Anda di halaman 1dari 7

Sunnah Diplomasi Rasulullah dengan Barat Sunnah Diplomasi Rasulullah dengan Barat Muhammad Nuruddin Bashah Diplomasi yang

merangkumi aspek perhubungan antarabangsa adalah suatu konsep yang telah diajar oleh baginda Rasulullah SAW sejurus selepas Perjanjian Hudaibiah termeterai. Menurut takrifan yang mudah diperolehi melalui Wikipedia, diplomasi ialah seni dan amalan mengendalikan rundingan di antara wakil kumpulan-kumpulan atau negara-negara. Istilah ini sering merujuk kepada amalan diplomasi antarabangsa, iaitu pengendalian perhubungan antara negara mahupun organisasi melalui rundingan di antara para diplomat profesional berkenaan isu-isu seperti perdamaian, perdagangan, peperangan, ekonomi dan budaya. Perjanjianperjanjian antarabangsa selalunya dirundingkan oleh para diplomat sebelum dipersetujui oleh pembesar-pembesar negara. Istilah diplomasi berasal daripada perkataan Greek diploma (yang bermaksud dilipat dua). Sewaktu zaman Yunani Purba, sebuah diploma ialah sijil yang menyatakan tamatnya pengajian dan lazimnya dilipat dua. Ketika empayar Rom purba pula, istilah diploma digunakan untuk menerangkan dokumen rasmi perjalanan seperti pasport dan juga pelepasan untuk menggunakan jalan-jalan empayar, yang dicop ke atas dua buah piring logam. Kemudian, pengertiannya kian meluas meliputi dokumen rasmi lain termasuk perjanjian-perjanjian dengan puak-puak asing. Sekitar 1700-an, orang-orang Perancis memanggil badan yang dianggotai pegawai-pegawai yang dihantar sebagai perwakilan di negara-negara asing sebagai le corps diplomatique. Istilah ini seterusnya diperkenalkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh Edward Burke pada tahun 1796 berdasarkan perkataan Perancis diplomatie. Sejarah Rom Timur Pada zaman Rasulullah SAW, Empayar Rom terbahagi kepada dua iaitu Rom Barat (pengaruh Latin) dan Rom Timur (pengaruh Greek). Rom Timur adalah Empayar Byzentine yang kerap berhubungan secara langsung dengan Rasulullah SAW kerana jajahannya meliputi Syria (Syam), Palestin, Mesir dan Afrika Utara. Rasulullah SAW sewaktu zaman mudanya kerap berniaga di Syria dan berinteraksi dengan sistem ekonomi Rom (Greek/Yunani). Rom pada awalnya hanya sebuah negara kota kecil di

Sungai Tyber di daerah dalam Itali hari ini yang dibina oleh Romulus pada 753 SM. Maharaja Decletian pada tahun 283 M telah memisahkan Empayar Rom Barat dan Timur akibat masalah dalaman. Maharaja Constantine I pula telah menjadikan Kristian agama rasmi Rom Timur pada tahun 313 M. Rom Barat merosot dan hanya menjadi kerajaan Suci Katholik berpusat di Rom Itali sahaja manakala Rom Timur kekal hingga tahun 1453 M. Jika ditinjau, sejarah diplomasi kuno kerap menggunakan teknik penjajahan atau penaklukan sebagai kaedah perluasan wilayah. Perluasan wilayah bermula dengan diplomasi seperti pertukaran hadiah, lawatan dan kunjungan serta perkahwinan. Diplomasi kuno umumnya mengambil bentuk diplomasi matrimonial (diplomasi melalui perkahwinan) seperti dijalankan oleh Nabi Sulaiman yang menikahi Ratu Balqis, serta yang dilakukan oleh Ratu Cleopatra dari Mesir dengan menikahi Jenderal Rom bernama Anthony untuk mencegah Mesir daripada diserang oleh Rom. Ada suatu hubungan yang menarik antara kerasulan Rasullah SAW dengan Heraclius. Pada 6 Ogos 610 M bersamaan 17 Ramadan, di malam Rasulullah SAW menerima wahyu pertama di Bukit Nur, pada tahun tersebut juga (bulan Oktober 610 M) Hereclius menaiki takhta Empayar Rom Timur. Beliau yang sebenarnya bernama Flavius Heraclius Augustus lahir pada tahun 575 M, kira-kira 4 tahun selepas kelahiran Rasulullah di Cappadocia (sebuah wilayah yang di Turki). Beliau merupakan anak sulung Heraclius The Elder dan telah menggulingkan pemerintahan Maharaja Phocas pada tahun 609 M. Walaupun beliau terkenal kerana Perang Parsi-Rom sepanjang 602 hingga 628 M, beliau masih dikatakan gagal kerana tidak berjaya menghentikan perluasan Islam di bumi Syria (Syam) yang sebelumnya dijajah oleh Rom. Hubungan erat dengan agama Nasrani Suatu ketika Rasulullah SAW pernah diramalkan akan menjadi Nabi oleh Buhaira iaitu seorang paderi Nasrani yang teguh berpegang kepada ajaran tauhid. Beliau bertemu dengan Abu Talib di Syiria (Syam) yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Rom. Peristiwa Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan Waraqah Bin Naufal mengesahkan bahawa Baginda akan dihalau oleh kaumnya juga menunjukan perhubungan erat nabi dengan golongan ilmuan Nasrani sejak sebelum kenabian lagi. Kekalahan Rom

