Anda di halaman 1dari 27

Bab 6: Pencapaian Tamadun Cina

Setelah selesai bab ini, anda akan dapat:


Menerangkan perkembangan kesusasteraan Cina
Membincangkan ciri-ciri muzik tamadun Cina
Menyatakan perkembangan seni lukis dan kaligrafi
Menghuraikan sumbangan tamadun Cina dalam bidang sains
dan teknologi

6.1 Mukadimah
6.2 Bahasa Cina
6.3 Puisi
6.4 Novel
6.5 Drama
6.6 Ahli Sejarah
6.7 Muzik
6.8 Kaligrafi dan Seni Lukis
6.9 Seramik
6.10 Sains dan Teknologi

1
6.1 Mukadimah

Sebagai mana yang telah dibincangkan dalam Bab 5, tamadun Cina telah melalui proses
pembangunan yang agak panjang. Tamadun Cina telah melahirkan perkembangan pelbagai
aliran falsafah, organisasi politik, organisasi sosial, sistem pendidikan dan seni bina yang
unik. Bab ini membincnagkan mengenai beberapa sumbangan Tamadun Cina dalam bidang
kesusasteraan, kesenian, muzik, sains dan teknologi.

6.2 Bahasa Cina

Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik (non-phonetic) yang bermakna
aksara-aksara (characters) tidak menunjukkan bunyi sebutan. Aksara-aksara Cina terdiri
daripada empat cara sebutan dan setiap sebutan membawa maksud yang berlainan. Juga
huruf-huruf boleh disebut dalam kelainan cara mengikut tempat atau selaras dengan
perubahan zaman dalam sejarah Cina. Namum begitu. maksud sesuatu aksara sama tidak
kira dalam dialek apa pun ia disebut atau dipertuturakan. Sifat ini agak unik kerana
kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina tidak
kira kawasan atau dialek yang digunakan.

Contohnya, karya Confucius boleh dibaca dalam apa jua dialak tanpa menjejaskan
maksudnya. Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya dan membolehkan
kesusasteraan Cina terus berkembangan. Juga aini tidak menghalang atau menyekat
perkembangan bahasa Cina walau pun pernah diperintah oleh puak-puak asing seperti orang
Mongol (pada zaman Dinasti Yun 1279 hingga 1368) dan orang Manchu (pada zaman
Dinasti Qing -1644 hingg 1911).

6.3 Puisi

Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Pusi Klasik atau Shijing yang mula ditulisan pada
pada kurun ke-7 sebelum masihi (iaitu kira-kira 2600 tahun dahulu). Mengikut, sesetengah
sumber, Confucius merupakan penyunting pertama yang telah mengumpul koleksi puisi-puisi
berkenaan. Beilau pernah berkata, jika tidak membaca Shijing, maka bererti tidak dapat
berkata apa-apa. [sumber: Puisi Klasik Kumpulan Sajak Pertama Cina. China Radio
International.CRI. 2015]. Shijing merupakan kumpulan sajak pertama dalam sejarah Cina
dengan termaktub 305 buah sajak dalam tempoh kira-kira lebih 500 tahun iaitu dari zaman
awal kurun ke-11 sebelum Masihi) sehingga kurun ke-7 sebelum Masihi). Kumpulan sajak
itu meliputi 160 buah lagu rakyat yang merujuk kepada 15 negeri, 105 lagu hiburan dari
Dinasti Zhou dan 40 lagu perkabungan.

2
Rajah 6.1 Shijing

Lihat Rajah 6.1 yang menunjukkan Shijing yang penuh dengan pelbagai idea dan teknik
kesusasteraan yang menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada penyair serta penulis
generasi kemudian. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan
iringan muzik pada upacara istana dan juga keagamaan yang diperkembahkan dengan
iringian tarian. Koleksi puisi Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada
fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi; raja dan pegawai diplomatik
menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan
maksud sebenar.

Pada amnya, Shijing merupakan titik permulaan kecemerlangan kesusasteraan China dan
memperlihatkan tanda awal kemajuan kesusasteraan China. Kandungan puisi itu meliputi
pelbagai bidang kehidupan masyarakat China pada masa awal, seperti bekerja dengan
percintaan, peperangan dengan pekerjaan percuma, penindasan dengan perlawanan, adat
resam dengan perkahwinan, perkabungan dengan jamuan dan bahkan terdapat penulisan
tentang falak, muka bumi, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Dinasti Tang (kira-kira 1260 tahun dahulu) menyaksikan kemuncak


perkembangan puisi kerana keadaan politik dan ekonomi yang stabil.
Puisi yang telah di hasilkan tiada tandingan dari segi kuantiti dan
kualiti. Paling terkenal ketika itu ialah Quan Tangshi (Koleksi
Lengkap Puisi Tang) yang merupakan pengumpulan sejumlah lebih
kurang 50,000 puisi hasil ciptaan dari 2,000 orang penyair. Antara
penyair terkenal ialah Li Bai (Kita telah membincangkan beliau dalam
Bab 5). Du Fu dan Bai Juyi.

Du Fu adalah penyair terkenala semasa Dinasti Song dan bersama


dengan Li Bai digelar penyair termashur di Cina. (Lihat Rajah 6.2). Rajah 6.2 Penyair Du Fu
Hasil karya Du Fu tidak hanya mempengaruhi budaya sastera Cina 712-770

3
tetapi juga sastera Jepun. Beliau digelar sejarahwan-penyair (historian-poet) dan daripada
hasil karya Du Fu hampir 1500 puisi telah dipelihara hingga hari ini

Bagi Du Fu segala-segalanya dalam dunia ini adalah puisi. Karya-karya beliau bertumpu
kepads kepada isu-isu kehidupan harian sambil memberi nasihat kepada Raja, memberi
komen tentang taktik ketenteraan, kejayaan dan kegagalan kerajaan, mengkritik tentang
lukisan, kaligrafi dan puis-pusi lain. Contohnya, dalam pusi beliau bertajuk Lagu-Lagu
Gerabak (Song of the Wagons) Du Fu menyuarakan penderitaan askar dalam tentera diraja.

Bai Juyi juga penyair terkenal pada zaman Dinasti


Tang dan dianggarkan telah menulis lebih daripada
2800 puisi yang diedarkan untuk dibaca oleh orang
ramai (Lihat Rajah 6.3). Tumpuan beliau ialah
memudahkan kefahaman penulisan beliau. Terdapat
cerita yang mengatakan beliau akan menulis semula
sesuatu puisi sekiranya didapati pembantu-
pembantunya tidak memahaminya. Puisi-puisi Bai
Juyi sangat popular tidak hanya di Cina tetapi juga di Rajah 6.3 Penyair Bai Juyi
Jepun. 772-846

Puisi terkenal beliau ialah Lagu Duka Lara Berpanjangan (Song of Everlasting Sorrow)
yang menceritakan percintaan Maharaja Hsuan Tung terhadap seorang perempuan yang lebih
muda daripadanya. Dalam puisi berjudul Penjual Tua Arang (The Elderly Charcoal Seller),
beliau mengkritik tentang peperangan dan penderitaan rakyat, sama seperti Du Fu.

