Anda di halaman 1dari 20

Menurut sumber akademik, terdapat 5 teori mengenai asal usul kaum Dusun di

Sabah. Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari
Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara (T.R. Williams: 1965). Dalam
kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal,
bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh
masyarakat Kadazan-Dusun.Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan
penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam
dari Myanmar (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965).Teori Ketiga,
Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan
Owen Rutter:19220).Teori Keempat, Kaum Kadazandusun adalah keturunan
orang purba Gua Madai.Teori kelima, mengatakan kaum ini asalnya dari suku
kaum Bunun di Taiwan.
Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan
dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya Siminundu.
Walaubagaimanapun, kebenaran mitos ini hanya didukung oleh masyarakat
Dusun tradisional sahaja. Ekoran daripada kemasukan agama fahaman
monotheisme khususnya Islam dan Kristian maka generasi sekarang lebih
bersifat logistik dan telah mengenepikan mitos tradisional mengenai asal usul
mereka yang bersifat metafizik.
Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman
monotheisme di kalangan masyarakat Dusun sejak tahun 1970-an, cara hidup
orang Dusun mula berubah namun demikian masih terdapat khazanah-khazanah
berharga yang masih utuh dan tidak dimakan zaman. Khazanah-khazanah
berharga ini merujuk kepada warisan cara hidup tradisi dari segi adat, sistem
kepercayaan tradisional, budaya dan sebagainya termasuklah dari sudut
kesenian. Kesenian merupakan salah satu aspek warisan yang kekal dan
terpelihara sehingga sekarang ekoran pengaplikasiannya ke dalam kehidupan
seharian. Hal ini senang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Dusun
sehingga sekarang disebabkan tidak memerlukan proses yang sukar, tambahan
pula aspek kesenian ini boleh diikuti dengan mudah dan jarang bertentangan
dengan hukum agama monotheisme yang dianuti oleh masyarakat Dusun
sekarang ini.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan
satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai
barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota
Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah
petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka
memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di
sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal
(mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya
Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di
daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-
Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah
Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti
Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat
Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah
terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud
(Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang
yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau
bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini.
Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.
Salah satu aspek kesenian yang amat popular dan diterima ramai dalam
masyarakat Dusun ialah seni nyanyian tradisional. Seni nyanyian ini bukan
sahaja digemari oleh masyarakat Dusun malah disukai oleh masyarakat lainnya
di Sabah. Nyanyian yang sering dinyanyikan oleh masyarakat natif Sabah adalah
berdasarkan kepada bahasa atau dialek etnik masing-masing. Masyarakat
Dusun menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Dusun, namun demikian
terdapat lagu-lagu ciptaan yang dicampuradukkan bahasanya dengan etnik lain
yang hampir sama. Seni nyanyian ini turut menjadi salah satu identiti masyarakat
natif di Sabah kerana ianya agak unik dan berbeza-beza mengikut suku.




