Anda di halaman 1dari 30

Cinta Hang Kasturi-A.

Samad Said

Sebelum kau mati, Dayang Fina perlu kau sedar dirimu berdosa sama membakar nafsu jantan-jantan istana. Kini jejak Jebat kejam menghukum dia kesasauan amuk gagal mentafsir keris dan tengkolok; dirinya sukar mengerti mengapa harus ada kesetiaan yang buta. Sesudah kau mati, Dayang Fina, kan segera kuhembus asap dupa merenggut batin bangsa. Dan jika aku masih di istana kan sedarkan keruntuhan mereka tipis bezanya antara Jebat mengingkiri setia buta dengan Tuah patuh membuta setia. Akan kucuba syahdukan segala ini, sebelum bangsaku dungu kembali. Kuala Lumpur, 13 September 1987

SINOPSIS

Berdasarkan puisi ini, gambaran hang kasturi sebagai wira melayu sebenar adalah wajar, walaupun reputasi hang tuah dan hang jebat. Kasturi telah digambarkan sebagai keluarga paling setia lima pahlawan. Pandangan beliau dan penghakiman telah dibentuk oleh nilai-nilai islam yang mewajarkan mengapa beliau tidak rosak oleh sistem pada masa tersebut. Dalam bahagian awal puisi, kasturi walaupun menasihati dang fina untuk bertaubat daripada segala dosa beliau. Dan beliau mengkritik hang jebat dan hang tuah salah pikiran. Jelas sekali, beliau tidak percaya dalam kesetiaan buta. Ia mesti kerana induk agama dan silat, adi putra yang telah mengajarnya dengan baik.

Dalam puisi yang telah dipilih iaiatu Cinta Hang Kasturi terdapat pelbagai jenois makna.Anatranya adalah seperti analisis dibawah.

Rangkap Pertama

Sebelum kau mati, dayang fina perlu kau sedar dirimu berdosa sama membakar nafsu jantan-jantan istana. Kini jejak jebat kejam menghukum dia kesasauan amuk gagal mentafsir keris dan tengkolok; dirinya sukar mengerti mengapa harus ada kesetiaan yang buta.

Dalam rangkap pertama ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna konotatif,denotatif,kontekstual,tematik dan afektif.Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut.

a) Makna Konotatif a. mentafsir keris dan tengkolokadalah dapat diertikan sebagai menilai satu keadaan lelaki-lelaki yang berada di istana.Perkataan keris dan tengkolok melambangkan kejantinaan secara gramatis dalam puisi diatas.Selain itu,dalam ayat harus ada kesetiaan yang buta ini adalah dapat diertikan sebagai ketaatan secara melulu dan tidak memikirkan perkara yang dilakukan betul atau salah.Secara konotatif telah diertikan seperti berikut.

b) Makna Denotatif a. Sebelum kau mati, dayang finadalam ayat pertama dalam rangkap yang pertama ini dapat dilihat maknanya secara terus.Hal ini kerana maksud yang ingin diceritakan adalah secara tersurat iaitu ingin menerangkan tentang sebelum dayang itu meninggal dunia dia perlu melihat kepada segala dosa yang telah dia lakukan.Perkara ini telah disebut dengan jelas maksud yang ingin disampaikan.Oleh itu,ayat tersebut bolehlah diertikan secar denotatif iaitu mempunyai makna tersurat yang ingin disampaikan oleh pengarang.

c) Makna Konsepsual a. Berdosa,kesasauan dalam rangkap pertama ini adalah dapat dilihat dalam aspek makna konsepsual.Hal ini,disebabkan oleh kedua-dua kata ini adalah diterapkan hanyalah untuk dinilai maknanya secra ilmiah yang dapat dilihat secara jelas aiiatu berdosa dapat diertikan sebagai melakukan sesuatu perbuatan yang melanggar hukum dalam agama islamperkara ini ahnya boleh dirujuk dalam satu kamus atau buku agama yang khusus sahaja.Selai n itu,kesasauan ini dapat dilihat daripada satu perkara yang gila atau tidak waras.Dalam ayat diatas kesasauan ini telah dapat diertikan sebagai ketidakwarasan dalam melaksanakan sesautu perkara yang akan menyebabkan berlaku sesuatu perkara yang toidak diingini. d) Makna Tematik a. keris dan tengkolok,dirinya sukar mengerti mengapa,harus ada kesetiaan yang butadalam ketiga-tiga ayta diatas ini dapat saya ringkasakan bahawa terdapat unsur makna tematik yang ingin diterapkan.Dalam ketiga-tiga ayat ini terdapat unsur emosi yang ingin ditekankan iaitu kesetiaan yang buta ini dapat dilihat sebagai emosi penulis ingin sampoaikan bahawa penyesalan yang dilakukan akibat daripada kepercayaan yang tiada hala tuju dan berpandukan hawa nafsu yang menyebabkan berlakunya kekacauan.Makan tematik ini adalah dapat dilihat keran pada ketiga-tiga ayat ini ingin dinyatakan kekecewaan terhadap kesetiaan kedua-dua watak iaitu Tuah dan Jebat yang kesetiaan mereka adalah tidak bertempat dan tidak memikirkan masa hadapan mereka. e) Makna Afektif a. membakar nafsu jantan-jantan istanadalam ayat tersebut terdapat amkna afektif aiatu perkataan jantan-jantan membawa erti afektif negatif iaiatu jantan-jantan ini jika dilihat adalah seserti dengan kata lelaki.Penggunaan kata jantan-jantan ini menunjukkan bahawa seorang lelaki dewasa yang kurang baik nilai peribadinya.Perkara ini dapat dinilai sebagai mana afektif negatif.