Lagu Duka Lara Berpanjangan

Puisi ini adalah mengenai kisah benar Maharaja Hsuan Tang yang
pada akhir pemerintahannya telah jatuh cinta kepada Yang Kuei-fei
seorang perempuan muda yang cantik. Mereka telah menghabiskan
masa bersama Yang Kuei-fei sehingga para menteri dan ketua
angkatan tentera sungguh marah kerana hal-ehwal pentadbiran
negeri diabaikan. Juga keluarga Yang Kuei-fei menjadi lebih
berpengaruh. Pihak tentera memberontak dan membunuh Yang
Kuei-fei. Akhirnya Maharaja Hsuan Tsung menurun takhta dan
menyerahkan kuasa kepada anaknya,

Ringkasnya, puisi Cina klasik mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti berikut:


Puisi Cina berhubung rapat dengan muzik
Puis Cina bersifat kompak (padat) dan singkat, panjangnya antara 4 hingga 8 baris

4
Tidak ada epik (puisi yang panjang)
Puisi mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera.

a) Nyatakan ciri-ciri tulisan Cina


b) Jelaskan ciri-ciri Shijing.
c) Siapakah Du Fu?
d) Siapakah Bai Juyi?

6.4 Novel

Novel-novel Cina mencerminkan pandangan semesta yang menyentuh falsafah, sejarah, ciri-
ciri masyarakat, kehidupan keluarga dan politik. Pada mulanya, novel-novel ditulis dalam
bahasa klasik dan dibaca oleh pihak istana, golongan aristokrat atau bangsawan dan pentadbir
tinggi kerajaan. Bagaimana pun pada zaman Dinasti Song (tahun 960 hingga tahun 1279),
bahasa tempatan atau dialek tempatan digunakan dalam penulisan cerpen-cerpen yang begitu
popular dalam kalangan orang ramai. Kebanyakan tulisan-tulisan awal berdasarkan doktrin
Confusianisme dan Taoisme dan mengisahkan sejarah dan antara yang terkenal ialah
Romantis Tiga Kerajaan (Romance of the Three Kingdoms). Pada kurun ke-16, telah mula
penulisan novel-novel fiksyen.

Perkembangan industri percetakan dan pertambahan literasi dalam kalangan penduduk


memainkan peranan penting dalam penyebaran cerpen-cerpen yang ditulis dalam bahasa atau
dialek tempatan. Kebanyakan novel-novel Cina tidak dipengaruhi oleh kesusasteraan Barat
sehingga kurun ke-19.

Empat Novel Klasik Terulung (Four Great Classical Novels) dalam kesusasteraan klasik
Cina ialah:

1. Romantis Tiga Kerajaan (Romance of Three Kingdoms) oleh Luo


Guangzhong yang merupakan kombinasi sejarah, mistik dan
lagenda tentang orang bangsawan semasa Dinasti Han. Novel ini
menceritakan tentang peperangan, muslihat dan perebutan kuasa.
Novel ini terdiri daripada 120 bab dan melibatkan lebih seribu
watak. Hasil karya ini dikata setanding dengan hasil karya
Shakespeare dan dibaca dengan meluas di Cina hingga hari ini.

5
2. Persisiran Air (Water Margin) oleh Shu Hu Zhuan adalah cerita
mengenai 108 pengganas semasa zaman Dinasti Song. Mereka diberi
pengampunan oleh kerajaan dan dihantar untuk menentang serangan oleh
tentera asing dan penghapusan kumpulan pemberontak yang menentang
kerajaan.

3. Perjalanan Ke Barat (Journey to the West) oleh Wu Chengen


mengisahkan perjalanan seorang sami Buddha bernama Xuangzang yang
pengembara ke India untuk mendapatkan kitab-kitab suci (sutras). Beliau
diiringi oleh tiga sahabat yang mempunyai kebolehan luar biasa dan seekor
kuda putih yang melindunginya sepanjang perjalanan. Novel ini mempunyai unsur-
unsur falsafah Buddhisme, falsafah Taoisme dan mitologi Cina.

4. Mimpi Kamar Merah (Dream of the Red Chamber) oleh Cao Xueqin yang ditulis
pada zaman Dinasti Qing (kurun ke 18). Novel ini mengisahkan kehidupan dan
struktur sosial aristokrasi dan golongan kaya Cina serta keruntuhan Dinasti Qing. Ia
juga merupakan autobiografi penulis dan wanita-wanita yang diketahui semasa dia
muda serta kawan-kawan dan saudara-maranya. Dalam novel ini, Cao Xueqin telah
menceritakan dengan terperinci beberapa aspek budaya Cina ketika itu seperti muzik,
lukisan, budaya teh, mitologi, Confucianisme, Buddhisme, Taoisme, opera, makanan,
perubatan dan sebagainya.

Keempat-empat novel ini dianggap oleh para ilmuan sastera sebagai fiksyen yang paling
terpengaruh dalam Tamadun Cina. Novel-novel ini disebarkan melalui opera (teater
bangsawan) kepada orang ramai.

Bao Zheng terkenal sebagai majistret yang sungguh jujur dan


adil pada zaman Dinasti Song (Lihat Rajah 6.4). Beliau sanggup
menjatuhkan hukuman kepada saudara-mara sendiri serta
keluarga-keluarga berpengaruh yang melakukan kesalahan.
Beliau digelar Hakim Bao (Justice Bao) dan dihormati
sebagai simbol keadilan di Cina.

Rajah 6.4 Bao Zheng


41-1320

6
Seni Peperangan (The Art of War) ditulis oleh Sun
Tzu (juga disebut sebagai Sunzi dan Sun Wu).
Lihat Rajah 6.5. Belia ialah seorang jeneral
berpangkat tinggi dan juga seorang strategis yang giat
pada kurun ke-6 sebelum Masihi. Bukunya terdiri
daripada 13 bab di mana setiap bab dikhususkan bagi
satu aspek peperangan.

Buku Seni Peperangan adalah yang tertua dan telah


mempengaruhi pemikiran dalam bidang ketenteraan.
Dalam bukunya Sun Tzu menekankan kepentingan
penempatan tentera dengan mengambil kira
Rajah 6.5 Sun Tzu
persekitaran fizikal, kepercayaan dan objektif pihak (544 -496 sebelum Masihi)
lawan serta kehandalan menyesuaikan dengan
keadaan yang tiba-tiba berubah. Apabila merancang sesuatu tindakan pastikan diambil kira
kewujudan keadaan yang tidak diduga dan bertindak balas dengan cepat dan bersesuaian.

a) Apakah yang membawa kepada perkembangan penulisan novel?


b) Bincangkan secara ringkas empat novel terkenal dalam tamadun
Cina serta penulisnya
c) Cari maklumat lanjut tentang Hakim Bao dan cerita-cerita
mengenainya
d) Bincangkan lebih lanjut tentang latar belakang Sun Tzu dan buku
terkenal beliau.
e) Bagaimana idea-idea dalam buku Seni Peperangan atau Art of
War diaplikasi dalam bidang perniagaan pada masa kini?

