Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN SARJANA MUDA PENGAJIAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN PENDIDIKAN ISLAM

JANUARI 2013 (SMP SEPTEMBER 2012)

HBQE1103 ULUM AL-QURAN

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

ASHFIYA BTE AYOP 820406015848001 820406015848 013-7244721 ashfiyaayop@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

JOHOR LEARNING CENTRE

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN ........................................................................................................................................ 2 1. 2. 3. 4. PENDAHULUAN ..................................................................................................................................... 3 PENGERTIAN KONSEP MUKJIZAT .......................................................................................................... 6 PEMBAHGIAN MUKJIZAT AL-QURAN. ........................................................................................ 7 MUKJIZAT AL-QURAN DARI SUDUT ILMU (SAINS) ............................................................... 10 4.1. 4.2. 4.3. 5. 5.1 5.2 5.3 6. Bumi berpusing dan tidak statik................................................................................................. 10 Embriologi di dalam Al-Quran ................................................................................................... 10 Alam semesta mengembang............................................................................................................ 11 PERBINCANGAN TEORI YANG BERKAITAN DENGAN AL-QURAN ........................................................ 12 Teori Perkembangan Alam.............................................................................................................. 12 Teori bumi berpusing ...................................................................................................................... 13 ASAS ILMU EMBRIOLOGI................................................................................................................. 13 KESIMPULAN ....................................................................................................................................... 16

RUJUKAN ..................................................................................................................................................... 17

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

1. PENDAHULUAN
Allah SWT telah menurunkan Al-Quran melalui malaikat Jibrail dan disampaikan kepada nabi Muhammad untuk umat manusia. Al-quran yang di turunkan mengandungi pelbagai kandungan sebagai panduan hidup manusia di dunia. Al-quran yang disampaikan kepada nabi Muhammad diturunkan agar ayat-ayatnya dibaca, didengarkan oleh manusia, diterokai oleh akal manusia dan menjadi ketenangan bagi hati-hati yang mendengar dan membacanya. Diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun. Begitulah Al-quran yang menjadi pegangan umat zaman ini. Al-Quran adalah kata-kata dari Allah bukan perkataan daripada manusia, jin mahupun malaikat. Bahasa- bahasa dalam Al-quran adalah berbahasa Arab. Al-quran juga mempunyai nama lain sebagai contoh dalam ayat surah

Al-Israk ayat 9 Sesungguhnya Al-quran itu memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus

Surah al-Anbiyak ayat 10 sesungguhnya kami turunkan kepadamu al-kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu.

Surah al-Furqan ayat 1 Maha suci Allah yang menurunkan al-Furqan kepada hambanya supaya ia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam. Isi kandungan al-quran yang mengandungai pelbagai isi yang dibicarakan mengandungi ilmu aqidah, ibadah, akhlak, hukum-hakam, peringatan, sejarah atau kisah yang terdahulu dan juga dorongan untuk berfikir. Dalam ilmu aqidah mengajar manusia kepada mengenal Allah dan
3

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

menanamkan keyakinan terhadap Allah yang esa yang tiada tuhan selain Allah yang layak disembah oleh manusia. Apabila kita mempelajari ilmu aqidah ini, maka dengan ini manusia akan beriman dan menambah ketakwaan kepadanya. Manakala dalam mempelajari ilmu ibadah manusia akan tunduk atau turut akan perintahnya dan meninggalkan segala larangan. Taat akan perintahnya dengan melakukannya dengan perasaan khusyuk dan niat kerana Allah. Muhammad diutuskan tidak lain dan tidak bukan kerana mahu menyempunakan dan memperbaiki akhlak manusia. Akhlak adalah tingkahlaku manusia sama ada baik atau buruk. Oleh itu dalam alquran mempunyai panduan tentang akhlak yang baik yang perlu kita sebagai manusia jadikan sebagai panduan untuk menjadi hamba yang menurut perintah kepada Allah. Sehubungan