Rangkap Kedua

Sesudah kau mati, Dayang Fina, kan segera kuhembus asap dupa merenggut batin bangsa. Dan jika aku masih di istana kan sedarkan keruntuhan mereka tipis bezanya antara Jebat mengingkari setia buta dengan Tuah patuh membuta setia.

Dalam rangkap kedua ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna konotatif,denotatif,konsepsual dan stilistik.Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut.

a) Makna Konotatif a. Dalam keseluruhan rangkap kedua ini adalah maknanya dalah bersifat konotatif tetapi saya telah memilih satu ayat yang dapat dikaji sebagai satu makna konotatif secara lebih mudah dan terang dalam puisi yang etalh ditulis.tipis bezanya antara,Jebat meningkari setia buta,denagn Tuah patuh membuta setia dalam ketiga-tiga ayat ini dapat dilihat bahawa penulis ingin menyatakan bahawa dalam puisi ini bahawa kedua-dua sahabat ini adlah tidak wajar perlakuan yang dilakukan iaiatu Jebat melanggar arahan kepatuhan kepada raja secara membuta atau tidak berfikir secara waras begitu juag denagn Tuah iaiatu seorang pahlawan yang sangat taat kepada raja tetapi perlakuan yang dilakuakan oelh beliau adalah secara tidak wajar iaiatu tidak memikirkan terelbih dahulu perkara yang dilakukan walaupun perkara yang ingin dilakukan adalah terlalu besar dan dia sanggup melupakan sahabat yang sanggup berkorban kepadanya hanya dengan satu perintah daripada seorang ketua atau raja yang telah menganiayanya.

b) Makna Denotatif a. Sesudah kau mati,Dayang fina ini adlah dapat dilihat sebagai makna denotatif yang terdapat dalam puisi ini.Makna denotif bagi aya tersebut adalah selepas dayang Fina meninggal dunia.Maksud tersebut dapat dilihat dan difahami secara terus.Penulis menyatakan makna yang ringkas dalam ayat tersebut. c) Makna Konsepsual dan stilistik. a. Makna konsepsual dalam rangkap ini dapat dilihat pada ayat kan segera kuhembus asap dupaMakna konsepsual ini dapat dilihat pada perkataan dupa aiiatu yang membawa maksud secara konsepnya adalah kemenyankekemnyan ini selalunya digunakan oleh orang melayu dalam perubatan tradisional dan digunakan semasa kematian akan dibakar semasa orang yang meninggal dunia dirumah agar berbau wangi.Selain itu dalam ayat tersebut juga terdapat makna stilistik iaitu penggunaan singkanat perkataan aku iaiatu digunakan sebagai ku sahaja dalam ayat tersebut.gaya bahasa yang digunakan adalah gaya bahasa Sinkof iaitu memendekkan istilah bahasa bagi menambah unsur gramatis dalam puisi yang ditulis.

Rangkap ketiga Akan kucuba syahdukan segala ini, sebelum bangsaku dungu kembali.

Dalam rangkap ketiga ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna konotatif, konsepsual dan afektif.Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut. a) Makna Konotatif a. Makna Konotatif yang terdapat dalam rangkap terakhir ini adalah dapat dilihat pada ayat pertama dan kedua.Secara konotatifnya rangkap terakhir ini menyatakan bahawa hang Kasturi cuba untuk menganyam kedukaan ini kepada kaumnya dan masyarakat di sekelilingnya agar masyarakat disekelilingnya tidak bodoh semua.Perkara ini dapat menunjukkan bahawa penulis ingin menyedarkan pembaca agar tidak alpa terhadap cabaran di masa kini dan masa akan datang. b. Makna Konsepsual a) Makna konsepsual ini dapat dilihat pada perkataan syahdukan iaiatu yang membawa maksud emosi iaitu kecewa berdasarkan pembacaan inlmiah berdasarkan kamus.Selain itu,makna konsepsual juag dapat dilihat dalam ayat kedua aiiatu menyatakan bahawa penulis ingin menyatakan agar bangsa melayu tidak bodoh dan diperbodohkan oleh masyaraka lain lagi. c. Makna Afektif a) Dalam rangkap terakhir ini terdapat makna yang menjurus kepada makna afektif iaitu perkataan dungu dan syahdukan dapat membawa makna afektif positif dan negatif.Makna afektif Negatif ini dapat dilihat pada perkataan syahdukan iaiatu dapat membawa makna iaiatu peristiwa dalam kesediah.Selan itu,perkataan dungu juga boleh membawa kepada makna afektif negatif aiaitu perkataan dungu adalah merujuk kepada keadaan seseorang yang bodoh.