6.5 Drama

Guan Ganqing seorang penulis drama yang terkenal pada zaman Dinasti
Yuan dan telah menulis kira-kira 65 drama (Lihat Rajah 6.6). Salah satu
drama beliau bertajuk Ketidakadilan Terhadap Dou'Er (The Injustice
to DouEr) mengkritik kelemahan pegawai Mongol yang menerima
rasuah sehingga mengakibatkan seorang suri rumah dihukum mati tanpa
melakukan apa-apa kesalahan. Guan Ganqing telah

Drama ini mengisahkan seorang wanita Rajah 6.6 Guan Ganqing


bernama Dou E yang dikahwinkan semasa 1241-1320

7
kanak-kanak lagi. Suaminya meninggal dunia dan dia bersama ibu mertuanya diseksa oleh
seorang lelaki bernama Zhang Luer. Dou E dipasksa oleh Zhang Luer untuk meracun ibu
mertuanya dengan niat hendak berkahwin dengan Dou E. Dou E enggan berbuat demikan dan
Zhang sendiri masukkan racun ke dalam sop. Tetapi bapanya yang memakan sop yang
beracun dan meninggal dunia. Zhang menyalahkan Dou E dan dibawa ke muka keadilan
Gabenor yang menghukum Dou E dipancung.

Sebelum Dou E dipancung, dia bersumpah;

darahnya hanya akan tumpah pada bajunya sahaja dan tidak setitik pun pada
permukaan bumi;
salji akan turun dengan banyak dan menyelubungi jenazahnya dan
wilayah Chuzhou akan menghadapai kemarau selama tiga tahun.

Segala yang disumpah terjadi. Tiga tahun kemudian, rohnya menjelma dihadapan bapanya
yang kini seorang pegawai tinggi dalam kerajaan. Kes beliau disemak semula dan dibuktikan
bahawa pembunuh sebenar ialah Zhang. Dou E diistiharkan tidak bersalah dan Zhang Luer
dihukum mati.

Lagi seorang penulis drama terkenal ialah Hong Sheng yang muncul pada
zaman Dinasti Qing (Lihat Rajah 6.7).. Drama beliau yang terkenal ialah
Istana Kehidupan Selama-Lama (Palace of Eternal Life) yang terdiri
daripada 50 babak. Drama ini mengisahkan percintaan antara Maharaja dengan
gundiknya bernama Yang Guifei. Pemberontakan yang dipimpin oleh An
Lushan telah menyerang ibu kota dan Maharaja melarikan diri ke tempat yang
selamat. Yang Guifei membunuh diri dan dikebumikan. Bagamana pun Dewi
Gadis Menenun (The Spinning Damsel) memujuk Dewa Maharaja Jed Syurga
(The Jade Emperor of Heaven) untuk mengabadikan roh Guifei ditempat ia
dikebumikan. Pada suatu hari, Maharaja Xuanzong bermimpi Yang Guifei
menjemputnya ke tempat ia dikebumikan. Maharaja pun menuju kepada
tempat itu dan bersama dengan Yang Guifei mereka bertemu dan diarah oleh
Dewa Maharaja Jed untuk dibawa ke syurga.
Rajah 6.7 Hong Sheng
1241-1320

Evolusi drama-drama Cina telah berjalan selama 1000 tahun dan mencapai kematangan pada
kurun ke-13 semasa Dinasti Song. Drama Cina bermula dengan bentuk-bentuk yang mudah,
tetapi selepas beratus-ratus tahun ia telah menyerap unsur-unsur seni speri muzik, lagu,
tarian, seni mempertahankan diri dan akrobat yang seterusnya menjadi opera cina. Pada
zaman Dinasti Tang, Taman Pir (Pear Garden) ditubuhkan yang merupakan pusat latihan
pemain muzik, penari dan pelakon untuk opera Cina.

Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dan berlainan daerah mula berkembang dan
semakin popular sehingga akhirnya dipentaskan di pentas- pentas di Beijing. Dari sini,

8
kegiatan drama ini akhirnya melahirkan opera Cina yang menjadi salah satu kegemaran
ramai masyarakat Cina sehingga masa kini (Lihat Rajah 6.8).

Rajah 6.8 Opera Cina

Seperti yang dibincangkan di atas, prinsip moral Konfusius dan Taoisme terkandung di dalam
drama Cina tradisional. Tanggungjawab terhadap ibu bapa dan suami atau taat setia kepada
tuan atau ketua adalah nilai yang berulang kali disalurkan dalam karya-karya drama. Secara
keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai-nilai etika
berbanding agama. Drama bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran atau
berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat. Konsep tragedi seperti yang terdapat di
Barat yang menegaskan bahawa manusia tidak berupaya memahami atau menguasai kuasa
alam semesta tidak mendapat tempat dalam drama Cina. Sesebuah drama Cina yang tipikal
akan berakhir dengan mesej yang mengatakan sesiapa yang berbuat baik akan mendapat
ganjaran dan sebaliknya, yang jahat akan menerima hukuman.

6.6 Ahli Sejarah

Penulisan sejarah yang paling awal ialah Rekod Ahli Sejarah


Utama (Records of the Grand Historian) oleh Sima Qian
pada masa zaman Dinasti Han (Lihat Rajah 6.9). Beliau,
seorang ahli sejarah istana (court historian) yang menulis
tentang sejarah Dinasti Xia hingga hingga Dinasti Han selama
2000 tahun secara objektif tanpa bias.

Rajah 6.9 Sima Qian (145-90 sebelum Masihi)

9
Sima Qian memperkenalkan stail menulis sejarah yang baharu yang dipanggil Shiji. Karya
beliau terdiri daripada 130 bab dan tidak mengikut urutan sejarah tetapi terbahagi kepada
bidang-bidang tertentu seperti ekonomi, adat-istiadat, biografi, agama dan sebagainya.
Pendekatan penulisan sejarah beliau menekankan pola dan prinsip perkembangan sejarah
manusia dengan memberi perhatian kepada rakyat biasa yang telah mempengaruhi sejarah
Cina. Beliau juga menyarankan bahawa sesebuah negara akan menghadapi pertumbuhan dan
juga keruntuhan. Tulisan beliau telah mempengaruhi tulisan ahli-ahli sejarah lain seperti Ban
Gu dan Ban Zhao.