Admin:Kamarul Arnizam






Upacara Momohizan
Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi
selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan
memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan
padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara
momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum Kadazandusun
golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan meminta untuk
didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'.
Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta para penduduk
kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis minuman keras tradisi
Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malam iaitu setelah
semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaum Kadazandusun)
yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakan upacara ini dengan
memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat padi) Apabila selesai
membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabila semua miontong dan 'tasab'
(malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan akan menaburkan serbuk ragi
(manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas nyiru dan diletakkan di ruang
tengah rumah.
Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad dilakukan bersama-sama dengan
miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang ditabur dengan ragi itu kemudian diisi ke
dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu diletakkan arang (popou), kemudian mulut
sukat ini akan ditutup dengan daud simpur (daingin). Kemudian Bobohizan akan
mengisi beras ke dalam nyiru yang berbentuk segitiga (hihibuh), ketua Bobohizan akan
memungut sedikit beras dari nyiru dan meletakkannya ke atas gendang.
Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan kemudiannya
memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-sama memakan
beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang terdiri daripada
sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul gendang sambil menyanyi
dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti dengan mantera 'sumava'. Seiringan
dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan daun simpur. Nasi yang
dibungkus ini kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi ke dalam tempayan kecil.
Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batang bambu yang tingginya kira-kira
tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuk tempayan itu diletakkan. Batang bambu ini
diikat pada tiang rumah dengan menggunakan tali kyang diperbuat daripada kelapa
(hisad).
Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai (moginum)
bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia untuk menjemput dewata dari
kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepada mereka untuk
menjaga dan melindungi padi serta keluarga suku kaum Kadazandusun.
Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti dengan mentera
'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan yang menurut
mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para Bobohizan
akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera 'modsuut/soikung'
iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akan menentukan arah tujuan
masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan belayar ke kayangan (minsavat).
Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan pula
membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yang diperbuat
serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia yang
dipercayai diturunkan oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan
peperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'.
Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan 'mintong' ialah
nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi (santadang paai).
'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari jam 1.00 tengah
malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah turun ke bumi dengan
roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar, samada mereka akan tidur
atau makan.
Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tarian tradisional
Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi
Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung', 'painsan',
'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik' tompuvan'
(mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah).
Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang telah
disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah seekor ayam dengan seekor babi.
Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan babi betina dan
sebaliknya. Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya akan dikuis pada
tuan rumah dan para tetamu.
Ini ialah untuk melindungi mereka daripada serangan penyakit agar mereka akan
sentiasa sihat dalam mengerjakan sawah padi masing-masing. Setelah itu tetamu akan
dijamu dengan makanan yang telah disediakan seperti nasi, tapai, daging ayam, daging
babi dan sebagainya. Setelah Bobohizan menjamu selera, mereka akan turun ke
bawah rumah dan membawa korban itu bersama-sama mereka. Bobohizan akan
membaca mantera sambil memegang ayam korban dan sumazau.
Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala ayam itu
dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan klip rambut yang
besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga terhidu baunya.
Ertinya ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong. Seterusnya Bobohizan
akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu dengan menuangkan sedikit tapai
ke tanah.
Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan membaca mantera
'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan. Kemudiannya korban-korban itu
akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para Bobohizan naik ke rumah, salah
seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada Bobohizan sebagai membersihkan
Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan pula akan menyanyikan mantera
'sumamboi'.
Bobohizan akan berehat seketika, kemudian acara 'magampah' akan diadakan dimana
tetamu dan ahli keluarga tuan rumah terutamanya kanak-kanak akan duduk