Berdasarkan huraian diatas dapat dilihat bahawa dalam puisi ringkas tersebut terdapat pelbagai jenis makna yang dapat dilihat dan dianalisis serta dikaji secara lebih mendalam daripada makna luaran sahaja yang dilihat secara luaran sahaja atau disinopsiskan secara satu lapis sahaja iaiatu tidak dinilai secara mendalam oleh pengkaji bahasa lain.

Dua Ekar-A.Samad Said Dua ekar tanah sawah dan ladang tak tergubah. Tepi pintu sebelah rombong berwarna bersimpuh ia, baju koyak, panau di dada. Di tanah dua ekar tak aku sanggup bertanya. SINOPSIS

Berdasarkan puisi inimembrikana sinopsis tentang sebidang tanah kecil sawah dan ladang yan tidak pernah diusik oleh orang lain.Selain itu,Dua Ekar ini juha menceritakan tentang mereka memepertahankan tanah tersebut denagn daya usaha mereka.

Dalam puisi yang telah dipilih iaitu Dua Ekar terdapat pelbagai jenois makna.Anatranya adalah seperti analisis dibawah.

Rangkap Pertama

Dua ekar tanah sawah dan ladang tak tergubah.

Dalam rangkap pertama ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna konotatif,denotatif dan kontekstual.Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut.

a) Makna denotatif a.dua ekar tanah dalam ayat ini menyatakan secara teranagn tentang pemilikan tanah cecara ukuran luasnya dalam ukuran barat iaiatu dua ekar.zdalam ayat ini daopat dilihat secara terus bahawa penulis ingin memberitahukan tentang tanah tersebut. b) Makna Konotatif a. Dua ekar tanah sawah dan ladang tak tergubah ini secra tersiratnya dapat dilihat bahawa penulis inigin menceritakan kepada pembaca bahawa walaupun hanya tanah sekadar sekangkang kera masyarakat melayu masih tidak berjaya menggunakan sumber yang ada sebaik mungkin untuk kebaikan bersama rakyat yang ada seluruh tanah malaysia.

c) Makna Konsepsual a. tergubah jiapa pada makna konsepsualnya dapat dinilai sebagai satu keadaan keadaan yang tidak dapat digunakan denagn baik atau diusik oelh manusai setempat.Selain itu,etergubah ini secara konsepnya adalah satu unsur seni yang di lakuakan tetapi pada konteks ayat yang dinaytakan tergubah ini adalah bermaksud penulis ingin menyatakan bahawa tanah tersebut langsuang tidak terusik denagn baik iaiatu dalam keadaan yang diguankan untuk ekmajuan bersama.

Rangkap Kedua

Tepi pintu sebelah rombong berwarna bersimpuh ia, baju koyak, panau di dada.

Dalam rangkap kedua ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna konotatif,denotatif,konsepsual dan stilistik.Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut.

a) Makna Konotatif a. tepi pintu sebelah rombong berwarna bersimpuh iadalam ayat ini dapat dilihat bahawa penulis ingin menyatakan bahawa kekecewaan.Perkataan bersimpuh ia membawa maksud bahawa seseoarnag itu telah dikecewakan dan dalam kesediahan kerana sesautu perbuatan yang dilakukannya.selain ituperkataan romobong ini juga membawa maksud bahawa penulis ingoin menyatakan bahawa hanya tingga sisa-sisa kerana rombong ini adalah dimaksudkan

