Anda di halaman 1dari 9

Awan

PENBENTUKAN DAN JENIS-JENIS AWAN

Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. selalu mengandungi wap air. Apabila wap air ini melwap menjadi titik-titik air, terbentuklah awan. Pelwapan ini boleh berlaku dengan dua cara:
1. Apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih

cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya. 2. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara makin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan. Namun jika titik-titik air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan. Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan, namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di dalam awan menyokongnya.
Troposfera adalah tempat berlakunya pembentukan awan pada bahagian bawah atmosfera. Hampir keseluruhan awan terbentuk di bahagian tersebut. Terdapat dua kumpulan besar awan: 1) Kumulus ( Cumiliform ) 2) Berlapis-lapis ( Stratiform ) Kandungan kelembapan dan kestabilan atmosfera mempengaruhi saiz, bentuk dan warna. Terdapat tiga peringkat atmosfera yang dibahagikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu. Manakala awan pula diklasifikasikan kepada 10 jenis yang tergolong ke dalam peringkat-peringkat tertentu: 1) Stratokumulus dan Stratus : Awan Peringkat rendah

2) Altokumulus : Awan Peringkat pertengahan 3) Sirus, Sirokumulus dan : Awan Peringkat tinggi Sirostratus Awan-awan berkecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut: 1) Altostratus : Awan Peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi. 2) Nimbostratus : Awan Peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi dan rendah. 3) Kumulus dan Kumulosnimbus : Awan Peringkat rendah tetapi boleh mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi. Berikut adalah contoh beberapa jenis awan:-

RIBUT
Ribut merupakan gangguan atmosfera planet, terutamanya yang mempengaruhi permukaan dan membayangkan cuaca buruk. Ia mungkin ditandai dengan anginkencang, guruh dan kilat (ribut petir), kerpasan seperti hujan dan ais (hujan batu), atau angin yang membawa lain-lain zarah melalui atmosfera (seperti ribut pasir dan ribut salji). Ribut boleh berlaku di laut, di darat dan di udara. Ribut terjadi apabila suatu pusat tekanan rendah terbentuk dengan dikelilingi oleh suatu sistem bertekanan tinggi. Kombinasi daya yang berlawanan ini dapat menghasilkan angin dan menimbulkan pembentukan awan ribut, seperti awan kumulonimbus. Kawasan kecil tersetempat yang bertekanan rendah dapat terbentuk dari udara panas yang naik dari permukaan yang panas, yang akan menimbulkan gangguan yang lebih kecil seperti pusar debu atau puting beliung. Ribut petir adalah satu sistem ribut yang dikenali dengan kehadiran kilat dan petir yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus selain hujan atau hujan batu yang lebat. Ribut petir adalah ribut yang paling lazim berlaku di dunia. Menurut Encyclopedia Britannica, purata tenaga yang dihasilkan semasa ribut petir adalah lebih kurang 10 gigawatt-jam, bersamaan dengan kepala peledak nuklear 20 kiloton. Ribut petir dahsyat pula boleh jadi 10 hingga 100 kali lebih kuat. Ribut petir boleh berlaku di mana-mana sahaja di bumi, dengan kawasan kutub sebagai kawasan yang paling kurang mengalami ribut petir, dan kawasan beriklim khatulistiwa sebagai kawasan yang paling kerap mengalami ribut petir.

Terdapat 4 jenis ribut petir, yang diklasifikasikan mengikut kadar ketidakstabilan atmosfera serta penghasilanangin ricih seperti berikut:

Sel tunggal - Ribut petir yang paling banyak berlaku, tidak menghasilkan angin ricih kencang serta kebanyakannya bertahan dalam masa kurang daripada sejam selepas penghasilan kilat yang pertama. Angin kencang tidak terhasil kerana naik-turun udara panas dan sejuk berlaku di tempat yang sama. Berbilang sel - Beberapa kelompok awan ribut petir (dikenali sebagai sel) bergabung membentuk kelompok ribut petir yang lebih besar. Hasilnya, terdapat 2 zon udara iaitu zon udara panas naik (updraft} dan zon udara sejuk turun (downdraft). Akibatnya, angin ricih yang kencang mula dihasilkan. Hujan yang turun juga tidak seragam, dengan terdapat bahagian yang menghasilkan hujan lebat tetapi terdapat juga bahagian yang tidak menghasilkan hujan.

Garis badai - Garis badai terbentuk apabila kelompok-kelompok awan ribut petir berkumpul dan membentuk satu garisan. Supersel - Supersel adalah jenis ribut petir yang sangat besar, berkemungkinan menghasilkan angin puting beliung yang dahsyat (kategori F3 ke atas) serta menghasilkan angin kencang melebihi 130 km/j, di samping menghasilkan hujan air batu berdiameter besar serta banjir kilat.

Ribut petir dahsyat


Ribut petir dahsyat mempunyai sifat-sifat berikut:

Angin kencang melebihi 92 km/j Hujan air batu berdiameter 1.5 cm ke atas Berkemungkinan berlaku puting beliung Panahan kilat awan ke bumi yang sangat kerap Hujan lebat yang berterusan sehingga menyebabkan banjir kilat

Fasa pembentukan ribut petir

Rajah aliran udara semasa pembesaran awan kumulus

Rajah aliran udara semasa peringkat matang

Rajah aliran udara semasa peringkat penyingkiran

Gambar rajah menunjukkan proses pembentukan ribut petir

Terdapat 3 fasa utama dalam kejadian ribut petir:

Pembesaran awan kumulus - Kebanyakan ribut petir mula terbentuk apabilaawan kumulus mula membesar secara menegak. Pancaran matahari menyebabkan air

mengewap dan "diangkat" naik ke langit. Awan kumulus akan terus membesar sehingga ketinggiannya melepasi takat beku serta udara panas yang naik tidak lagi mampu mengangkat wap air. Pada tahap inilah bahagian atas awan akan terserak, memberikan bentuk rakap kepada awan dan awan tersebut bertukar menjadi awan kumulonimbus.