Ban Gu (tahun 32 hingga tahun 92) adalah ahli sejarah dan penyair
yang terkenal (Lihat Rajah 6.10).. Maharaja zaman Dinasti Han telah
memaksa Ban Gu tinggal di istana dan ditempatkan di perpustakaan
raja. Maharaja ingin memastikan Ban Gu menulis sejarah Han seperti
yang dikehendaki. Buku yang dihasilkan bertajuk Buku Han yang
mencatat sejarah Dinasti Han. Bagaimana pun, Bang Gu disyaki
terlibat dengan pemberontakan terhadap Maharaja dan pada tahun 92,
beliau dibunuh dan tidak sempat menghabiskan bukunya.

Rajah 6.10 Ban Gu (32-92 sebelum Masihi)

Bagaimana pun, Buku Han oleh Ban Gu dihabiskan oleh adiknya


bernama Ban Zhao (Lihat Rajah 6.11). Beliau adalah ahli sejarah
perempuan Cina yang pertama. Selain itu beliau juga menulis buku
yang begitu berpengaruh berjudul Nasihat untuk Wanita. Buku ini
terdiri daripada 7 bab yang menasihat wanita supaya sentiasa merendah
diri melayan suami dengan penuh taat setia daripada segi bahasa yang
digunakan dan kelakuannya. Menurut Ban Zhao, sekiranya suami
seorang wanita meninggal dunia, dia tidak boleh berkahwin semula.

Ban Gu berkahwin ketika berumur 14 tahun dan suaminya meninggal


dunia waktu beliau masih muda dan tidak berkahwin semula dan
bertumpu kepada menjaga anaknya. Ban Gu juga sangat minat tentang
astronomi dan matematik dan telah menulis beberapa puisi, esei
panjang dan komentari. Beliau telah menjadi ilmuan perempuan Cina
yang paling mashur,
Rajah 6.11 Ban Zhao
(Tahun 45 hingga Tahun 116)

10
a) Huraikan penulisan-penulisan Guan Ganqing dan Hong Sheng.
b) Perihalkan perkembangan opera Cina.
c) Bincangkan sumbangan ahli-ahli sejarah terkenal berikut:
Sima Qian
Ban Gu
d) Perihalkan sumbangan ahli sejarah perempuan terkenal Ban Gu dan
bukunya Nasihat untuk Wanita

6.7 Muzik

Menurut lagenda, asal-usul muzik Cina bermula dengan Maharaja


zaman Dinasti Zhou (kira-kira 3000 tahun dahulu) yang telah
menghantar orang untuk mencari buluh yang dapat menghasilkan
bunyi serupa dengan nyanyian burung phoenix. Seorang bernama
Ling Lun berjaya mencipta instrumen muzik pertama daripada buluh
yang menyamai nyanyian burung phoenix. Tujuannya ialah
menghasilkan muzik yang berharmoni dengan alam semesta.
Bagaimana terdapat bukti-bukti sejarah yang mencadangkan bahawa
ketika zaman Dinasti Shang (kira-kira 3800 tahun dahulu) orang
didapat bermain gendang dan serunai.
Rajah 6.12 Burung Phoenix (disebut fenix)
merupakan burung lagenda yang terdiri
daripada cantuman beberapa jenis burung

Seni muzik telah lama berkembang dalam tamadun China. Malah Confucius menyokong
perkembangan muzik kerana menurut beliau, muzik merupakan suatu cara untuk manusia
menunjukkan kegembiraannya. Bagaimana pun, kebanyakkan bahan muzik telah hilang dan
yang masih didapati sekarang hanya bahan yang wujud sejak daripada zaman dinasti Song
(kira-kira 1000 tahun yang lalu). Namun begitu, dianggarkan jumlah bahan muzik ada
sekarang sama dengan jumlah kesemua bahan muzik utama dalam sejarah Eropah.

Aktiviti muzik Cina melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang
berkaitan dengan agama. Terdapat dua pembahagian muzik dalam perkembangan tamadun
China iaitu muzik rakyat dan muzik golongan atasan. Pada asasnya, muzik rakyat
merupakan asas perkembangan muzik Cina kerana muzik mempunyai kaitan dengan
kehidupan rakyat. Dalam tamadun China, muzik mempunyai peranan sendiri. Selain memberi

11
hiburan kepada pendengarnya, muzik juga merupakan satu cara untuk memberi nasihat
kepada penduduk ketika itu (Lihat Rajah 6.13).

Rajah 6.13 Lukisan yang menunjukkan pemain muzik di istana

Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu
alat itu dimainkan. Pada dasarnya alat muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori
meniup, genderang, memetik dan menggesek (Lihat Rajah 6.14).

Instrumen Memetik

Pipa (4 tali) Ghuzeng (18-21 tali) Qinqin (3 tali)

12
Instrumen Meniup

Dizi Guan

Instrumen Genderang

Chaozhou Gong Yiu Gu

Instrumen Menggesek

Rajah 6.14 Instrumen muzik Cina

Er-hu

Dalam bab Rekod Muzik (Yue ji) yang terkandung dalam buku Liji oleh Confucius telah
direkodkan komen bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dengan bumi. Tanggapan

13
bersifat kosmologi ini memang bukan kepercayaan karut tetapi merupakan pemahaman
mendalam mengenai fungsi budaya muzik dalam dunia manusia. Confucius memberi
pendapat yang sama, mengatakan bahawa muzik teragung adalah muzik yang berharmoni
dengan alam sekitar, dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan dunia fizikal.
Confucius meletakkan muzik berkedudukan penting, mengiktiraf peranannya dalam
memberikan perkhidmatan dan membuat sumbangan terhadap pembentukan dunia yang
bersifat teratur dan bermoral.

Pada pendapat beliau, muzik dan pihak pemerintah adalah saling membayangkan atau
lengkap melengkapi. Hanya manusia yang bersifat unggul dan yang berupaya memahami
muzik mempunyai kelengkapan memerintah. Muzik memparkan 6 jenis emosi, iaitu
kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan dan kasih-sayang yang merupakan
sifat benar seseorang. Sifat yang suka berpura-pura dan menipu tidak mungkin dapat
berterusan. Beliau juga menghuraikan tentang pemilihan muzik yang bersesuaian demi
menyempurnakan seseorang dengan berbudi pekerti dan bermoral. Confucius juga
mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta
prinsip estetik tentang muzik.

Pada zaman Dinasti Qin (kira-kira 2200 tahun lalu), Biro Muzik Diraja (The Imperial Music
Bureau) ditubuhkan yang ditugaskan menguruskan segala yang berkaitan dengan muzik,
puisi, hiburan. pementasan dan keagamaan. Biro Muzik Diraja diteruskan dalam
pemerintahan dinasti-dinasti seterusnya. Paling nyata ialah semasa zaman Dinasti Han
apabila Maharaja Wu sendiri terlibat dengan perkembangan muzik. Pegawai-pegawai Biro
Muzik ditugaskan pengumpulan karya-karya muzik dan juga memerhati muzik-muzik
berunsur memprotes kerajaan.