sebagai satu tempat buangan asap oelh itu dapatlah kita fahami bahawa puisi ini menyatakan abahwamereka sedang mengalami kerugian akibat daripada tindakan mereka sendiri. b) Makna denotatif a. baju koyak,Panau didadadalam ayat ini dapat dilihat bahawa penulis ingin menyampaikan secara terus kepada pembaca bahawa ahnya tinggal kerugian pada mereka iaitu baju yang koyak diibaratkan secara gramatis hanya tinggal kesusahan kepada mereka.Selain itu,Panau didada dapat dilihat bahwa bukan sahaja kerugian tetapi secra lahiriahnya perkara ini meninggalkan penyakit yang boleh berjangkit kepada orang lain. c) Makna Konsepsual a. Bersimpuh secara konsepnya dapat dilihat iaitu keadaan duduk yang bersopan yang sering di lakuakn oleh seorang gadis tetapi telah di naytakan disini bahawa mereka sudah tidak berkuasa lagi dan hanya elmah tidak berdaya kerana dalam keadaan yang bersimpuh ini tiada apa yang dapat dilakukan kerana gadis remaja yang lemah pada kebiasaannya duduk dalam keadaan ini.Bersimpuh ini telah diterapkan dalam puisi ini agar dapat emncapai konteks iaiatu ingin menunjukkan kelemahan yang terdapat dalam kaum tersebut. d) Makna Stilistik a. Terdapat gaya bahasa yang diguankan dalam puisi ini iaiatu kaya bahasa sinkof iaiatu sinkatan yang digunakan agar dapat ditambah gaya penulisan agar lebih menarik dan berseni karya tersebut.Selain itu,gaya bahasa inversi juga terdapat dalam puisi ini.bersimpuh ia adalah pada keadaan sebenarnya yang ingin dinyatakan adalah bersimpuh dia tetapi kerana kegramatisan yang ingin diterapkan penulis telah emmasukkan unsur inversi dalam karya yang telah saya kaji.

Rangkap ketiga Di tanah dua ekar tak aku sanggup bertanya.

Dalam rangkap ketiga ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna konotatif.Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut. a) Makna Konotatif a. Makna konotatif dalam rangkap ini adalah penulis ingin emyatakan bahawa dia sudah tidak sanggup untuk bertanya sekalipun tentang hak yang sepatutnya milik beliau kerana malu akan kelemahan yang dilakukan oelh orang yang sebangsa yang etlah menjatuhkan maruah mereka denagn gaya pentadbiran yang lemah.

Dalam Librari-A.Samad Said Dalam librari aku tersengguk. Seorang tua tersenyum menegur: Tak guna membuka buku menutup mata. Kan elok menutup buku membuka mata? Mulai esoknya dalam librari ku tak pernah tersenguk lagi walau orang tua sudah lama tidak kusua. Dalam librari kini ku membaca, mataku sering ke kerusi orang tua yang sudah tiada. SINOPSIS

Berdasarkan puisi menyatakan tentang pesanan seorang tua kepada seorang warga pustaka yang sering tidur di sana.Oleh itu,seorang tua itu berpesan bahawa tidak guna jika kita membaca dalam kekaburan lebih baik tidak membaca tetapi membuka mata.Selai itu,puisi ini juga menyatakan bahawa penulis ingin mencari orang tua tersebut setiap kali dia masuk ke pustakaan kerana atas nasiaht yang diberikan oleh si tua tersebut membuatkan dia berjaya..

Dalam puisi yang telah dipilih iaitu Dalam Librari terdapat pelbagai jenis makna.Antaranya adalah seperti analisis dibawah.

Rangkap Pertama

Dalam librari aku tersengguk. Seorang tua tersenyum menegur: Tak guna membuka buku menutup mata. Kan elok menutup buku membuka mata?

Dalam rangkap pertama ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna konotatif,denotatif konsepsual dan afektif..Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut.

a) Makna Konotatif a. Tak guna membuka buku menutup mata.Kan elok menutup buku membuka mata?Mkana bagi ayat ini adalah dapat dianalisis sebagai ejnis makna konotatif iaitu terdapat makna tersirat dalam ayat tersebut yang ingin disampaikan oleh penulis.Dalam ayat ini dapat dilihat bahawa penulis ingin memberikan nasihat agar sebagai seorang ya ng ingin menuntut ilmu lebih baik bersungguh-sungguh bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.Jika sekadar melakukan bagai melepaskan batuk ditangga maka elbih baik lakukan benda yang lain yang lebih menarik minat diri sendiri.Selain itu,dalam ayat ini juga menyatakan lebih baik seseoarng itu melakukan kerja lain daripada berpura-pura membaca tetapi dia hanya merugikan masa dengan melakukannya denagn tidak bersungguh-sungguh iiatu kerana asyik tidur.

b) Makna denotatif a. Seorang tua tersenyum menegur jiak dilihat secara denotatif iaitu secra tersuratnya bahawa penulis ingin menyatakan bahawa pesanan daripada seorang tua yang dalam keadaan yang ceria dan tidak menimbulkan keadaan yang boleh menyebabkan keadaan kurang selesa kepada pemuda itu kerana teguran yang diberikan adalah secara berhikmah dan lembut dapat memberikan ruang kepada si pemuda untuk menerima dengan hati yang terbuka. c) Makna Konsepsual a. Librari dalam puisi yang dikaji ini dalah secar konsepsualnya boleh diertikan sebagai perpustakaan.Penulis ini telah mentafsir perkataan daripada bahasa inggeris secara terus iaiatu sepatutnya perpustakaan tetapi digunakan perkataan library kerana ingin emnambahkan unsur seni dan eklanan dlaam karya yang telah dibina agar dapat memberikan sentuhan kretif yang tersendiri. d) Makna Afektif a. tersengguk,menegur,menutup dan membuka dalam puisi yang dikaji ini dalah dapat dianalisis sebagai makna secara afektif.Makna ini adalah dapat dinilai secara emosi iaiatu membawa kesan positif dan negatif kepada pendengar dan penuturnya.Dalam sajak ini,perkataan yang digunakan adalah bagi menunjukkan unsur emosi positif kepada pembaca.