berkumpulan pada suatu tempat (lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup dengan
kain yang besar sambil Bobohizan menari-nari mengelilingi mereka dengan membaca
mantera dan memukul dua bilah parang (tandus atau ilang) di atas kain yang menutuoi
kumpulan itu untuk menghalau penyakit.
Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini dengan
menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga). Apabila
mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan mereka yang
ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk meninggalkan penyakit
ditempat mereka berekumpul tadi.
Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau. Selepas
jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazau miontong' ini ialah
untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari sumazau bersama-
sama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang bambu (binabat) yang telah
disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah.
Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai akandipungut
dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada 'miontong'.
Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban-korban seperti
daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian usus korban ini
akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan. Upacara ini dinamakan
'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi makan kepada miontong .
Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka. Semasa
perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizan dilarang
untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara momohizan
ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya Bobohizan akan
membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga rumah/padi saja.
Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada para
Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanan dan
minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun (kizat)
atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk berhibur yang di
selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai makan, Bobohizan
akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit (huus).
Humabot
Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek
moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini
yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak
rumah itu didirikan.
Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad ke
liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar
kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-
roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan
malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika
tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan
sedikit dari tapak asal.
Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara
'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca
mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya
dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka
atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk menghalau
roh-roh jahat pembawa malapetaka.
Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan dihidangkan
dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga yang mempunyai
ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta ketua keluarga itu
baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai bertujuan untuk menjemput
rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah itu.
Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog sisit' iaitu
upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara keramaian
seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan rumah tinggal di
rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja semangat rumah.
Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul, upacara ini
juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan meriah sekali.
Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang.
Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai kemudian
meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum dan nasinya
pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini adalah untuk
memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum lelaki juga akan
melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai sambil bertempik sorak
(memangkis) .
Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun simpur itu
habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia diadakan dan
lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan upacara keramaian
iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan sebagai sogit (korban).
Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara
menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa
keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara ganjil
dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan (potizukon)
akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah baru itu.
Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputeraasli yang
terbesar di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku
Bunun di Taiwan. Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai
bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam
tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun
Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun
Labuk, Dusun Kimaragang,Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang
Sungai, Kuijau,Tambanuo, dan sebagainya.
Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin
Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi
menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi
memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai,
tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu
istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang
merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang
tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu,
Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau,
Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi
sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap
ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah
pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah
berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu
umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah
Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas.
Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agamaKristian. Bagi Orang
Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam
manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan,
Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang
Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah
terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud
(Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah
panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200
orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang
dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan
fizikal dan mental.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan
etnikKadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan
ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum
Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara
bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa
Indonesia.
1 . 0 P E N G E N A L A N
KADAZANDUSUN merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang terbesar di Negeri
Sabah. Masyarakat ini merupakan golonganpetani, tetapi dengan perkembangan
sosio-ekonomi yang dicapai olehnegara Malaysia sekarang, masyarakat ini beransur-
ansur beralih kebidang perkhidmatan, perniagaan dan pertanian moden.
SebelumSabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat Kadazandusun dikenalisebagai
Dusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luar kepada mereka.Setelah mencapai
kemerdekaan, mereka menggunakan nama"Kadazan"secara rasmi sebagai identiti
mereka. Tetapi, oleh 'kerana masihterdapat etnik dari pedalaman yang berpendirian
mendukung identiti"Dusun", istilah "Kadazan" dan "Dusun"dipersatukan
menjadi"Kadazandusun" untuk memupuk dan menyatupadukan semangat"kesatuan" di
kalangan mereka.Banci pada tahun 1991 menunjukkan bahawa dari jumlah 1,8 juta
orang penduduk Sabah, terdapat 372;089 orang Kadazandusun.Anggaran jumlah
penduduk Kadazandusun pada tahun1994 bertambahmenjadi 433,600 orang, yang
mana ianya terbahagi dalam duakumpulan etnik iaitu Kadazandusun dan
Murut./Sebilangan besar darimereka terdapat di daerah Penampang, Putatan,
Kawang, Papar,Kimanis, Bongawan, Beaufort, Kuala penyu, Tuaran, Tamparuli,
KotaBelud, Kota Marudu, Kudat. Pitas, LabukSugut, Paitan, Telupid,
Ranau,Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Pensiangan dan Ulu Kinabatangan.Menurut
Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah(KDCA) dan di dalam perlembagaannya,
Kadazandusun merujuk kepadaempat puluh etnik seperti
berikut:Bonggi,Lingkabau,Nabai,Tatana,Bundu,Liwan,Paitan,Tangara,Dumpas,Lobu,Pingas,Tidong,
Gana, Lotud, Rumanau,Tindal,Garo,Lundayo, Rungus,Tobilung,Idaan, Makiang,Sinobu,
Tolinting,Kadayan,Malapi,Sinorupu,Tombonuo,Kimaragang,Mangkaak,Sonsogon,Tuhaw
on,Kolobuan,Minokok,Sukang,Tutung,Kuijau, Murut, Sungai, Bisaya Kesemua etnikini
mempercayai bahawa mereka berasal dari Nunuk Ragang,iaitu satupetempatan awal
Kadazandusun yang terletak di Kawasanperkampungan Tompios dalam daerah
Ranau.(http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=896)Sesungguh
nya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyakbudaya yang boleh diwarisi contohnya
dari segi asal-usul, lagenda danperkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa,
pakaian tradisional,muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya,
tariantradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budayaKadazandusun
ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan padasetiap tahun. Dalam aspek asal-
usul, lagenda dan perkembangan sukukaum Kadazandusun menjelaskan tentang
kelahiran kaumKadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari
"NunukRagang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaumini ke
seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhisosio budaya mereka
mengikut tempat yang baru, contohnya dariaspek bahasa dan corak kehidupan
mereka. Mengikut statistik,terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam
suku kaumKadazandusun.Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan
ejaanbanyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan danejaan
sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain dinegeri sabah adalah berlainan
tetapi masih membawa erti dan makna yang sama. Pakaian tradisi ini pula berbeza
mengikut kawasan dansosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini,
tumpuandiberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnikdalam
Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri.Muzik tradisi yang ditonjolkan
dalam kaum ini amat menarikdan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini
banyak terdapatdalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk
diwarisioleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yangpopular ialah
gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak,bungkau, pumpuak, sundatang,
suling, turali, tongkungon dan lain-lainlagi. Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini
memiliki pelbagaibudaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup
mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak
kehidupanmereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adatresam
inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakatKadazandusun sesuatu
kawasan.Dalam setiap upacara rasmiataupun perayaan tertentu, tarian
tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi dayatarikan dan kemeriahan
majlis tersebut. Setiap etnik dalamKadazandusun mempunyai tarian tradisinya
sendiri. Corak tariantradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan
tertentu.Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusundan
kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan PestaKaamatan yang diraikan
pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalamperayaan ini,berbagai acara menarik
dan juga budaya kaumKadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain
acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan

Mitos Asal -Usul
KaamataM i t o s 1 ( http://anjunglarik.blogspot.c
om/2008/06/dusun-kadazandus u n - s i r i - s abah- 2. ht ml )
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek danlokasi suku
kaum Dusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawamaksud yang sama. Menurut
cerita lisan, Kinoingan(Dewa) danisterinya Suminundu mempunyai seorang anak
perempuan yangbernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang
Dusundaripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi,maka
Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan merekaHuminodun. Huminodun
dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adatistiadat selengkapnya. Kononnya, mayat
Huminodun itu telahmengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi
makananutama kepada kaum Dusun. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi.Oleh
kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benihpadi, maka
wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyaisemangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilahorang-orang Dusun memulakan upacara Pesta Kaamatan(Pesta
Menuai).Perayaan seumpama ini dirayakan dengan harapan agar rezeki yangakan
datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatanterhadap semangat padi
yakni padi-padi yang selesai dituai dan telahselamat dimasukkan ke dalam
ketawai/tangkob (bekas tempatmenyimpan padi). Selain itu, perayaan Pesta
Kaamatan ini jugamengingatkan kita akan rasa penghargaan dan
penghormatanmasyarakat Kaum Dusun akan Dewa Kinoingan yang
sanggupmengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkanorang-
orangnya supaya tidak mati kebuluran.
M i t o s 2 ( http://anjunglarik.blogspot.com/2008/0
6/dusun-kadaza ndus u n - s i r i - s a ba h- 2. ht ml )
Dikisahkan, masyarakat Dusun pada zaman silam tinggal disuatu lembah yang subur.
Pada satu hari berlakulah satu kejadian yangganjil, dimana segumpal batu telah
tumbuh di satu kawasan dalamlembah tersebut. Kian hari batu itukian membesar.
Kian hari kianpanas pulalah cuaca di lembah itu. Akhirnya lembah yang subur
itukering kontang akibat ditimpa bencana kemarau. Tanam-tanaman sertabinatang-
binatang ternakan turut musnah. Dalam mengharungimalapetaka alam itu, beberapa
orang kampung didatangi mimpi yangserupa. Kononnya mala petaka yang menimpa
mereka akan berakhir jika seorang perempuan cantik yang berhati mulia dapat
dijadikankorban kepada batu itu.Hebohlah orang-orang kampung memperkatakan
tentangmimpi itu. Maka TokKetua pun memanggil anak-anak buahnya ke balai,lalu
berbincang tentang mimpi berkenaan. Walau bagaimanapun,mereka tidak sampai hati
untuk mengorbankan nyawa manusia.Keputusan berdasarkan persetujuan ramai itu
telah didengar oleh siKinomulok, anak gadis Tok Ketua. Secara senyap-senyap
Kinomulokmenyusup ke kawasan batu yang kian membesar itu lalu
terserempakdengan beberapa orang bobolian(pendeta). Si Kinomulok bertanyakepada
mereka akan kebenaran firasat mimpi yang diheboh-hebohkanitu dan Bobolian mengiakannya.
Gadis yang cantik dan berhati mulia itutidak sanggup membiarkan orang kampungnya
menderita apatah lagimati kebuluran. Dia menawarkan diri untuk dijadikan korban
tetapiorang-orang kampung yang berada di kawasan batu itu menolaktawarannya.
Tiba-tiba kedengaran bunyi guruh yang amat kuat diiringikilat sabungmenyabung.
Dengan tidak semena-mena si Kinomuloktelah disambar petir.Tubuhnya bercerai-
berai. Kononnya darahnya bertukarmenjadi padi. Giginya menjadi jagung manakala
isinya pula menjaditimun. Pada malam selepas kejadian tersebut, orang-orang
kampungbermimpi bertemu dengan si Kinomulok. Dia berpesan agar orang-orang
kampung menghadiahkan tujuh tangkai padi kepadanya setiapkali selepas musim
menuai padi. Dia juga meminta agar pokok jagungdan timun ditanam di bendang atau
di sawah padi. Sebab itulahsehingga kini jagung dan timun masih ditanam di bendang
dan di sawahpadi. Kononnya, selepas si Kinomulok disambar petir baharulah batu
ituberhenti membesar dan lembah kembali subur. Adalah dipercayai batuitu ialah
Gunung Kinabalu yang ada sekarang. Masyarakat Dusun jugapercaya roh si Kinomulok
telah menjelma dalam bentuk Bambarayon yang menjadi semangat padi. Bambarayon
ialah sejenis burung layang-layang yang berjambul. Secara alamiah, Bambarayon
atau burunglayang-layang tidak memakan padi. Serangga merupakan
makananutamanya. Di samping itu, burung layang-layang sering
kelihatanberterbangan di kawasan bendang dan sawah padi. Dengan demikiangerak
tari Sumazau juga telah dikaitkan dengan Bambarayon yangdianggap oleh suku
kaum Dusun sebagai samangat padi.
5.1
Asal Usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikutdialek dan lokasi suku
kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianyatetap membawa maksud yang
sama. Menurut cerita lisan, Kinoingan(Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai
seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-
orangKadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang
mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anakkesayangan mereka
Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnyadikubur menurut adat istiadat
selengkapnya. Kononnya, mayatHuminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis
benih tumbuhan



