Anda di halaman 1dari 14

AYAT MUHKAM DAN MUTASYABIH

PENGERTIAN PEMBAHAGIAN HIKMAH

PENGERTIAN MUHKAM DAN MUTASYABIH


Muhkam bererti sesuatu yang dikukuhkan. Ihkam Al-Kalam bererti mengukuhkan perkataan dengan memisahkan berita yang benar dari yang salah, dan urusan yang lurus dari yang sesat. Kata Mutasyabih berasal dari kata tasyabuh yang secara bahasa bererti keserupaan atau kemiripan yang biasanya membawa kepada kesamaan antara dua hal.

Menurut istilah pula, Muhkam adalah ayat-ayat yang boleh diketahui tafsirannya serta difahami maknanya sama ada melalui takwil (metafora) atau tidak. Manakala Mutasyabih menurut istilah (terminologi) ialah maksud sesuatu ayat itu hanya Allah yang mengetahuinya. Contohnya kedatangan hari Kiamat dan huruf-huruf Muqattaah.

Menurut para ahli :


1. Sihan Anwar dalam buku Ulumul Quran
Muhkam ertinya suatu ungkapan yang dimaksudkan dengan makna asal, tidak mungkin diganti atau diubah (ma ahkama al-murad bin an al tabdil wa al-taghyir). Mutasyabih adalah ungkapan yang dimaksud makna asalnya adalah samar (ma khafiya bi nafs al-lafzh).

Abdul Jalal dalam buku Ulummul Quran


Muhkam ialah lafaz yang ertinya dapat diketahui dengan jelas dan kuat secara berdiri sendiri tanpa ditawilkan kerana susunan tertibnya tepat, dan tidak musykil. Mutasyabih ialah lafaz Al Quran yang ertinya samar sehingga tidak dapat dijangkau akal manusia kerana boleh ditawilkan sehingga tidak dapat berdiri sendiri kerana susunan tertibnya kurang tepat.

Al-Qattan menyimpulkan pendapat para ahli dalam 3 definisi seperti berikut:


a) Muhkam adalah ayat yang mudah diketahui maksudnya, sedangkan Mutasyabih hanyalah diketahui maksudnya oleh Allah sendiri. b. Muhkam adalah ayat yang hanya mengandungi wajah, sedangkan Mutasyabih mengandungi banyak wajah. c. Muhkam adalah ayat yang maksudnya dapat diketahui secara langsung, tanpa memerlukan keterangan lain, sedangkan Mutasyabih memerlukan penjelasan dengan merujuk kepada ayat-ayat lain.

1) Kesamaran dalam Lafaz

3) Kesamaran dalam Makna dan Lafaz

MUTASYABIH

2) Kesamaran dalam Makna

a) Mufrad
1) Mutasyabih (Kesamaran) Dalam Lafaz

b)Murakkab

a) Mufrad berlaku dari sudut penggunaan kalimah yang pelik atau makna yang pelbagai. Contoh kalimah yang pelik ialah Firman Allah s.w.t : .... Maksudnya : Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. - Bermaksud ternakan binatang, dalilnya ialah Firman Allah yang ada selepas itu : ....... Maksudnya: Untuk kegunaan kamu dan binatangbinatang ternakan kamu.

b)MURAKKAB
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Ayat ini datang dalam bentuk ringkas dan makna tersirat disebaliknya. Makna ayat ialah jika kamu bimbang tidak berlaku adil terhadap anakanak yatim dalam peliharaan kamu selepas kamu mengahwini mereka maka hendaklah kamu berkahwin dengan wanita yang berkenan di hati kamu. Dengan kata lain, jika kamu merasa berat dan susah untuk mengahwini anak-anak yatim bimbang kamu akan menzalimi mereka maka dihadapan kamu wanita lain dan berkahwin dengan wanita yang kamu suka.

2) Kesamaran dari sudut makna . Contohnya ialah ayat al-quran yang menyebut tentang sifat Allah s.w.t, ayat-ayat tentang hari kiamat ,ayat-ayat berkaitan dengan nikmat syurga dan azab neraka. Akal manusia tidak mungkin dapat menyelami hakikat sifat Allah s.w.t ,begitu juga dengan kedahsyatan hari kiamat.

3)Kesamaran dari sudut lafaz dan makna

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."

Terdapat cerita menyatakan bahawa di kalangan ansar apabila mereka berihram , mereka tidak akan lagi memasuki rumah melalui pintu. Jika ia dari penduduk madar, mereka akan menebuk lubang dibelakang rumah untuk masuk dan jika dari penduduk Wabar mereka akan keluar dari belakang khemah. Dengan kelakuan mereka,maka Allah menurunkan firmannya sebagaimana ayat di atas. Kesamaran dalam ayat ini ialah berkaitan dengan lafaz dengan sebab terlalu ringkas dan jika dipanjangkan maknanya ialah tidak ada kebaikan jika kamu mendatangiku (memasuki) rumah melalui pintu belakang ketika kamu berihram haji atau umrah. Kesamaran makna pula ialah nas dalam ayat ini dapat difahami setelah mengetahui adat bangsa arab ketika jahiliyyah.Dan makna ayat tak akan difahami jika tidak mengetahui adat tersebut.

AL-RAGHIB

Kategori Mutasyabih

1) Perkara yang tidak dapat diketahui oleh manusia Contoh : waktu berlakunya hari Qiamat, keluar Rabbah dan sebagainya. 2) Perkara yang diketahui oleh manusia. Contoh : Pada lafaz-lafaz yang pelik

3) Perkara yang hanya diketahui oleh ulamak. Contoh : Maksudnya : Ya Allah fahamkannya dengan kefahaman agama yang mendalam dan ajarkannya ilmu tawil.

HIKMAH AYAT MUHKAMAT


Menghilangkan kesulitan dan kebingungan umat dalam mempelajari isi ajarannya. Memudahkan manusia mengetahui erti dan maksudnya

Menjadi rahmat bagi manusia, khususnya orang yang kemampuan bahasa arabnya lemah.
Memperlancar usaha penafsiran atau penjelasan maksud kandungan ayat -ayat AlQuran. Mendorong umat untuk giat memahami, menghayati, dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran. Mempercepat usaha Tahfizul Quran (menghafal ayat-ayat AlQuran) Membantu para guru dan pendakwah dalam usaha menerangkan isi ajaran kitab Al-Quran dan tafsiran ayat -ayatnya kepada masyarakat.

HIKMAH AYAT MUTASYABIHAT


Rahmat Allah SWT. Membuktikan kelemahan dan kebodohan manusia. Memperlihatkan kemukjizatan AlQuran, ketinggian mutu sastera dan balaghahnya. Mengajukan penggunaan dalil-dalil aqli, disamping dalil- dalil naqli. Memudahkan bacaan, hafalan dan pemahaman Al-Quran Mendorong umat manusia untuk giat belajar, dan rajin meneliti. Ujian dan cubaan terhadap kekuatan iman umat manusia

Anda mungkin juga menyukai