Rangkap Kedua

Mulai esoknya dalam librari ku tak pernah tersenguk lagi walau orang tua sudah lama tidak kusua.

Dalam rangkap pertama ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna denotatif dan stilistik.Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut.

a) Makna denotatif a. Makna denotaif dalam rangkap kedua ini adalah dapat dilihat pada ayat Mulai esoknya dalam librari ku tak pernah tersenguk lagi.dalam ayat ini dapat dilihat bahawa penulis ini ingin menyatakan maksud secara tersurat dan penekanan dalam ayat tersebut.Hal ini kerana penekanan dan ayat yang mudah akan lebih mudah untuk menyampaikan maklumat.maksud bagi perkataan tersebuat secara denotatifnya adalah bahawa pada hari-hari seterusnya dia tidak tidur lagi dalam menuntut ilmu tetapi terus tekun dalam melaksanakan tanggungjawan dalam belajar dan menuntut ilmu pengetahuan. b) Makna Stilistik a. Makna stilistik terdapat dalam ayat berikut iaitu walau orang tua sudah lama tidak kusua.Secara stilistiknya terdapat gaya bahasa sinkof yang diterapkan dalam ayat tersebut iaiatu singkatan bagi perkataan aku kepada ku selain itu bersua di saingkatkan kepada perkataan sua sahaja.hal ini berlaku kerana penulis ingin memudahkan tafsiran dan agar karyanya ringkas dan mudah untuk difahami.Dalam ayat ini menyatakan maksud bahawa walaupun sudah tidak bertemu dengan orang tua tersebut dia masih ingat akan pesanan orang tua tersebut.

Rangkap Ketiga

Dalam librari kini ku membaca, mataku sering ke kerusi orang tua yang sudah tiada.

Dalam rangkap pertama ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna asonasi dan stilistik.Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut.

a) Makna Asonasi a. Dalam rangkap terakhir ini penulis ingin menerapkan unsur makna asonasi iaiatu perlambangan. mataku sering ke kerusi orang tua yang sudah tiada ini dapat dilihat sebagai perlambangan yang ingin di terapkan oleh penulis iaitu sebagai menyatakan bahawa seorang tua itu dapat dilambangkansebagai guru atau pengajar kepadanya.Selain itu,perlambangan bagi kerusi dalam ayat tersebut dapat ditafsirkan sebagai tempat aka jawatan yang telah ditinggalkan oleh seseoarng yang etlah mengajarkan banyak ilmu kepadanya. b) Makna Stilistik/Makna Konsepsual. a. Dalam ayat dalam librari kini ku membaca dapat diterapkan unsur stilistik iaiatu gaya bahasa sinkof kerap kali digunakan oleh penulis.Selain itu,unsur konsepsual juga diterapkan iaiatu secara ilmiahnya dalam bahasa perkataan librari ahnya diguankan bagi bahasa inggeris tetapi telah diguankan secara terus dan beliau tidak menggunakan perkataan bahasa melayu kerana ingin enimbulkan kesesuaian dengan puisi yang dibina berdasarkan kegramatisan yang ingin dicipta oleh pengarang.

Tetamu Senja ~ A. Samad Said Puja pangkat Segera kita insaf kita ini punya kiblat Segera kita ingat kita ini punya tekad

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya Kita datang ini kosong tangan dada Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Bila kita lihat manusia terbiar larat Hingga mesti merempat ke laut biru Ke kuning darat Harus kita lekas sedar penuh pada tugas Harus kita tegas sembah Seluruh rasa belas

Pada tetamu yang datang dan Kenal jalan pulang Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan Pada tetamu yang datang Dan lupa jalan pulang Usahlah derhaka pula Pada Tuhan kepada insan

Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Bila kita lihat manusia lupa tempat Atau segera sesat puja darjat

~ A. Samad Said

SINOPSIS

Berdasarkan puisi menyatakan tentang kisah kehadiran atau permulaan kehidupan iaiatu bermula daripada kanak-kanak yang lahir tanpa doa.Selain itu,puisi ini juga menekankan tentang keagamaan iaitu pada kehidupan ini kita haruslah beringat bahawa kita akan mati pada bila-bila masa.Kita perlu mencari dan beribadat sebanyak mungkir agar dapat membawa bekal ke akhirat nanti aiiatu pahala dan amal agar kita dapat ditempatkan di etmapat yang baik.Selain itu puisi ini juga menyatakan bahawa manusai kini banyak yang lupa dan alpa tentang tanggungjawab yang perlu mereka laksanakn.Selain itu,kehidupan ini adlah sementara aiatu kita hanya punyai satu roh dan jasad sahaja.Bila-bila masa allah boleh mengambil nikmat tersebut daripada kita.