Kedatangan muzik India melalui penerimaan agama Buddha telah memberikan kenikmatan
muzik yang berlainan. Muzik bercorak Asia Tengah dan Asia Barat, misalnya muzik dari Iran
juga banyak mempengaruhi muzik Cina melalui aktiviti perdagangan dan penyebaran agama
Islam ke China pada kurun ke-8. Selain itu, muzik Cina juga menggabungkan pelbagai corak
muzik kaum minoriti dari seluruh negara China.

Pengaruh muzik Cina pula dapat dilihat terhadap tamadun-tamadun lain terutama sekali
muzik Korea dan Vietnam natijah daripada interaksi antara tamadun. Muzik Cina tersebar ke
Korea sejak zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) dan masih digunakan serta
dikekalkan sebagai muzik sembahyang sehingga masa kini. Manakala di Vietnam, corak
muzik Cina klasik banyak dipelajan dan sebahagian dan peralatan muzik berasal dari negara
China. Cerita yang terkandung dalam muzik Vietnam banyak diambil daripada sejarah dan
legenda Cina.

14
a) Huraikan asal-usul perkembangan muzik di Cina
b) Jelaskan hubung kaitan antara Confucius dan muzik di Cina.
c) Senaraikan jenis-jenis instrumen muzik tamadun Cina.
d) Nyatakan peranan Biro Muzik Diraja.
e) Rujuk kepada internet tentang jenis-jenis instrumen muzik purba
tamadun Cina.

6.8 Kaligrafi dan Seni Lukis

KALIGFARI
Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi
diberi penghormatan dalam tamadun Cina dan dianggap
mempunyai keunikan tersendiri untuk menggambarkan
kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi. Ini kerana
penghasilan sesebuah karya kaligrafi yang ditulis dengan
menggunakan dakwat, berus dan kertas khas bukan sesuatu yang
mudah dan mempunyai nilai tersendiri

Dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai hubungan yang rapat


dengan kaligrafi dan juga puisi. Kebanyakan pelukis bukan
sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana dan pakar
kaligrafi. Biasanya sebuah puisi yang berkaitan dengan sesuatu
lukisan ditulis di sudut ruangan kosong supaya mencapai tahap Rajah 6.15 Kesatuan di antara
'kesatuan di antara puisi, kaligrafi dan lukisan' (Lihat Rajah puisi, kaligrafi dan lukisan
6.15).

Kaligrafi merupakan satu bentuk penulisan yang


menyampaikan pemikiran dan dilafazkan dalam bentuk
penulisan yang amat dihormati oleh masyarakat Cina.
Keindahan sesuatu kaligrafi banyak bergantung pada
kepakaran perekanya melakar dengan menggunakan berus.

Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat,


berus, kertas, dan kadang-kadang sutera. Dakwat dibekukan
dalam bentuk batang pendek dan akan digosok pada batu

15
dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat konsistensi yang betul sebelum menulis. Berus
diperbuat daripada bulu kambing, rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang
diguna ialah sejenis kertas yang mudah menyerap dakwat.

Aksara B yang bermakna bapa

Lihat penulisan aksara b yang bermakna bapa. Perhatikan urutan strok-strok yang
menghasilkan sesuatu aksara.

Di sebelah kiri ialah suatu aksara yang terdiri daripada 8


strok. Lapan strok umum adalah asas kepada penulisan
kebanyakan aksara (huruf) Cina. Perhatikan strok 1 serta
arah penulisannya; yang diikuti dengan strok 2 serta arah
penulisannya, strok 3 serta arah penulisannya dan
seterusnya.

[Tonton klip video yang dikepilkan yang menunjukkan bagaimana anda boleh
mempelajari menulis kaligrafi Cina]

Penulisan kaligrafi tersebar luas keseluruh negara. Penulisan kaligrafi dijumpal dalam
bentuk batu bersurat yang terletak di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, gerbang
kehormat, tiang bangunan dan di rumah-rumah. Skrol yang tergantung berpasangan dan
mengandungi tulisan sepadan hampir dapat dilihat di seluruh tempat.

SENI LUKIS
Lukisan Cina tradisional menitikberatkan perasaan
serta sentimen dan mengabaikan realisme. Aspek
seperti perspektif dan cahaya (atau bayang) tidak
penting. Contohnya, apabila melukis landskap, jarang
pelukis melukis tempat yang benar-benar wujud, tetapi
mereka hanya meminjam bentuk-bentuk gunung,
sungai, batu, pokok untuk dijadikan alat menyatakan
perasaan dan idea mereka (Lihat Rajah 6.16). Walau
pun mereka mengelakkan daripada memberi
gambaran tepat, mereka perlu membuat lukisan
Rajah 6.16 Lukisan landskap yang tidak
memberi gambaran yang tepat 16
landskap yang digemari mereka sebagai landskap, dan membawa penonton ke dalam dunia
alam semula jadi serta bersatu dengannya.

Selain landskap, pelukis Cina juga melukis manusia, haiwan (sep erti kuda,
burung, serangga) dan tumbuhan (seperti bunga, pokok buluh) tetapi tidak
mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya menunjukkan sifat paling penting
sesuatu objek mengikut pengalaman, tafsiran dan fahaman pelukis sendiri
(Lihat Rajah 6.17).
Rajah 6.17 Lukisan kuda yang
mementingkan bahagian-bahagian
tertentu dengan strok lukisan

Seseorang pelukis perlu memastikan terlebih dahulu mengenai apa yang ingin dilukiskan
supaya tidak berlaku kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau perlu menyiapkan
hasil lukisan dengan penuh keyakinan, kelajuan serta kemahiran menguasai teknik lukis.
Keyakinan dan kemahiran ini hanya dapat diperolehi melalui latihan yang panjang dan
berdasarkan pengalaman. Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol panjang yang
digantung secara tegak atau melintang yang berbeza panjangnya, kadang-kadang sepanjang
lima belas meter.

Tema lukisan Cina adalah terhad. Tema-tema seperti peperangan, kekerasan, kematian,
kawasan bandar, kegelapan dalam kehidupan dan kebogelan jarang menarik minat pelukis.
Juga, objek yang tidak bernyawa jarang dilukiskan. Batu dan sungai dianggap seperti
bernyawa dan merupakan manifestasi kuasa yang tidak dapat dilihat dalam alam semesta.
Sesuatu lukisan dinilai daripada apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Yang tersurat ialah
pergerakan berus yang penuh dengan tenaga dan perasaan serta komposisi yang bersifat
harmoni secara keseluruhan. Juga penting ialah tandatangan pelukis yang merupakan cop.
Yang tersirat ialah bukan kerana kecantikan tetapi sama ada temanya mempamerkan manfaat
keimanan dan akhlak mulia.

