti memanaskan badan. 2. Pelajar akan mengikut setiap gerakan bagi memanaskan badan yang ditunjukkan. Setiap gerakan akan dilakukan selama 8 saat.

Taklimat perlatan penjaga gol. Langkah 1 (10 minit)

1. Pelajar diminta untuk berkumpul bagi mendengar taklimat. 2. Jurulatih/ guru akan memberi taklimat mengenai peralatan keselamatan yang diperlukan oleh penjaga gol dalam permainan hoki.

Taklimat pergerakan asas penjaga gol Langkah 2 (10 minit) dalam permainan hoki.

1. Pelajar diminta untuk berkumpul bagi mendengar taklimat kemahiran asas penjaga gol dan melihat demo yang akan ditunjukkan oleh jurulatih/ guru. 2. Pelajar diminta untuk mengulang semula apa yang telah mereka lihat selepas demo dilakukan.

Latihan kemahiran asas yang pertama.

1. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. (3 orang untuk satu kumpulan) 2. Pelajar akan diberi peranan masing masing. (Pemain A, pemain B dan

Langkah 3 (15 minit)

seorang penjaga gol) 3. Pemain A dan B memukul/menolak bola secara bergilir-gilir kea rah gol dan penjaga gol akan menjaga gawang daripada dibolosi oleh pemain A dan B dengan teknik menyepak (kicking). 4. Peranan tersebut akan ditukar selepas 5 minit.

Latihan kemahiran asas yang kedua.

1. Pelajar masih kekal dalam kumpulan bertiga. 2. Pelajar akan diberi peranan masing masing. (Pemain A, pemain B dan seorang penjaga gol)

Langkah 4 (15 minit)

3. Pemain A dan Pemain B memukul/ menolak bola secar bergilir-gikir pada sudut kiri dan sudut kanan penjaga gol. 4. Penjaga gol akan menjaga gawang daripada dibolosi dengan teknik lompatan/terpaan (diving). 5. Peranan tersebut akan ditukar selepas 5 minit. Pelajar akan melakukan aktiviti menyejukkan badan. 1. Pelajar akan diminta untuk membuat satu separa bulatan bagi aktiviti menyejukkan badan. 2. Pelajar akan mengikut setiap gerakan bagi

Penutup (5 minit)

memanaskan badan yang ditunjukkan. Setiap gerakan akan dilakukan selama 5 saat. 3. Pelajar akan diarahkan untuk menarik nafas sedalam yang mungkin sebanyak 3 kali.

Anda mungkin juga menyukai