Di saat Rasulullah SAW dan para sahabat mengharungi dakwah sulit di Mekah, terjadilah perang hebat antara Rom Timur dengan kerajaan Parsi dinasti Sasanid (Sasaniyah). Kekalahan tersebut cukup memberi malu kepada Rom kerana salib kayu yang dikatakan bekas menyalib Nabi Isa AS telah dirampas oleh Khosrou II dan dihantar ke ibu kota Parsi. Malang bagi kerajaan Rom pada tahun 614 M dengan meletusnya Perang Parsi-Rom 7 tahun sebelum Hijrah, kerajaan Parsi berjaya menaklukiDamsyik, Baitul Maqdis dan

Mesir sekaligus mengikis sisa budaya Kristian-Eropah di tiga tempat berkenaan. Agama Majusi dihebahkan telah mengalahkan ahli Kitab. Diriwayatkan oleh ramai sejarawan Islam seperti Ibnu Kathir dan Imam At-Tabari bahawa sebaik sahaja tersebarnya berita kemenangan Khosrau II ke atas empayar Rom Byzantine pimpinan Heraclius, Rasulullah SAW dan umat Islam sangat berduka manakala Arab Musyrikin pula melonjak kegembiraan. Bayangkan pada awal dakwah Rasulullah SAW di Mekah, sepanjang 13 tahun Rasulullah SAW menacapkan persoalan aqidah dengan sepenuh hati. Surah Maryam yang diturunkan di Mekah cukup menjadi silibus kepada sahabat-sahabat betapa eratnya hubungan Islam dengan ahli Kitab. Rasulullah SAW mendidik mereka tafriq (pemisah) antara aqidah ahli kitab dengan Islam serta cara bergaul dengan kaum ini. Di Mekah juga diturunkan surah Kahfi yang menceritakan perihal Ashabul Kahfi beragama Nasrani (tauhid) terpaksa melarikan diri kerana dizalimi kerajaan Rom yang masih syirik. Semua ilmu ini cukup menjadikan para sahabat bersimpati dengan kekalahan Rom di tiga tempat tersebut. Gembiranya para Quraisy Golongan Quraisy sebenarnya adalah seteru kuat kepada Empayar Parsi tetapi bergembira dengan kemenangan tersebut kerana dengki dengan pihak yang disokong oleh Rasulullah SAW. Khosrau II atau Kisra II, atau dalam bahasa Yunani, Chosroes II juga disebut dalam sumbersumber klasik Parsi dengan gelaran Parvez, "Yang Selalu Berjaya". Beliau adalah seorang Kaisar Dinasti Sassanid ke-22. Beliau memerintah Parsi antara tahun 590 hingga 628 M dan merupakan putera Raja Hormizd IV (memerintah 579-590 M) serta cucu kepada Khosrau I (memerintah 531-579 M). Penulisan Sirah menyebut istilah Khosrau sebagai Kisra sebagaimana istilah kaisar Rom diambil daripada istilah Caeser yang hanya merujuk kepada beberapa nama Raja Rom sahaja.