6
yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benihtumbuhan itu
ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayatHuminodun itu mengeluarkan benih
padi, maka wujudlah kepercayaanbahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi
nama"Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusunmemulakan
upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kitarayakan dewasa ini.
Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik
dan lumayan. Upacara penghormatanterhadap semangat padi yakni padi-padi yang
selesai dituai dan telahselamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas
tempatmenyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini jugamengingatkan
kita akan rasa penghargaan dan penghormatanmasyarakat Kaum Kadazandusun akan
Penciptanya ( Kinoingan ) yangsanggup mengorbankan anak kesayangannya
Huminodun untukmenyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati
kebuluran.6 . 0 K E S I M P U L A N Pada dasarnya bangsa
Kadazandusun bertutur bahasa Kadazandusun yang disandarkan pada dialek Bunduliwan dan
diperkayakan dengandialek-dialek etnik yang lain. Meskipun bahasa
Kadazandusunmempunyai berbagai dialek berdasarkan dialek Bunduliwan,
merekasaling mengerti di antara satu dengan lain. Bahasa Kadazandusun
bolehdibahagikan dalam empat kumpulan dialek seperti berikut;

Dialek Kadazandusun Pantai Barat

Dialek Kadazandusun Pantai Timur

DialekKadazandusun Utara

Dialek Kadazandusun PedalamanRadio dan surat khabar adalah dua media penting
sebagai saluranuntuk pengembangan Bahasa Kadazandusun
Activity (283)
Pada masa dahulu suku kaum Dusun subpan memang telah wujud dan
menetap di sepanjang sungai segama seperti Kampung Bukit Belacon,
kg.Litok Pulau, kg.Teliwas, kg.Balasu,kg.Litok Tabpoh, kg.Tawaiyari,
kg.Opak,kg. bakat burut,kg.masuli dan banyak lagi kampung sehinggalah
ke Danum Ulu Segama yang terletak di Daerah Lahad Datu,bahagian pantai
timur Sabah dan merupakan salah satu suku kaum etnik di Daerah ini Pada
waktu dahulu suku kaum ini menyara hidup mereka dengan bercucuk
tanam seperti menanam padi bukit,ubi kayu,pisang dan lain-lain lagi serta
memburu binatang dan menangkap ikan sehinggalah kehari ini.

MENGAPA SUKU KAUM DUSUN SUBPAN MINORITI
Kesan-kesan tinggalan sejarah iaitu seperti tempat perkuburan telah
membuktikan kewujudan Etnik ini di Daerah Lahad Datu.Tempat-tempat
perkuburan tersebut adalah seperti yang terdapat di Danum,Batu
Balos,Tapadung,Tambiruga,Tukbad dan masih ada tempat lain lagi. Tetapi
yang menjadi tanda Tanya mengapa suku kaum Dusun Subpan tidak lagi
menggunakan bahasa Subpan didalam pertuturan seharian sebaliknya
menggunakan bahasa Dusun Sungai yang berasal dari Kuamut Daerah
Kota Kinabatangan tapi tidak seratus peratus sama kerana ada sedikit saja
perbezaan termasuk loghat nya pertuturannya ?.......
Suku Kaum Dusun subpan ini yang ada kaitan dengan BULUDUPIH ini
pada ketika itu hampir pupus kerana berlakunya satu wabak penyakit kulit
(kusta) yang dikenali sebagai SAKIT MANGANIT KAYU yang telah
meraggut ramai nyawa sehingga seramai 10 orang mati dalam masa
sehari,sehinggalah ada seorang perempuan telah bermimpi ada sepasang
suami isteri datang memberitahu supaya penduduk kampung berpindah
keulu segama,kalau enggan berpindah kemungkinan suku kaum Subpan
akan pupus sama sekali.kemudian ketua-ketua kampung telah menyuruh
orang kampung agar menyediakan perahu,makanan, bibit-bibit tanaman
serta haiwan peliharaan dan berpindah ke Ulu Segama sampai kesungai
Danum disitulah mereka membuat kampung halaman ketua-ketua kampung
telah mengambil keputusan untuk meninjau kembali keadaan kampung
yang telah mereka tinggalkan apabila mereka dapati bahawa penyakit itu
telah redah maka penduduk kampung kembali menetap di perkampungan
masing-masing .

