Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN PENILAIAN TAHUN AKHIR (PeTA) IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN)

NAMA : YEOH ERN HUI NO MATRIK : 27083057 PENGKHUSUSAN : PENGARAHAN FAKULTI : TEATER PENYELIA : ENCIK AHMAD YATIM TALIB

ATE 6996 PENILAIAN TAHUN AKHIR

TARIKH PEMBENTANGAN : 23 OGOS 2010 TAJUK Penterjemahan satu episod Perjalanan Ke Barat : Sebuah cerita legenda Cina ke Bahasa Melayu dalam bentuk skrip teater.

PENGENALAN Kesusasteraan ataupun cerita legenda Cina kurang diketahui atau dikenali oleh khalayak moden tempatan, walhal falsalfah yang terkandung di dalam cerita legenda mengandungi pengajaran sambil mendedahkan khalayak kepada tradisi dan kepercayaan lama. Antara karya-karya sastera Cina yang terkenal di dunia, terdapat empat buah karya novel yang terkenal. Keempat-empat novel ini dikenali sebagai Empat Novel Klasik Agung. Menurut urutan kronologi, keempatempat novel itu adalah Hikayat Tiga Kerajaan, Hikayat Pinggir Air, Perjalanan ke Barat dan Mimpi Rumah Agam Merah. Namun begitu Empat Novel Klasik Agung ini belum lagi ditemui bahannya dalam Bahasa Melayu. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2001, 17), terjemahan ialah salah satu aktiviti yang dibuat untuk berkomunikasi antara satu bahasa dengan bahasa lain dan antara satu budaya dengan budaya lain. Untuk memberi nafas baru kepada teater Malaysia yang kurang pendedahan terhadap kebudayaan dan kesusasteraan Cina, pengkaji mencadangkan untuk menterjemah naskah sastera Cina ke dalam Bahasa Melayu menerusi penulisan skrip pentas. Naskah

ATE 6996 PENILAIAN TAHUN AKHIR

ini kemudiannya akan diangkat menjadi sebuah pementasan teater. Salah sebuah episod telah dipilih dari novel Perjalanan Ke Barat iaitu bab 54. Tajuk naskah teater itu sedang dalam fikiran.

OBJEKTIF Kertas cadangan ini disediakan untuk memenuhi syarat penilaian tahun akhir pelajar . Pembentangan cadangan ini akan dilangsungkan pada 23 Mei 2010. Ini merupakan PeTA Awal bagi pelajar-pelajar Ijazah, iaitu satu proses awalan yang harus dilalui oleh setiap pelajar Ijazah Fakulti Teater dalam memastikan setiap penulisan ilmiah dihasilkan dengan jelas dan baik. Selepas perbentangan cadangan mendapat persetujuan dan kelulusan daripada panel akademik, pelajar akan meneruskan persiapan untuk Penilaian Tahun Akhir dalam dua tahap, iaitu penulisan ilmiah dan penyediaan persembahan. Secara terperincinya pengkaji ingin mencapai objektif-objektif berikut dalam kajian ini: 1. Mendedahkan kebudayaan Cina kepada khalayak masyarakat majmuk tempatan dengan mengangkat sebuah pementasan yang berdasarkan kesusasteraan Cina yang terkenal. 2. Menghasilkan sebuah persembahan yang mempunyai unsur-unsur klasik budaya Cina, dengan memberi nafas baru serta bergerak bersama unsur-unsur muzik dan visual yang moden, menghasilkan

ATE 6996 PENILAIAN TAHUN AKHIR

sebuah persembahan yang mempunyai imaginasi dan ilusi yang tinggi dan menarik 3. Menghasilkan sebuah pementasan teater yang mempunyai

keseimbangan unsur hiburan, nilai murni dan kebudayaan bangsa Cina.

PERMASALAHAN Khalayak majmuk tempatan kurang didedahkan kepada karya persembahan yang berunsurkan kebudayaan Cina. Mereka tidak kenal budaya dan latar belakang bangsa ini secara dalam. Kekurangan mengenali kebudayaan bangsa lain mungkin akan menyebabkan mudah berlakunya salah faham dan masalah komunikasi antara pelbagai kaum. Perkara ini telah dibuktikan oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2001, 21), bahawa kesilapan yang paling asas dalam komunikasi ialah tidak faham mesej yang sebenar. Akibat daripada kesilapan itu, ia menerbitkan pelbagai kesilapan sampingan, iaitu kesilapan yang terbit akibat masalah dalam hubungan sesama manusia. Dalam catatan sejarah, China merupakan sebuah tamadun yang mempunyai jati diri bangsa yang tinggi. Kebanyak-banyakan karya sastera legenda yang terkenal di China telah melambangkan pemikiran dan pandangan Cina terhadap kepercayaan. Teater merupakan media komunikasi yang menghantar mesej. Melalui bahasa dan visual ianya dapat merangsangkan penonton untuk lebih mengenali kebudayaan dan kepercayaan tradisi.
4

