Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnianya dapat kami
siapkan kerja kurus MPU 2372 ini dengan sempurna. Folio ini telah diberi tajuk ‘Bacaan Al-
Quran adalah salah satu kesenian suara’, dan Alhamdulillah kami mampu menyiapkannya
tanpa sebarang masalah.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang mengiring
kami sepanjang tempoh durasi menyiapkan tugasan folio ini, iaitu Ustazah Zam Zarina. Kami
akui, tanpa tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau, sudah tentu kami sesat di dalam lautan
ilmu. Maklumat yang telah diberi oleh beliau telah kami guna sepenuhnya di dalam folio ini.

Kami amat berbangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya, lebih-
lebih lagi kerana dapat dibantu oleh rakan-rakan sekelas demi menghasilkan folio yang
sempurna. Penghargaan kepada mereka diiringi dengan terima kasih dari kami. Semoga
dengan izin Allah, kajian folio ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim kami.

Akhir sekali, kami juga ingin menzahirkan penghargaan kami terhadap semua yang terlibat
secara tidak langsung. Titik peluh kami tidak lah bermakna tanpa bantuan dan sokongan
dari mereka.
SEJARAH AL-QURAN

Allah SWT telah menurunkan al-quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan
kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan sifat-sifat
kesempurnaanNya. Membaca al-quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu
ibadah. Al-quran merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan yang utama
untuk umat Islam selain rujukan daripada sunnah Nabi Muhammad.

CARA AL QURAN DITURUNKAN

Allah menurunkan al-quran tanpa huruf dan suara ke Lauhil Mahfuzh. Penurunan ini berlaku
untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah. Para malaikat menyaksikan bahawa
segala perkara yang ditentukan oleh Allah di Luh Mahfuz ia benar benar berlaku. Allah SWT
berfirman di dalam suruh al-Buruj ayat 21 hingga 22 ialah: “ Sebenarya apa yang engkau
sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir bahkan ialah Al-quran yang tertinngi
kemuliaannya. Lagi terpelihara dengan sebaik baiknya pada Luh Mahfuz”.

Kemudian ia diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izza atau langit dunia tanpa huruf dan
tanpa suara. Penurunan kali kedua berpandukan kepada tiga ayat al-quran sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ialah Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 185:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-
keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar
dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan
Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang
sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa)
sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang
demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki
kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan
supaya kamu bersyukur.”

Seterusnya ayat yang kedua ialah dari surah Ad-Dukhan ayat ketiga, firman Allah:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami
berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran
(jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).”

Seterusnya dari surah Al-Qadr ayat 1:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.”

Ibnu Abbas menyatakan mengikut riwayat Said bin Jubayr berkata bahawa “Al-Quran
diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Dan Ikrimah pula meriwayatkan
Abdullah bin Abbas berkata “Al-quran diasingkan daripada al-Dhikr dan ditempatkan di Baitul
Izzah di langit dunia”.

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara Atiyyah bin al-Aswad dan
Abdullah bin Abbas di mana Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada
bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-
Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawal, Zulkaedah,
Zulhijjah, Muharam, Safar dan Rabiul Awal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran
diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada
Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”

Dari Baitul Izza, malaikat Jibril membawa turun al-quran sebagai wahyu kepada Nabi
Muhammad sedikit demi sedikit selama 23 tahun. Wahyu yang disampaikan kepada Nabi
Muhammad oleh malaikat Jibril adalah tanpa huruf dan suara. Wahyu diturunkan pertama
kali kepada Nabi Muhammad adalah ketika baginda sedang bersendirian di Gua Hira’.
Malaikat Jibril mendakap Nabi Muhammad sebanyak 3 kali lalu selepas dakapan ketiga Nabi
Muhammad terus membaca wahyu yang pertama itu dengan sendirinya tanpa dbantu dan
diajar oleh malaikat Jibril.

Selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’, wahyu seterusnya diturunkan dalam
keadaan baginda yang sedang sedar. Tubuh badan Nabi Muhammad menjadi sangat berat
apabila wahyu yang sedang diturunkan oleh malaikat Jibril. Apabila penurunan itu selesai
Nabi Muhammad akan terus membaca ayat-ayat suci yang diturunkan itu dengan lancar.
Begitulah wahyu diturunkan oleh malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad selama 23 tahun.
Sembilan hari selepas wahyu terakhir diturunkan kepadanya, baginda Nabi Muhammad saw
pun wafat.
TUJUAN AL QURAN DITURUNKAN

1. Al- quran adalah untuk memberi petunjuk kepada orang yang mahu bertaqwa. Allah
berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 2 ialah: “Kitab Al-quran ini tidak ada
sebarang syak padanya (tentang datangya dari Allah dan tentang sempurnanya) ia
pula menjadi petunjuk bagi orang orang yang hendak bertaqwa”.

2. Al-quran dijadikan sebagai pedoman, petunjuk dan rahmat bagi manusia. Ia


diturunkan agar manusia dapat menjadikan al-quran sebagai pedoman, petunjuk dan
rahmat kepada mereka. Hal ini telah disebut di dalam surah al Jasiyah ayat yang ke-
20 yaitu: “Al-quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi
kaum yang meyakini”.

3. Diturunkan sebagai nasihat , pengajaran, peringatan dan penawar kepada penyakit


hati . “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Qur’an
yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi
penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah
petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang
beriman.” (surah yunus ayat 57). Al-quran juga berfungsi sebagai peringatan dan
pelajaran bagi umat manusia. Al-Qu'ran memuat berbagai kisah para nabi atau rasul
berserta umat terdahulu yang dapat dijadikan pelajaran. "Kisah-kisah dalam Al-
Qur'an tidak hanya dimaksudkan untuk menguraikan sejarah, melainkan yang
terpenting ialah menggambarkan bagaimana cara yang ditempuh oleh para nabi
atau rasul terdahulu dalam mengembangkan dan menyeru kepada kebenaran.

4. Tujuan al-Quran adalah untuk menyucikan jiwa manusia. Al-quran sentiasa menyeru
manusia supaya membersihkan jiwa dengan melakukan kebaikan . Secara fitrahnya,
jiwa boleh terjerumus ke lembah hinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa juga boleh
mencapai ke tahap termulia apabila ia dibersihkan. Firman Allah di dalam surah al-
Syams ayat 7 hingga 10 yaitu : “Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka
Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya
rugilah orang yang mengotorinya”.
5. Al-quran dijadikan sebagai sumber ajaran kepada umat Islam. Al-quran diturunkan
sebagai sumber ajaran orang Islam sudah dijelaskan di dalam surah an-Nahl ayat 89
yaitu: “Dan kami turunkan Al-quran kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu”.
Al-quran menerangkan tentang kaedah-kaedah syariat serta hukum hukum yang
diterapkan di segala zaman dan tempat.

6. Dijadikan sebagai peringatan kepada umat manusia. Di dalam surah al an’am ayat
ke-19 sudah jelas menyatakan bahawa Al-quran diturunkan sebagai peringatan
kepada manusia. Allah berfirman “Katakanlah (Muhammad), "Siapakah yang lebih
kuat kesaksiannya?" Katakanlah, "Allah, Dia menjadi saksi antara aku dan kamu. Al-
Qur'an ini diwahyukan kepadaku agar dengan itu aku memberi peringatan kepadamu
dan kepada orang yang sampai (Al-Qur'an kepadanya). Dapatkah kamu benar-benar
bersaksi bahwa ada tuhan-tuhan lain bersama Allah?" Katakanlah, "Aku tidak dapat
bersaksi." Katakanlah, "Sesungguhnya hanya Dialah Tuhan Yang Maha Esa dan aku
berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan (dengan Allah).

7. Al-quran juga diturunkan sebagai pemutus hukum dan mengangkat perselisihan


serta membezakan antara yang haq dan batil. Allah berfirman di dalam surah An
Nahl ayat 64 : “Dan Kami tidak menurunkan Kitab (Al-Qur'an) ini kepadamu
(Muhammad), melainkan agar engkau dapat menjelaskan kepada mereka apa yang
mereka perselisihkan, serta menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman."
SURAH PERTAMA YANG DITURUNKAN

Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui
perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. Al-Alaq
membawa maksud segumpal darah, yang mana merujuk kepada maksud dalam ayat kedua
surah ini adalah manusia dijadikan oleh Allah dari segumpal darah. Surah Al-Alaq ini
menerangkan bahawa Allah menciptakan manusia dan memuliakannya dengan mengajar
membaca, menulis dan memberinya pengetahuan. Namun manusia merasakan dirinya
sudah cukup serba-serbi, lalu sebab itulah mereka tidak bersyukur atas nikmat yang Allah
berikan itu.

