Anda di halaman 1dari 12

DISEDIAKAN OLEH: LOW MEE CHENG CHONG SWEE HOON KOK SI JIA

Menulis huruf kecil dan huruf besar dari a hingga z di atas kertas berkotak, bergaris empat, bergaris tiga dan bergaris satu.

1. Latihan menulis secara bebas di atas kertas kosong. Murid-murid dibekalkan dengan sehelai kertas kosong bersaiz A4. Murid-murid diminta menulis huruf kecil dan huruf kecil A-Z secara bebas menggunakan pensel. Bagi memudahkan murid-murid menulis, guru memandu mereka dengan menyebut huruf berkenaan secara satu persatu. Hasil kerja murid dikumpulkan dan dibuat pembetulan, jika perlu.

2. Latihan menulis menggunakan kertas berkotak. Sediakan kertas berkotak segi empat sama berukuran 2x2cm. Murid dipandu menulid huruf besar terlebih dahulu dengan menggunakan sepenuhnya ruang yang disediakan pada kotak berkenaan. Pada peringkat ini, murid menulis secara bebas dalam kotak berkenaan. Setelah murid menguasai huruf besar, barulah dibimbing menulis huruf kecil menggunakan kaedah yang sama.

3. Menulis huruf kecil dan huruf besar A-Z di atas kertas bergaris empat. Menulis huruf atas kertas bergaris empat memerlukan pemerhatian dan ketekunan yang lebih. Ini kerana tidak semua huruf boleh menggunakan secara maksimum garisan yang keempat. Hanya huruf kecil yang mempunyai ekor boelh menggunakan garisan keempat sebagai sempadan, iaitu huruf g,j,y,p dan q. Manakala semua jenis huruf besar tidak sesuai menggunakan kertas bergaris empat semasa bertulis.

4. Menulis huruf kecil dan huruf besar A-Z atas kertas bergaris tiga. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, kepelbagaian bentuk huruf seperti bulat untuk huruf b dan d, tinggi seperti huruf h dan l, atau berekor seperti huruf g, j dan q memerlukan bantuan garisan sebagai sempaadan mula dan akhir. Ada tiga jenis garisan yang lazim digunakan sebagai panduan untuk belajar menulis iaitu bergaris empat, bergaris tiga dan bergaris satu.

Memadankan huruf kecil dengan huruf besar, menyesuaikan nama huruf dengan huruf dan memadankan nama huruf dengan bunyi huruf

1. Contoh aktiviti menyesuaikan nama huruf dengan huruf Guru menyebut nama buruf, contohnya A atau B atau C. Murid diminta membulat atau mewarna huruf yang disebut guru pada lembaran kerja yang disediakan. Akhir sekali, murid menyebut nama huruf berkenaan dengan bimbingan guru.

2. Contoh aktiviti memadankan nama huruf dengan kad huruf Guru sebut nama dan murid mencari kad huruf yang berkaitan. Guru menunjukkan kad huruf dan murid membunyikan huruf berkenaan. Nyanyi lagu ABC dengan iringan muzik instrumental yang santai. Sambil bernyanyi, murid-murid mengangkat kad huruf semasa huruf berkaitan disebut.

Menulis huruf mengikut urutan, mengisi tempat kosong dengan huruf tertinggal dan latihan menulis suku kata

1. Menulis huruf mengikut urutan a.Urutan huruf besar berbantukan kotak Aktiviti ini membantu murid mengingat kembali susunan huruf dari a-z. Caranya guru perlu membina 26 kotak dan murid-murid diminta menulis urutan huruf besar dari kiri ke kanan kotak selengkapnya. Sebagai panduan, guru boleh menulis beberapa huruf pada kotak pertama. Semak tugasan murid ini bersama-sama dan berikan ganjaran kepada yang Berjaya menulis dengan betul.

b. Urutan huruf kecil berbantukan kotak. Aktiviti ini mempunyai fungsi yang sama dengan aktiviti di atas. Murid diminta menulis urutan huruf dari kiri ke kanan kotak. Cuba yang berbeza ialah penggunaan huruf besar digantikan dengan huruf kecil. c. Urutan huruf a-z berbantukan garisan Aktiviti ini memerlukan murid mengisi temoat kosong dengan huruf secara urutan. Fungsinya sama, iaitu melatih murid mengingat semula susunan huruf dan berlatih menulis dengan betul.

Anda mungkin juga menyukai