Dalam puisi yang telah dipilih iaitu Tetamu Senja terdapat pelbagai jenis makna.Antaranya adalah seperti analisis dibawah.

Rangkap Pertama

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya Kita datang ini kosong tangan dada Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Dalam rangkap pertama ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna konotatif,denotatif dan tematik.Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut.

a) Makna Konotatif a. Dalam rangkap pertama ini terdapat banyak makna secara konotatif iaiatu tersirat antaranya adalah bila cukup detik kembalilah,kita kepadanya,kita datang ini kosong tangan dada.Mkasud bagi ketigatiga ayat diatas ini adlah lebih bersifat secara tersirat iaitu.Mkan bagi ketiga-tiga ayat tersebuat adalah dapat dianalisis sebagaiapabila kita sampai masa kita akan mati naya diambil semuala oleh allah,Kita lahir diduani ini adlah sesuci bersih kain putih aiiatu tiada kekotoran dan dosa pada diri kita.Perkara ini menyatakan bahawa hidup kita bermual denagn bersih kita sahaja yanag mencipta atau melukis perawakan diri kita sendiri. b) Makna Denotatif a. Dalam rangkap ini juga terdapat makna tersurat iaitu bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.Dalam ayat berikut dapat di analisis bahawa apabila kita mati ananti kita akan membawa amal kebaikan dan sebaliknya aiiatu segala dosa yang pernah kita alkuakan didunia ini.Oleh itu,kita sebagai manusi perlulah sering beringat-ingat tentang perkara dosa dan pahala kerana ia adalah salah satu perkara yang akan dihisap apabila dia akhirat nanti. c) Makna Tematik a. kita datang ini ahnay sebagai etatmu senja ayat ini etalh emnayatakn bahawa tematik yang ingin ditekan dalam puisi ini adalah elbih menjurus kepada penekanan kepada keagamaan dan kehidupan.Maksud bagi ayat pertama dalam puisi ini dapat di lihat sebagai manusia ini adalah hanya sebagai makhluk yang hanya akan hidup sebentar sahaja di muka bumi ini seperti jarak masa senja yang kita lihat disetiap peetang hari.Oeh itu,kita perlualah sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada allah dan mengumpul sebanyak amna pahala agar dapat dijadikan bekalan di akhirat nanti.

Rangkap Kedua

Pada tetamu yang datang dan Kenal jalan pulang Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan Pada tetamu yang datang Dan lupa jalan pulang Usahlah derhaka pula Pada Tuhan kepada insan

Dalam rangkap kedua ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna konotatif,denotatif,asosiasi dan stilistik.Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut.

a) Makna Konotatif
a. Makna konotatif pada keseluruhanya digunakan dalam rangkap kedua

ini.Secara keseluruhannya maksud yang diterapkan adalah seperti berikut berdasarkan makna konotasi yang etrdapoat dalam puisi tersebut iaitu Pada tetamu yang datang dan,,Kenal jalan pulang,Bawalah bakti mesra kepada,Tuhan kepada Insan,Pada tetamu yang datang,Dan lupa jalan pulang,Usahlah derhaka pula,Pada Tuhan kepada insanberdasarkan ayat diatas menyatakan bahawa pada manusia yang lahir dan tahu jalan pualang iaiatu mati perlulah beringat bahawa bawalah amal kebaikan sama ada kepada sesama manusia atau amal ibadat kepada allah.Dan kepada mausia yang alpa dan lupa akan tanggungjawabnya janganlah melanggar atau ingkar perintah manusia dan perintah allah yang perlu dilakukan oelh manusia. b) Makna denotatif a. Walaupun secar keseluruhannya dapat dinyatakan bahawa dalam rangkap ini abnyak ditekankan tentang maksud tersirat ettapi etrdapat bebrapa ayat yang dapat dilihat sebagi makna tersurat seperti pada ettamu yang datang hal ini merujuk kepada kepada manusia yang

