Anda di halaman 1dari 18

ADAT KEMATIAN

KAUM IBAN

SEMASA UPACARA KEMATIAN UPACARA PENGEMBUMIAN

Selepas upacara kematian

Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Semua saudara mara dan sahabat handai menghadiri upacara kematian. Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja seseorang itu meninggal ialah merapatkan mulutnya dan ini dilakukan oleh ahli keluarga si mati. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian sebaik-baiknya. Kemudian mayat diletakkan di tengah-tengah Rumah Panjang. BAYA - Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia kedua kelak (dunia selepas mati) Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian di Ruai. Upacara menghormati si mati dilakukan selama tiga hari tiga malam di Rumah Panjang. Pada malam ketiga sebelum pengembumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang.

Menjelang subuh selepas malam ketiga, penghuni Rumah Panjang bersiap-siap untuk menghantar si mati ke kubur. Si mati telah disimpan ke dalam keranda pada malam kedua atau ketiga hari penghormatan si mati. Semua BAYA disusun untuk dibawa ke kubur. Orang lelaki berperanan dalam mengusung keranda ke kubur. Setelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam dikorbankan di atasnya. Lubang kubur digali tanpa menggunakan sebarang alatan. Hanya tangan dan kayu sahaja boleh digunakan. Sebuah pondok kayu dibina di atas kubur untuk melindungi kubur. BAYA (Barang-barang si mati) disimpan di dalam pondok tersebut.

Masa berkabung bermula sebaik sahaja upaca pengembumian selesai. Tempoh berkabung bergantung kepada keluarga si mati. (sebulan, tiga bulan, dua minggu, seminggu) Dalam tempoh itu, unggun api dinyalakan di luar rumah selama tiga malam. Dalam tempoh berkabung, penghuni Rumah Panjang termasuk keluarga si mati tidak dibenarkan mengadakan sebarang majlis hiburan termasuk mendengar lagu, radio, dan menyanyi. Ahli keluarga si mati juga dilarang memakai barang kemas dan pakaian bewarnawarni. Selepas tempoh berkabung tamat, seorang lelaki yang dihormati dijemput untuk menjalankan upacara NGETAS ULIT sebagai tanda tamat berkabung.

SABAK BUAH

SABAK BUAH = SONG OF THE DEATH. Upacara ini dilakukan sebelum si mati dihantar ke kubur atau sebulan selepas upacara kematian (selepas tempoh berkabung). Seni kata Sabak Buah adalah untuk mengiringi si mati dari dunia ke Sebayan (dunia selepas mati)

SABAK SEBANA

SABAK SEBANA atau SABAK KANGAU merupakan suara tangisan yang disertakan dengan luahan perasaan secara bersuara. Ianya bagi meratapi kesedihan ditinggalkan oleh si mati. Seni kata Sabak Sebana ini tidak terikat. Apa yang disebut adalah bergantung kepada luahan perasaan seseorang.

PAKAIAN

TRADISION AL

lungun

Anda mungkin juga menyukai