dengan itu hukum hakam dalam Al-quran juga telah diterangkan sebagai rujukan untuk mengadili perkara berkaitan manusia, muamalat, munakahat, faraidh dan juga jihad. Oelh itu manusia perlu mengkaji ayat al-quran ini untuk menentukan sesuatu hukum yang perlu diterangkan kepada umat manusia yang sentiasa lalai akan perintah Allah. Disebut juga dalam alquran tentang kisah peringatan dari Allah kepada manusia akan ancaman yang akan dilakukan. Peringatan tentang syurga bagi yang soleh dan neraka bagi yang ingkar. Gambaran yang

menakutkan supaya manusia tidak lalai dan leka. Terdapat juga kisah tentang kaum-kaum yang terdahulu yang ingkar akan perintah Allah dan didatangkan azab atau bala yang menimpa kaum tersebut. Sesungguhnya peringatan yang Allah janjikan itu sentiasa benar supaya manusia

jadikan tauladan dan ingatan sepanjang masa. Di dalam al-quran Allah banyak ayat-ayat yang memerlukan manusia untuk berfikir untuk mendapatkan manfaat dan juga bukti kebenaran.

Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhiNya. [surah Fussilat ayat 3-4]
4

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

Al-quran adalah mukjizat yang teragong nabi Muhammad yang ada sehingga hari ini telah dikaji oleh para saintis untuk melihat kebenaran ayat-ayat yang terkandung di dalamnya. Terdapat banyak ilmu yang belum habis diterokai oleh para ahli bijak pandai ini. Walaupun begitu terdapat juga manusia yang masih berdegil dan tidak menerima bahawa ilmu yang ada dalam alquran lebih jauh ilmunya yang tidak terjangkau oleh manusia pada zaman nabi Muhammad. Begitulah ilmu yang ada pada Al-quran yang tidak dipercayai oleh mereka yang kafir malah memperlekehkan tentang kejadian tuhan yang maha agong ini. Sebagai contoh mereka telah menghasilkan sebuah filem yang bertajuk ( 2012 ) tentang hari kiamat tapi apa yang berlaku adalah mereka memperlekehkan bahawa pada hari kiamat manusia masih boleh menyelamatkan diri dengan membina sebuah kapal yang besar dan mempunyai segala kelengkapan yang canggih. Sedangkan Allah telah menceritaka dalam Al-quran bahawa kiamat ini berlaku dengan segala apa yang ada di dunia ini musnah dan manusia juga akan mati. Begitulah manusia yang dapat mengkaji kitab Allah ini tapi tidak dapat mempercayainya walaupun telah mengetahui bahawa ilmu Allah ini lebih tinggi dari akal fikiran manusia. Tetapi mereka juga lupa bahawa Allah yang lebih mengetahui akan segala kejadian dan dialah yang menjadikan alam ini.