Mengambil tahu hal ehwal luar negara adalah teknik asas sebelum sesebuah pemimpin atau negara membuat diplomasi dengan kerajaan tersebut. Hal ini dipraktikkan oleh Rasulullah SAW di mana baginda pada zaman dakwah secara rahsia, dengan banyak mengambil tahu ehwal kerajaan Rom Timur yang berkaitan dengan ajaran Ahli Kitab. Segala dasar politik dan polisi luar kerajaan Rom diambil tahu oleh Baginda dan para sahabat di Mekah. Justeru, mempelajari latar belakang sesuatu isu, latar belakang negara antarabangsa adalah sunnah besar yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW sehinggalah baginda mengutus surat diplomasi pada tahun 6 Hijrah. Turunnya surah Rom ayat 1 hingga 4 adalah rentetan daripada kekalahan Rom kali pertama tersebut. Alif, Laam, Miim. orang-orang Rom telah dikalahkan -di negeri Yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya . Dalam masa beberapa tahun. kepada pentadbiran Allah jualah terpulang Segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (Kemenangan Rom) itu, orangorang Yang beriman akan bergembira. Dalam ayat tersebut Allah menjanjikan kemenangan Rom dengan menggunakan klausa Fi bidhI sinina yang bermaksud beberapa tahun lagi. Soalnya berapa tahun? Prof. Hamka dalam tafsir Azhar Jilid 7 menjelaskan kalimah Allah ini dengan membandingkan dengan Surah Yusuf ayat 41-42 yang juga menggunakan klausa bidhI sinina yang bererti beberapa tahun. Ramai pentafsir menyatakan Nabi Yusuf ditahan selama 7 tahun. Terdapat riwayat memberi tafsir antara 3 hingga 9 tahun. Jadi boleh disimpulkan bahawa kalimah beberapa tahun lagi boleh dikatakan tidak lebih daripada 10 tahun. Keyakinan Saidina Abu Bakar As Siddiq Saidina Abu Bakar pada waktu itu yakin Rom akan menang dalam jangka sebelum 10 tahun. Menurut riwayat Al Qusyairi, Ubay bin Khalaf telah bertemu dengan Saidina Abu Bakar dan mencabar agar Abu Bakar bertaruh atas kekalnya kemenangan Parsi. Abu Bakar telah bertaruh 100 ekor unta dan semua ekor unta akan menjadi milik kafir sekiranya Rom tidak menang dalam jangka masa 10 tahun. Pada waktu itu hukum haram bertaruh (judi) belum disyariatkan.

Rom berjaya mengalahkan Parsi seperti diramalkan oleh Al Quran melalui Surah Ar Rum kirakira 7-8 tahun selepas pertaruhan Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar beroleh 100 unta tersebut. Segalanya menjadi kenyataan apabila Heraclius berjaya bangkit daripada kekalahan pada tahun 614M dengan kemenangan dalam Battle of Nineveh beberapa tahun selepas ayat ini turun iaitu sekitar tahun 618 M -627M dan ada yang menyatakan tepat tahun 621 M. Hal ini bermakna Heraclius berjaya mengalahkan Parsi setahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dan menubuhkan kerajaan Islam di sana jika tarikh 621 M diambil kira. Tarikh ini logik kerana Saidina Abu bakar telah menerima unta sebanyak 100 ekor kerana pertaruhan beliau menang ke atas Ubay bin Khalaf di Mekah (ada sejarawan menerima tarikh 627 M, bermakna kemenangan Rom berlaku 5 tahun selepas Hijrah) Setahun selepas Perjanjian Hudaibiyyah iaitu pada tahun 629 M, Rasulullah SAW telah mula melaksanakan strategi diplomasi dakwah kepada raja-raja di negara jiran baginda. Sehubungan dengan itu, Rasulullah SAW telah melantik beberapa orang sahabat yang dipercayai baginda untuk membawa surat dakwah baginda sebagai amanah besar daripada Rasulullah SAW kepada raja-raja yang diutuskan. Abdullah bin Hudhafah RA diutuskan kepada Khosrou II, Dihyah ibn Khalifah al-Kalbi RA pula kepada Heraclius. Surat kepada Hereclius diberi di saat Rom masih ghairah meraikan kemenangan 621 M. Bermakna surat Rasulullah SAW diutuskan sekitar 8 tahun selepas kemenangan Rom. Hal ini menunjukkan Rasulullah SAW bukan memberi surat untuk mengampu atau membodek Rom kerana ia telah 8 tahun berlalu. Rasulullah SAW juga tidak memberi surat dakwah atas sebab sesuatu peristiwa melainkan di saat negara Islam telah bersedia untuk menerima risiko menegur sebuah kerajaan yang cukup besar ketika itu. Gambaran kemenangan Rom pada 621 M. Bagi Parsi pula Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah sebagai utusan pembawa surat yang berisi permintaan agar negara itu turut memeluk agama Islam tetapi surat itu dikoyak! Sekembali Abdullah bin Hudhafah RA ke Madinah, beliau menceritakan bagaimana bongkaknya Khosrau II. Selepas itu, Rasulullah SAW telah mengungkap doa berikut yang kemudian menjadi salah satu daripada mukjizat Rasulullah SAW,