Sesetengah pelukis Cina melukis manusia. Tema yang


diberi tumpuan ialah hubungan antara manusia yang
berdasarkan prinsip Confisianisme, Taoisme dan
Buddhisme seperti berbudi bahasa, usaha, lemah lembut,
aktiviti ilmiah, perpisahan, pertemuan semula dan
sebagainya (Lihat Rajah 6.18). Manusia disatukan dengan
alam semula jadi, yang terdiri daripada bunga-bungaan,
rumput, pokok, tumbuh-tumbuhan, binatang, unggas,
gunung, sungai, matahari, bulan dan lain-lain yang
mengutarakan perasaan pelukis.

Rajah 6.18 Lukisan manusia yang disatukan dengan alam semula jadi
Apakah agak dibincangkan oleh dua wanita dalam lukisan ini?
17
Dalam tamadun Cina, telah wujud segolongan pelukis profesional
terutama pada zaman Dinasti Han (kira-kira 2200 tahun dahulu) yang
menjual lukisan mereka untuk tujuan mendapat keuntungan. Mereka ini
lebih cendurung kepada realisme dan lukisan mereka hampir-hampir
sama dengan rupa objek yang dilukis. Lihat Rajah 6.18 yang
menunjukkan lukisan seorang kenamaan yang bermirip orang sebenar.
Rajah 6.19 Lukisan potret seorang
kenamaan

Dalam sejarah, lukisan tradisional China tidak bertujuan untuk mengekspresikan gambaran
sebenar dengan apa yang dilukis, tetapi berusaha untuk mengekspresikan jiwa dan perasaam
pelukis. Pelukis Cina tidak mengejar kecantikan sesuatu lukisan tetapi mementingkan
kecantikan dalaman. Para pelukis lukisan pujangga lebih banyak menggunakan dakwat tetapi
jarang menggunakan cat air berwarna. Mereka menggunakan alat yang sederhana iaitu pen
bulu, dakwat dan kertas lukisan bagi mengutarakan fikiran dan perasaan sendiri berdasarkan
warna yang sederhana iaitu hitam, kelabu dan putih.

Contohnya, pada zaman Dinasti Qing, seorang pelukis bernama Zhu Da, pandai melukis
bunga, burung dan binatang ternakan. Mata burung dan binatang yang dilukis oleh beliau
melihat ke langit, seolah-olah tidak berpuas hati dan marah. Ini telah mengekspresikan
perasaan marahnya terhadap pihak berkuasa.

Berikut ini ialah beberapa pelukis tamadun Cina terkenal bersama dengan contoh hasil karya
mereka:

Fan Kuan adalah pelukis landskap pada zaman Dinasti


Song (kira-kira 3000 tahun dahulu). Beliau telah
melukis sesuatu landskap sepanjang 206 cm yang
telah menjadi model untuk pelukis-pelukis lain.
Lukisan-lukisan beliau berdasarkan prinsip-prinsip
Taoisme yang mementingkan penyatuan dengan
alam semula jadi. Lukisan-lukisan beliau cuba
menunjukkan betapa kerdil manusia jika
dibandingkan dengan pemandangan alam semula
jadi.

18
Zhou Fang adalah pelukis figura yang sangat
berpengaruh pada zaman Dinasti Tang (kira-kira 2800
tahun yang lalu). Beliau daripada keturunan aristokrat
dan kebanyakan lukisannya adalah berkenaan tingkah
laku golongan atasan atau bangsawan.

Zhu Da (tahun 1626 1705) adalah daripada


keturunan bangsawan yang menjadi penulis
terkenal semasa zamana Dinasti Ming (kira-
kira 400 tahun yang lalu). Beliau mula
melukis sejak kanak-kanak lagi. Kebanyakan
lukisan Zhu Da terdiri daripada haiwan
seperti ikan dan burung. Haiwan yang
dilukis merupakan mempunyai personaliti
tertentu. Lihat lukisan disebelah kiri dan
nyatakan sama ada anda nampak kedua-dua
ikan yang dilukis menunjukkan perwatakan
tertentu.

a) Apakah kaligrafi?
b) Nyatakan kaitan di antara kaligrafi, puisi dan lukisan.
c) Bincangkan keunikan lukisan Cina.
d) Mengapakah tema lukisan Cina terhad?
e) Lukisan Cina disatukan dengan alam semula jadi. Bincangkan.
f) Rujuk kepada laman web berikut: Famous Chinese Painters
http://www.chinaonlinemuseum.com/painting-masters.php
Kaji tentang pelukis-pelukis Cina lain.

19
6.9 Seramik

Seramik Cina telah muncul sejak awal lagi dan dianggarkan seramik pertama dibuat kira-kira
10,000 tahun yang lalu. Seramik Cina terdiri daripada bahan
binaan seperti jubin, pinggan-mangkuk dan porselin yang
canggih yang diperbuat khusus untuk kerabat diraja. Seramik
dijumpai bersama pahalawan terracota dalam makam Maharaja
Qin (kira-kira 2200 tahun yang lalu). Jenis seramik ditentukan
oleh betapa panas tanah liat dibakar. Seramik bermutu rendah
dibakar antara 950C hingga 1200C manakala seramik bermutu
tinggi dibakar pada suhu 1250C hingga 1400C.

Seramik Tiga Warna dihasilkan semasa Dinasti Tang (kira-kira


1400 tahun lalu). Warna yang popular ketika itu ialah kuning,
hijau dan putih yang diaplikasi pada tanah liat dan dibakar. Rajah 6.20 Contoh Seramik
Tiga Warna Dinasti Tang
Seramik yang dihasilkan terdiri daripada mangkok, teko, labu,
patung patung seperti unta, kuda dan sebagainya (Lihat 6.20). Ini menunjukkan pengaruh
budaya Laluan Sutera.

Seramik Seladon (Seladon Ceramic) merupakan sejenis seramik


yang dihasilkan pada zaman Dinasti Song (kira-kira 1000 tahun lalu).
Seramik yang dihasilkan berbentuk mudah dan berwarna hijau-
kelabu yang menyerupai batu permata jed. (Lihat Rajah 6.21). Batu
jed amat disukai oleh kelas sarjana dan pentadbir di Cina. Bagi orang
Cina batu jed melambangkan kebaikan, keluhuran budi pekerti,
kemuliaan dan keindahan. Ia merupakan perhiasan yang paling
digemari dan dipercayai dapat melanjutkan usia dan membawa
kesejahteraan hidup kepada pemakainya. Seramik ini dieksport ke Rajah 6.21 Contoh Seramik
Korea, Jepun, Asia Tenggara dan Mesir Tiga Warna Dinasti Song

Seramik Biru-Putih (Poselin Biru-Putih) wujud semasa zaman


Dinasti Yuan (tahun 1279 hingga 1368). Tanah liat kaolin dibakar
pada suhu yang tinggi dan seramik yang dihasilkan keras, putih dan
juga lut cahaya. Hiasan motif porselin biru-putih pada labu dan
pinggan-mangkok diperkenalkan pada zaman Dinasti Ming (tahun
1368 hingga 1644) yang merupakan satu revolusi dalam cita rasa
masyarakat Cina (Lihat Rajah 6.22). Porselin biru-putih
melambangkan kemahiran membuat seramik yang paling tinggi di
Cina. Wilayah Jiangxi, menjadi pusat industri porselin yang tidak
hanya menghasilkan seramik yang bergitu banyak untuk istana tetapi
juga untuk eksport ke negara-negara sejauh Turki.