Peringkat matang - Bahagian atas awan yang menyejuk menyebabkan wap air terpeluwap sehingga membentuk partikel ais. Partikel ais yang berat itu akan jatuh sebagai hujan, membawa bersama udara sejuk turun. Oleh kerana pada peringkat ini berlaku proses turun-naik udara di dalam awan secara serentak, gangguan berlaku di dalam awan, menghasilkan petir, kilat dan angin ricih. Sekiranya angin ricih yang kencang berlaku, awan ribut petir itu berkemungkinan akan membentuk puting beliung. Jika tiada angin ricih, hanya hujan, kilat dan petir sahaja yang terhasil dan akan berakhir dalam masa yang singkat. Peringkat penyingkiran - Oleh kerana hujan yang turun telah menyejukkan udara di kawasan yang terlibat, tiada lagi aktiviti udara panas naik ke awan. Oleh kerana kebanyakan daripada kelembapan di dalam awan ribut sudah disingkirkan, ribut petir tidak dapat bertahan dan akan berakhir.

Putting Beliung
Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbus. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya. Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer. Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.

Puting beliung boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung. Puting beliung dikategori mengikut Skala Fujita, daripada F0 sehingga F5. F0 mempunyai kelajuan angin paling rendah manakala F5 mempunyai kelajuan angin paling tinggi. Amerika Syarikat adalah negara yang paling banyak mengalami bencana puting beliung tetapi ini tidak bermakna negara-negara lain tidak akan mengalami bencana ini. Puting beliung boleh terjadi di mana-mana tempat di dunia termasuklah Malaysia. Kawasan yang paling kerap dilanda ribut petir di Amerika Syarikat ialah di kawasan lembangan yang dilindungi Banjaran Rocky dan Banjaran Appalachian. Kawasan tersebut dikenali sebagai Lembah Puting Beliung(Tornado Alley). Puting beliung amat sukar diramal dan ia hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan rendah di dalam awan kumulonimbus dikesan oleh radar Doppler. Akibatnya, penduduk di

kawasan yang diramalkan akan dilanda puting beliung hanya mempunyai masa yang sangat terhad untuk pergi ke tempat perlindungan. Taufan Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika, putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan. Struktur utama bagi sesebuah taufan ataupun ribut tropika adalah seperti berikut:

Mata taufan - Mata taufan adalah "pusat" utama bagi sesuatu sistem taufan. Kawasan tersebut merupakan kawasan dengan tekanan udara paling rendah, oleh itu ia menjadi tumpuan bagi angin kencang di sekelilingnya. Dengan itu, kawasan mata taufan biasanya tenang dan bebas daripada awan (ciri tersebut memudahkan taufan dikesan melalui satelit) tetapi angin di sekelilingnya adalah paling kencang serta awan yang mengelilingi mata taufan juga tebal. Dinding mata - Jaluran awan paling tebal yang mengelilingi mata taufan. Pada bahagian dinding mata, hujan turun paling lebat serta kekerapan ribut petir juga paling kerap. Jalur hujan - Jalur hujan adalah barisan awan hujan yang tersusun secara berpilin mengelilingi mata taufan. Jalur hujan membawa hujan yang lebat dan berkemungkinan menghasilkan puting beliung tetapi ruang antara jalur hujan boleh jadi tenang.

Sesebuah taufan boleh diklasifikasikan mengikut keamatan angin seperti berikut:1. Gangguan tropika - Sistem ribut petir yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j. Mata taufan tidak terbentuk pada peringkat ini. 2. Ribut tropika - Sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan angin maksimum antara 60-120 km/j. Bentuk siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk. 3. Taufan - Ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Mata taufan mula terbentuk, memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.

Kabus
Kabus ialah wap air yang berada dekat permukaan tanah terkondensasi dan menjadi sepertiawan. Hal ini biasanya terbentuk kerana hawa dingin membuat wap air terkondensasi dan kadar kelembapan mendekati 100%. Ia juga boleh terbentuk akibat aktiviti gunung berapi. Kabus yang tebal dipanggil kabut. Dari segi darjah penglihatan, fenomena ini dipanggil kabut sekiranya darjah penglihatan kurang dari 1 km. Dilihat dari jauh, kabus agak kebiruan, manakala kabut lebih keperangan

Hujan
Hujan merupakan kerpasan cecair, berlawanan dengan jenis kerpasan bukan cecair seperti salji,hujan batu dan hujan ais. Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga. Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.

Tolok hujan biasa

Jumlah air hujan diukur menggunakan tolok hujan. Alat ini seakan-akan paip kerongga yang tertutup pada bawahnya, dengan satu corong pada hujungnya yang di atas. Alat ini biasanya diletakkan di suatu tempat yang lapang. Jumlah air hujan dinyatakan sebagai kedalaman air yang terkumpul pada permukaan rata, dan diukur kepada 0.25 mm terhampir. Kadang-kadang ia turut disebut dalam liter per meter persegi (1 L/m = 1 mm). Tempat yang air hujannya kurang daripada 254 mm (10 inci) setahun dipanggil gurun, manakala jumlah hujan yang lebih daripada 510 mm setahun diperlukan untuk tujuan pertanian. Tetapi sekiranya jumlah hujan lebih daripada 2540 mm setahun, tumbuhan liar boleh menjadi amat subur sehingga mengancam tanam-tanaman.

Anda mungkin juga menyukai