Turunnya Al-Quran secara keseluruhannya bukanlah sekadar untuk dibaca semata-mata


walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah SWT, tetapi
turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh
manusia agar sejahtera dunia dan juga akhirat. Hadis Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari dan Imam Muslim:

“Permulaan wahyu yang diterima oleh Rasulullah saw ialah mimpi yang benar di dalam tidur.
Setiap kali bermimpi, baginda tidak melihat dalam mimpi tersebut melainkan ada yang
datang bagikan cahaya yang terang di pagi hari. Kemudian baginda gemar mengasingkan
diri. Ia pergi ke gua hira’ untuk beribadat beberapa malam dengan membawa bekalan.
Kemudian Rasulullah kembali ke rumah Khadijah dan Khadijah pun membekalkan makanan
seperti biasa sehingga datangnya Jibril kepada Rasulullah ketika Baginda berada di Gua
Hira’. Datang Malikat Jibril dan berkata : “Bacalah”, Rasulullah saw menjawab, “aku tidak
tahu membaca”. Lalu Jibril merangkul dan memelukku sehingga aku merasa kesukaran
kemudian dia melepaskan aku, katanya, “bacalah”, aku menjawab, “aku tidak pandai
membawa”. Lalu dia merangkul dan memeluk ku untuk kali keduanya hingga aku merasa
kesukaran, kemudian dia melepaskan aku, katanya, “bacalah”, aku menjawab, “aku tidak
pandai membawa”. Lalu dia merangkul dan memeluk ku untuk kali ketiganya hingga aku
merasa kesukaran, kemudian dia melepaskan ku, lalu berkata,”bacalah (Wahai Muhammad)
dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) –hingga ke ayat – apa yang
tidak diketahuinya”.

Hadis ini merupakan bukti yang menyatakan bahawa surah al-Alaq merupakan surah
pertama yang diturunkan.
Tetapi ada pendapat lain mengatakan bahawa surah al-Muddathir yang pertama kali
diturunkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dimana Abu
Salmah berkata:

“ Saya pernah bertanya kepada Jabir Bin Abdullah, apakah ayat Al-Qur’an yang diturunkan
sebelumnya? Beliau menjawab : “Wahai orang yang berselimut”. Saya bertanya lagi, atau
kah “Bacalah dengan nama Tuhanmu”? Beliau menjawab: saya memberitahu kamu apa
yang telah Rasulullah saw beritahu kepada kami. “Sesungguhnya aku mengasingkan diri di
Gua Hira’, setelah aku menghabiskan masa pengasinganku itu, aku turun menyusuri
lembah, maka aku memandang ke hadapan, ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Kemudian
aku memandang ke arah langit, tiba-tiba aku melihat Jibril sehingga merasa gementar dan
menakutkan aku. Lalu aku pulang menemui Khadijah dan aku menyuruh mereka supaya
menyelimutiku, lalu aku diselimuti. Maka Allah menurunkan ayat “Wahai orang yang
berselimut ! bangunlah dan berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)”.

Hadis ini menjadi bukti kisah penurunan Surah Al Mudatsir berlaku kemudian selepas kisah
di Hira’. Oleh itu, sebelumnya ada wahyu lain atau ayat lain diturunkan iaitu ayat 1-5 surah
al-Alaq yang diturunkan di gua Hira’. Selain itu, hadis ini juga menunjukkan Surah Al
Mudatsir adalah awal surah tetapi awal surah yang diturunkan selepas terputus wahyu
bukan awal ayat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw.

Oleh itu jumhur ulama telah sepakat yang surah al-alaq merupakan surah pertama yang
diturunkan.
CARA- CARA MEMBACA AL-QURAN

1. Niat membaca kerana Allah

Sebelum membaca Al-Quran, tetapkanlah niat yang betul agar anda melakukannya
kerana Allah dan ingin mendapat keberkatan dalam hidup. Elakkan dari menganggap
melakukan sesuatu amalan seperti membaca Al-Quran ini adalah satu paksaan.