Rajah 6.22 Contoh Seramik


Biru-Putih Dinasti Ming
20
6.10 Sains dan Teknologi

Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15
sebelum masihi (iaitu kira 3400 tahun yang lampau).

Empat Pencapaian Teknologi Cina Terulung


Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan
sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan
terulung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.

1. Teknil Membuat Kertas: Sebelum penciptaan kertas,


orang Cina menulis pada kepingan kayu, buluh, kain dan
kain sutera. Pada tahun 105, Cai Lun dengan bahan-
bahan seperti fiber atau gentian tumbuh-tumbuhan,
kulit pokok dan jaring pukat telah mencipta kertas (Lihat
Rajah 6.23). Teknologi membuat kertas ini kemudiannya
telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui
Laluan Sutera (The Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
Paper spread to the Islamic world in the 8th century,
Rajah 6.23 Cai Lun pencipta
allegedly by Chinese prisoners of war following the
kertas kira-kira 2000 tahun
Battle of Talas (751 CE). The Arabs were to refine the dahulu
rudimentary and laborious process of papermaking. Bulk
production of paper began in Bagdad, and water-powered mills that were used to
preparing the pulp for papermaking in the 8th century have been found in Samarkand.
It was from the Islamic world that papermaking was diffused further to Europe.

2. Teknologi Percetakan: (printing) mula diperkenalkan


semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara
buku bercetak yang paling awal dan masih wujud
sehingga kini ialah Kitab Sutra Berlian yang bertarikh 11
Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium

3. British di England . Buku ini dianggap mewakili hasil


Rajah 6.24 Percetakan blok
daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik
percetakan blok (block-printing). Lihat Rajah 6.24.

21
Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan
bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya
secara umum (Lihat Rajah 6.25). Penciptaan Bi Sheng adalah
400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di
dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.

Rajah 6.25 Bi Sheng dengan percetakan bergerak

4. Bahan Letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh


ahli-ahli alkimia Cina yang menemui formulanya dalam
uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan
karbon. Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun
menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga
api (Lihat Gambar disebelah kanan). Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang
ketenteraan pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan
dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya
dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.

5. Antara kurun ke-1 hingga kurun ke-6, orang Cina sudah


pun mengetahui tentang kemagnetan. Lihat Rajah 6.26
yang menunjukkan kompas dimana bahagian
pemegang sudu sentiasa menghala ke selatan.
Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, kompas yang
digunakan kompas di kapal untuk pelayaran buat
pertama kali.
Rajah 6.26 Kompas

Kejuruteraan Hidraulik
Negara Cina kerap dilanda musibah banjir menyebabkan pengorbanan nyawa
serta kerosakkan harta benda. Oleh itu Sungai Hwang-He digelar kegembiraan
dan kesedihan orang ramai. Dengan itu telah wujud kemahiran kejuruteraan
hidraulik mengawal banjir dan membekalkan air pada musim kemarau.
Sunshu Ao ialah jurutera hidraulik yang paling terkenal dan ditugaskan pada
zaman Dinasti Zhou (kira-kira 2600 tahun yang lalu) untuk membina
empangan untuk mengawal kejadian banjir serta membekalkan air pada musim
kemarau (Liha Rajah 6.27). Empangan yang dibina dapat mengurangkan
kejadian banjir disebabkan air berlebihan daripada kawasan pergunungan.

Rajah 6.27 Sunshu Ao

22
Seorang lagi jurutera terkenal ialah Ximen Bao. Beliau terlibat dengan mengalih Sungai
Zhang yang mengalih ke Sungai Hwang-He. Ini telah mengurangkan berlakunya banjir
apabila air Sungai Hwang-He melimpah. Sambil itu projek kejuruteraan tersebut membuka
kawasan untuk pertanian dengan kemudahan pengairan.

Bidang Astronomi
Orang Cina telah terlibat dengan astronomi sejak lama
lagi. Peta bintang yang tertua dijumpai yang
dianggarkan kira-kira 1000 tahun yang dihasilkan pada
zaman Dinasti Song (Lihat Rajah 6.28). Peta ini dicetak
pada kertas dan mencatatkan kedududukan kira-kira
1350 bintang.

Rajah 6.28 Peta Bintang tertua

Ahli-ahli astronomi Cina telah mencatatkan 1600 kejadian gerhana matahari dan gerhana
bulan sejak 2800 tahun yang lampau. Ahli astronomi Shi Shen telah mencatat tentang
hubung kaitan antara gerhana matahari dan gerhana bulan dan dapat meramalkan kejadian
sesuatu gerhana. Bagaimana pun ilmu ini sudah diketahui oleh ahli astronomi Yunani (Greek)
terlebih dahulu.

Selain peta bintang, ahli astronomi Cina telah membina glob


cakarewala (celestial globe) yang menentukan kedudukan bintang
(seperti peta bintang) serta mewakili langit pada masa tertentu (Lihat
Rajah 6.29).

Rajah 6.29 Glob Cakarewala

Ahli astronomi Cina banyak dipengaruhi oleh astronomi India dan


Islam. Dengan kedatangan Buddihisme ke Cina, karya-karya tentang
astronomi India dibawa ke Cina. Semasa zaman Dinasti Tang (kira-kira
1400 tahun dahulu) buku-buku astronomi India diterjemahkan ke dalam
bahasa Cina.

Pengaruh Islam terhadap astronomi Cina direkod pada zaman Dinasti Song apabila Ma Yize,
seorang ahli astronomi Islam memperkenalkan konsep 7 hari dalam seminggu. Ahli-ahli
astronomi Islam dibawa ke Cina untuk bekerja membuat kalendar dan bidang astronomi
semasa zaman Dinasti Yuan (tahun 1279 hingga 1368). Kublai Khan membawa masuk pakar-
pakar daripada Parsi membina observatori astronomi dan memulakan pengajian astronomi.

23
Semasa pemerinthana Dinasti Shang, sistem kalendar telah diperkenaklan, iaitu terdapat 30
hari dalam sebulan dan 360 dalam setahun. Maharaja menggunakan kalendar untuk
menentukan musim menanam dan musim menuai. Amalan menggunakan kalendar ini
diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan dan
pengkebumian.