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

2. PENGERTIAN KONSEP MUKJIZAT

Mukjizat telah diberikan kepada para nabi dan rasul terdahulu supaya umatnya dapat mengenali nabi dan rasul utusan Allah dan juga sebagai bukti yang jelas bahawa nabi dan rasul ini adalah utusan yang dihantar oleh Allah sebagai penyelamat. Ini juga dijelaskan dalam alquran yang bermaksud Sesungguhnya kami utuskan nabi dan rasul kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata. Oleh itu dapatlah dijelaskan bahawa mukjizat adalah bukti kebenaran seseorang rasul dan juga bukti terhadap kuasa Allah. Mukjizat diberikan kepada rasul supaya tidak dipertikaikan oleh manusia dan khusus kepada hambanya yang terpilih iaitu nabi dan rasul. Dianggap sebagai sunnah tuhan dan bersifat universal. ( Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali, 2007) Definisi mukjizat daripada segi bahasa , perkataan al-Mujizah ( )itu berasal daripada perkataan dasar al-`ajz (). Dalam konteks ini, Al-Raghib al-Asfahani berkata: ( )yang bermaksud penghujung hidup manusia. Jadi, asal bagi perkataan al-`ajz itu ialah bermaksud penghujung sesuatu (al-Asfahani, Al-Husayn bin Muhammad al-Ma'rufbi al-Raghib, 2001). Seorang tua disebut dalam bahasa Arab sebagai al-Ajuz ( ( kerana ia lemah dalam banyak keadaan. Ibn Faris pula berkata: bahawa huruf `ayn, jim dan zai adalah menunjukkan dua erti iaitu: pertama, lemah dan yang kedua ialah penghujung sesuatu. Daripada segi istilah terdapat beberapa definisi yang diberi oleh para ulama dalam menjelaskan pengertian mukjizat. Antaranya dapat disimpulkan sebagai yang berikut Pertama: Mukjizat ialah perkara luar biasa yang bersifat mencabar, tidak dapat ditentang, dianugerahi Allah kepada para rasul-Nya. Kedua: Mukjizat ialah perkara yang menunjukkan perakuan Allah s.w.t. terhadap orang yang mendakwa dirinya sebagai Rasul, atau sokongan Allah terhadap orang yang mendakwa kenabian dan sekali gus membenarkan bahawa ia memang benar-benar utusan Allah s.w.t Mukjizat dari segi istilah pula pecahan seperti mujizi, mujizin mempunyai maksud yang sama dari segi bahasa. Ini menunjukan bahawa Allah tetap mengekalkan maksud yang asal pada

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

perkataan tersebut dalam quran. Di dalam quran tidak menyebut perkataan mukjizat sebaliknya menggunakan perkataan ayah atau ayat disebutkan sebanyak 34 kali berkaitan mukjizat.

3. PEMBAHGIAN MUKJIZAT AL-QURAN. Mukjizat terbahagi kepada 2 bahagian iaitu HISSI Mukjizat Hissi ialah sesuatu kejadian yang luar biasa yang dapat disaksikan oleh pancaindera penglihatan, pendengaran, sentuhan manusia terdahulu. Sebagai contoh ialah Mukjizat bulan terbelah kerana Rasullallah telah dicabar oleh musrikin Makkah untuk membelah bulan untuk menunjukkan kebenaran risalah yang dibawanya.

Telah hampir ( saat) kiamat dan terbelah bulan ketika itu ( Al-Qamar : 1) Para pembesar yang sangat memusuhi nabi Muhammad telah mencabar baginda supaya menunjukkan mukjizat untuk mereka lihat sendiri dengan melalui mata kepala mereka sendiri. Rasulallah berdoa dan memohon kepada Allah untuk membelah bulan sebagai perkara yang luar biasa untuk dijadikan tanda dan bukti kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi. Tanpa diduga oleh pembesar-pembesar tersebut mereka menyaksikan sendiri bagaimana bulan mengambang penuh pada malam itu terbelah menjadi dua bahagian dan tidak berbentuk bulat. Para Malaikat bersama-sama membantu Rasullallah dalam peperangan menentang musuh dalam peperangan Badar dan juga Khandak. Firman Allah dalam surah Al- Anfal:9

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

Ketika kamu meminta pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankannya permintaanmu. Sesungguhnya aku menolong kamu daripada seribu malaikat yang beriring-iringan Peristiwa perang Badar mengandungi mukjizat Rasullallah dimana para Malaikat membantu umat muslimin menghadapi musuh dalam peperangan yang pertama dimana pihak musuh lebih ramai tiga kali ganda berbanding orang Islam. Disamping itu turunya malaikat bertujuan untuk menenangkan hati dan juga kabulnya doa yang diminta. Ibnu Hisyam meriwayatkan bahawa Rasullallah berseru dari dalam khemah, Bergembiralah, wahai Abu Bakar kerana pertolongan Allah akan sampai kepadamu. Jibrail telah meraih tali kudanya, kemudian mengarahkan nya kearah kepulan debu. Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari. (Dr Said

Ramadhan Al-Bunty, 2009) Dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah, terdapat ramai sahabat yang merasai dahaga. Mereka datang berjumpa Rasullallah sedang berwuduk dengan mengambil air dari[ada sebuah bekas yang diperbuat daripada kulit binatang. Mereka mengadu kepada Lantas baginda