lahir.Selain itu,Usahlah derhaka pula dalam ayat ini secara terang telah dinaytakan agar tidak derhaka ekpada tuahn dan insan.Perkara ini telah menyebut secara terus apa yang hendak diasampaikan dalam rangkap tersebut. c) Makna Asosiasi a. Makna asosiasi yang terdapat dalam rangkap ini adalah pada ayat usahlah derhaka pula iaitu perkataan derhaka adalah mempunyai maksud asosiasi aiatu yang bermaksud murka atau ingakar arahan.Oleh itu perkara ini adalah dapat diakitkan dengan makna asosiasi derhaka ini adalah boelh membawa maksud kepada seseorang yang suak melanggar peraturan dan tidak bersifat baik kepda diri sendiri dan orang sekekliling.Hal ini membawa maksud asosiasi bersifat negatif. d) Makna Stilistik a. Makna stilistik dalam rangkap ini dapt dilihat pada ayatbawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan ayat ini dapat memeberikan makna yang bersifat stilistik iaitu perkataan ini merujuk kepada situasi iaiatu kita perlulah kita perlulah berbakti kepada orang sekeliling dan berbakti kepda diri sendiri denagn melakukan perintah allah.selin itu dalam ayat ini gaya bahasa metafora juga dinyatakan iaitu gabungan antara abstrak dan konkrit iaitu insan adalah konkrit manakan tuhan adalah abstrak.

Rangkap Ketiga

Bila kita lihat manusia lupa tempat Atau segera sesat puja darjat Puja pangkat Segera kita insaf kita ini punya kiblat Segera kita ingat kita ini punya tekad

Dalam rangkap ketiga ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna denotatif,afektif dan tematik.Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut.

a) Makna denotatif a. Dalam dua ayat pertama dalam rangkap ini menyatakan bahawa manusia pada masa kini mudah alpa dan seringkali lebih emlihat kepada penagkat dan kedudukan seseorang dan tidak melihat lebih mendalam dalam aspek kehidupan yang hakiki.selain itu aspek maksud tersurat dalam rangkap ketiga ini dinaytakan dengan tegas tentang kehidupan yang hakiki aiaitu lebih kepada keagamaan.

b) Makna Afektif a. Dalam rangkap ini dapat dilaihat ayat yang menyatakan makna yang ingin disampaikan secara afektif iaiatu penerapan nilai negatif dalam ayat tersebut.Contohnya,puja pangka penulis ingin menyatakan bahawa pada masa kini manusia lebih memuja dan melihat ekpada darjat yang dimiliki oelh seseorang itu bukan lagi kepada tahap keagamaan yang terdapat dalam diri seseorang yang berdarjat tersebut.

c) Makna Tematik/Stilistik a. Makna tematik yang terdapat dalam puisi dalam rangkap ketiga seperti diatas adalah pada ayat Segera kita insaf kita ini punya kiblat,Segera kita ingat kita ini punya tekadMkata penekana yang diberikan pada kedua-dua ayat ini adalah kiat perlulah ingat kembali ekpada jalan yang benar dan kita sebagai orang islam mempunyai kiblat dan kita perlulah bertekad agar tidak terpesong dengan godaan dunia ini.Selain itu Unsur stilistik iaiatu gaya bahasa anafora juag diterapkan dalam ayat ini aiiatu pada kedua-dua ayat ini dimulakan denagn perkataan yang sama iaitu segera perkara ini telah membina satu pengulangan pada awal ayat tersebut.

Rangkap Keempat

Bila kita lihat manusia terbiar larat Hingga mesti merempat ke laut biru Ke kuning darat Harus kita lekas sedar penuh pada tugas Harus kita tegas sembah Seluruh rasa belas

Dalam rangkap keempat ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna Konotatif,asosiasi dan stilistik.Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut.

a) Makna Konotatif a. Mkan konotatif yang terdapat dalam rangkap ini dapat dilihat pada ayat pertama dalam rangkap tersebut yang bermaksud bahawa apabila manusia dari pandangan mata terbiar dan melarat iaiatu dalam kesusahan ini memberikan kita maksud yang mendalam bahawa masyarakat pada masa kini kurang prihatin terhadap masyarakat sekeliling dan hanya memikirkan kepentingan dir sendiri sahaja. b) Makna Asosiasi a. Makna asosiasi dalam rangkap ini dapat dilihat dalam perkataan lekas aiiatu yang emmbawa maksud asosiasi positif iaitu bermaksud kita perlu cepat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan terutamanya dalam beribadat. c) Makna Stilistik a. Makna stilistik banyak terdapat dalam rangkap ini sperti penggunaan dialek sperti lekas iaiatu bermaksud cepat.Selain itu,penggunaan hiperbola iaiatu perbandingan yang emlampau dalam ayat iaitu hingga mesti merempat ke laut biru ini menyatakan bahawa p erbandingan yang dinyatakan adalah bersifat tidak masuk akal dan perbandingan

yang diberikan adlaah tertalau tinggi keana tiada amnusia akan tingga di laut kerana tidak boleh menetap di sana tanpa peralatan yang lengkap.