Tidak lama selepas itu suku kaum Sungai yang berasal dari kuamut
kinabatangan telah datang berhijrah ke segama melalui jalan darat dan
masuk melaui sungai TIDOG ke PULAU LINTUNON (Puroh Lintunon) ulu
segama kemudian mereka membuat perahu dan turun ke perkampungan
suku kaum Subpan di Sepanjang sungai Segama dan menetap disitu,
Mereka turut menjalani kehidupan seperti suku kaum Subpan iaitu
bercucuk tanam ,berladang, memburu dan menangkap ikan. Selepas itu
saudara mara mereka pun menyusul dan ramai yang telah berkahwin
dengan suku kaum Subpan dengan itu maka berlakulah suatu perubahan
yang amat ketara iaitu dari segi pertuturan bahasa yang mana bahasa yang
digunakan oleh suku kaum Dusun Subpan pada masa ini adalah bahasa
Dusun Sungai yang berasal dari ulu kinabatangan hanya loghat sahaja
yang berbeza, itu adalah disebabkan suku kaum sungai lebih ramai dari
suku kaum Subpan pada masa itu. Tetapi untuk menghidupkan semula
bahasa Subpan yang telah hampir pupus ketika ini memang susah sudah
kerana ketika ini tidak ramai lagi yang boleh bertutur dalam bahasa
Subpan, jika adapun hanya sepatah dua kata sahaja. Akan tetapi walaupun
bahasa pertuturan telah berubah tapi adat budaya suku kaum Dusun
Subpan tetap dipelihara, kerana sejarah itu juga ramai yang tidak
mengenali dan mengetahui bahawa wujudnya suku kaum Dusun Subpan di
Daerah ini,diharapkan dengan penjelasan yang ada maka tidak akan timbul
lagi kekeliruan diantara Dusun Sungai dengan Dusun Subpan kerana
meraka adalah dibawah satu rumpun Etnik Negeri SABAH. Asal usul
kadazan dusun..
Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh
diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum
Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak
kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan
warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada
setiap tahun.

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun
menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum
ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan
penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak
mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari
aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih
kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.

Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi
mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun
dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih
membawa erti dan makna yang sama.

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum
Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam
perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian
tradisinya sendiri.

Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan
bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan
ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik
tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak,
bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.

Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik
mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat
tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam
penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan
masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.

Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku
kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut.
Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian
tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.

Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan
kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan
pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara
menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan.
Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan
ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut
etnik.

Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang
sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, melalui laman web ini sedikit sebanyak
memberi penerangan dan penjelasan kepada para pembaca yang melayari laman
web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" supaya warisan budaya masyarakat
Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan dan penyelidikan
generasi masa akan datang.

Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun
merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut;
BeeBuzz posted on 9-3-2004 03:05 AM
Lagi...
LAGENDA NUNUK RAGANG

Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang
masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan cerita legenda.



TEORI SAINS SOSIAL

Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum
kadazandusun.

Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N.
Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965);

Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams:
1965).

Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N.
Evans:1923 dan Owen Rutter:19220

Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.



Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa
Kadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak di
sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai
Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah
bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu
(Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan
kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan perangainya.

Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk -
penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke "kemerahan" semakin menyerlah
apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang
demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang.
(Aragang/Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Merah.

Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan bagi
menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang bersenda ria di
sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai
"warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang
berwarna merah.

Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang
mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini
dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena
dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu
perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini.

Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok
Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada
akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar
terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat,
bergayut, berteduh dan sebagainya.

Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di
ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk
(tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turun bermandi-manda
di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan serta ramai yang
berjemur di atas dahan-dahan rending Nunuk tersebut.

Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir
sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir. Maka apabila
seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama
ada dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya
sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang".

KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG

Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam
keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi,
baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha
pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling
perkampungan Nunuk Ragang ini.

Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu padu, mogitabang-tabang, mogiuhup-
uhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod, aparu, onimot, obingupus, okupi,
obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obiniangasan, otuyu,
obingopi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau, osuau, opohawang, obulun
om onitinginawo.

Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil
menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan, menamnbah dan
memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang
bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka,
tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot, dll), peralatan pertanian
(seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung,
rilibu/raya dll).

Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak dll),
peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba,
sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig,
tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali,
bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti
Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll).
BeeBuzz posted on 9-3-2004 03:07 AM
Lagik...
Lagenda Pesta Kaamatan

Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara
perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini
adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman.
Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta
Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan
Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang
bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan
sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens,
SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Asal Usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku
kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang
sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai
seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-
orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang
mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka
Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat
selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis
benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu
benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu
mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu
mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".Bermula dari kejadian inilah
orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai )
seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar
rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan
terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat
dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi.
Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa
penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan
Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya
Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Anda mungkin juga menyukai