Rasullallah mengenai kekurangan air untuk mereka berwuduk.

melatakkan tangan didalam bekas tersebut tiba-tiba terpancutlah air dari celah jari baginda dan membolehkan para sahabat minum dan berwuduk. MAKNAWI Mukjizat maknawim pula adalah kejadian luar biasa yang diketahui dengan menggunakan kekuatan akal fikiran. Israk dan mikraj adalah contoh mukjizat maknawi yang boleh manusia ketahui melalui kekuatan akal fikiran. Ia adalah mukjizat kedua terbesar selepas al-quran. Yang dinamakan mukjizat maknawi ialah mikraj kerana ia tidak dapat dilihat oleh manusia kerana tidak pernah sampai ke langit. Ia hanya dialami sendiri oleh Nabi Muhammad. Namun terdapat permasalahan yang terkandung dalam peristiwa ini yang benar menguji tahap keimanan dan ketakwaan manusia. Peristiwa israk dan mikraj ini berlaku hanya pada satu malam sahaja yang menyebabkan manusia sentiasa mempersoalkan peristiwa tersebut terlalu pantas dan juga terlalu singgkat untuk perjalanan yang terlalu jauh itu.

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

Maha suci Allah yang menjalankan hambanya Muhammad pada waktu malam dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa. (surah Al-Isra:1). Turunnya al-quran sangat mengagumkan dan mempersonakan dengan keindahan bahasa serta susunan lafaz. Sehinggakan mereka berkata bahawa Kalimah tersebut bukan syair, bukan sihir dan juga bukan mantera. Al -quran diturunkan dengan menggunakan bahasa arab lengkap dengan sastera kerana ia dapat mengagumkan mereka yang mempunyai kemahiran syair, pemidato, puisi. Disamping itu juga al-quran melemahkan mereka dan semua ahli bijak pandai dalam bidang sastera mereka. Ketinggian al-quran dengan gaya bahasa yang tidak dapat

ditandingi oleh sesiapa yang dibawa oleh Muhammad SAW. Hal ini dapat membuktikan dan mengukuhkan bahawa nabi Muhammad adalah pesuruh Allah dan al-quran adalah wahyu dan bukan ciptaan atau ucapan Muhammad SAW. Al-quran dari segi isi kandungan pula mempunyai 114 surah yang dimulakan dengan Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-nas dan mengandungi 6236 ayat. Ia meliputi segala bidang ilmu di dunia dan juga akhirat. Terdapat khazanah ilmu pengetahuan yang tepat dan betul yang masih belum dapat dikaji oleh manusia dan tidak terjangkau oleh akal. Meliputi semua bidang ilmu pengetahuan ibadat mengenai amal kita di dunia. Muamalat , balaghah iaitu nahu, sastera sejarah, sains, politik, pentadbiran dan segala ilmu yang tidak terhitung lagi.

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

4. MUKJIZAT AL-QURAN DARI SUDUT ILMU (SAINS) 4.1. Bumi berpusing dan tidak statik.

DAN KAMU MELIHAT GUNUNG-GANANG, KAMU MENYANGKA IA TIDAK BERGERAK DITEMPATNYA SEDANGKAN IA BERJALAN SEPERTI PERJALANAN AWAN. BEGITULAH PERBUATAN ALLAH YANG MENHALUSI TENTANG SETIAP PERKARA. Surah An-Naml ayat 88. As Syeikh Said Hawa menulis di dalam bukunya Al-Asas Fit Tafsir Terdapat dua pandangan ulama berhubung dengan maksud ayat ini dan salah satu daripadanya dikaitkan dengan kejadian alam. Mengikut pendapat ini, ayat ini merupakan penerangan yang jelas bahawa bumi beredar dan tidak statik. ( Sayyid Quthb, 2008) Sesungguhnya bumi kita diami ini berputar pada paksinya dengan kelajuan seribu mil tiap jam. Disamping itu ia berputar mengelilingi matahari dengan kelajuan sekitar 1.065 mil per jam. Dengan berputarnya bumi ini manusia tetap berada di bumi dengan aman, nyaman dan tenang. Kita telah mengetahui bahawa pergerakan ini menyebabkan adanya malam dan juga siang. Putaran bumi

mengelilingi matahari menyebabkan terjadinya beberapa musim. Dengan berpusingnya bumi maka berlakulah malam dan siang pada tempat yang berbeza. 4.2. Embriologi di dalam Al-Quran