ATE 6996 PENILAIAN TAHUN AKHIR

Ketika

karya-karya

kesusasteraan

ini

dipaparkan

menjadi

drama

televisyen atau filem, ianya mendapat sambutan yang tinggi daripada penonton Cina dan bukan Cina di Malaysia. Khalayak yang terdiri daripada kaum lain turut mengakui bahawa mereka sebenarnya berminat dan menganggap cerita legenda Cina sebagai hiburan yang bermakna dan menarik. Walau

bagaimanapun, teater yang berunsur kebudayaan Cina atau legenda Cina ini jarang diangkat sebagai pementasan teater di Malaysia. Ini kerana sangat sedikit bahan penterjemahan karya-karya ke dalam Bahasa Melayu. Penggiat-penggiat teater yang memahami Bahasa Cina di Malaysia pun jarang mengangkat bahan sastera Cina menjadi pementasan Bahasa Melayu. Ini kerana mereka khuatir bahawa inti kebudayaan asal kepada cerita legenda akan hilang dan ianya akan menjadi sesuatu yang membosankan ketika dipersembahkan dalam bahasa yang lain. Atas alasan ini, pengkaji ingin memberanikan diri untuk menterjemah sebuah episod daripada novel Perjalanan Ke Barat, serta mengangkat ianya menjadi sebuah pementasan teater Bahasa Melayu. Dengan gabungan unsurunsur visual dan muzik, menghasilkan sebuah persembahan yang mempunyai keseimbangan antara unsur kebudayaan, nilai murni dan hiburan.

ATE 6996 PENILAIAN TAHUN AKHIR

KAEDAH Untuk menghasilkan kajian dan produksi persembahan ini, pengkaji akan memberi penumpuan kepada mencari, mengumpul, menganalisis dan

mengaplikasi sumber-sumber yang bersangkutan dengan kajian ini. Antara kaedah-kaedah yang akan digunakan oleh pengkaji adalah seperti berikut: 1. Kaedah Teknologi - Iaitu internet sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat-maklumat, serta video-video dan gambar-gambar. 2. Kaedah Perpustakaan - Untuk mencari buku-buku yang berkait dengan teknik penterjemahan, teknik pengarahan, kebudayaan, naskah-naskah teater dan sebagainya. 3. Kaedah Temu-bual Untuk mendapat keterangan tentang

pengalaman daripada tokoh-tokoh ke atas kerja-kerja yang berkenaan dengan produksi, persembahan dan naskah. Misalnya teknik

pengarahan, teknik penghasilan skrip, pengalaman berlakon dan sebagainya. 4. Kaedah Analisis - Untuk menganalisis maklumat-maklumat yang telah diperolehi supaya kesemua maklumat difahami dan diaplikasi dengan cara yang betul. Kaedah analisi juga digunakan oleh pengkaji untuk menghasilkan naskah teater yang asalnya satu episod dari sebuah novel yang terkandung 100 bab.

ATE 6996 PENILAIAN TAHUN AKHIR

5. Kaedah Penterjemahan - Untuk menghasilkan sebuah naskah teater berbahasa Melayu yang berdasarkan sebuah novel dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.

BAHAN Perjalanan Ke Barat (Xi You Ji, Judul Inggeris Journey To The West) ialah salah sebuah daripada Empat Novel Klasik Agung dalam kesusasteraan Cina. Pada asalnya diterbitkan tanpa nama pengarang semasa Dinasti Ming. Walaupun bukti langsung tentang pengarangnya tidak wujud, buku ini telah dikatakan ditulis oleh Wu ChengEn. Novel ini mengandungi 100 bab. Ianya mengisahkan tentang perjalanan sami Tang San Zang dari China ke India semasa Dinasti Tang untuk memperoleh teks keagamaan Buddha yang dikenali sebagai kitab. Atas arahan Buddha, Guan Yin memberikan tugas ini kepada Tang San Zang dan tiga orang pelindungnya dalam bentuk pengikut, iaitu Sun WuKong, Zhu BaJie dan Sha WuJing, bersama dengan putera naga yang bertindak sebagai kuda putih. Keempat-empat watak ini telah bersetuju untuk membantu Tang San Zang menebus dosa-dosa mereka yang dahulu. Salah sebuah episod dari novel ini akan diterjemah dan diangkat oleh pengkaji untuk menjadikan sebuah pementasan teater yang sepanjang 45 60 minit. Pengkaji yang juga selaku pengarah kepada produksi ini akan memaparkan bab 54, iaitu kisah tentang

ATE 6996 PENILAIAN TAHUN AKHIR

keempat-empat pengembara ini di Tanah Wanita, sebuah negara yang raja dan kesemua penduduknya adalah kaum wanita.

PERSEMBAHAN Konsep persembahan ini adalah kontemporari klasik Cina yang akan dipersembahkan di dalam bentuk komedi.

Anda mungkin juga menyukai