Bidang Matematik
Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Paling terkenal ialah
penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli
matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga lebih lewat.

Karya terulung dalam bidang matematik ialah Sembilan Bab Seni


Matematik atau Jiuzhang Suanshu (Lihat Rajah 6.30) yang
menunjukkan salah satu bab buku tersebut). Buku ini merupakan
pengumpulan penulisan ahli matematik Cina mulai 2900 tahun
hingga 2200 tahun dahulu. Buku terdiri daripada 246 masalah yang
melibatkan penyelesaian matematik dalam bidang pertanian,
kejuruteraan, pencukaian, kajiukur dan lain-lain.

Format buku ini ialah mengemukakan sesuatu masalah dalam


bentuk ayat, diikuti dengan penerangan tentang prosedur dan
diakhiri dengan penyelesaian. Aspek-aspek matematik yang
ditekankan dalam buku ini ialah persamaan linear, teorem
Pythagoreas, sistem pecahan, sistem perpuluhan, isi padu, nombor,
pengiraan (pi) dan lain-lain. Kesemua kemajuan dalam bidang
matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.

Rajah 6.30 Salah satu bab


Sembilan Bab Seni Matematik

Bidang Perubatan
Walau pun sukar hendak dibuktikan, menurut laporan tertentu perubatan
Cina diamalkan kira-kira 5000 tahun dahulu oleh pakar-pakar perubatan
seperti Shen Nong dan Huang Di. Rangka teori asas perubatan Cina
tradisional ialah teori kosmik dualistik Yin dan Yang dan juga Teori
Lima Elemen.

Kita membincangkan secara ringkas tentang Yin dan Yang dalam Bab 5.
Prinsip Yin dan Yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni
Rajah 6.31 Yin dan Yang
kedua-dua kuasa Yin dan Yang akan mempengaruhi kesihatan badan
manusia (Lihat Rajah 6.31). Apabila kadar Yin dan Yang dalam badan
manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar Yin dan Yang
boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional.

24
Teori Lima Elemen iaitu tanah, air, angin, kayu dan api
(Lihat Rajah 6.32) menganggap badan manusia sebagai
sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman
seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah
secocok dengan lima elemen dalam alam semesta.
Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu
yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang
menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah.
Berdasarkan dua teori ini pakar perubatan Cina
tradisional mengambil berat tentang kepentingan
melaraskan semula keseimbangan harmoni badan
seseorang pesakit.

Rajah 6.32 Teori Lima Elemen


yang menjadi asas perubatan
Cina

Qi adalah satu lagi konsep perubatan Cina. Qi bermakna tenaga. Menurut konsep ini, organ
dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di
mana darah dan qi beredar. Apabila saluran-saluran tertentu dalam badan tersekat, darah dan
qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan
darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan
sesuatu penyakit.

Akupunktur (dipanggil acupuncture dalam bahasa Inggeris)


ialah sejenis sistem perubatan tradisional Cina yang merawat
pesakit dengan menggunakan tusukan jarum halus di tempat-
tempat tertentu badan untuk menyembuhkan kesakitan atau
tujuan terapeutik. Rawatan ini mencucuk jarum yang
panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di
bawah kulit. Tujuannya adalah untuk mengrangsangkan urat
tertentu supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat
dibetulkan. Akupuntur diamalkan kira-kira 4500 tahun dahulu
di Cina.

Buku pertama tentang akupunktur ialah Klasik Perubatan


Maharaja Kuning atau Nei Ching Su Wen. Menurut
sesetengah sumber buku ditulis oleh Maharaja Kuning, iaitu
Huang Ti dengan menterinya Chi Pai. Tarikh penulisan buku Rajah 6.33 Poin-poin akupunktur
pada badan manusia
25
ini pun dipertikaikan tetapi ia memang wujud. Lihat Rajah 6.33 yang menunjukkan 349 poin-
poin (dipanggil meridian) tertentu pada badan manusia yang dikenal pasti.

Pada zaman Dinasti Sui (tahun 561 hingga 618) kolej perubatan pertama ditubuhkan yang
dipanggil Kolej Perubatan Diraja yang ditugaskan mengurus penyelidikan perubatan dan
melatih doktor. Kurikulum terdiri daripada akupunktur, moxibustion dan perubatan herba.
Kebanyakan orang belajar tentang perubatan Cina melalui sistem perantis dan diturunkan
daripada bapa kepada anak, daripada mahaguru kepada pelajar. Amalan akupunktur
berkembang pesat pada zaman Dinasti Tang dan salah hasil penulisan ialah Seribu Penawar
Keemasan (Thousand Golden Remedies) oleh Sun Szu-Miao. Buku ini menunjukkan carta
warna poin-poin akupunktur badan manusia tetapi kebanyakan teks tersebut telah hilang.

Moxibustion - Bersama dengan akupuntur ialah


moxibustion. Ini adalah teknik membakar herba-herba
dan menyalurkannya melalui jarum pada tubuh badan
pesakit. Dalam rawatan moxibustion, daun moxa
(Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada
permukaan kulit lalu dibakar. Lebih tua tumbuhan
tersebut, lebih baik kesannya. Lihat Gambar disebelah
kanan.
Moxihustion

Bian Que (500 sebelum masihi) adalah salah satu pengamal moxibustion yang paling
terkenak. Menurut beliau, moxibustion dapat menambahkan meningkatkan tenaga dan
merawat penyakit seperti darah tinggi dan strok. Bagaimana pun keberkesanan teknik ini
masih dipertikaikan.

Ubat-Ubatan Herba Seperti tamadun lain, tamadun Cina juga terkenal dengan ubat-
ubatan herba. Herba-herba yang digunakan pada dasarnya ialah untuk memulihkan
keseimbangan yin dan yang dan merupakan satu perkara yang agak rumit. Ini menyebabkan
cara mempreskripsi (menentukan penggunaan ubat-ubatan) bersifat kompleks. Adalah
dianggarkan lebih kurang 13,000 jenis herba digunakan dan lebih 100,000 resipi perubatan
telah dicatatkan dalam rawatan pelbagai jenis penyakit.

Li Shizhen telah menulis buku bertajuk Koleksi Bahan Ubat-Ubatan (Bencao Gangmu)
pada zaman Dinasti Ming. Buku ini menerangkan dengan penuh lengkap dalam 52 jilid
tentang tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mineral yang mempunyai ciri-ciri perubatan.

26
a) Terangkan EMPAT pencapaian utama zaman tamadun Cina
b) Huraikan pencapaian-pencapaian tamadun Cina dalam bidang
matematik, astronomi dan kejuruteraan.
c) Jelaskan ciri-ciri perubatan tradisional Cina serta konsep-konsep asas.
d) Nyatakan ciptaan dan inovasi lain dalam tamadun Cina.

27

Anda mungkin juga menyukai