Embriologi adalah ilmu yang membincangkan tentang proses kejadian embrio di dalam rahim. Allah SWT berfirman

10

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

DIA MENJADIKAN KAMU DI DALAM RAHIM IBUMU KEJADIAN DEMI KEJADIAN DALAM KEGELAPAN YANG TIGA Az-Zumar ayat 6 Di dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa di sebutkan kegelapan yang tiga bermaksud kegelapan abdomen, rahim dan yang berkaitan dengan uri. Pendapat ini dinukilkan oleh Ibn Kathit daripada Ibn Abbas, Mujahid dan Ikrimah ra. Pendapat ini menarik kerana kalimatkalimat kegelapan yang tiga tidak ditafsirkan di dalam bentuk yang abstrak malah dikaitkan dengan fizikal manusia yang dapat difahami. Dalam al-quran proses kejadian bayi bermula dengan percantuman benih-benih.

4.3.

Alam semesta mengembang

DAN LANGIT KAMI BANGUN DENGAN KEKUASAAN KAMI DAN SESUNGGUHNYA KAMI BENAR-BENAR MELUASKANNYA. . Surah Az-Zariyat ayat 47

Justeru Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-azim menyatakan ayat ini bermaksud,

"Kami (Allah) meluaskan segenap penjuru langit dan kami meninggikannya tanpa tiang." Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh As-Seikh Said Hawa di dalam Al-Asas fi al-Tafsir. beliau berkata, "Maksud ayat ini adalah langit ini Allah akan jadikan dalam keadaan mengembang secara berterusan ataupun Allah jadikan ia luas. Ayat ini merupakan ayat mukjizat tentang
11

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

kejadian alam. Ia juga menunjukkan bahawa ilmu Al-quran amat jauh kehadapan, melampaui tempat dan zaman. Jika ada sesiapa yang masih enggan beramal dengan al-Quran kerana

sombong dengan sains yang dimilikinya, eloklah jika dia menilai semula dirinya sebelum terlambat. ( Dr Danial Zainal Abidin, 2003).

5. PERBINCANGAN TEORI YANG BERKAITAN DENGAN AL-QURAN 5.1 Teori Perkembangan Alam.
TEORI Big Bang

Satu teori yang berkaitan dengan pengembangan alam ialah teori Big Bang yang diterima umum oleh pakar sains hari ini. Mengikut teori ini diperingkat awal selepas berlakunya letupan Big Bang, alam ini mengembang 10 kuasa 50 daripada saiznya yang asal dan selepas itu proses ini menjadi perlahan sedikit daripada sebelumnya. (Hartono, 2007).

Teori ini pada asalnya diutarakan oleh seorang pakar kosmologi dari Amerika, Alan Guth dan kemudiannya diperkembangkan oleh pakar astronomi Amerika, Paul Steinhardt, pakar astronomi Britain, Andreas Albrecht dan seorang saintis Rusia-Amerika, Andrei Linde. Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika Edwin Hubble, dengan menggunakan alat yang canggih mengesahkan alam ini sedang mengembang. Beliau mendapati semakin jauh sesebuah galaksi itu daripada bumi semakin laju proses pengembangannya. Pada Mei 1996, satu kenyataan akhbar di keluarkan NASA berhubung dengan teori ini. Mereka menggunakan alat teleskop Hubble NASA dengan dianggotai oleh 20 orang pakar astronomi. Penemuan awal mendapati alam ini sedang mengembang dengan kelajuan 80 km sesaat se megapersaat. Pada hari ini dengan bantuan alat yang canggih, penemuan-

penemuan semasa semakin memantapkan lagi teori pengembangan alam ini. Pada tanggal 16 Mac 2006, di bawah tajuk, Astronomers Detect First Split-Second of the Universe, Space.com melaporkan pakar-pakar astronomi NASA menemui bukti-bukti baru yang mengukuhkan lagi teori Big Bang. Mereka mendapati pada peringkat awal, kejadian

kosmos alam ini adalah lebih kecil daripada atom. Kemudian pada masa satu per setrilion saat ia mengembang sehingga menjadi kosmos yang luas.
12