Rangkap Keempat

Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat Kita datang ini satu roh satu jasad Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

Dalam rangkap keempat ini terdapat pelbagai jenis makna antaranya adalah makna Konotatif,afektif dan stilistik.Makna ini dapat dilihat pada keseluruhan rangkap tersebut.

a) Makna konotatif a. Mkana konotatif ini dapat dilihat pada ayat kedua dalam rangkap ini iaitu yang membawa maksud bila kita mati nanti membawa jasa penuh berkat.Selain itu,makna tersirat ini juga akan dapat memberikan sedikit pemikiran kepada kepada pembaca tentang lumrah kehidupan manusia. b) Makna Afektif a. Makna afektif yang terdapat dalam ayat kedua contohnya iaiatu perkataan berka t dan baktimembawa maksud afektif positif yang dapat emebrikan motivasi kepada pembaca dan pendengar.Selain itu,Berlaku pengulangan pada awal ayat pada perenggan ini adalah diterapkan denagn sistem bahasa iaitu anafora.Penerapan anafora pada awal ayat akan dapat memudahkan pembaca menilai makna yang ingin disampaikan kepada masyarakat pembaca.

Melayu Mudah Lupa Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya dipijak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya retak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya teriak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya haprak Melayu mudah lupa Dulu bangsanya kelas dua Melayu mudah lupa Dulu bangsanya hina Melayu mudah lupa Dulu bangsanya sengketa Melayu mudah lupa Dulu bangsanya derita Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil Melayu mudah lupa Dulu bangsanya terpencil Melayu mudah lupa Tiada daulat Tiada maruah Tiada bebas Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Melayu mudah lupa Sejarah bangsanya yang lena Tanah lahirnya yang merekah berdarah Ingatlah Ingatlah Ingatlah Wahai bangsaku Jangan mudah lupa lagi Kerana perjuanganmu belum selesai...

SINOPSIS Berdasarkan puisi diatas dapat disimpulkan bahawa penulis ingin menaytakan tentang sikap orang melayu yang mudah lupa akan sejarah silamnya.Selain itu sikap orang melayu yang mudah selesa denag kehidupan yang etalh emreka miliki menyebabkan perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Dalam puisi ini tidak dapat dianalisis secara rangkap kerana puisi ini ditulis tanpa rangkap yang dapat dipecahkan mengikut isi yang ingin disampaikan.Banyak amkan yang terdapat dalam puisi diatas antaranay adalah makna konotatif,denotatif,konsepsual,asosiasi,tematik dan stilistik.

a) Makna Konotatif a. Makana konotatif yang etrdapat dalam puisi iani adalah antaranya tanah lahirnya yang merekah berdarah ini adalah memberikan maksud tanah air yang berdarah akibat daripada usaha orang melayu terdahulu yang ingin mendapatkan kemerdekaan negara kita.Oleh itu,kita perlulah ingat akan sumbagan yang telah diberikan oleh masyarakat melayu terdahulu. b) Makna denotatif a. Kebanyakkan ayat yang ditulis dalam karya ini adlah bersifat denotatif iaitu tersurat dan mudah difahami.Contohnya,melayu mudah lupa,dulu bangsanya dipijakayat ini emyatakan bahawa sikap orang emlayu yang mudah lupa akan sejarah bahawasanya pada suatu masa dahulku bangsa melayu telah diletakkan pada tahap paling rendah dalam masyarakat di tanah melayu.Selain itu abnyak lagi makna denotatif dalam puisi ini aiiatu sperpidulu bangsanya kelas kedua menyatakan bahawa pada suatu masa dahulu orang emalyu adlah kelas bawahan dalam masyarakat.Selain itu kebanyakkan makna adalah bersifat denotatif.

c) Makna Konsepsual a. Mkan konsepsual yang etrdapat dalam puisi ini adlah seperti melayu mudah lupa seperti perkataan lupa iaitu membawa konteks makna iaitu sering tidak mengingati perkara atau sejarah yang berlaku kepada mereka. d) Makna afektif a. Mkana asosiasi terdapat dalam ekbanaykkan penulisan ini seperti perkataan dipijak,retak,teriak,haprak,kelas kedua,hina,sengketa,derita,kerdil,terpencil,tiada daulat,tiada maruah,tiada bebas semau perkataan yang dituliskan ini adalah membawa maksud emosi dalam aspek makna afektif yang ersifat negatif iaiatu menceritakan perkara negatif yang berlaku kepada orang melayu sejak dari dahulu sehinggalah zaman kemerdekaan. e) Makna stilistik a. Dalam penulisan ini penggunaan penulisan makna stilistik iaiatu anatranay adalah penggunaan gaya bahasa dalam penulisan seperti anafora iaitu :penggulanagn perkataan melayu pada awal ayat.Selain itu,penggulangan pada akhiri ayat iaitu penggunaan kata lupapada kebanyakkan ayat yang ditulis. f) Makna tematik a. Makna tematik ini dapat dilihat pada ayatsejarah bangsanya yang lena,tanah lahirnya merekah berdarah membawa maksud emosi iaiatu sedih akan perkara yang berlaku sebelum ini iaiatu penindasan yang berlaku kepada orang melayu sejak dari dahulu sehingga mencapai kemerdekaan.

Anda mungkin juga menyukai