Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Bahagian 1. Tajuk Kajian

Proses/Penjelasan a. Tajuk ditentukan dengan mengenal pasti kemahiran yang ingin dikaji. b. Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kajian. Catatkan nama penuh penyelidik/ kumpulan Catatkan nama sekolah berserta alamat lengkap a. Tema/masalah/isu keprihatinan dikenal pasti dengan melihat kepada empat perkara utama dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu; Guru Murid Isi kandungan pelajaran Persekitaran b. Refleks pengalaman P & P lepas. c. Kaitkan pengalaman P & P lepas dengan empat perkara utama itu supaya masalah menjadi lebih jelas. d. Rujuk bahan yang berkaitan seperti buku latihan, ujian, keputusan peperiksaan, sukatan pelajaran dan bahan-bahan yang berkaitan untuk membantu penyelidik mengingatkan kembali apa-apa yang telah dilaksanakan/ berlaku. e. Terjemahkan refleksi secara bertulis.

Contoh Penulisan Kaedah 2K meningkatkan kemahiran murid menulis pendahuluan karangan jenis suasana.

2. Nama penyelidik 3. Nama Sekolah

Rogayah bt Abdullah Norhayati bt Hassan Siti Rusian bt Mohd.Zin SMK KEMPAS Jalan Dataran 4 Taman Kempas 81200 Johor Bahru
Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik Tahun 5 Arif. Kelas 5 Arif merupakan kelas yang baik dan murid-muridnya berpotensi untuk mendapat gred A dalam Matematik. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah fakta asas darab (sifir). Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan mencongak secara bertulis. Selepas setiap kali mengadakan latihan mencongak, saya menyemak jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka hanya peroleh markah antara 50% hingga 60% sahaja. Hal yang demikian mengecewakan saya. Enam orang (16%) murid kelas saya tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika tempoh masa dipanjangkan mereka boleh menjawab dengan tepat. Pada pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kepada kelas yang baik. Apa yang berlaku setiap kali latihan mencongak dijalankan, mereka sering memberi alasan tidak membawa buku dan sering mengeluh apabila disuruh membuat latihan tersebut. Daripada temubual secara tidak formal saya dapati kaedah mencongak yang saya jalankan selama ini membosankan murid-murid dan sebagai seorang guru saya akan cuba untuk menangani masalah ini. Memandangkan masalah murid-murid dalam Matematik berpunca daripada kurang mahir atau kukuhnya mereka dalam mencongak fakta asas darab maka saya mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu muridmurid menguasai fakta asas darab yang sememangnya kurang dikuasai oleh murid dengan baik. Kemahiran mencongak fakta asas darab merupakan asas yang penting terutamanya soalan yang melibatkan penyelesaian masalah atau soalan Kertas 1. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan kata-kata bahawa Mathematics is fun and easy.

4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

5. Isu/ Keperihatinan Yang Dikaji

Tentukan tema/isu keprihatinan kajian /masalah/ Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi yang dibuat pada langkah 1. Objektif kajian terdiri

4.

Tentukan Objektif

Kajian

daripada objektif umum dan objektif khusus. Objektif hendaklah berkaitan dengan masalah Objektif hendaklah berkaitan dengan aktiviti/tindakan (P&P) Objektif hendaklah boleh diukur Semua objektif khas hendaklah diukur/ nilai semasa menjalankan tindakan/aktiviti. Sebutkan bilangan pelajar yang dikaji (mestilah kumpulan pelajar yang diajar oleh penyelidik) Sebutkan kelas pelajar yang dikaji Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 3 Bestari yang terdiri daripada 10 orang pelajar Melayu, 2 orang pelajar India dan 18 orang pelajar Cina. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan Sebanyak empat aktiviti dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab dalam kalangan murid-murid kumpulan sasaran saya. Aktivitiaktiviti tersebut ialah:
Aktiviti 1 ( Permainan Domino Fakta Asas Darab) Murid-murid didedahkan dengan permainan Domino Fakta Asas Darab selama 4 minggu pada setiap hari Isnin hingga Khamis Setiap set permainan terdiri daripada sebiji buah dadu, sekeping kad permulaan bertanda dan 100 keping kad berkembar yang setiap hujungnya mengandungi soalan fakta asas darab dan hasil darab fakta asas darab. Nilai nombor yang bersebelahan tidak mempunyai kaitan sama sekali. Sekiranya ada, cuma kebetulan sahaja. Aktiviti 2 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab 5 minit ) Selepas menjalankan Aktiviti 1, saya ajan menjalankan Aktiviti 2 pula. Berikut langkahlangkah bagi aktiviti 2. i. Guru mengedarkan satu set soalan yang mengandungi 60 soalan. Guru menerangkan caracara menjawab. ii. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh masa 5 minit. iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid. Aktiviti 3 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab 4 minit ) i. Guru mengedarkan set soalan yang sama seperti dalam aktiviti 2. ii. Murid-murid dikehendaki menjawab semua soalan dalam tempoh masa 4 minit. iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid. Aktiviti 4 ( Ujian Cepat Kira Fakta Asas Darab 3 minit ) i)Guru mengedarkan set soalan yang sama.Murid dikehendaki menjawab soalan dalam tempoh masa

7. Kumpulan Sasaran

8. Tindakan yang dicadangkan

Nyatakan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.

3 minit. ii) Kemudian guru menyemak jawapan bersama murid

9. Jadual Pelaksanaan Kajian

Boleh dibuat dalam bentuk jadual/ carta gantt Memasukkan aktiviti yang dirancang bagi menjalankan kajian Memasukkan tarikh tentatif kajian akan dijalankan Tarikh mungkin berubah mengikut keperluan/keadaan semasa

9. Jadual Pelaksanaan Kajian


Bi l 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 0 1 1 1 2 1 3 Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan individu/kumpulan Melaksanakan tindakan aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 Melaksanakan tindakan 3 aktiviti 3 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 Ujian untuk mengesan perubahan murid Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah. Tempoh Pelaksanaan 1 minggu 2 minggu 1 minggu 1 minggu 2 minggu 1 minggu 2 minggu 1 minggu 2 minggu 1 minggu 1 minggu 2 minggu 1 minggu

10. Jumlah Peruntukan Yang Dipohon

Jelaskan dengan terperinci segala bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti; Apakah bahan yang akan digunakan Kuantiti bahan yang akan digunakan Harga seunit bahan yang diperlukan Harga keseluruhan bagi bahan yang dipohon Guru boleh mengabaikan item ini sekiranya guru tidak memerlukan peruntukan kewangan untuk menjalankan kajian tindakan. Guru tidak boleh memasukkan perbelanjaan perjalanan, jamuan yang diadakan, cenderahati dan perkara-perkara lain yang tidak berkaitan. Sila simpan semua resit pembelian bahan/alatan yang digunakan untuk tujuan tuntutan peruntukan yang telah diluluskan.

10. Kos Kajian BI L 1. 2. 4. 5. JENIS BAHAN Kertas A4 Printer Cartridge Potostat Bahan dan laporan kajian Buku catatan guru JUMLAH KUANTIT Ix HARGA SEUNIT 3 x RM 10.00 1 x RM 65.00 JUMLAH KOS RM 30.00 RM 65.00 RM 50.00 1 X 2.00 RM 2.00 RM 147.00

Anda mungkin juga menyukai