Penemuan ini melaporkan

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

berdasarkandata yang disalurkan oleh satelit NASA yang dilancarkan pada tahun 2001. Satelit ini dikenali sebagai Wilkinson Microwave Anisotropy Probe atau WMAP. Ini

mengukuhkan teori alam mengembang sekali gus menampakkan kebenaran al-Quran. (htt).

5.2

Teori bumi berpusing


Teori Heliosentrisma

Pada ketika dahulu teori geosentrisma yang menekankan bahawa bumi ini statik dan tidak bergerak. Begitulah pemikiran manusia yang masih belum mengkaji tentang bumi ini. Namun apabila dunia semakin maju dan manusia mengkaji tentang bumi ini maka teori ini telah ditentang dan digantikan dengan teori Heliosentrisma yang menyatakan bahawa bumi ini berpusing dan tidak statik. Saintis yang menyanggah pendapat teori pertama ialah tokoh

astronomi Poland yang bernama Nicolaus Copernicus. Teori ini membenarkan pernyataan dalam quran tentang peredaran bumi. Namun bagi orang yang tidak mahu menerima ilmu baru yang dikaji ini menghalang teori yang telah ditulis dalam al-quran tentang bumi yang bergerak. Sesungguhnya ilmu Allah itu benar maka sehingga hari ini, telah diketahui oleh umum bahawa bumi berpusing diatas paksinya dalam tempoh 24 jam tanpa henti dengan kadar kelajuan 1700 km sejam. Di samping itu bumi beredarr mengelilingi matahari dengan mengambil masa 365 hari untuk melengkapkan satu pusingan. ( Dr Danial Zainal Abidin, 2003)

5.3

ASAS ILMU EMBRIOLOGI.

Tanpa alat yang canggih manusia pasti tidak dapat mengetahui tentang proses kejadian dan perkembangan bayi di dalam rahim. Namum di dalam al-quran Allah telah menunjukkan bahawa bayi-bayi ini melalui fasa pertumbuhan terlalu seni sebelum sampai tahap kejadian yang lengkap. Allah telah menceritakan tentang kejadian manusia terlebih awal berbanding manusia yang hanya mengetahui kejadian manusia hanya pada abad ke15 masihi. Manusia mungkin tidak mengetahui kejadian manusia tetapi dengan perincian yang ada didalam al-quran manusia telah mengkaji dengan menggunakan peralatan yang berteknologi untuk mengetahui. Bayi dijadikan

13

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

apabila berlakunya percantuman benih menjadi segumpal darah

Al-Haj ayat 5 Wahai manusia, jika anda perlu berada dalam keraguan tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka [mempertimbangkan bahawa] sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku berpaut, dan kemudian dari ketulan daging, dibentuk dan terbentuk- Kami boleh menunjukkan kepada anda. Dan Kami menetap di perut yang Kami akan selama tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami membawa anda keluar sebagai seorang kanak-kanak, dan kemudian [Kami membangunkan anda] bahawa anda boleh mencapai [masa] anda matang. Dan di antara kamu adalah dia yang diambil dalam [awal] kematian, dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling rungkuh [lama] supaya dia tahu, selepas [sekali mempunyai pengetahuan, tiada apa. Dan anda melihat bumi tandus, tetapi apabila Kami turunkan di atasnya hujan, ia bergeraklah tanahnya dan membengkak dan membesar [sesuatu] tiap-tiap jenis indah. (Naim, 1996) ( Dr Danial Zainal Abidin, 2003) dalam bukunya menyatakan bahawa Profesor E Marshall Johnson, pengerusi Jabatan Anatomi Dan Biologi Pertumbuhan berkata Al-quran tidak hanya menceritakan perkembangan luaran embrio malah juga menjelaskan perkembangan dalamannya dan maklumat itu selari dengan sains. Sebagai seorang saintis, saya hanya boleh
14