Moga empayarnya dikoyak menjadi cebisan-cebisan Doa Rasullulah SAW menjadi kenyataan apabila Khosrau II kemudian dibunuh oleh anaknya sendiri, Kavadh II semasa berada dalam tahanan penjara. Doa Rasulullah SAW ternyata terus termakbul apabila empayar Parsi berpecah belah sehingga memudahkannya dikuasai oleh tentera Islam di bawah pimpinan panglima Khalid al-Walid. Empayar Parsi Sasanid berakhir sama sekali selepas penaklukan empayar Islam Uthmaniyyah. Hubungan ketamadunan Rom cukup erat bukan sahaja dalam kebudayaan Arab dan Islam malah pernah mempengaruhi kesusteraan Melayu juga. Kebanyakan karya sastera dan hikayat Melayu berasaskan terjemahan daripada karya Parsi dan Arab yang disadur daripada tamadun Rom. Tamadun Rom juga telah lama merakam sumber sastera dan hikayat daripada Greek Yunani yang jauh lebih awal. Hal inilah menerbitkan kisah keturunan raja Melayu yang cuba dikaitkan dengan Raja Iskandar (Alexander) dalam Sulalatus Salatin. Rom mula mengancam kerajaan Madinah Mutah adalah sebuah tempat yang berada di hujung Al-Balqa di tanah Syam. Di sini terjadinya perang yang mengorbankan tiga orang sahabat besar Nabi dan berlaku pada bulan Jamadilawal tahun ke-8 Hijrah. Puncanya adalah kerana Rasulullah SAW telah mengutus al-Harits bin Umair al-Azdi, salah seorang daripada bani Lihb dengan membawa sebuah surat ke Syam untuk Maharaja Rom. Beliau akhirnya dibunuh dan menimbulkan kemarahan Rasulullah SAW. Perang tersebut menang selepas dikemudi oleh Khalid Al Walid. Rom menjadi tidak tentu arah sekitar tahun 9 Hijrah. Rom cuba membuat apa sahaja untuk menunjukkan betapa gentarnya mereka terhadap penyebaran Islam terutama ke bumi Syiria dan Palestin. Gangguan Rom mengakibatkan Rasulullah SAW mengerahkan pejuang Islam ke utara iaitu ke tanah Tabuk. Peperangan Tabuk merupakan peperangan yang terakhir yang telah disertai oleh Rasulullah S.A.W dan berlaku pada bulan Reja sebagaimana peperangan yang lain seperti Peperangan Mutah dan Khaibar yang mana ia berlaku disebabkan oleh pengkhiatan yang dilakukan oleh kerajaan Rom terhadap pendakwah atau wakil Rasulullah SAW yang ditugaskan menjalankan dakwah. Farwah bin Amru Al-Jazami yang merupakan salah seorang ketua yang dilantik oleh Rom bagi kawasan Maan telah dibunuh dengan disalib di dalam air apabila Rom mengetahui dia telah

memeluk agama Islam dan merupakan wakil kepada Muhammad S.A.W di dalam mengerjakan dakwah Islamiah di sana. Rasulullah SAW terus mengumpul bala tentera untuk keluar berperang di Tabuk. Tentera Rom telah menjadikan Balqa kubu untuk menahan kemaraan Islam dan apabila mengetahui tentera Islam akan menyerang, mereka telah mengumpul tentera Rom di Tabuk. Rom gusar dengan kemaraan itu selepas trauma dengan kekalahan di Mutah. Peperangan Tabuk yang berlaku pada tahun 9H (631 M) telah menyaksikan bagaimana tentera Islam yang keluar ke medan perang tidak menerima tentangan daripada pihak musuh apabila tentera Rom tidak berani menghantar tentera bagi menyekat kemaraan tentera Islam. Baginda SAW berada di Tabuk sekitar sepuluh malam dan telah berjaya membuat perjanjian bagi meluaskan lagi pengaruh Islam di kawasan itu melalui beberapa perjanjian yang berjaya dibuat oleh Rasulullah S.A.W dengan raja-raja mereka. Demikianlah diplomasi dan perhubungan antarabangsa yang dimulakan oleh Rasulullah SAW yang menatijahkan pembukaan Mesir (tinggalan Rom), Sepanyol, Pulau Sacily dan sebagainya ke Eropah.

Anda mungkin juga menyukai