Anda di halaman 1dari 2

Biskut marmar carries

akan bertukar menjadi keperangan. Ini menyebabkan biskut tidak cantik. Suhu yang terlalu tinggi juga akan membuat lapisan atasnya mengering dan mengeras terlalu cepat. Inilah sebabnya mengapa ia kadangkala tertanggal daripada biskut. Jangan canai biskut terlalu tebal kerana ia sukar untuk masak sempurna. Bila biskut dimasak terlalu lama, bahagian hiasannya juga akan menjadi keperangan. Konsistensi atau kepekatan bahan hiasan hendaklah tidak terlalu cair. Ini mengakibatkan ia meleleh ke sekeliling biskut.

Biar ia pekat tetapi tidak terlalu pekat. Anda harus berhati-hati menambah gula aising.

dan sukar untuk dicorakkan atasnya. Sukatan gula aising bergantung pada saiz putih telur itu. Jika membuat dalam kuantiti banyak, gunakan mesin pemutar pada tahan minima. Seandainya menggunakan sebiji putih telur sahaja, memadai memukulnya dengan garfu. Masukkan satu sudu besar gula aising, pukul sebati. Kemudian baru ditambah dengan satu sudu besar lagi. Fungsi tepung jagung adalah untuk memutihkannya.

INILAH antara biskut yang paling popular pada musim lebaran. Nampak seperti rumit membuatnya kerana hiasan celoreng di atasnya. Namun ia tidak sesukar mana sekiranya anda tahu caranya. Biskut ini cantik jika diletakkan di dalam balang kaca. Bila dihias dengan kain renda dan reben, ia boleh dijadikan cenderahati. Satu perkara yang paling penting harus diambil perhatian, suhu membakar biskut ini lebih rendah daripada biskut biasa. Hanya gunakan api bahagian bawah sahaja. Jika menggunakan api atas dan bawah, hiasan di atas biskut

Jika terlalu pekat, tambah beberapa titik air panas supaya ia kembali cair. Aising yang pekat tidak licin

Anda boleh gunakan pewarna merah atau emulco coklat bagi menggantikan pewarna hijau.

Corak di atas biskut dengan adunan berwarna dibuat dengan mencelup hujung lidi koktel ke dalamnya. Kemudian bentukkan tiga garisan di atas aising putih. Gariskan secara melintang supaya ia membentuk corak marmar atau marble. Untuk mendapatkan biskut yang kekuningan, gantikan tepung jagung dengan tepung kastard. Susu tepung akan melemakkan rasa biskut. Gunakan jenis rendah lemak atau susu berlemak. Seperti adunan biskut yang lain, tidak perlu menguli terlalu lama. Kepanasan daripada jari akan menyebabkan tekstur adunan berminyak. Seandainya anda membuat banyak, biarkan adunan agak lembik. Sementara anda mencanai dan menerap adunan serta meletakkan hiasan di atasnya, adunan yang dibiarkan tadi

akan mengeras sendirinya.

dengan

Pastikan adunan tersebut diletak di dalam bekas bertutup kemas supaya permukaannya tidak kering. Sentiasalah mencanai adunan di antara dua lapisan plastik yang lebar. Jika adunan yang dicanai melekat pada plastik ketika anda mengangkat plastik tersebut, ini bermakna adunan agak lembik. Bila adunan lembik, ia sukar diubah ke atas tin pembakar. Bentuk yang tidak sekata akan membuat biskut nampak tidak kemas. Setelah menyusun semuanya di atas tin yang berlengser, barulah mula menghiaskannya dengan bahan aising. Bahan aising yang sudah disediakan juga mesti

diletakkan di dalam bekas bertutup. Ini untuk menghalang atasnya 'berkulit' dan teksturnya mengeras sedikit. Bila membakar biskut, pastikan ketuhar sudah dipanaskan 15 minit sebelum itu. Jika menggunakan dua rak, tin pembakar pada rak atas hendaklah dekat, bukannya menyentuh dinding belakang ketuhar. Ini supaya habanya sekata. Keupayaan memahami 'kerenah' ketuhar bergantung pada pengalaman anda sendiri. Jadi, acapkali anda perlu mengubahsuai dan tidak terlalu mengikut seratus peratus di dalam resipi.

Anda mungkin juga menyukai