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

membincangkan tentang perkara yang saya faham. Saya memahami melalui kalimat quran yang diterjemahkan kepada saya. Jesteru itu saya menerima hakikat bahawa apa yang dikatakan Muhammad sebenarnya adalah maklumat daripada Tuhan.

15

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

6. KESIMPULAN
Al-quran berhubung dengan mukjizat Allah ini beberapa perincian perlu diambil kira. Dunia dan kehidupan, islam menggalakkan manusia berusaha mengkaji mengikut cara dan kaeadah yang betul dan bertindak mengikut kajian-kajian. Imam Muslim meriwayatkan sabda Nabi Muhammad Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu. Didalm perkara ibadah dan hukum hakam wajiblah kita melaksanakan perintahnya tanpa perlu melihat hikmat dan rahsianya. Apa yang Allah perintahkan kepada manusia itu segalanya mempunyai rahsia dan hikmat disebaliknya yiang memberi manfaat pada manusia sendiri. Dalam perkara dunia ini manusia perlu bertindak selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat. Walaupun nabi Muhammad hidup pada zaman jahiliyah baginda bercakap tentang konsep yang tinggi lagi saintifik dengan menggunakan bahasa pada zaman itu dan contoh-contoh yang terdapat pada zaman itu. Kajilah Al-quran supaya menjadikan ilmu sebagai sumber ilmu dan sebarkanlah ilmu yang telah berikan dengan benar tanpa memperlekehkan segala hukum yang diberikan. Allah akan membalasnya kelak terhadap hambanya yang mungkar dan sentiasa mencemuh atas ayat-ayat Allah. Sebagai umat islam periharalah Quran dengan sebaiknya supaya orang kafir tidak menghina quran dan ayat-ayat Allah ini. Mukjizat al-quran mengandungi isi yang masih belum dapat diterjemahkan oleh manusia. Berbagai ilmu pengetahauan dan kajian perlu dilakukan untuk manusia berfikir dengan akal fikiran. Mukjizat nabi yang kita ketahui ambil sebagai ikhtibar dalam hidup. Para saintis mengkaji ilmu alam, biologi dan sebagainya untuk mengetahui sejauhmana ayat quran itu boleh diketahui isinya. Kejadian manusia telah disebutakan dalam quran dan manusia baru megkajinya proses kejadian itu dengan menggunakan alat teknologi sedangkan Nabi Muhammad telah meceritakannya pada zaman jahiliyah hanya menggunakan ayat al-quran sahaja.

16

HBQE1103 ULUM AL-QURAN 820406015848001

7 RUJUKAN
(n.d.). Retrieved from http://astronomi-falak.blogspot.com/2009/05/alam-semesta-mengembang.html Dr Danial Zainal Abidin. (2003). Kerasulan Muhammad SAW. Selangor: PTS Publicatian. Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali. (2007). Siapa itu Nabi-Nabi. Pahang: PTS. (1996, Mei 9). Retrieved from http://spacelink.nasa.gov al-Asfahani, Al-Husayn bin Muhammad al-Ma'rufbi al-Raghib. (2001). Al-Mufradat fi Gharib al-quran. Beirut: Daral Ma'rifah. Dr Said Ramadhan Al-Bunty. (2009). Fikih SIrah. Damakus: Darul Fikir. Hartono. (2007). Geografi: Jelajah Bumi Dan Alam Semesta. Indonesia: Citra Praya. Naim, M. (1996). Kompendium himpunan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan biologi ... Jakarta: Gesanima I. Quthb, S. (2008). Tafsir Fi Zhilalil Quran Jilid 11. Beirut: Gema Insani.

17

Anda mungkin juga menyukai