Apabila wujudnya rasa terpaksa untuk berbuat sesuatu, bimbang ianya menjadi
perbuatan yang tidak ikhlas. Oleh itu, apa sahaja yang ingin kita kerjakan haruslah
disertai dengan niat yang betul. Jika niat kita ingin membaca Al-Quran kerana Allah,
pasti Allah akan bantu dan dipermudahkan.

2. Membaca Al-quran mesti berguru

Apa jua perkara di dalam dunia ini yang tidak tahu bagaimana caranya haruslah
merujuk kepada orang yang pakar atau berilmu. Begitu jugalah dengan al-quran ,jika
tidak pasti dengan cara bacaan dengan betul , harus meminta tunjuk ajar daripada
seseorang yang berilmu tentang bacaan Al-quran. Al-quran ini mengandungi ayat-
ayat suci yang tidak boleh ubah kandungan dan maksudnya. Cara bacaan al-quran
juga tidak sama seperti membaca buku biasa . Oleh itu haruslah mempelajari bacaan
al-quran mengikut hukum tajwid dan makhraj yang betul.

3. Mengenali huruf sebelum membaca al-quran

Untuk permulaan membaca al-quran haruslah mengenal huruf terlebih dulu. Bila
sudah mengenal pasti huruf dan cara sebutannya, membaca al-quran akan menjadi
lebih mudah.
Bagi mengenali huruf untuk pertama kali disarankan untuk belajar mengenalinya
melalui pembacaan Iqra dan Mukaddam. Ini kerana, dia dalam Iqra dan Mukaddam
terkadung huruf, ayat, simbol dan tanda asas yang boleh dipratikkan terlebih dahulu
sebelum dapat membaca al-quran dengan lancar. Kandungan dalam Iqra dan
Mukaddam juga lebih ringkas dan mudah dipelajari.

4. Peka dengan tajwid dan makhraj

Cara membaca al-quran mempunyai sifatnya tersendiri. Setiap ayat dan huruf di
dalam al-quran mempunyai cara bacaan, harakat,sebutan dan intonasi yang berbeza
untuk digunakan. Oleh itu, untuk memastikan dapat membaca al-quran dengan
betul, haruslah peka dengan setiap tajwid , harakat dan makhrajnya.

Tanda-tanda dan simbol yang ada pada setiap huruf dan ayat juga memberikan
impak yang berlainan ketika membaca al-quran. Jika tidak peka dengan aturan
setiap huruf dan ayat yang telah ditetapkan, cara bacaan boleh menjadi salah.
Membaca al-quran haruslah membaca dengan baik. Kita tidak boleh membacanya
dengan sambal lewa. Baca al-quran haruslah bersungguh-sungguh dan ikuti setiap
hukum bacaan dengan betul, barulah bacaan kita menjadi sempurna.

5. Membaca al-quran haruslah konsisten

Al-quran merupakan salah satu sumber penting untuk panduan umat Islam. Jadi,
sebagai seorang muslim yang mencintai agamanya, haruslah mengamalkan perkara
yang Allah suruh dan meninggalkan larangannya. Pembacaan Al-Quran adalah amat
penting untuk selalu dilakukan. Jika mahu menjadi seseorang yang mampu
membaca al-quran dengan lancar, haruslah membacanya dengan kerap dan
konsisten. Amalkan baca al-quran setiap hari 1 muka surat atau mengikut
kemampuan sendiri. Tambahan lagi, dengan selalu membaca al-quran hati akan
menjadi lebih tenang. Jiwa dan fikiran juga akan terasa lebih lapang.
PERKARA YANG MENJADI ASAS PENTING DALAM KESENIAN BACAAN AL-QURAN

1. MEMBACA DENGAN TAJWID YANG BETUL

Tajwid merupakan elemen terpenting dalam pembacaan al-Quran. Pengamalan


tajwid
ketika membaca al-Quran merupakan fardu ain manakala mempelajari nama-nama
hukumnya merupakan fardu kifayah bagi muslimin dan muslimat. Dengan ilmu
tajwid dapat memelihara daripada kesalahan dalam membaca al-quran.

Dengan mempratikkan ilmu tajwid dalam pembacaan al-quran, seseorang itu akan
terhindar daripada melakukan kesalahann yang merosakkan bacaan atau
mencacatkannya. Membaca al-quran dengan tajwid yang betul merupakan satu
kewajipan bagi setiap muslim , maka membacanya dengan tajwid yang salah
merupakan satu dosa.

Seterusnya dapat meningkatkan minat dalam membaca al-quran. Berkat penguasaan


ilmu tajwid, para pembaca akan yakin bahawa mereka akan terhindar daripada
sebarang kesalahan. Ia juga dapat menjaga kualiti dalam bacaan al-quran. Apabila
tajwid itu betul maka kecenderungan minat untuk membaca al-Quran akan lebih
meningkat lagi, kerana adanya perkaitan hati sanubari dengan ayat-ayat yang
dibaca. Dengan demikian, kecenderungan tersebut bukan hanya di dalam
peningkatan membacanyanya sahaja, bahkan lebih cenderung untuk mendalami
makna-makna yang terkandung di dalam al-quran.

2. MEMBACA AL -QURAN DENGAN LAGU

Memperelokkan suara ketika membaca al-quran , di dalam hadis ang diriwayatkan


oleh Al-Bara’ bin ‘Adzib R.anh beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu”. Memperelokkan suara bacaan al-
Quran adalah suatu yang dituntut. Di dalam hadis yang lain meriwayatkan: “Kerana
sesungguhnya suara yang baik itu menambahkan keelokan bagi al-Quran”. Kata Al-
Syeikh Abu Al-Hasan Al-Sindi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini:
Maksudnya adalah dengan memperelokkan suara ketika membaca al-Quran kerana
sesungguhnya ucapan yang baik akan bertambah baik dan cantik dengan suara yang
baik.

Berdasarkan sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Lubabah R.anh bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda: “Bukan dari kalangan kami sesiapa yang tidak
melagukan bacaan al-Quran”. Imam Al-Nawawi Rahimahullah menukilkan bahawa
majoriti para fuqaha berpendapat: Tidak melagukan al-Quran itu bermakna, tidak
memperelokkan suara ketika membaca al-Quran. Beliau juga turut menukilkan
pendapat para fuqaha yang berkata: Sesungguhnya dimustahabkan untuk
memperelokkan suara serta memperindahkannya apabila membaca al-Quran selama
mana tidak keluar daripada had bacaan sehingga memanjang-manjangkannya.
Sekiranya berlebihan sehingga sampai ke tahap menambah huruf atau
menyembunyikan sebahagian huruf maka perbuatan itu adalah haram.

3. KEFASIHAN DALAM MEMBACA AL-QURAN

Kefasihan membaca al-quran adalah mempelajari bacaan al-quran dengan cara tartil
yaitu membaca dengan cara memperhatikan sifat-sifat huruf dan tajwidnya.
Kefasihan yang dimaksudkan ini adalah mempelajari bacaan alQur’an dengan benar
dan baik sehingga bacaan al-quran menjadi tartil. Firman Allah di dalam surah Al-
Muzammil ayat 4 : “Dan bacalah Al-Quran dengan tartil”.

Langkah pertama agar fasih dan lancar membaca al-quran dengan baik dan benar
adalah dengan mengenal bentuk huruf hijaiyah terlebih dahulu. Tanpa mengenal
huruf hijaiyah, pembaca akan mengalami kesulitan, bahkan tidak akan mampu
membaca al-quran. Seterusnya, mengetahui kaedah dan hukum bacaan yaitu
mengetahui makhraj huruf dan juga hukum tajwid. Makhraj huruf yaitu tempat
keluarnya huruf hijaiyah dimulai dengan huruf Aliff sehingga Ya. Kemudian
memahami tanda waqaf. Waqaf adalah memutuskan suara pada suatu kalimat dalam
waktu tertentu dengan tidak begitu lama, kemudian mengambil semula nafas satu
kali dengan niat memulai kembali bacaan al-quran. Waqaf diwujudkan adalah untuk
membaca al-quran dengan tartil.
TAJUK TUGASAN:
BACAAN AL-QURAN ADALAH SALAH SATU KESENIAN SUARA

ISI KANDUNGAN

Anda mungkin juga menyukai